Followers

Wednesday, June 3, 2009

Kelmarin,Semalam & Hari Ini..

Agak liat untuk bangun di pagi hari Rabu yang berbahagia nih..

Mungkin kerana hujan lebat yang mencurah-curah di luar sana seakan menjadi melodi indah untuk aku terus melelapkan mata-namun aku gagahi jua untuk bangun mandi solat subuh dan bersiap siap untuk ke tempat kerja..Badan seakan penat-barangkali penat outstation masih terasa..(takder maknanya penat kan..haha)

Oh ya,lupa untuk aku khabarkan di sini-1 & 2 Jun yang lalu-aku ke LANGKAWI lagi dan lagi dan lagi..seperti biasa atas urusan kerja-tetapi telah di personal kan oleh aku..haha..Kerja tetap kerja,berjalan tetap berjalan..Trip 2 hari 1 malam-sudah cukup untuk lari seketika dari menjalani kesibukan rutin harian di opis..such a privilege for me..hehe

Semoga hari Rabu anda bermula dengan sesuatu yang menyenangkan ya!!

:)

******************************************

1 JUN 2009

Bertolak dari Penang ke Jeti Kuala Perlis pada jam 3.30 petang..bekerja separuh hari pada hari tersebut-dan aku sempat menyelesaikan mana mana kerja yang patut..aku bertindak mengikut arahan so bila boss kata suh pi Langkawi terus la aku setuju..hehe

1

Sampai di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 5.45 petang..Lepas da beli tiket Feri melepak kat KFC Kuala Perlis depan Jeti(FYI aku baru taw kat sini ada KFC..pathetic kan..dah selalu pi Langkawi tapi tak notis ada KFC kat sini..ish ish ish..)..Sempat la meng-online kan diri se pam dua duk cek FaceBook ngan Cek Blog..well,di hujung jari anda sahaja kan..:)

2

Tiket Pukul 6.30 Pm

3

Boleh tahan ramai jugak umat manusia nak masuk bumi langkawi on that day..hmmm lupa plak CUTI SEKOLAH dah mula tu yang ramai pi bercuti kot..aku pun turut nak 'bercuti' jugak..haha..(biasa kalau weekdays macam ni tak la ramai sangat..)

4

Sampai Langkawi dalam pukul 7.45 malam..actually kalau dari Kuala Perlis perjalanan memakan masa selama satu jam sahaja..tak mau aku duk dalam feri lama-lama..kalau dari kuala kedah dua jam woo..(Remarks:Tiket RM18 sehala Dewasa,RM 13 sehala Kanak-kanak)

5

Singgah sebentar di MarryBrown Langkawi Parade..Lapar sudah..

6

Makan set ayam dua ketui nih..FYI,ni baru first attempt aku nak makan MarryBrown..sebelum ni tak pernah try..NEVER..

7

Korang mesti tertanya-tanya aku mai ngan sapa..sapa lagi kalau bukan ngan member baik aku yang sorang nih-Lanny..dia boleh pulak duk 'mengulor' dari kerja dia semata mata nak ikut pi Langkawi..sabor je lah aku..kakaka..Biasa kalau mengulor paling paling pun sejam dua ni sampai masuk Langkawi apa kes??super mengulor nih jawabnya..:)

8

Rasa ayam goreng kat sini lebih kurang macam ayam goreng pasar malam seberang jaya..(erkkk ayam goreng pasar malam sedap lagi kot..)..mashed potato nya boleh tahan-macam yang maggi punya..Overall not bad,tapi KFC tetap da best lah yek anak anak sekelian..(dalam duk komen tetap lah licin kan pinggan ku..)

9

Habis makan ke mana lagi kami nak pi..terus nak Check-In cari tempat berteduh la..Kali ni aku memilih untuk stay di Pantai Cenang,instead of duk kat pekan Kuah..kalau dari Pekan Kuah nak ke tempat kerja aku lagi dekat tapi pantai Cenang ni pun bukan lah jauh sangat..akhirnya-ASEANIA RESORT LANGKAWI menjadi pilihan..

10

Resort ni bukan lah menghadap pantai..tapi tetap lah boleh ke Pantai Cenang dengan walking distance sahaja..swimming pool kat sini yang best..:)

11

menarik juga bangunan Resort ni..

12

kitorang amik bilik Twin Bed Sharing

13

Da masuk bilik-it's landing time..hehe..tapi sekejap jer lah..pastu terus mandi solat siap siap nak keluar jalan jalan kat Pantai Cenang..nak amik angin pantai di malam hari..dengar bunyik ombak pun best apa..

14

side walk along the Cenang Beach

15

sambil duk jenjalan sambil duk tengok bajau ngan cenderamata yang ada di jual..bukan nak beli pun-tapi aku beli suar pendek sebab nak buat swimming esok pagi..haha..lupa daaa nak bawak short untuk berenang..

16

jalan-jalan kat Pantai Cenang

17

dah namanya pun malam kan so memang la gambar gelap satu macam sahaja..ada bintang dan bulan di langit tapi tetap tak boleh nak amik gambar ombak di malam hari..haha..

18

damai jer rasa hati dengar bunyi ombak..

19

Ada juga Lonuge kat tepi pantai ni..ramai la mat salleh dan minah salleh duk melepak minum apa wallahualam..yang best masa ni ada band duk nyanyi lagu Jason Myraz-I'm Yours..duk layan la sekejap tepi tuh..walaupun tak sedap mana diorang nyanyi..wawawa..

20

singgah minum di Restoran Ini

21

Minum air mangga gelas besar..Lanny duk minum air tembikai

22

ehhh tadi kata minum jer..tetiba muncul pulak KueyTiow Tomyam nih..haha..tetiba gatai mulut duk order kueytiow tomyam kan..sedap la jugak walaupun agak pedas..untuk pencinta pedas macam aku nih memang la suka sangat..i like..!!

23

Then da siap makan berjalan kaki kembali balik ke Aseania Resort-untuk rehat kan diri dan tidur..Esok ada kerja maa..Zzzzzzzzzzzzzzzzz..

2 JUN 2009

Bangkit lambat pagi nih..huhu..tapi tetap tak melepaskan peluang untuk mandi manda di Swimming Pool Resort-Jam 8.30 pagi kitorang mai tepi kolam nih..(ishhh aku macam tak kerja la pulak kan..)

24

Nice pool..

25

Actually swimming Pool kat sini memang besar..

26

pose muka baru bangun tidur..

27

mandi pagi-pagi ni sejuk yang amat..tempat yang aku swimming ni dalam nya lebih kurang 2 meter!!pehhhhh dalam tu beb..dengan kuasa lemak lemak badan aku yang banyak aku mampu untuk terapung dengan mudah..haha

28

jom kita SWIMMING!!

29

Da Best Part kat sini ada gelungsur yang tinggi..panjat dulu ke atas then menggelungsur tak hengat..haha..memang layan bangat!!seronot!!

30

aksi Dugong Terhempas!!

31

ehhh..terjun tiruk pun ada!!

32

Pool yang di jaga Rapi

33

Musim cuti sekolah-ada la ramai jugak family yang duk berenang renang kat sini..actually swimming pool nya ada banyak bahagian..dari yang dewasa sampai lah kanak kanak semua lengkap..siap ada satu bahagian yang diorang bikin macam ombak(gambar atas)..menarik!!

34

Da habis berenang terus balik bilik siap- siap untuk urusan Kerja..sebelum tu pi Breakfast dulu(complimentary)..gambar breakfast takder yer tuan tuan dan puan puan sebab masa ni bateri kamera saya dah kehabisan..perlu di caj okeh..maaf atas kesulitan..:)-Then straight away aku pi Teluk Ewa atas urusan kerja..(kerja la sangat kan..haha)

35

Urusan kerja selesai pada jam 12.30 tengah hari..patah balik ke Resort untuk Check Out..tu pun aku mintak extend untuk Check Out sebab nak rehat-rehat jap..tak larat maa..relaks relaks dan mandi siap siap untuk bertolak pulang..

36

Nice Entrance at The Lobby

37

Overall Resort nih not bad lah..eventhough there's still a lot room for improvement..masa aku mai ni pun diorang baru siap renovate..You'll get what you pay for la senang cakap..(gambar atas:baru sudah Check-Out..dapat balik duit deposit..lalalala)

38

Jom jom kita pulang..rindu sama rumah di Penang..haha

39

Dari Aseania Resort kitorang singgah makan kat Pekan Kuah jap,beli Coklat dua tiga papan then terus ke Jeti Langkawi untuk kembali ke pangkal jalan..Feri pukul 3 petang..sampai Kuala Perlis dalam pukul 4 lebih macam tuh-Then dalam Pukul 6.45 petang semalam selamat tiba di kawasan perumahan yang aku diami..Alhamdulillah semuanya selamat..

Penat dan aku perlukan rehat..

Zzzzzzzzzzz..

******************************************

*Itu Kisah kelmarin dan semalam..Bagaimana pula dengan Hari ini?-Kembali sibuk dengan tugas di opis yang semakin banyak..Semoga Tuhan permudahkan Segala Urusan..Ameen..

Monday, June 1, 2009

Hujung Minggu Yang Normal

Hujung minggu berlalu..

Dan saya lalui hujung minggu ini dengan normal,cuma sedikit luar biasa dengan kejayaan pasukan Bola Sepak kegemaran-Chelsea berjaya menjulang piala FA setelah mengalahkan Everton 2-1 semalam.Kali terakhir Chelsea menjulang Piala FA ialah dua tahun lalu ketika menewaskan Manchester United 1-0 dan ini merupakan kejuaraan kelima mereka selepas pernah menjuarainya pada 1970, 1997, 2000 dan 2007.Tahniah!!sekurangnya saya mampu tidur lena malam tadi:)

1

KL di waktu senja dari atas bukit Hulu Langat

2

Tiada apa yang istimewa,sempat meluangkan masa di hujung minggu dengan rakan terdekat untuk makan makan dan borak santai di Old Town White Coffee..nak buat macam mana dah hobi memang suka makan..:)..lepak lepak menenangkan kepala dari hal-hal kerja..oh saya berasa sungguh nyaman..

3

Roti Bakar Mentega Penuh..slurrpp..

4

Agak ramai kenalan dekat mahupun yang jauh telah menegur tentang badan saya yang makin bertambah 'sihat'..sedar ataupun tidak saya tahu hal itu tidak boleh di pandang mudah..entah macam mana sejak dua tiga menjak ni selera makan sukar sekali untuk di bendung hingga saya tidak mempedulikan cakap-cakap orang keliling..Insya Allah kalau di beri kesempatan pasti saya akan berbuat sesuatu tentang berat badan sendiri..Yang penting kesihatan perlu di jaga kan..

5

Nasi Rendang Ayam yang lazat

6

Lanny,member berbual dan melepak santai

7

Jus Oren Mantap!!

8

Daging Black Pepper

9

sup sayur campur seafood

10

Sotong Goreng Tepung

11

Siput Buluh masak Pedas

12

Saya sebenarnya dah Gian untuk meletak gambar gambar makanan seperti di atas..sekadar berkongsi dengan anda semua..hehe..maaf kiranya mengganggu sensitiviti sesetengah pihak:)

MEI berlalu dengan seribu pengertian..JUN muncul dengan penuh pengharapan..Selamat Datang JUN!!Semoga hari mendatang bakal di tempuhi dengan sinar baru..

Daylight
I must wait for the sunrise
I must think of a new life
And I musn't give in
When the dawn comes
Tonight will be a memory too
And a new day will begin..

*have you heard Susan Boyle sing??She's freaking Good!!incredible!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails