Followers

Thursday, April 10, 2008

BaHagiA UntukmU


Jalan Yang Mati

Entah sampai bila saya akan dihantui dan diburu dengan rasa rasa yang tidak enak ini...semakin saya cuba untuk lari dari bayangan ini semakin dia menghampiri..kadang kadang saya hairan dengan diri sendiri yang selalu gagal untuk bertindak mengikut akal fikiran yang waras.bukan saya tidak dapat berfikir tapi diri sendiri menghalang untuk bertindak seperti yang difikirkan.mungkinkah itu menjadikan saya seorang yang dungu?...entahlah..saya pun tidak tahu.

Saat ini saya buntu.Jadi tiada apa lagi yang harus di coretkan.

Titik.

Rabbit Farm









Tazkirah : SombonG

Penyakit sombong yang menimpa umat adalah suatu gejala emosi yang merasa diri lebih dari orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik,lebih kaya, lebih berpangkat dan lain-lain. Malah kalau sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu akan menjadi takbur.

Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahu pun dalam perkataan. Sebagaimana firmanALLAH yang bererti:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga-banggakan diri."-(Luqman:18)

"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."- ( Luqmqn:19)

Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya.

Bagaimana untuk mendapatkan hati yang bersih?

1- Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2- Hendaklah hati itu sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau pun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hatiini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di-sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit

3- Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demiketeguhan dan kebersihan hati.

*Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....sama-sama kita cuba baiki diri kita dari semasa-ke semasa ke arah yang lebih baik.

Wednesday, April 9, 2008

KahKahKah...

Lawak1

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...

Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2

Bangla dan rakannya sedang berbual

Bangla : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

Lawak 3

Di sekolah tabika.

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat .

Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 5

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

*selalu-selalu la senyum...baru kita awet muda sket..tak la nampak muka dirundung masalah jer..kan kan kan...

Lunch @ KFC

Location : Tesco Pulau Pinang
Venue : KFC
Time : 1.24 PM
Menu : Colonel KFC Chicken Rice Combo (Spicy Chicken)
Participants : Axim & Mr.Salman (as usual)



Participant Comments :

Axim - Its really Finger Licking Good!!
Mr.Salman - Apasal aku tak kenyang nih?


*Best la nasi kat KFC nih...suka sebab dia masak ngan butter kot kalau tak silap aku...

Suratan atau Kebetulan?

Berikut merupakan senario yang berlaku di antara lelaki dan perempuan apabila tibanya waktu makan tengah hari..ada apa-apa perbezaan ker? cuba kita tengok situasi di bawah ni..

LELAKI

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

PEREMPUAN

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling- jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder why women are more complex than men emotionally..!!

*Errr minta maaf la yek kalau ada yang tak berapa setuju dengan kenyataan di atas...mungkin ini di nilai secara observation sahaja...hehe...maaf.

Tuesday, April 8, 2008

Bila diUji


*setiap ujian dari Tuhan mampu menjadikan hamba-hamba-Nya lebih tabah dan sabar..

GewdBye GewdBye..

Its monday again.

A new beginning of this week..i do hate monday,because sometimes i'm not quite ready to coming back to the work place after the weekend.But i have to.No choice is given.

Today's activity-Farewell party for GM's Secretary(just name her-Kak Fiz)

*rakan-rakan pejabat yang sama-sama memeriahkan majlis.

*bila Kak Fiz berucap...

*'saya masih bekerja selepas ini,tapi saya bekerja untuk suami saya yek-suri rumah sepenuh masa..'hehe,bagus la macam tu kak fiz,boleh la fokus pada anak-anak nanti..

*cenderahati sempena perpisahan

Dan macam biasa lah kalau dah namanya majlis perpisahan mesti ada makan-makan kan...dan ini merupakan agenda yang paling di nanti-nantikan sebenarnya..al maklum lah semua tak sarapan lagi..apa lagi,jom kita bedal sama-sama hidangan yang tersedia..


*waahhh macam sedap jer tuh..mee kari ekk?
*GM bersama orang kuatnya
*me wif Mr.Lim Sam Liong
*menu utama- mee kari yang sedap..!
*nasi himpit dan kuah kacang*karipap dan tembikai menjadi pencuci mulut
*pose istimewa bersama peminat beliau,hehe

Selamat berhenti kerja ye akak,ada umur kita jumpa lagi..nanti kalau ada kesempatan ziarah-ziarah la kami di sini yek.

*hmmm sejak akhir-akhir ni ramai la plak yang duk resign...hmmmm

Monday, April 7, 2008

Lukisan Alam












Subhanallah...itu sahaja ayat yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan saya jika melihat keindahan alam ciptaan tuhan ini..Maha Suci Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails