Followers

Showing posts with label CAINISNIUYER. Show all posts
Showing posts with label CAINISNIUYER. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

CERITERA CUTI CNY DI KUALA LUMPUR

Alhamdulillah kembali bersiaran di Penang..

Pagi ni sangat mengantuk dan memang rasa malas nak buat kerja.sebab sampai Penang pun jam 2 pagi malam tadi..Kerja tetap kena jalan tapi produktiviti agak berkurangan..drive sorang sorang memang mengantuk..aku berhenti di RNR Tapah,tidor dua jam then straight balik sampai ke Penang..jom recap kisah semalam sebelum cuti tahun baru cina berakhir..

*********************************************************

24 JANUARY 2012

Malam tadi aku bermalam di Wad ayah.

Baru aku dapat rasa sendiri macam mana mak jaga ayah..setiap jam ayah akan terjaga dan mengaduh kesakitan..sakit dada katanya.dan aku rasa mesti ada kaitan dengan masalah jantung..so far doctor dah advise untuk dia buat bypass jantung.tapi ayah masih belum memberi kata putus..Bila tengok ayah mengaduh kesakitan aku bangun dan ambil minyak gamat untuk sapu di belakang ayah..dan aku terbayang setiap malam mak yang akan melayan kerenah ayah macam ni..memang lah dia tak akan cukup tidur dan tak cukup rehat.itu lah pengorbanan seorang isteri..tabah dan sabar..dan kalau ada orang tanya aku siapakah manusia yang paling sabar dalam dunia ni aku akan jawab mak aku.sesungguhnya di adalah manusia yang paling sabar pernah aku jumpa..Terima kasih mak.sebab jaga ayah dengan baik..

Bila stay di wad Hospital ni memang tak boleh nak tidor lama..sebelum subuh dah bangkit tengok keadaan ayah dan tolong ambilkan air untuk ayah ambil wudhuk di katil..selesai solat subuh bertazkirah sekejao dengan mak dan kemudian mak ajak aku balik ke rumah Kak Tie.Ayah request nak makan nasi goreng kampung yang mak buat.Jujur aku katakan aku pun suka nasi goreng kampung versi yang mak buat..Guna Cili Kering dan Ikan Bilis..terliur..Dari Hospital aku dan mak terus ke Rumah kak tie di Ampang saujana..dan diorang berhempas pulas lah di dapur.

Aku mengambil kesempatan pagi ni untuk Berjogging dan berlari di atas Bukit Langat ni..dari rumah kak tie sampai ke Look Out point berlari memang sangat seksa sebab naik bukit..dalam 6 KM jer aku mampu..then terus balik ke Rumah kak tie dalam pukul 9 am..Nasi Goreng dah siap, dan aku bawak ami,along, adik dan Ika terus ke Hospital untuk sarapan pagi bersama ayah sebelum hantar diorang ke hentian Putra.Tiket bas diorang balik ke Terengganu pukul 10am.

Sampai di Hentian Putra keadaan sayu menyelubungi bila kak tie macam tak sampai hati nak lepaskan anak anaknya naik bas..Mujur Ami ada sebagai peneman..bila bas bergerak adik dan Ika dah menangis dah..sambil lambai lambai dari kejauhan sampai lah bas hilang dari pandangan mata..aku cuba mengerti perasaan seorang ibu..Sedih.tapi apakan daya.diorang kena balik juga..sebab bersekolah di sana..Insya Allah akan bertemu lagi nanti.Mak pun aku tengok dah bercucuran air mata jugak..sedih tengok cucu naik bas.hehe.at least diorang belajar naik bas..lepas ni pandai lah nak ke KL jumpa ummi mereka.

Patah balik ke Hospital Kuala Lumpur dan sarapan pagi dengan mak dan ayah..Nasi Goreng Kampung sangat lah sedap!lama giler tak makan..Alhamdulillah dapat rasa lagi..Hari ni ayah kena buat Hemodialisis.Masa ayah buat hemodialisis Azuan dan Kak Zahrah datang melawat..Thanks korang sebab datang melawat ayah di HKL..appreciate it so much ya!

Sementara tunggu ayah habis buat hemodialisis mak duk sebut nak ke rumah kak Ton..kak ton tu sepupu kitorang..belah mak..sepupu yang lama tak jumpa.Since ayah ada di HKL ni baru aku start kenal..rumahnya di area sentul..nasib baik dapat kontek anak kak ton untuk tahu rumahnya kat mana..


Bawak lah kuih kuih untuk kudapan petang beli kat luar hospital...Kak ton kebetulan ada kat rumah sorang jer..sembang lah apa yang patut..kak ton ni sangat lah peramah..memang tak berhenti bercakap.ada je lah mender yang nak di bualkan.


Layan minum teh o di petang hari


Korang pernah rasa telur penyu??sedappppp!tapi jangan lah makan.telur kan haiwan yang semakin nak pupus sekarang..


Daripada rumah kak ton kitorang bergerak ke Chow kit pulak..nak cari buah manggis sebab ayah ada pesan..since ayah selalu ke Hospital Kuala Lumpur ni aku dah masak benar dengan selok belok keadaan di Pasar Chow Kit ni.even yang jual buah tu pun aku dah kenal..sebab dari HKL ke pasar Chow Kit ni lah paling dekat nak cari makanan dan barangan lain..Mak kalau datang sini memang suka sangat lah beli buah.murah daripada kemaman lagik!


antara buah buah yang ada..geram tengok murah murah buah kat sini.tapi aku bukan peminat buah sangat so tak beli lah walau berkenan tengok.kang membazir jer..sekarang kalau aku nak beli buah pun pikir dua tiga kali..sebab tak makan sangat..biasa kalau aku beli nanti buang jer.so better takyah beli..Mak duk cari sangat buah manggis sebab nak bagi ayah makan..Ubat katanya untuk sakit kencing manis.


Daripada Chow Kit hantar kak tie dan Mak balik ke Hospital sebab ayah dah siap buat hemodialisis..sat lagi ayah balik bilik wad tengok prang takdak macam tak best pulak..aku ngan abang shuk ke Plaza Low yat kejap sebab aku nak beli hard disk..Laptop aku hard disk dah penuh sangat sarat dengan gambar gambar..Hard Disk dah mahal rupanya sekarang ni since Thailand banjir..stok banyak ambik kat sana so bila banjir stok kurang, maka harga pun naik..500G pun RM249..aku beli Buffalo punya Hard Disk 1 Tera terus..RM398.puas hati terus.alang alang beli.Cuma Kedai banyak tak bukak.semua cuti tahun baru cina lagik.


Ke HKL semula dan sempat makan malam dengan family di wad ayah..sebelum aku bertolak pulang ke Penang..esok kerja pulak..cumanya kerja 3 harii sahajalah minggu ni.Pikir pasal kerja terus rasa lemah semangat.kan best kalau kerja setahun pastu cuti setahun.hehe..in my dream lah..Minggu depan jumpa lagi ya!

 "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

******************************************

*Dan berakhirlah kisah aku bercuti tahun baru cina di Kuala Lumpur.sekian.

Monday, January 23, 2012

ADA APA DENGAN GARRET POP CORN KLCC?

Kuala Lumpur agak lengang nampaknya.

Jalan raya pun tak berapa sibuk.ramai orang dah balik ke kampung halaman masing masing sempena cuti tahun baru cina.Cuti panjang pulak tu sampai hari selasa..aku hari ni macam biasa lah, just spend masa di Hospital Kuala Lumpur lah. Kak Tie dan anak anaknya serta ami ada skali.Shuk dan kak feeza dah balik temerloh.


Diyana datang tengahari tadi untuk lawat ayah..Terima kasih sebab lawat kami..


Hari ni ayah buat hemodialisis..sementara ayah berhemodialisis kak tie nak bawak anak anak nya pi main rollercoaster kat Berjaya Times Square..bila lagi dia nak bawak anak anak nya berjalan..Sakan lah diorang main theme park di Times Square tingkat 5..hopefully seronok lah diorang tu dapat main ngan Ummi nya..Along demam tapi dah beransur pulih..Alhamdulillah.plan asalnya aku nak ikut skali tapi aku nak ke Maxis Center sebab nak bayar bill telefon..dah kena barred..mula mula ke Maxis Center Wangsa Maju.tapi tutup sebab cuti Chinese New Year..so aku hantar kak tie dan anak anaknya serta ami sekali ke Times Square dekat Bukit Bintang then aku terus ke KLCC.


Masa aku sampai di KLCC aku ingatkan mesti tak berapa nak ramai orang..sekali sangattt lah ramai umat warga asing kat sini..macam macam orang asing ada..ye lah.ni lah kesempatan diorang nak konker KLCC kejap sementara semua orang balik bercuti..


Tahun Naga air


Aku datang KLCC ni sebenarnya nak setelkan bil maxis jer.lepas dah siap bayar terus nak balik semula ke HKL.sekali tersangkut di Kedai Pop Corn ni..First time aku makan Pop Corn ni lepas berlari Mizuno Run hari tu,yana ada belanja belikan this pop corn untuk aku dan LJ..Thanks Yana!!biasa datang KLCC memang selalu tengok orang ramai duk beratur semata mata nak beli this pop Corn..so kali ni aku pun gatal lah beratur sekali.nak try beli.


in KL,If you want to sell something,just sell.kalau sedap konpem orang akan beli lagik.


Tapi bab harganya yang tak leh tahan..kalau di kedai muthu korang leh dapat satu peket singgit.tapi yang kat sini satu peket kecik RM16..yang saiz Medium RM21, Saiz Large RM26..kalau Jumbo saiz RM39..Pehhhh sangat lah mahal..sekali setahun ok kot kalau nak beli..dah la tak bagi value untuk kesihatan sangat sebab kandungan gulanya tinggi (yang caramel crisp)..tapi untuk merasa boleh lah..jangan makan macam makan nasik sudah..


aku beli dua peket..satu small dan packaging yang cantik tu beli yang Large untuk seseorang..dia pesan suh beli..lawa pulak packaging tu harap harap kedap udara lah..jenuh jugak beratur nak sampai giliran membeli..akhirnya dapat apa yang di nanti..lepas beli aku tak singgah mana mana outlet dah.terus balik ke Hospital sahaja.


Elok aku sampai kat Hospital, ayah pun siap dari buat Hemodialisis..aku tak sempat nak sorokkan pop corn ni..ayah nampak dan dia mintak sikit..ayah ambik pop corn, bukak Tv dan terus makan pop corn ni macam tak ada apa apa berlaku..banyak pulak dia makan..Bila nurse datang cek gula dalam darah terus naik bacaan gula dalam darah 19!!sangat tinggi ok!cepat sangat gula masuk dalam darah.ayah memang ada diabetes..lepas ni kalau ada makanan yang tak boleh orang sakit makan memang kena sorok..kalau tak sorok alamat merajuk lah dia..


Actually this pop corn memang sangat sedap.at least sedap lah dari semua pop corn yang aku pernah makan.padan lah dengan harganya..tapi takleh makan banyak banyak sebab kandungan gulanya adalah sangat tinggi..sekali sekala boleh lah..but it does worth a try!now aku faham kenapa orang ramai sanggup beratur demi nak makan pop corn ni..:)

*Thanks kak leez datang lawat ayah aku tadi di HKL..appreciate it so much!!jangan lupa aktiviti xtreme kita minggu depan ya!heheheee..

Saturday, January 21, 2012

BER-CAINISNIUYER DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Pagi tadi sempat berlari kat PISA.4 km sahaja..terima kasih pada yang jadi teman masa saya berlari tadi..then kami ke Taman Sardon dan sarapan pagi..first time aku makan mee wantan kat situ..kalau tak mesti pekena kueytiow sup sri buana jer..sekali sekala tukar angin apa salahnya kan.Then lepas balik rumah aku terlelap sekejap.penat berlari kononnya..terjaga pukul 12 pm lebih dah..terus bersiap siap sebab aku nak bergerak ke KL..Ayah still ada di wad Nefrologi HKL.so tak perlu lah balik kampung.
 

Perjalanan smooth..Alhamdulillah..nak menuju ke KL memang agak lengang jalan raya..yang agak jammed kereta menghala ke utara.memang sangat jammed sebab semua nak balik kampung sempena cuti hari raya cina 23 dan 24 Januari 2012..cuti panjang..memang sesuai abadikan masa untuk bersama sama keluarga..Aku just berhenti rehat untuk makan dan solat di RNR Tapah sahaja..Then terus menuju ke Wad ayah di HKL..Alhamdulillah sempat bertemu muka dengan Kak Ina yang kebetulan dah balik petang tadi ke Dungun..ada rezeki aku pass kan souvenir dari Medan Indonesia untuk dia..anak anak kak tie semua dah ada di KL dari kemasek..Ami dan Faiz pun ada.so memang meriah lah wad ayah kali ni.Nurse tak cakap nak geleng kepala dah.nak buat camana.jenis keluarga besar.


Keadaan ayah sekarang di tahap stabil..jadual hemodialisis seperti biasa lah 3 kali seminggu..cuma apa yang berlaku sekarang BP ayah akan jatuh lepas cuci darah..masalah jantung pun sama..semoga keadaan akan baik baik sahaja..hopefully cepat lah Hospital Kemaman purchase mesin Hemodialisis yang compatible dengan ayah.so boleh balik kemasek dan tak perlu tinggal di wad HKL ni lagi..sebagai anak aku doakan yang terbaik untuk ayah..semoga ayah boleh cepat cepat discharge dari sini..Insya Allah.


Entah macam mana tadi boleh pulak mencelah ke SOGO sekejap..saja nak menjengah.sekali ada sale pulak..dari 8 Januari - 8 Februari 2012.sempena Chinese New Year lah ni..tapi aku tak beli apa pun.tak ada mood nak shopping.kang kalau ada mood habis pulak duit..nasib baik.Phewww..


Sempat juga jogging di taman Tasik Titiwangsa..ok jugak trek di tasik titiwangsa ni.cuma orang sangat ramai bersiar siar di sini sampai nak berlari pun payah.just buat light run jer 5 KM..cukup lah tu.aku nak kena celah jugak berlari sebab bila stay ngan family aku tak pantang makan..aku bedal jer apa yang ada.takut terlebih kalori intake pulak..cubaan nak hidup dalam keadaan yang healthy.


besar besar alam Gong Xi Fa Cai di Bangunan UMNO KL..


Dan malam ini aku bermalam di wad ayah..orang lain balik tidur di rumah kak tie..sekali sekala aku datang apa salahnya teman mak di sini.at least ada apa apa yang ayah nak aku boleh tolong.Beri peluang mak untuk berehat lebih lama..Mak dan ayah dah tidor pun masa ni..sayu hati melihat dua tubuh itu sedang tidur..dua tubuh itu lah yang telah membesarkan kami 9 beradik tanpa kenal erti penat dan lelah.dua tubuh itu lah yang mencurahkan segala kasih sayang tanpa syarat pada keluarga sehingga kini dan dua tubuh itu lah lambang cinta sejati yang takkan pernah padam sampai hari ini..Ya Allah, Demi segala Zat dan Kemuliaan Mu, Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu untuk berbakti kepada kedua orang tua kami..Dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana Mereka berdua mengasihani kami sejak kami kecil hingga sekarang..Ameen.

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)

Thursday, February 3, 2011

KUNG HEI FAT CHOI @ JUSCO PERDA

Petang tadi.

Janji dengan seorang teman nak jumpa.tempat di Jusco Bandar Perda.Ingatkan hari raya Cina tak la ramai orang kat sini.takder maknanya.orang penuh jer.cuma ada lah dua tiga buah kedai yang tutup.yang lain majoritinya berniaga seperti biasa.Tempat pertemuan-Old Town White Coffee.Lama gila tak menyinggah makan di oldtown.

1
masa nak masuk kat Old Town,macam takder seat.orang ramai sangat.ada satu tempat jer cukup muat untuk dua orang.Lucky us.:)

3 4

Order Minum Hazelnut Coffee ais.ingat tanak makan tapi tengok menu tertarik dengan Roti Pratha India dan Kari ayam..Order jugak yang ni satu set.

5

Roti yang macam roti canai ni sangat sedap!!

6

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan rakan Chinese ku..selamat tahun baru Cina..Tahun Baru Arnab.

7

Old Town White Coffee in the Glass.

8

Lepas makan kat Old Town jalan jalan kat dalam Jusco.tengok ada Promosi kat tempat Jual Jam.jam Polo Brittania..banyak less tu sampai 70 persen..tengok tengok dan pilih pilih last last aku berkenan..

9

Dan jam ini berjaya di rembat.sesuai dengan tangan besar

10

Sekadar Gambar Hiasan..

11

Cadangan awalnya nak tengok wayang tapi wayang semua full house..sedih betul..Cerita Khurafat aku tak tengok tengok lagi sampai sekarang..semua orang kata best..entah..tak terasa sangat nak tengok tapi dunno lah..maybe tengok maybe not..So dah takder apa boleh dibuat aku pulang lah kembali ke sarang..

Esok ada agenda penting.. :)
GONG XI FA CAI!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails