Followers

Wednesday, April 16, 2008

CactuS @ My OpiS

Kat dalam opis aku ada beberapa pokok kaktus..konon-konon sumber oksigen la di ruang yang nan sempit tuh...takda maknanya kan pokok kaktus ni produce kan oksigen untuk aku yang tak berapa nak cukup oksigen nih.

Kaktus-kaktus ni aku beli masa pegi cameroon tahun lepas(klik sini untuk cerita lalu.).Skang da besar sket dah pokok pokok ni..walaupun tak la besar mana pun.Apa yang aku suka pasal kaktus ni ialah bentuknya yang unik dan yang paling penting - takyah la ko nak siram-siram air,dengan kelembapan persekitaran berhawa dingin dalam opis aku tu pun da cukup untuk membolehkan pokok ni hidup segar bugar.

So kat bawah ni gambar-gambar kaktus yang aku letak dalam opis..ceria sket ruang pejabat dengan kehadiran tumbuhan padang pasir nih..

Aku letak pokok-pokok ni atas rak fail.Lagipun da takder tempat lain pun nak letak..Ok la tu..

*Actually ada 10 pasu semuanya tapi masa mula mula beli dulu Enchek Salman dah cilok satu..huhu

Tuesday, April 15, 2008

What A DaY...

Hari ni merupakan hari yang panjang.

Dari pagi sampai ke petang aku tak berjaya untuk melekatkan diri kat Opis.

'i nak u masuk plant dan monitor apa yang ada kat situ'

'i nak u ngan dua tiga staff lain tolong setelkan inventori kat stor kita ni'

'u pergi jumpa Shift Charge Enginer dan mintak schematic diagram untuk kita punya treatment plant'

'i mau u tengok diorang wat test ni,betulkan mana yang patut'

'nanti tolong diorang susun semua Safety Eguipment kat Control Room tuh'

'i nak u tolong pass kan kat i online reading untk bulan Mac,sekarang..'

'i nak u siapkan result checking tu hari ni jugak..'

'i juz nak u make sure semua kerja yang i arahkan ni siap dalam masa yang di tetapkan'

Lebih kurang macam tu la job order yang aku dapat hari ni..hmmm banyak jugak yang perlu di setelkan ni...hmmm tapi bos aku watper yek...?

'i busy ngan paperwork la,haiyooo u nak tolong jugak kaa?'

Aku tak tanya la dia camtuh,agak nya macam tu la kot jawapan yang dia kasi kalau aku tanya..whatever it is,he's da boss...and boss always right..(betui kaaaa?)

Apa boleh buat,siapkan je la keja mana yang patut...dan seperti biasa hadapi dengan senyum k...smileeeeeey....



*there's a lot of things to learn here...i should prepared myself.

Monday, April 14, 2008

YummiLiCiOuS!!

Tonight Dinner - Chocolate Strawberries and Steamed Corns.



What a perfect combination..!! Strawberry with melted chocolate makes me go wooooohhhh.....


Another dish - steamed Corns..

Dinner's ready

By the way,Come and let's enjoy the dish..you'll not regret at all..i promise.

Weekend Activities

Weekend is the perfect day to hang out with some friends,instead of 'lepaking' at home or doing something without any purposes.

Went to Quensbay Mall to 'minum-minum'...


and shopping-shopping...
thats gonna happen so fast if u've got a lady by your side...trust me..(haha)


Look inside the basket,what do we've got here:corn,Strawberry,grapes,a bar of chocolate,and Thousand Island Sauce.

At least i've got something to do this weekend right?

Sunday Chilly Fried Rice with Prawn

Cepatnya masa berlalu.sedar tak sedar dah ahad pun..Hari ni aku terasa nak memasak la plak..lama gila dah tak merajinkan diri masak-masak kat dapur..haha,bukan apa,malas sebenarnya lagipun nak makan sorang-sorang jer baik makan kat kedai..tapi ni gian nak masak so jom join aku wat nasi goreng.

Aku kasi nama nasi goreng ni:Sunday Chilly Fried Rice with Prawn.. (Saja kasi nama dalam omputih sedap sikit di dengar,hehe)

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

*Bawang putih untuk tumisan

*Cili Padi-ikut suka nak buh banyak mana..kalau tahan pedas buh la banyak-banyak..


*Udang yang dah dikupas..malas nak buh udang ngan kulit,payah nak makan.


*Sayuran-Kobis cina,tomato,lobak

Bila bahan-bahan dah tersedia maka proses masak-memasak boleh lah di mulakan.Macam biasa la sebelum tu kena panaskan sedikit minyak ke dalam kuali.

Kemudian tumiskan bawang putih yang telah di tumbuk.Aku takdak blender so pakai lesung batu jer.Mak aku kata kalau pakai lesung batu rasa lagi sedap dari pakai blender.Memang betul.

Pas bau dah naik letak la udang dan campurkan sos tiram dan garam sekali.Biarkan sehingga udang tu masak.(Cepat jer udang tu masak).

Kemudian aku letak cili padi dan gaul lagi bahan tu macam gambar di atas.

Pastu aku pun buh la nasi putih.

Gaulkan nasi sehingga sebati dengan bahan bahan tumisan tadi.
Buat satu lubang di tengah-tengah kuali,letakkan sebiji telur.Biarkan telur tu buat seketika,dan sehingga ia sedikit mengeras.Kalau tak nasi goreng akan jadi melekit-lekit dan basah,boleh makan tapi macam tak menarik.

Letakkan sayuran.
Dan gaul nasi sehingga sebati.Pastu rasa la nasi goreng tuh,mana terkurang tuh tambahkan.Kalau tak masin buh garam secukup rasa.Ikut selera masing-masing.Kemudian Hidangkan la nasi goreng ni ikut kreativiti sendiri.Haaa dah siap pun nasi goreng aku.
Sunday chilly Fried Rice with Prawn

Nasi goreng ni aku pekena ngan teh o panas dan keropok ikan goreng...hmmmm lagi membangkitkan selera.Jom makan jom.

*Pedas gile...terlebih buh cili padi...tapi aku suka.

Saturday, April 12, 2008

The Great Escape

Jumaat.

Bila jumaat tiba pasti jambatan pulau pinang akan sesak- lagaknya seperti semua umat manusia mahu pulang ke seberang sana.Mungkin sudah bosan setelah seminggu 'terkurung' di pulau syurga itu.Jadi mereka mahu pulang.Mungkin pulang mencari damai.
...................

Jika anda menaiki feri dari pulau untuk ke seberang anda mampu untuk menyaksikan pemandangan yang indah ini di terminal dan jua ketika menaiki feri.

Selamat berhujung minggu kepada semua..!!

*masih terfikir-fikir bagaimana untuk menghabiskan masa hujung minggu ini.

The Best Way


The Best Way to Make It Through Is Listen To Your Heart.In life,we have to make decisions that aren't easy.We're afraid that whatever choice that we make will upset someone we LOVE.

It is at these times that we need to stop and listen to the voice inside us. If we listen just to the wishes of those around us and ignore our own feelings, we will not be truly HAPPY.Listen to what you know is right and stand by that,because when you do,you will be happy,truly HAPPY.

Yup,it does make senses..we know ourself better than anyone else right?

*right now i'm trying to just listen to my heart.

Entri Tanpa Tajuk



I just want you to know who I am
I just want you to know who I am
I just want you to know who I am

*Do they ever know who i am?

Friday, April 11, 2008

Tentang DIA

Secara tiba-tiba dia muncul.

Dalam keadaan kaget aku masih sempat bertanya,

'Mana kau menghilang?dah lama aku cari kau...'

Dia diam.Tanpa jawapan dia biar aku terkaku di sudut itu.Dan aku cuba mencipta persoalan lain,tanda aku tidak mampu menyelesaikan kebuntuan itu sendirian.

'kalau kau tak mampu hadir,tak apa,aku tak salahkan kau,sebab aku sendiri letih untuk mencari kau lagi...cuma aku bingung kenapa kau biarkan aku begini?apa salah aku?

Dia diam lagi.Seakan mati.Aku tak ingin dia mati.Aku perlukan dia.

'Aku tak perlu kau hadir selalu tapi jangan kau mati dari jiwa aku'..

Itu ayat terakhir yang aku luahkan sebelum dia berlalu pergi untuk kesekian kalinya.

Tanpa dapat aku jejaki.

*Ke mana kau pergi?Salah kah aku jika aku cuba untuk menjejakimu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails