Di suatu Petang yang indah..
Waktu aku balik dari Langkawi..Sempat menyinggah makan di Alor Setar..sebab nak pass kan Coklat DAIM dari Langkawi kepada seorang kenalan Blogger..Alang alang dah berjumpa dia bawak aku mai makan kat sini-RESTORAN SPRING LEAF nama di beri..Nama gempak kan..makanan tak taw lah macam mana.Mari sahabat rakan dan Taulan kita menjengah Restoran di Alor Setar ni..Kita tengok siapa yang kena..
Tengok dar segi Luaran nya Macam dah Ok..dalamnnya macam mana?
Tengok Interior dalamannya lagi Ok..memang sedap mata memandang lah..Dekorasinya Ala-ala Inggeris Style..siap ada WiFi kalau tak silap..sekali imbas hati kecil ku terus berkata mesti mahal makanan kat tempat ni..bersesuaian dengan tema Restoran.
Gambar atas bahagian Luar,kat dalam Restoran macam ni rupanya..Ok jugak!
Jadi aku dan kenalan Blogger bersama ibunya sekali masuk la duduk di meja dalam,dan mula study buku menu..Buku menunya biasa biasa sahaja..dan kami pun mengorder lah apa yang patut..cuma sedikit kecewa pada mulanya sebab ada satu menu yang aku nak order(tak ingat dah apa namanya) takder..dah ada dalam menu patut kena ada lah.aku cukup bengang ngan kedai yang tulis dalam menu ada tapi bila kita mintak takder..what the hell.baik buang jer dari List menu so customer tak terkeliru dan tak sakit hati.
Untuk minuman aku order air ni -VANILA MINT BLENDED..memang sedap air ni!!aku suka!!sebab ada cip coklat dalam tu..Kalori konpem mencanak.abaikan yang tu.Cuma gelas ni agak tinggi untuk manusia berleher biasa macam kita.kalau manusia berleher Zirafah mesti sangat suka minum ngan gelas macam ni sebab takyah nak tunduk dah..Straw yang berpintal itu juga menyukarkan perjalanan air..Cantik ker pintal pintal macam tu by the way??
ni namanya CEASAR SALAD,wanie yang order this meal.Berangan sangat This Restaurant nak tiru Ceasar Salad macam kat KENNY ROGERS..kot yer pun nak tiru biarlah rasa sama ataupun lebih baik lagi..ni rasanya macam SYAITOOONNNNN..dari segi rupanya korang boleh judge sendirik lah kan..memang tak sedap dan kebanyakan mender yang duk ada dalam pinggan tu rasa macam makanan semalam..Tak fresh!!bukan aku jer yang kata mender ni,tuan punya makanan pun sama..
Ini pulak makanan yang aku order..apa ntah namanya..CHICKEN WRAP IN TORTILLA..ni pulak berangan nak tiru KFC..tapi sekali lagi nak ulang rasanya memang syaitooonnnnn jugak..tak baik mencela makanan tapi sesungguhnya rasa Roti tortilla wrap itu ntah hapa hapa..Isinya kat dalam toksah cakap lah..Ayam kat dalam tu macam habuk kayu rasanya..keras semacam..Salad pulak siap boleh kuning kuning..Salad minggu lepas kot.
Last but not least,meal ni Mama Wanie yang order -SPAGHETTI CARBONARA..ok,dari segi gambar apa yang korang nampak??tell me tell me!menarik ker???astaga,Spaghetti nya keras lahanat..macam tak masak..tunggu punya lah lama tapi ini yang kami dapat..Kuahnya pun tak cukup Creamy dan paling sedih tang daun parsli atas tu..kedekut sangat kah?atau daun parsli mahal di pasaran.Yang pasti itu bukan alasan untuk tidak menyediakan masakan yang enak..
Sedih aku melihat mereka ini yang dah terpaksa makan..dah la tak lunch lagi,tapi terpaksa mengadap plak meal yang ntah apa apa ni..(see,nampak tak gelas aku vanilla mint blended tu,tak ke korang kena berdiri nak minum sebab gelas tinggi sangat..memang tak tercapai dek akalku lah)
Sudahnya memang tak habes kitorang makan..Mutu makanan kat sini aku kasi F+++++++..di ulangi ,F++++++++..maksudnya memang FAILED terus!!no kompromi dah..setakat nak minum boleh kot tapi nak makan jangan harap aku datang dah sini.senang cakap tak mai dah la kedai ni..jangan main main,aku memang banned terus kedai yang buat hal.First impression adalah penting untuk penggemar makanan macam aku.sebab banyak lagi pilihan kedai makan yang menarik..tak kesah pun kalau tak datang lagi ke Restoran yang tak menyediakan makanan ikut standard.
Bukan nak kata aku ni standard sangat,(in fact tak pun..aku asal kampung jer)tapi for me kalau nak meniaga makanan buat lah cara nak meniaga makan betul betul..kadang aku tak faham bagaimana pengusaha Restoran still boleh bukak restoran sedangkan makanan nya ntah apa apa..tu lah,orang nak meniaga makan dia pun nak meniaga jugak..patut study dulu,buat testing rasa makanan sebelum sajikan pada orang ramai..Wallhualam.Just sedikit pandangan dari aku yang sering kecewa dengan Restoran sebegini.
*Harga makan kat sini plak mahal nak mampus.ni yang aku teringin nak bukak Restoran sendirik ni..akan aku pastikan makanan aku semua sedap dan menepati citarasa ramai.Datang lah beramai ramai ke RESTORAN AXIMUD nanti yaa!!