Followers

Saturday, July 3, 2010

TRIP HAADYAI PART 3 - NIGHTLIFE @ HAT YAI

Selamat berhujung minggu!

Nak sambung lagi kisah pi Hat yai mei yang lalu..tak kira.aku nak setelkan jugak entri ni..sebab nanti banyak entri lain bakal menyusul..Sambungan Trip hat yai ni dari petang selepas kitorang dah puas jenjalan kat Floating market(klik link untuk cerita lalu).Dan bila Malam tiba..

28 MEI 2010

Dari Floating market,kami minta private drebar tu terus hantar balik ke Hotel..penat berjalan.nak balik mandi solat berehat dan sebagainya,sebelum keluar balik sebelah malam untuk menikmati kehidupan malam di sekitar pekan Hat Yai.

5

di ruang lobi Hotel Indra

5a

Dalam pukul 8 malam kitorang keluar..nak jalan jalan sekitar pekan Hat yai yang tak berapa besar ni.tak berapa nak cari makanan sebab masih kenyang lagi ngan makanan yang di makan kat Floating market..siap ada tapau bawak balik bilik hotel.

6

t-shirt Hat Yai anyone??Hat yai or haadyai??whatever..

7

7a

suasana malam di sini.sama jer ngan tempat kita.ada Watson lagik

8

Masa nak masuk kat depan satu market,ada restoran china ni jual macam macam seafood .terliur lak tengok Udang Sotong ngan Lobster yang besar besar ni.tapi konpem lah tak halal..lagi pun mesti harganya mahal..

9

have u seen this before??mana mana tempat pun sama kan..kat Petaling street mesti kedai beg tangan pompuan yang banyak..dari China semua nya tu..Ladies market kaa temple street kaa..macam ni lah keadaanya..cuma kecik atau besar jer yang berbeza.dari segi variety barang yang ada basically semua sama.

10

12

Selain section jual jual beg tangan dan T-shirt,kawasan yang jual makanan kering ni pun ada..berkenan tengok gajus..harganya pun takder lah murah..tapi still makcik makcik kat situ duk offer suh rasa gajus sebab nak suh kami beli..dapat lah merasa makan gajus free.tapi last last kami beli jugak gajus tu..beli lah barang sekilo dua.

13

14

Harga sekilo gajus ni tak ingat..tapi lebih kurang macam yang aku beli kat Langkawi

15

jalan jalan lagi..boleh cover satu pekan Hat Yai

16

Dalam duk pusing pusing,terjumpa pulak satu Restoran Halal kat sini..SALMA RESTORAN namanya..just menyinggah minum minum sebab still kenyang..macam nak rasa Tomyam kat sini tapi dah perut kenyang lagi so cukup lah sekadar minum jer.

17

kat Night market banak sungguh kraf tangan yang macam ni..di buat dari aluminium or besi

18

nasi lemak dan teh tarik di Hat yai.tak menyinggah pun

19

Last sekali pi masuk 7 e beli Air mineral then terus balik ke Hotel..Tak berapa happening masa ni,maybe sebab cuti Hari wesak so semua pun pakat pakat bercuti..tempat massage tak bercuti cuma semua pub dan tempat karaoke tutup..elok lah tu.dapat elakkan diri dari maksiat..heheh..Balik hotel terus lepak bersembang jap then tidor..tengok TV pun channel V jer yang best..

and that's how we spend our night at Hat Yai.

Thank you.

Friday, July 2, 2010

SULTAN ABDUL SAMAD BUILDING : WARISAN KEBANGSAAN

Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

1

Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.

2

Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

3

Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

4

Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir

5

Kesnya baru ni masa pergi KL duk cari jalan sampai sesat,lalu depan Dataran merdeka terus aku menyinggah nak ambik gambar this building..Banyak jugak aku snap tapi letak lima keping jer lah..Lawa sangat Binaan bangunan ni..perlu di abadikan dalam foto sebagai kenangan..:)..i dont wish they'll demolished this place later macam yang dah terjadi pada Penjara Pudu..Warisan Negara kita yang harus di pertahankan sampai bila-bila..

Sumber: Wikipedia

*Jun berlalu meninggalkan kita..Julai bermula..Dah setengah tahun berlalu..so far so good.Happy friday everybody!and happy weekend..i might be going to my hometown tonight..

Wednesday, June 30, 2010

ALI CAFE DESA SRI HARTAMAS : MORNING-MORNING TILL LATE-LATE

Salam kembali bersiaran..

Dua hari lepas a bit hecic n tired..sebab kena rush ke KL for meeting hari selasa,then have to rush back ke penang balik sebab ada meeting hari rabu..Driving is so fun tapi bila sorang sorang tak berapa best la pulak..Sampai Penang semalam,sambung meeting kat sini,balik rumah terus collapse dari 8 pm sampai 4 pagi..lama betul aku tidor.penat sangat kot.

Nak story pasal makan malam kat ALI CAFE desa sri Hartamas hari isnin lalu.letss!

***********************************************************

28 JUN 2010

Hari isnin aritu aku gerak dari Penang ke KL pukul 6 petang..sampai Kl dalam pukul 10 malam,then pi ambik kak tie ngan Ziana for dinner..Then Zie cadangkan kami dinner kat Ali Cafe Desa Sri Hartamas,so here we are makan kat sini..

1

noticed that words -Morning morning till late late?

2

same same but different..hehe..love all those words

3

First thing to do- Order air dulu..aku oredr air Soya ni..ada campuran Cincau ngan Kayang merah blend kat bawah.sebelum minum sila kacau dulu kalau tak rasanya tawaq.soya cincau ni lagi kaw dari Pappa rich punya..u gonna love it!

4

Barli Lemon ngan Sirap apa ntah..tak ingat dah

5

my sister and i

7

Apa yang kami makan??tengok tengok menu kat dalam tu ada Keropok Lekor..apa lagi.Order lah satu pinggan.the best part is keropok lekor ni sedap..tak liat dan rasa lah ikan kat dalam.seperti yang didakwa restoran ni-Lekor asli from kelate..

8

Next!

Ni namanya CINTAN BOLOGNAISE..biasa spaghetti bolognaise tu biasa orang makan..Unik lak menu ni.Ziana yang order.rasanya a bit masin tapi still acceptable.untuk orang yang makan tawar tawar memang tak leh makan yang ni..

9

This is menu aku yang order.BEEF NOODLE ni sedap!lebih kurang rasa macam PHO yang aku pernah makan kat Vietnam..try makan kat Secret Recipe still tak sama.yang ni ada lah persamaaan ala ala Beef Noodle kat Vietnam..Cubalah,anda pasti tertawan..

10

Kak Tie order ALI BENTHO..set ni ada Nasi Goreng,ada Ayam slice Goreng ,ada Sup dan Salad..Overall kak tie kata menu ni sedap..tapi aku berkenan kat Nasik Gorengnya..rasa bawang putih dan Bilis.ala ala nasi goreng kampung.

11

mai mai mai jemput lah makan..

12

muka excited dapat makan 'PHO'..

13

mee maggi cepat di masak sedap di makan..

14

Masa ni ada game Holland lawan Slovakia..Holland menang..kami datang masa ni game dah hampir nak abes..ramai gak lah yang melepak..Cool place!sesuai untuk menghabiskan waktu lapang dengan kawan kawan..

15

aksi kakak dan adik yang tidak keterlaluan

16

ni suasana kat dalam Cafe..memang best tengok ada buku buku tersusun kat rak.Novel dan majalah yang ada plak menarik untuk bacaan umum..yang penting penataan warna tu best..memang menepatai citarasa remaja masa kini

20

Boleh plak dua orang ni duk layan Online..mentang mentang lahh ada interbet free..not to mention Skrin Komputernya punya gedabak.puas hati tengok FB,haha..satu lagi kat sini ada Wi Fi free..jadi sila lah beronline dengan percuma.

21

cool,isn't it??

23

Keseluruhannya,aku suka tempat ni..dari segi harga makan tiga orang macam ni-RM57..maybe a bit pricey tapi dari segi rasa makanannya yang acceptable,so kira ok lah..sesuai untuk melepak lepak di kala kebosanan melanda..ada lagi beberapa menu lain kat kedai ni yang nampak menarik.lain kali la pulak try..

Selamat mencuba yaa!!

*Lokasi kedai ni di area Desa Sri hartamas..

Monday, June 28, 2010

WE CAN LIVE LIKE JACK & SALLY IF WE WANT..

'Mr. Axim,i need you to replace me for this meeting,in Kuala Lumpur tomorrow'

Suara General Manager bergema dalam bilik mesyuarat tingkat dua itu.

'Ok..i'll be there tomorrow..'

Aku membalas dengan yakin.lagipun,what else should i say?Bila deal dengan Orang atasan macam tu lah,kena pandai menyatakan kesanggupan atas task yang di beri..Cuma aku tidak lah sampai ke tahap mengampu dan mengipas Boss atas kepentingan peribadi.itu bukan aku.aku sekadar menjalankan tanggungjawab dan amanah yang ada, demi meneruskan kelansungan hidup asalkan rezeki ini halal.

****************************************************

Dulu dia lah teman rapat aku.

Tempat mengadu nasib.Tempat aku berkongsi kisah.tempat aku mencurah rasa yang ada..Zaman belajar dulu banyak menggamit kenangan antara aku dan dia.Begitu banyak kisah yang tercipta,dan aku akui aku bahagia begitu..Masakan aku lupa semua masa yang kami kongsi bersama, terutamanya masa belajar..Sebab aku suka dengar penerangan dari dia pada subjek subjek tertentu,dan tidak keterlaluan untuk aku katakan kami saling bersaing dalam mencapai markah yang baik dalam peperiksaan.

Masa berlalu,dan akhirnya kami bawa haluan masing masing..Zaman belajar yang indah tamat.Dunia sebenar menanti.Realiti hidup tak seindah yang kita inginkan tapi Persahabatan yang terbina itu tetap aku simpan erat-erat hingga kini.Tapi aku tak pernah buang persahabatan lalu.malah ia sentiasa ada.dan takkan pernah lari dari hati.Sebagai kawan,aku tetap akan sayangkan dia sampai bila bila.

Kisah lalu aku simpan baik-baik dalam lipatan kenangan.

***************************************************

'xim,minggu ni aku akan ada di Kl atas urusan kerja..is there any chance that we can meet??besides,dah lama kita tak jumpa..'

Serentak dengan perkhabaran itu aku terus tersenyum riang.Terima kasih tuhan atas takdir ini.Petang ini juga aku akan bertolak ke Kuala Lumpur(urusan kerja) dan dapat kembali bertemu muka dengan sahabat lama yang jauh.Kali ini status dia sudah bertukar lagi.kalau dulu dia hanya Isteri orang,kali ini dia membawa tittle Ibu kepada seorang anak perempuan yang comel.sudah pastinya secomel dia..dan aku tumpang gembira melihat dia bahagia.

Life is short.

Saturday, June 26, 2010

AXIM & FRIENDS : LEPAK SANTAI LAYAN BOLA

Selamat berhujung minggu semua!!

Aku baru balik dari servis kereta tadi..Pi tukar Timing Belt,tukar Brake Pad,tukar lampu Brek,tukar minyak hitam ngan buat alignmet and balancing sekali.Kopak terus.Baru jer gaji tapi terus jatuh miskin..nak buat macam mana..maintenance kereta nak kena jaga jugak.kang meragam kereta lagi teruk nanti aku jugak yang susah..i have to do what i have to do..Bulan tujuh kena ikat perut lah jawabnya..:(

Sambil tunggu kereta servis sempat layan MOVIE TOY STORY 3..ok lah ceritanya..citer bebudak..what do u expect kan..patut aku tengok citer Knight and Day..Then movie abes kereta siap terus balik umah.Jap lagi nak pi Feringghi plak jenjalan ngan member..lama tak pi feringghi..nak pi cari DVD skali..

Jom layan story malam tadi dulu..

******************************************************************

Semalam rasa seronok.

Sebab dah lama member tak datang rumah..My colleagues datang umah malam tadi sebab nak layan Bola game BRAZIL vs PORTUGAL..

1

Rumahku Syurga ku..mai mai jemput datang rumah..

2

Yang nak datang 3 orang jer pun.Tapi still rasa macam nak masak untuk depa..just nak buat simple jer.Masak mee bandung lah..lama tak masak..so lets masak masak..!

3

minyak ni kaler merah sebab pakai minyak Carotino..aku beli minyak carotino sebab Botolnya cantik..haha..dan of course sebab khasiat dalam minyak tu.mula mula just tumis bawang putih..

4

Then campak ayam campak udang sampai ayam dan Udang masak..pastu masukkan air dan rempah mee bandung(yang beli masa pi melaka last week..)..then tunggu mendidih.

5

Bila kuah dah mendidih masukkan sayur,mee Kuning ngan Telur.Taraaaaaa!!siap lah mee bandung..tunggu tetamu datang jer lah.

6

Tajul sampai dulu.dia bawak daging Burger ngan Roti nya sekali..untuk pembuka selera dia nak buat Burger ayam..nyam nyam sedapnya..

7

gigih memasak di dapur..

8

9

Dalam pukul 9.30 pm dua orang lagi member aku sampai..Syajaie ngan Fikri.kami rumah dekat dekat jer.Bukan jauh pun..haha.tapi nak berjumpa macam ni bukan senang..Tajul boleh mai lepak umah aku kebetulan Bin dia dalam pantang,ngan anaknya sekali ada di kampung..Burger dah siap masa ni.Jom kita makan!

10

Jom jom kita makan..(gelas diorang tak buh coaster..ish ish ish..)

11

mai makan burger ayam + salad ada Cheese..not for me..

12

Setel makan Burger game antara Brazil ngan Portugal dah start..apa lagi kaut lah dulu mee bandung di dapur.sambil makan mee bandung layan bola pun ok what..

13

14

Mee Bandung Kuah dah kering.macam mee basah dah rupa nya..

17

sessi makan makan free style..

18

Apa yang aku boleh katakan Game malam tadi tersangat lah boring..dua dua team macam nak simpan tenaga jer..main Defend jer..mentang mentang lah dah layak untuk ke next level..tak kisah lah.layan bersembang pun ok jugak..

19

Separuh masa pertama habis..aku pi dapur jap goreng Nugget plak..pencuci mulut ker?haha..patut hidang buah ni Hidang Nugget memang tak sehat sungguh.sekali sekala lah..sebab bukan senang depa ni nak mai umah aku..tak lama lagi pun dah nak pindah rumah..emmm malasnya nak pindah..

20

Akhir masa-Both team seri 0-0..memang tak best lah game ni..Semi Finale Portugal akan Jumpa Spain rasanya sebab spain menang lawan Chile pagi tadik..Apa apa pun aku tanak miss tengok game malam esok,England VS Germany..hope Germany will go through..anyway,Thanks to all of my friends yang datang semalam..berseri sikit rumah aku yang muram ni..heheheeee..

*Jom pi Batu Feringghi jom!!

Friday, June 25, 2010

SERIES OF UNFORTUNATE EVENT

1

*Sunrise @ Redang Island-sekadar gambar penyeri Entri

Life is HARD isn't it??

Hari ni tak berjalan lancar..macam macam dugaan timbul..ada saja yang tak kena..Buat aku rasa macam nak give up.give up dan lepaskan semua yang ada..Tapi i know that's no the way it is..Aku kena tabah.Be Strong dan face all of the shit like a man..and based on that reason i chose to stay strong.i'm not gonna retaliate but i just believe things always happen for a reason.There's a million Reason beneath every single thing that happen to us.so why bother?

Kalau ikutkan hati memang aku akan memberontak.

Tapi orang kata ikut hati mati,ikut nafsu lesu..Tadi masa balik dari kerja macam macam yang aku fikir..sampai sakit otak dah rasanya..dalam diam aku cuba senyum sendirian..Senyum untuk attract positive energy into my body.and suprisingly it works!i mean,bila senyum aku rasa lebih tenang..doesn't mean my problem solved tapi at least i dont have to overthink about it for a while..Smile to the world,and the world will smile to you back..:)

Bersyukur lah.

Kalau kita fikir nasib kita malang,ramai lagi insan di luar sana yang lebih malang dari kita..ramai lagi manusia lain yang hidupnya kais pagi makan pagi dan berfikir macam mana mahu hidup untuk hari esok..Syukr dengan nikmat yang tuhan bagi..dan syukur juga dengan Ujian yang DIA timpakan pada kita.Alhamdulillah..Aku mahu jadi insan yang sentiasa bersyukur..dan aku tak mahu Kufur pada Nikmat-Nya.

Astaghfirullahalazim..

*Aku menjadi lebih Berani dan Lebih tabah..Selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan!!

Thursday, June 24, 2010

MEE TOMYAM VS WORLD CUP 2010

Malam tadi.

Ada pasar malam kat Seberang jaya..Balik dari Joging terus singgah pasar malam..nak beli makanan tapi aku dah jemu makan makanan luar..teringin nak masak sendiri so beli lah sayur mayur dan jugak ayam sebelah..Balik rumah mandi solat maghrib semua then terus masak kejap.Buat mee Tomyam jer..senang.yang best masak sendiri ni boleh buh banyak bahan ikut kita punya suka..:)

1

Setel masak..Makan Tomyam sambil tengok Glee sementara tunggu game England VS Slovenia..England menang 1-0..Habis Game England terus tidor jap..sebab nak bangun pukul 2.30 pagi.Nak tengok game Germany lawan Ghana..Germany tak boleh kalah.paling kurang kena seri atau even better kena menang game ni..

2

First half memang intense..aku tengok pun berdebar debar..since Klose takder Cacau gtanti tempat dia tapi tak kick sangat..both pasukan macam saling counter attack..ball possesion masih memihak pada Germany tapi Ghana banyak peluang untuk Gol..nasib jer tak menyebelahi..Separuh masa kedua minit 60' MESUT OEZIL menjaringkan gol pendahuluan buat Germany..ini merupakan gol kedua international buat oezil..Bersorak sorang sorang aku.hahaaa..Sudahnya Germany menang 1-0..

3

Australia menang lawan Serbia 2-1,tapi Aus ngan Serbia dah being eliminated dari World Cup..Next Round Germany akan lawan England pada 27 Jun ni,dan Ghana akan Lawan Usa..i think based on current performance Germany boleh beat England nanti..Tengok jer lah..wait and see..:)

Ok lah.nak tidor jap..sempat lagi ni tidor sejam..

Petang Karang ada Meeting penting plak.

Till later.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails