Followers

Tuesday, June 3, 2008

Day two Of The Course

Maka tersebutlah alkisah hari ini kursus bersambung lagi ler...kursus ni dua hari maka hari ini hari terakhir..so aku memaksimakan masa yang ada untuk bertanyakan soalan sebanyak mungkin,maklumlah aku kan newcomer untuk jadi auditor nih..lain la kawan senior lain yang dah berpengalaman...saya budak baru belajar kalau silap tolong tunjukkan..

*Refresher course untuk ISO14001


Macam biasa la aku sebelum kursus sengaja tak breakfeast dulu sebab aku menantikan hidangan di waktu tea break pukul 10 pagi.aku tellah membuat keputusan yang agak tepat nampaknya sebab pagi nih banyak makanan ada:fish nuggets,bihun singapore,roti tat nenas(tah betul ke tak nama camnih..aku reka jer..lebih-lebih kurang la..)


*nugget ikans
*Bihun singapore*ni roti tat nenas yang aku cakap tu..errkk agak agak betul tak nama tuh?

Selepas minum pagi maka sessi kursus bersambung kembali dengan perbincangan dalam kumpulan.Aku suka kursus kali ni sebab group yang hadir kursus ni happening,walaupun kebanyakan yang hadir dah berumur tapi gila-gila tetap tak tinggal.


*Ni gambor kaki sebab tak tau nak amik gambar apa..

Untuk sessi pagi ni aku rasa fresh sebab bangun pun agak awal tadi walaupun semalam tidur tak teratur.Tapi input yang aku perolehi agak bagus untuk skop kerja aku di masa akan datang.

*instructor tu pun gila-gila dan boleh di bawak bergurau..ko tau je la kalo dah ramai org tua suka sangat la kan bila yang jadik instructor tuh dua-dua pompuan..solid-molid plak tuh..tapi yang pastinya konpem bini orang la kan..haha

Hari Yang PenaT

Actually tadi lepas kursus aku balik umah rasa cam penat gila...dalam pukul 8 aku da terlelap terus..sedar sedar da pukul satu pagi..lapar plak rasa di perut dan aku ke dapur..dan sempat wat nasi goreng ekonomi.


Kenapa aku namakan nasi goreng ni ekonomi?sebab aku just goreng pakai udang kering ngan cili padi sahaja..tapi rasanya sedap giler...aku suka...Kak tie la ni ajor aku camana nak wat nasi goreng nih.

Bulan jun ni best sebab EURO2008 da kembali...dulu masa EURO2004 aku ingat lagi Greece menang masa tu-kumpulan underdog yang mengejutkan semua bila menang dan jadi juara...in football anything is possible right?

EURO2008 kali ni takes place at Austria-Switzerland selaku tuan rumah.16 tams akan sertai tapi tiada kumpulan ENGLAND ok,diulangi-ENGLAND tak layak masuk final...sila letakkan kesalahan pada STEVE MCLAREN ok.



*ni maskot untuk EURO2008 kali ni


*official logo EURO2008

Untuk jadual perlawanan dan untuk mengetahui team yang terlibat,sila klik di sini untuk keterangan lanjut.Aku malas nak taip.

*First perlawanan 7 jun ni-perlawanan antara Switzerland VS cech republic.aku sokong Cech republic untuk menang...lagipun cech republic di sebut-sebut sebagai juara untuk EURO2008 kali ni...anything is possible..aku sokong semua team yang berjersi biru (penangan The Blues la nih..).Aku paling sokong pasukan ITALI.viva Italia..

**Waaaahhh da pukul 4 pagi...aku rasa kena tidur sket nih..esok kursus lagik...nite2 everybodies..

Monday, June 2, 2008

Lunch@Sunway Hotel

Below are the dish that i had on the lunch...
makan macam-macam wooo...
sib baik tak sakit perut.


*mula-mula skali aku berkenan ngan sushi nih..tak tau pasai apa..
*appetizer la ni kunun-kunun..


*ni geng-geng kursus...geng atau pakcik-pakcik?haha
*pas makan appetizer aku makan mee udang nih...errrkk mee udang atau mee soup?apa-apa je lah..

Korang mesti tak terliur kan tengok gambor yang takder soul nih..meh aku citer apa yang ade dalam pinggan aku nih:

-roasted duck(itik panggang) tak sedap,isinyer liat..aku tak suka itik..huhu
-sotong masak tiram.
-Oyster berlada
-Udang masak lada
-ayam goreng rempah
-small portion nasi goreng ngan mee goreng.

Nampak list macam banyak tapi sket-sket jer aku amik makanan tuh.

*dan last skali tentulah pencoci mulut...untuk mencuci mulut yang penuh ngan minyak.


Kursus bersambung kembali pada pukul 2 petang.

*Berat giler mata masa sessi petang...nasib baik ada group discussion kalo tak maw terlelap dengan enak aku dalam bilik conference yang sejuk ittew..

ISO14001:EnvironmentaL ElemenT

Hari ni ada kurus kat Sunway Hotel plak...kursus untuk jadi Auditor bagi ISO14001:khas untuk environment punya bahagian..hmmm lama dah tak kursus cenggini..tapi len kali patut wat jauh-jauh sket..wat la kat JB kaa,kat Terengganu kaa...baru syokk...hehe demand plak aku kan..




*tempat kursus kat bilik SEMANGKOK..jenuh gak nek mencari..


*ni tajuk kusus tuh:management system Internal Audit


Macam biasa la kalo kursus yang bestnya yang makan la kan..bahagian kursus tuh sikit k\jek tapi tang makan-makan lak yang lenih...yee dak..tapi bak kata orang la kan,rezeki jangan di tolak..makan makan dan makan...


*untuk minum pagi nih just ada nasi lemak jer...ceh..ayat cam tak bersyukur kan..

Lepas minum pagi course bersambung kembali hingga 12.30 tngah hari..pastu makan lagik....tu jer yang aku ingat kan...huhu....patut la lemak berkrim jek badan..

*aku suka instructor nih...best bangat...lawak la Ms.Marina Yong nih..

Cerita Hari Ahad*Cerita Tentang Kami

(Ini cerita semalam,sebelum aku kembali ke penang untuk meneruskan tanggungjawab di sini..Actually sekarang aku dah di Penang)

Pagi

kitorang bergerak ke HKL lagi arini,dan keadaan ayah masih lagi stabil.Ayah bagitau isnin(which means arini) dia ada appointment ngan IJN (Institut Jantung Negara)..untuk buat pemeriksaan atas jantungnya plak.


*Dari kiri:my elder brother,my younger brother ang the youngest brother

Petang

Sebelah petang ada tetamu yang datang,kali ni yang datang menjenguk ialah Pak su dari Taiping.Actually Pak su ni takder kena mengena denngan my family...mmmm camaner nak citer ekkk,aku ringkaskan k,pak su nih adik angkat mak aku..masa mak aku kecik dulu dia di besarkan oleh kuarga angkat,dan dia membesar sama-sama la ngan Pak su ni..thats why kitorang da anggap dia macam keluarga sendiri.Pak Su ni is a nice guy..very nice guy.

*Pak Su Lem(nama dia Halim,kalau tak silap..)

*Yang duduk tu isteri dia,Mak Su..Lovely person..

Masa diorang balik koitorang ramai-ramai hantar...mak sebenarnya sayang gila kat Pak Su nih..ye la da membesar sama-sama,memang da anggap macam adik sendiri pun..memang terserlah sangat yang mak sayang kat Pak Su ni..tak tau aku nak cakap camana tapi realitinya begitulah..memang kasih sayang tak dapat di nilai dengan wang ringgit kan..


Malam

Cerita bila malam menjelma.Aku tak cari lagi tiket untuk balik ke Penang.So aku ngan bro zali pegi la ke Pudu untuk mencari tiket dahulu..aku beli tiket ke Penang pukul 11 malam.Lepas beli tiket,kat area pudu tuh ada A&W punya restoran..so apa lagik...beli ler Root beer float kat situh..lama giler tak rasa Root beer A&W nih...hmmm dulu ayah suka sangat ngan air nih..ingat lagi masa kecik-kecik dulu ayah selalu beli yang botol besar wat balik umah..kitorang adik beradik mesti kegembiraan bila ayah wat balik air A&W nih...hmmm tu cerita dulu-dulu la..


Actually kalo korang perasan dah tak banyak kan cawangan A&W kat Malaysia nih..banayk dah tutup,mungkin sebab persaingan banyak sangat..Restoran fast food sana-sini skang..da bermacam-macam jenis..Only good products will survive..well,that's business world..

*tak lupa jugak beli Curly fries ni...suka curly fries A&W ni.

*menjilat straw ko....sedap eskem larut dalam rootbeer ni..

Lepas da beli tiket kitorang beli makanan(yang A&W nih nak lepas gian jer)kat jalan chow kit,beli nasi kandar kat restoran maju curry house and after that straight away back to the hospital dan makan sama-sama..

*ayah dan mak cam gaduh la plak...hehe padahal tak pun...gambar menipu okeh..haha
Lepas makan macam biasa la sembang-sembang dan mendengar kata-kata hikmat dari mak...mak suka bagi amanat dan peringatan yang berguna kepada kami...walaupun kadang-kadang letih nak mendengar(tak baik aku kan..) tapi actually apa yang mak cuba sampaikan tu benar belaka...tiada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka...)..aku tahu jauh di sudut hati mak nak tengok anak anak berjaya dari semua aspek,terutamanya dari segi ukhrawi..Sembang punya sembang da dekat pukul 10.30-bas aku pukul 11 malam so terpaksa la bergerak ke Puduraya...Ayah da nak tidur masa tuh,sempat la bersalaman ngan ayah..aKu pesan kat mak supaya jaga ayah baik-baik..dan mak kata jangan la risau-risau..Insya Allah semuanya akan berjalan mengikut ketentuan-Nya..

*gambor ngan mak sebelum balik..


Sampai kat pudu da lambat,tapi macam biasa la-since aku da biasa ngan perkhidmatan bas kat puduraya ni jadi aku tau diorang akan delay sejam punya...dan betul kata aku bila bas aku hanya muncul pada pukul 12 tengah malam...see,that's why aku beli tiket kul 11 malam...kehkeh...apa-apa je la bas nih,janji aku leh balik ke penang...esok kerja maa...

*aku sampai penang kul 4 pagi.Dari awal perjalanan aku tidur dan bila terjaga da sampai.memang tidur mati rupanya...penat gamaknyer tu yang lansung tak terjaga..Dan keadaan akan kembali seperti hari-hari biasa yang aku lalui..

Sunday, June 1, 2008

Yang Prihatin 2

Pagi sabtu semalam aku bertolak dari Penang ngan Nikli pukul 11 pagi,dan Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiba di KL pada pukul 3 ...Nikli terus drop aku kat Hospital Kuala Lumpur(tq so much for da ride). Pada sebelah petang nya pula meriah wad ayah aku dengan kunjungan bloggers kehormat,iaitu:

Inah & Ain(kawan Inah)

Ziana & Lily

ShahrilAley

mereka yang rancak Bersembang..

Actually ada lagi dua orang yang tidak di nyatakan disini,iaitu EA(Lily's husband to be) dan juga Zahir(old fren of nikli n aley,merangkap kawan kitorang jugak).Tak sempat nak snap gambar mereka berdua,ni pun gambar-gambar ambik curi jer..guna kamera HP sebab tu illustrasi kurang memuaskan.Kepada korang yang melawat ayah aku,TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...thank u so much....aku hargai sangat-sangat korang datang dan lawat ayah aku di HKL nih..Doakan ayah aku akan lebih sihat dari biasa k..thanks again pada korang yang prihatin.

*After ziarah ayah aku kitorang pegi makan kat tempat rasmi lily-William..Dan akhirnya dapat jugak aku rasa spaghetti bolognaise kat situ.Sedap.To Nikli,thanks again for da ride from Penang to KL.Alhamdulillah pagi nih ko da selamat sampai ke JB.Ada umur kita jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails