Stesen Keretapi Haadyai ni biasa jer..macam buruk jer.haha.tak kisah pun..sampai kat sini first thing to do nak cari Hotel dulu apa cerita pun..so nak ke Central bandar tu kitorang naik Tuk tuk kat tepi stesen ni yang berlambak duk tunggu..
Kami mintak Tuk tuk ni bawa ke Pusat Bandar..sebenarnya untuk pengetahuan tuan tuan dan pua puan sekelian pusat bandarnya sangat lah dekat ngan stesen ni..kalau jalan kaki pun boleh.tapi sebab tak tahu tu yang naik tuk tuk ni..kena lah cekik 5o baht which is mahal sebenarnya..tapi mengenangkan malas nak pikir sebab badan tengah tak selesa nak kena mandi cepat cepat dan rehat kejap so layan kan jer lah.
Lupa nak habaq masa depan Stesen Haadyai tu kami pi tukar duit Baht dulu..RM100 kita dapat lah dalam 960 baht..more or less macam tu lah..senang sikit nak berurusan.oleh kerana ini percutia bajet untuk kesekian kalinya kami just tukar dalam RM250 sahaja.lebih dari cukup dah tu..dah kira skali ngan penginapan n transport.ok what?
Masa sampai kat Pusat Bandar ni kami tuju ke Regency Hotel dulu..actually da ada booking dalam Internet so kami terus ke Hotelnya jer lah..nice deko kat dalam tapi macam hampeh servis customer kat sini..kerek semacam..macam tanak layan kita.bila kata dah booking dalam internet diorang kata tak diterima sebab kena kol..pastu kata bilik penuh..what the hell.mampus korang lah.banyak lagi Hotel lain kat Pekan Haadyai ni.tak mati pun kalau tak duduk kat Regency ni.
lepas tu kami try pi Lee Garden dan Novotel.semuanya penuh jugak..ramai sangat ke pelancong..Pink Lady Hotel pun try jugak.pun penuh.Last last INDRA HOTEL ni jugak menjadi pilihan..tengok dalam Blog Kak Leez dulu diorang mai pun stay kat sini so should be ok lah..kalau nak ikut banyak lagi hotel lain tapi tengah kepenatan ni memang kami tangkap muat jer lah..nak stay sehari jer pun..what is the worst thing can happen kan..so kami check in di Indra Hotel ini.
Untuk pengetahuan semua,Waktu di sini adala satu Jam lebih awal dari waktu kita..macam kat Vietnam jugak.haha..maksudnya kalau kat tempat kita pukul 8 pagi diorang baru 7 pagi..untungnya lah sejam..Check in di Hotel ni dengan harga 700 Baht which is equal to 70 hengget duit kita..Mahal sebab masa kak leez and da gang datang diorang dapat 50 hengget saja..takper lah.maybe sebab public Holiday kot.(Cuti Wesak)
Mula mula risau gak takut biliknya tak best dan macam hotel Chokia tapi last last bila masuk bilik rasa macam Ok lah..macam ni untuk 70 hengget satu malam shud be ok.kemas dan teratur serta tak lah buruk interior dalamnya..
Siap ada peti sejuk,sofa dan TV..tv pulak nak ada Channel macam macam..tapi semua tak paham so stick pada Channel V saa..dengar dan tengok Video klip lagi baik dari dengar Orang Thai duk merepek ntah hapa hapa..so dah dapat bilik apa lagi berehat solat mandi dan sebagainya lah..dalam pukul 2 lebih macam tu baru kami keluar memulakan sessi jelajah bandar Haadyai..
Kat sini pun sistem wayar letriknya berselirat..teringat masa pi Vietnam Januari yang lalu.macam ni jugak..TNB tanak buat sesuatu ker..mai mai TNB tembusi pasaran Antarabangsa dan tolong Thailand dengan sistem yang lebih efisyen dan bersistematik..Chewwwaah..apa kes duk promote TNB kan..:p
Teringin nak makan tengahari di RESTORAN HAMID,restoran yang boleh dikatakan wajib singgah la kalau pelawat dari Malaysia..mana mana blog yang aku tengok pi Haadyai mesti singgah mai makan kat sini so aku pun tanak terlepas..nak naik tuk tuk tapi rasanya tak berbaloi sebab dekat saja..belakang lee garden Plaza so jalan kaki jer boleh sampai.. tu pun tanya jugak dengan peniaga tepi jalan sebab tak sure..akhirnya jumpa jugak.
Besar jugak RESTORAN HAMID ni..just wonder peniaga ni asal sini or dari Malaysia..
Masa kami sampai rata rata yang ada kat dalam ni kebanyakannya orang Malaysia..ramai sungguh Malaysian kat sini.kata negara Jiran kan so what do u expect..nice dekorasi Restoran ni..so mai mai tengok apa yang kami order untuk makan tengahari..pukul 3 petang kira tengahari lagi kan..
Untuk minumannya kami order AIR KELAPA MUDA..kecik jer buah.sekali sedut habes.huhu
SOTONG GORENG TEPUNG
KAILAN IKAN MASIN
AYAM GORENG PANDAN
DAGING MERAH GORENG
Overall makanan kat sini biasa sahaja..kat Penang ngan KL berlambak lagi tempat makan yang lagi best dari ni..terlupa plak nak order Hidangan wajib Thailand- Tomyam..haha..what to do kalau korang perasan kami makan macam takder kuah..sedih sangat..harga makanan macam ni dalam 450 baht..which is dalam 45 hengget.mahal kan??tak lah sesedap mana..ok ok saja.
Berdekatan dengan restoran hamid tu ada Shopping Kompleks di beri nama LEE GARDEN PLAZA..shopping kompleks kat sini konsep sama jer ngan tempat kita..saja jalan jalan dalam shopping komples ni tak taw nak buat apa kan..
Suasana dalam Lee Garden Plaza Mall
Tempat wayangnya cantik..futuristik gitu..nice!suka lah lampu macam ni..ingat nak tengok wayang tapi kensel rancangan sebab takut subtitle sah sah dalam bahasa Thai kan.
Jom layan SHREK 3D in Hat yai..mau kaa tak mau??
Mc Donald di Thailand tak halal sebab ada Pork..jadi na beli apa apa pun tak boleh lah..bergambar bersama onal yang telah di Thailand kan..Cuma kepala tak teleng sama.kalau teleng kepala sikit mesti dah sama..thehehehehheeh..
Peniaga Buah buahan di tepi jalan..
Bertentangan dengan Lee Garden Plaza ada satu lagi Shopping mall yang lain.nama tak sure nak sebut macam mana.kami masuk jugak shopping mall ni..terjumpa sandal jenama K-SWISS,nikli ada beli masa pi Phuket dulu..terus kami pun rembat sorang satu sebab ada promo sepasang 190 baht sahaja..harga asal 290 baht. yang lain lain dalam mall ni takder yang spesel kecuali ada sorang mamat jaga kaunter oerfume buat rambut style apa ntah.tak reti aku nak describe kat sini..
Then dari Shopping mall ni kami jalan jalan pusing Town..macam biasa lah.jalan kaki lebih afdal dari duk naik Tuk tuk..sebab jalan kaki baru lebih dekat dengan penduduk setempat..lagi pun Bandar Haadyai ni tak besar mana..sekangkang kera jer..masa ni lah kami find out yang sebenranya Stesen Tren Haadyai dekat jer ngan Hotel dan Central Bandar Haadyai..
Nice Vespa..ingat nak curi wat balik.hahahaaa
yer betul aku berada di Haadyai..tak percaya ker..??percayalah..
Orang kata Buah buahan di Thailand ni sedap,maksudnya manis dia lain macam..ntah.aku tak minat sangat buah buah so tak berminat nak beli..
Another Shopping mall,ODEAN tapi tak menyinggah pun..
Kami berjalan jalan sampai pukul 4.15 pm sahaja sebab nak kena balik Hotel..dalam pukul 4.30 kami dah booking satu Kereta sewa untuk ke FLOATING MARKET..floating market ni ada di hujung minggu sahaja so weekdays takder..floating market is a very Nice place!nanti aku share dalam entri akan datang..dah panjang sangat dah entri ni..
(To be Continued..)