Followers

Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts
Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Dalam keghairahan kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah, jangan sekadar kita melafaz selawat di bibir semata-mata tanpa ada penghayatan terhadap perjuangan baginda dalam memartabatkan islam di muka bumi Allah. Contohilah akhlak Rasulullah dan cubalah amalkan sunnah Baginda mana yang mampu.. Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.

Teruskan istiqamah berselawat kepada junjungan besar...
kita Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya besar pengorbanan mu ya Rasulullah.. Semoga kami umatmu di izinkan Allah bertemu denganmu di akhirat nanti.. Semoga kami umatmu mendapat syafaat dari mu di alam sana..

Betulkan niat dari sekarang dan ubah lah sikap kita yang merugikan. Mari kita jadi orang baik, dengan mencontohi akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Salam Maulidur Rasul 1435H.

Friday, February 10, 2012

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Petang tadi telah diadakan satu program kerjasama antara PKPI dan juga KRT..Program yang melibatkan anak anak staff ini di adakan sempena dengan Maulidur Rasul pada minggu lepas.Oleh kerana kekangan waktu program ini dianjak ke depan sikit tapi masih mengekelkan tema yang sama iaitu berkisar tentang hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.


Program bermula seawal jam 6 pm.selaku salah seorang AJK, aku dapat pelepasan bertugas balik awal di hari jumaat yang berbahagia ini.Lepas solat jumaat tadi dah dapat pelepasan..pukul 6.30 pm semua tetamu yang datang dah memenuhi Balai Islam perumahan.


Kak Nor Faizah menjadi pengacara Majlis..majlis di mulakan dengan bacaan ayat suci Quran yang di hafal..ayat ayat Lazim.


Diikuti dengan persembahan Nasyid bertajuk ' Rasulullah S.A.W'


Persembahan bercerita kisah di Zaman Nabi Muhammad s.a.w


Penutup Majlis dengan persembahan Azan oleh anak staff


Bersama Haji Ibrahim, Orang kuat progran yang sedang berlansung


Selesai Solat Maghrib ada ceramah oleh Ustaz Asril Hafiz bin Che Hashim, Guru pendidikan islam dan sivik sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin..Ustaz bercerita cara mendidik anak yang  betul dan pengaruh zaman sekarang oleh puak puak yahudi terhadap Orang Islam..di samping bercerita kisah nabi untuk menanamkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w..aku tertarik dengan satu video klip pasal game game zaman sekarang yang menghina islam antaranya devil may cry 3, dan ada lagi lah beberapa game lain yang pasti ianya meracuni jiwa dan minda anak anak kecil.Secara jujurnya aku suka program macam ni, sebab dapat mendidik jiwa anak anak kecil supaya lebih kenal pencipta dan lebih kenal Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat..anak kecil ibarat kain putih..terpulang pada ibu bapa macam mana untuk mencorakkannya..


antara ibu bapa yang hadir


Jamuan makan selepas Isyak


Nasik ayam..


Terima kasih daun keladi ustaz Asril Hafiz sebab bersusah payah datang menyampaikan ceramah kat kami semua..Insya Allah kita akan bertemu lagi di masa akan datang...Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Sememangnya ilmu-ilmu Allah itu amat luas, carilah ia kerana ia akan menjadi 'Nur' dalam kehidupan kita. DIA memberi ilmu kepada setiap hamba-Nya sama ada disedari ataupun tidak. Kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain begitu hebat, memiliki ilmu yang luas, tanpa melihat ke dalam diri sendiri.kesimpulannya sama sama lah kita terus dan terus mencari ilmu walau di mana jua kita berada.

*Esok akan di adakan BBQ Dinner di rumah aku.jemput datang pada yang berkelapangan.hehe

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H


Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam .Sebenarnya ada banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini. Pada kebiasaannya majlis perarakan dan ceramah akan diadakan.

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

.
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

.
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

.
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

.
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

*lagu nasyid junjungan mulia dari kumpulan al-Mizan...sekadar untuk menyingkap kembali sejarah Rasulullas S.A.W.

Thursday, February 2, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL : RASULULLAH S.A.W PEMPIN UMMAH (IDOLA HIDUPKU)

Program malam ini : Ceramah sempena Maulidur Rasul di Balai Islam.
 

Alhamdulillah ramai juga jemaah tempatan yang hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu

 
Penceramah Jemputan ialah Ustaz Jazmi Mat Isa..Ustaz bercertita tentang sirah nabi sejak dari zaman nabi Adam..Banyak intipati yang boleh dikongsi..korang kalau nak tahu lanjut sekarang banyak sumber boleh dapat untuk tahu sejarah Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dalam internet banyak bahan bacaan dan di kedai kedai buku pun banyak..selamat mentelaah sirah nabi buat semua kawan kawanku!

Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”


Khusyuk para jemaah semua mendengar ceramah yang disampaikan


Ceramah habis lambat dalam pukul 9.30pm..lepas solat isyak ada sedikit jamuan bihun sup disediakan


Jemput makan Bihun sup!marveles Bihun sup ni


Ada sedikit kesilapan teknik pasal Bihun sup.aku order mula mula untuk 100 orang sahaja..sekali bilangan pengunjung adalah melebihi jangkaan.sejumlah 170 mangkuk Bihun Sup yang habis!!nasib baik katerer ada buat lebih kalau tak memang kesian ada yang tak dapat makan.tapi takper.makanan Rohani dah dapat kan tadi dari Ustaz Jazmi.:p


Buat Ustaz Jazmi, terima kasih atas ceramah yang sangat memberikan kesan mendalam..semoga semua jemaah yang hadir dapat menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W..Selawat dan salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad.

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

(Hadis Riwayat Muslim.)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails