Followers

Wednesday, August 4, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 2 - THE MAGICAL GRAND PALACE

Salam Bersiaran..

Melencong jap hari ni..Nak sambung Kisah Trip jalan-jalan ke Bangkok/Pattaya awal Julai yang lepas..last entry aku pasal Trip ni di Hari kedua,setelah menyusuri Floating market,tengok Cobra Show dan Lawat Elephant Village..Then kami ke Grand Palace pula,a must Visit Place kalau korang ke Bangkok.Lets!!

8 JULAI 2010

Dari kawasan Damnoensaduak(iaitu kawasan Floating market) kami minta Drebar Van turunkan kami di Grand Palace Bangkok..kalau ikutkan mereka akan turunkan kami di Hotel semula tapi kami request sebab this place memang dalam otw balik..sampai di area ni dalam pukul 2 petang..

0

ok.ni ada satu peringatan aku nak bagitahu..Masa kami sampai area ni penuh burung merpati..Then ada penduduk tempatan bagi makanan Burung kat Nikli ngan Ziana,so kami yang macam kebingungan just layan jer lah duk bagi burung tu makan..memang banyak gila babeng burung-burung tu..aku pulak duk syiok ambik gambar..Tapi sebenarnya makanan burung tu kena bayar..Of kos lah kena bayar..korang tahu kami kena caj berapa??700 baht!!!!!!!which is 70 ringgit untuk makanan burung!sial jer diorang tipu..salah kami jugak sebab pi ambik makanan burung tuh.so tipsnya:jangan layan mereka yang duk hulur plastik makanan Burung.They seems friendly but they can be so dangerous as well..Bangkok Dangerous.

1

Dah terkena apa nak di kata..senyum kan ajer lah..As a consolation prize,aku dapat ambik gambar gambar best time diorang busy feed burung merpati tu.Burung merpati tak bersalah,yang bersalah penduduk setempat yang gigih duk cari mangsa nak tipu..

2

Masa nak masuk,ada jugak dua tiga orang penduduk setempat duk approach suh beli seluar dan kain..kata mereka tak boleh masuk ke Grand Palace tanpa pakai pakaian bawah Lutut..kami dah la semuanya pakai short..tapi kami tak percaya terus..pi selidik dulu depan entrance then tengok memang semua pakai kain 0r seluar panjang baru kitorang percaya..

3

So kami pun sewa lah seluar dan kain ni dalam 50 baht sorang..sewa RM5 hengget..takpe lah..as long as tak kena tipu lagi..diorang ambik deposit 50 baht which mean sorang kena bayar 100 baht.Tak kisah lah.posing depan ni orang tukang sewa tu tolong ambikkan gambar.

(A strict dress code applies. The Grand Palace with The Temple of the Emerald Buddha is Thailand's most sacred site. Visitors must be properly dressed before being allowed entry to the temple. Men must wear long pants and shirts with sleeves (no tank tops. If you're wearing sandals or flip-flops you must wear socks (in other words, no bare feet.) Women must be similarly modestly dressed. No see-through clothes, bare shoulders, etc. If you show up at the front gate improperly dressed, there is a booth near the entrance that can provide clothes to cover you up properly (a deposit is required).

4

Then masing masing menapak lah masuk ke area Grand Palace ni..dari luar pun nampak kawasan dalamnya besar yang amat..dah la cuaca panas berdenting..patut kalau datang kena sapu lotion sunburn baru tak kena selar dek matahari..

5

Pose pose sebelum sampai entrance Utama

6

Ok now lets we talk about fee masuk..satu kepala bagi Adult ialah 350 Baht..which mean 35 hengget sorang.harga bebudak tak pasti sebab takder bebudak yang masuk skali ngan kami..

6A

Dari Pintu masuk terus kami nampak banyak bangunan yang menarik ni..

7

The Grand Palace (Thai: พระบรมมหาราชวัง, Phra Borom Maha Ratcha Wang) is a complex of buildings in Bangkok, Thailand. It served as the official residence of the Kings of Thailand from the 18th century onwards. Construction of the Palace began in 1782, during the reign of King Rama I, when he moved the capital across the river from Thonburi to Bangkok. The Palace has been constantly expanded and many additional structures were added over time. The present King of Thailand, King Bhumibol Adulyadej, however, resides at the Chitralada Palace.

8

9

Actually ni kami ambik gambar dengan pertolongan encik Tripod..tapi cuaca panas yang amat..orang puak makin ramai.susah gak lah nak ambik gambar tapi we manage to do it..:)

10

11

12

Kawasan dalam ni besar gila..

13

Within the palace complex are several impressive buildings including Wat Phra Kaew (Temple of the Emerald Buddha), which contains the small, very famous and greatly revered Emerald Buddha that dates back to the 14th century. The robes on the Buddha are changed with the seasons by HM The King of Thailand, and forms an important ritual in the Buddhist calendar. Thai Kings stopped living in the palace around the turn of the twentieth century, but the palace complex is still used to mark all kinds of other ceremonial and auspicious happenings.

14

Actually dalam ni kita boleh ambik free tourist guide tapi nanti pandai pandai lah korang kasi tips..kami duk ambik lah free tourist guide ni..so memang banyak info dia bagi along the Journey dalam Grand Palace.tapi aku macam lebih prefer nak ambik gambar so tak dengar sangat apa dia duk bebel depan tu..mereka yang lain Khusyuk mendengar.

15

Sanggup nak dengar ceramah time panas macam ni?aku tak larat dah..haha..so tengok jer lah diorang dari jauh dan snap apa yang patut..

16

17

18

19

Auntie tu nice..dia offer pulak nak ambik kan gambar kitorang..terhutang budi terus kami follow makcik tu sampai habis..Orang lain dah walked away pun jalan sendiri jer..Liana yang duk seronok nak dengar mender mender Historical macam ni so kami layan kan ajer lah.

20

Ada banyak monumen kat sini.kalau korang search Internet setiap bangunana ada namanya tersendiri dan ada Functionnya yang tersendiri..Monumen Angkor Watt pun ada..tapi Prototaip jer lah.

21

Di saat saat akhir kami jer lah yang tinggal dengan Tourist guide tu

22

Last but not least,ni temple diorang.dalam tu ada Dewa Budha yang diorang duk semayang..aku just jenguk jer tengok..ramai yang duk sujud apa segala dalam tu..whatever lah.kami duk kat luar ambik angin sebab dah penat plus kelaparan ..last makan di Hotel pagi tadi..kat Floating market pun just minum air kelapa sorang sebijik.

23

keindahan bangunan yang ada

24

jom jom kita mengorak langkah pulang..

25

ni maharaja dari dinasti mana tak taw..

26

Royal Reception Hall

27

Nowadays its impressive interior is used for important ceremonial occasions like coronations. It also contains the antique throne, used before the Western style one presently in use. Visitors are allowed inside the spacious European style reception room or Grand Palace Hall (Chakri Maha Prasat). Then there's the impressive Dusit Hall, rated as perhaps the finest architectural building in this style, and a museum that has information on the restoration of the Grand Palace, scale models and numerous Buddha images.

28

29

Tempat ni closed pukul 3.30 petang..so maknanya sempat lah kami berjalan satu jam setengah..tapi memang tak larat nak menghabiskan semua satu satu..so kami tengok yang penting penting jer lah..Tips:jangan lah peduli dengan Orang tempatan kat luar yang nampak friendly nak tolong hantar balik or jual mender mender merepek.Ignore kan ajer ok.

30

Keluar dari Grand Palace kami memang dah exhausted gila-gila..Lapar,Dahaga,Penat semua ada..tepi tu pulak ada orang jual air kelapa so beli lah dua bijik kongsi empat orang..gigih duk menyental isi kelapa sampai Bengkok sudu..hahaha..kalau tak membazir lah pulak..dari Grand Palace ni kami decide untuk terus pi Restoran Halal untuk makan..

To Be Continued..

*The grand Palace ni memang a must visited Place in bangkok..kalau korang ke Bangkok jangan lupa masukkan This place dalam itinerary sebab banyak gambar menarik korang boleh snap..Other than that,boleh tengok kebudayaan penduduk tempatan Thailand.

Tuesday, August 3, 2010

BANDAR SERI ALAM,MASAI JB & OTAK-OTAK KEMPAS

Minggu Lepas.

Waktu aku outstation ke Pasir Gudang seminggu.Aku memilih untuk stay di Bandar Seri Alam,Masai JB..lokasi nya aku pilih sebab strategik in terms of kemudahan kemudahan seperti makanan,kedai 24 jam dan juga Bank-bank yang berbagai.Tempat ni aku pilih pun atas suggestion member yang sama-sama outstation di Pasir Gudang tapi atas tujuan yang berbeza.

1

Ada 3 Bajet hotel kat sini..Rose Cottage,Grand Far East dan jugak Swan Hotel..dalam 3 hotel tu Rose Cottage paling Murah so aku pilih duk kat Rose Cottage lah 4 malam..Lokasi hotel sebelah menyebelah jer pun..Rose Cottage ni paling baru antara semua yang aku sebut.

2

Dari segi Rate-satu malam aku ambik bilik Queen RM67 ringgit..siap ada free Wifi ngan Free Breakfast so what else that you want?berbaloi lah dengan harga RM67 tu..kalau hotel Grand Far East satu malam RM70 katil Queen jugak..tapi ada ASTRO Lah..lebih 3 ringgit jer.tapi kalau 4 malam leh la jugak save RM12 kan kan kan kalau stay kat Rose cottage..ikut suka lah.Pilihan di tangan anda.

3

Quite nice jugak walaupun biliknya tak berapa besar..yang penting boleh golek sorang sorang atas katil Queen tu..Rate RM67 bagi aku berbaloi lah for me..Bukan tak boleh nak tinggal Hotel mahal,tapi mana yang dapat jimat kita jimatkan..silap silap time clam nanti siap untung lagi..heheheee

4

Berdekatan jugak dengan tempat aku stay ada Swan Hotel..Hotel ni mahal sikit.kalau katil Queen rate start from RM108..so takper lah..nak stay bukan lama sangat dalam bilik..pergi kerja then time balik merayap pulak,time masuk bilik memang untuk tidur jer so Pilih lah yang paling murah..

5

Ada Tempat Karaoke,Pub dan Dangdut club kat sini..D-VA nama di beri..macam femes jer kelab ni aku tengok sebab time pi buat kerja orang Jb semua duk suggest mai lepak sini..tapi aku tak masuk lah.baik aku pi Singapore ker..atau layan pi jalan jalan cari makan kat Danga Bay lagi best.

6

Time petang aku saja round round kawasan ni.memang walking Distance jer.macam macam kemudahan ada..nak makan Restoran Osman 24 jam ada..nak bank,Maybank,CIMB,BSN,Public Bank ada..kedai serbaguna 24 jam ada..kedai tayar pun ada..haha..yang penting aku suka tempat ni.Strategik.Lupa nak Cakap kawasan ni sangat dekat juga dengan TESCO seri alam..Mekdi dan pasaraya Todays juga ada.

7

Restoran FOO KEE pun ada..errr lain macam jer..heheheh

8

Alang alang dah ada di JB aku ambil kesempatan untuk bertemu mata dengan seorang rakan masa belajar Dulu,Hilmie..coursemate masa di Uitm..Sekarang dia kerja di Pasir Gudang.Kebetulan aku pun ada urusan di sini so sempat lah bertemu..di Restoran Habib.

9

Kopi o dan Teh pembuka Bicara petang itu

10

Kat Restoran Habib ada satu Booth OTAK OTAK KEMPAS..aku suka jugak Otak otak ni..so order lah sepuluh bijik..best gak makan makan petang hari ni sebelum tunggu maghrib..layan pulak bersembang ngan member..

11

OTAK OTAK yang di bakar Garing..Likes!!

12

Satu batang Otak otak ni harganya 50 sen..ok lah.yang penting sedap..Kat JB ni memang mana mana Restoran aku pergi mesti depa taruk Otak otak sampai tak larat nak makan.haha..tapi bila dah ada depan mata habis jer..siap aku tapau lagi wat balik bilik 10 batang.Thanks Hilmie for your time!!

13

Kesimpulannya,kalau lepas ni aku datang outstation lagi ke Pasir Gudang konpem aku nak stay area ni jer..tak lah jauh sangat dengan tempat kerja aku..yang penting semua kemudahan ada..terbaekkk lah..Time malam aku dan beberapa member pi merayap ke Stulang Laut,Danga Bay ngan Pusing Bandar JB.Stay tune for more with AXIMUD.

*kak nasazfrog,saya nak jumpa akak masa ni tapi akak pula ada urusan lain..ada umur nanti kita leh jumpa..Insya Allah.

AYAM PENYET : WARUNG WARISAN SRI KEMANG

Hari ni dah masuk 3 Ogos..Dah 2 per 3 2010 kita lalui..Macam macam perkara terjadi.dan aku harap semua yang berlalu pergi akan mematangkan aku dari segala sudut aspek kehidupan.Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk..Bergegas ke Baling Kedah,kemudian ke Kuala Lumpur,then ke Port Dickson dan seterusnya berkampung di Pasir Gudang seminggu sebelum pulang ke Kuala Lumpur semula..dan hari ini aku kembali ke tempat kerja asal-Penang..Penat?aku pun dah tak tahu definisi penat..semua main redah jer..Sementara badan masih mampu.

Kalau nak di ikutkan banyakkkk story dan entry yang aku nak share dengan Korang.Kekangan masa buat aku tak sempat..mana yang sempat aku share slow-slow lah..Hari ni,jom kita terbang ke Pasir Gudang semula untuk makan tengahari di Restoran Warisan Sri Kemang,Ayam Penyet bertempat di Kampung Pasir Putih.Lets!!

28 JULAI 2010

Masih lagi berurusan di Pasir Gudang..aku tak betah sangat nak share story pasal hal di tempat kerja..Time lunch pakcik pakcik ni banyak duk suggest tempat makan..nak makan di Kedai Rahmat lagi macam tak best pulak sebab nak try makan di tempat lain,so ada lah brader sorang ni suggestkan aku supaya makan ayam penyet di warung warisan sri Kemang,pun bertempat di Kampung Pasir Putih.

1

Aku tak taw nak kasi direction yang full,tapi kalau dah sampai Kg.Pasir Putih mesti akan nampak lah kedai ni..tapi berhati hati sebab signboard atas kedai ni kedai Letrik..hanya Banner yang terlentang atas tu sahaja yang menjadi penunjuk arah.

2

Bersama 6 lagi teman yang lain aku datang makan tenghari di sini..Kedai ni pun boleh tahan ramai jugak orang bertandang..maknanya mesti ada satu tarikan yang tiada di tempat lain.so apa yang kami makan??kat sini ada ayam,ada Ikan Keli,ada Puyuh..tiga tiga tu kami try.kalau ikut banner siap ada merpati ngan bebek..(bebek tu Itik)..tapi macam tak lalu jer nak makan merpati.hahahaa

3

Ikan Keli aka Pecel Lele

4

Ayam Kampung Penyet

5

Burung Puyuh Penyet

6

Satu meal harganya RM5,sekali dengan nasik dan Kuah sup..Masakan Indonesia ni memang sedap..aku suka lah maskaan macam Nasi Padang dan ayam penyet ni..habis licin kami bedal semua..pakat main rasa rasa sikit sorang..

7

Keunikan kedai ni terletak pada sambalnya..mana mana ayam penyet pun tang sambal yang berbeza..biasa aku makan sambal ayam penyet lain sikit.Sambal kat sini memang sedap..tak taw lah apa depa letak tapi rasanya memang lain dari yang lain..ada belacan dan kicap kot tu yang kaler gelap.macam ada rasa kacang pun yer..

8

Dah habis makan apa tunggu lagi,jom bayar dan pulang semula ke Stesen..kerja banyak lagi duk tunggu..Outstation macam ni aku suka sangat lah duk cari tempat makan..nantikan banyak lagi entri tempat makan di JB yang akan menyusul nanti..:)

*mood berblog dan berFB agak menyusut dua tiga hari ni..nak kena bawak bawak bertenang dan berehat dulu..

Monday, August 2, 2010

OGOS MENJELMA..SAAT KEBENARAN MULA TERUNGKAP

Banyak benda berlegar dalam fikiran.

Satu-persatu perkara yang terjadi aku susun..Susun dari mula hingga akhir..satu demi satu juga petunjuk aku temui..dan kebenaran semakin jelas terbentang depan mata.Aku bingung.Sungguh aku bingung.Gusar kalau-kalau tiap yang terjadi makin membuatkan aku jauh dengan kalian..kalau-kalau tiap yang kalut itu makin menambah luka yang telah sedia ada.ya,memang aku gusar.

Namun aku tetap tak akan beralah.

Tiap sesuatu yang wajar di perjuangkan pasti aku pertahan sampai mati.sekurangnya aku berterus-terang pada mereka.Mana yang baik akan aku jadi kan teladan dan yang buruk itu tetap aku jadikan sempadan dan benteng mengawal diri sendiri..Mulanya aku tergamam saat kebenaran di luahkan depan mata.Terkesima,dan terus berfikir untuk cuba cari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah yang sedia ada.it does worth it.i know it does worth to fighting for.

Aku punyai Kalian dan kalian punyai aku.

Sumpah,aku tidak tipu.Aku sayangkan kalian dan aku tidak mahu kehilangan apa-apa lagi.Sisi yang baik kita perbaikkan lagi,dan sisi buruk itu sama-sama kita lupakan,hapus dan lupus di laut kepas biar ia tak berulang lagi dan tidak kembali menghantui masa depan yang bakal kita cipta bersama-sama..Kita punya pilihan dan kita mampu berubah andai kata itu yang kita impi.

Realiti memang tak seindah mimpi.

Hadapi Realiti dengan tabah..aku harap kita mampu harungi masa mendatang dengan hati yang ikhlas dan niat yang lebih suci..Tinggalkan masa lalu dan sama-sama kita buka cerita baru.Memang kita insan biasa yang lemah dan amat Dhaif,sebab itu jangan putus berdoa agar Tuhan jadikan kita Insan yang hari esoknya lebih baik dari hari ini..Tuhan maha Memakbulkan doa Hamba-Hamba -Nya yang ikhlas meminta Pertolongan..

Have Faith.

“May the road rise up to meet you, may the wind be ever at your back. May the sun shine warm upon your face and the rain fall softly on your fields. And until we meet again, May God hold you in the hollow of his hand.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails