Followers

Sunday, August 15, 2010

SALAM 5 RAMADHAN : KISAH BALIK KAMPUNG 2

Hujung minggu ini hanya berada di Penang.

Aku statik kali ini.Tidak bergerak ke mana mana negeri lain..mencuri masa yang ada dan kesempatan ini untuk berehat menenangkan fikiran..Ramadhan sudah mula masuk hari ke 5..moga-moga amal Ibadah kita di terima oleh Allah s.w.t..Setakat ini tiada rancangan untuk berbuka puasa bersama sahabat handai dan rakan taulan,mungkin minggu ndepan,Insya Allah..

Kalau ikutkan hati nak juga aku balik lagi ke kampung halaman kali ini,tapi takper lah dulu..Insya Allah kagi dua minggu boleh balik kampung dan berbuka puasa bersama keluarga,di samping nak tengok anak saudara baru yang dah masuk hari ke-4 usia nya..sekarang khabarnya nur syifa' di masukkan ke Hospital kerana ada simptom penyakit Kuning..Harap keadaan semuanya sihat sejahter.Doakan yang terbaik untuk mereka.

8 OGOS 2010

Ini kisah balik kampung minggu lepas..Hari ahad pagi,baru aku tahu yang rumah aku di kampung kali ini setiap pagi ahad akan ada ustaz datang mengajar membentuk majlis ilmu dan ramai lah jugak rakan mak dan ayah yang datang bertandang..aku pun tak terlepas peluang untuk ikut sekali majlis ilmu..semuanya berkisar pasal Bulan Ramadhan yang bakal tiba.

1

Untuk para tetamu yang datang pagi tu mak buat Nasi lemak..ada macam macam lauk,Paru Goreng,Sambal Sotong dan Sambal Bilis..kitorang makan dulu sementara tunggu ketibaan tetamu..tengah tengah makan Ustaz Mie sampai,ayah tak sempat nak makan..hehehe..kitorang la yang duk pulun makan dulu..

2

Nasi Lemak Ibu

3

Ada orang belakang rumah sumbangkan kuih..tiga jenis kuih ada-Karipap,Donat dan Kuih Kasturi..sedap sedap belaka kuih ni..Majlis ilmu berlansung sampai jam 11 pagi..Then semua bersurai jadi tibalah masa untuk kami skeluarga pula untuk bersama..Hari ni aku ngan Kak Tie akan balik ke Kuala Lumpur..

4

Dalam duk sembang sembang ayah suh aku pi bukak durian yang duk ada belakang dapur..ok jugak,lama aku tak pekena makan durian..kalau kat Penang ni jangan harap lah aku beli buah durian sebab tak berapa gemar..so kesempatan yang ada ni balun lah makan sekali..dalam kami pulun duk makan durian tetiba si Hitam ni pun nak join sama..First time okeh aku tengok Kucing makan Durian!!hahahaa..

5

Mok Elly pun ada balik kampung jugak..dia cuti.Msa ni kak ina pulak duk sibuk siap siap nak balik ke Dungun dah,hari Ahad kan belah terengganu kerja..nasib kak Ina buat Bisnes sendiri so tak lah terikat dengan Komitmen begitu ketat..maksudnya boleh la kalau nak lari lari sekejap balik kampung bila kitorang ada..

6

itik Duck duck Nuyul Tebombom..

7

Seronok dah sekarang nak bergurau dengan budak tecik ni..Nuyul dah petah berkata kata..tak lama lagi balik raya mesti meriah dengan kerenah budak ni..hehe..comel jer aku tengok dia duk bertudung macam ni..kena ajar dari kecik..baru besar nanti bakal jadi Muslimah Solehah.

8

Kasih sayang wan terhadap cucunya..

9

Lepas kak Ina balik kitorang sambung lagi sembang sembang kat Dapur..kali ni kak Tie pi Rebus Telur Penyu yang beli dekat pasar Pagi Kemaman semalam..best TELUR PENYU ni..korang pernah makan??kalau tak pernah try pi la Terengganu cari..aktivis alam sekitar mesti marah kalau tahu aku duk makan telur penyu sebab penyu kan spesies haiwan terancam..nak buat macam mana dah ada duk jual kat pasar.

10

Mak pulak duk sibuk masak lauk tengahari..ada Kobis masak Putih,Ikan Jebon Bakar(gambar di atas),ada Sotong Goreng kunyit..tapi sebab kenyang lagi makan nasi lemak pagi tadi so ambik lah jugak sikit nasik makan ngan Ikan bakar cicah air asam..then mak dah sibuk bungkuskan apa yang patut untuk aku ngan kak tie wat balik..Terima kasih mak!

11

Ni sebelum beransur balik..jam dah pukul 2pm lebih..ingat kan nak bertolak pukul 1 pm..tak per lah since kami pun drive dan takder mender nak rushing pun..duk lah kat ruang tamu ni main main ngan anak abang jalee sambil duk sembang ngan ayah..ayah tak berapa sihat jugak masa ni..dia duk berehat di ruang tamu jer..Insya Allah kami balik lagi 28-31 Ogos ni.

12

garangnya muka mak..heheheheee

13

Dalam pukul 3 pm aku ngan kak tie pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur naik kereta Shuk..Shuk dan wife dia takder,ke Sabah berbulan madu sebelum anak pertama lahir..berhenti kat Kemaman beli keropok lekor dan satar..berenti kat Kijal jugak beli Lemang..alih alih kami keluar darti Kemaman ni pukul 5 pm jugak..sampai di KL dalam pukul 8 malam..

14

Sampai di Kuala lumpur terus pi Rumah Ziana sebab nak bagi keropok lekor..diorang pulak pi goreng hidang untuk aku ngan Kak tie..haha..Buruk siku lah kami jadinya..

15

Keropok Lekor berenjut,Kemaman

16

Ada jugak aku bagi buah buah tempatan kat diorang..Durian jer tak leh bawak kang berbau satu kereta..Then dari Rumah Ziana kak tie hantar aku ke Hentian Duta nak ambik bas balik ke Penang..masa ni hangin jugak sebab beli tiket bas konsortium pukul 11 malam tapi pukul 12 baru bas sampai..Drebar bas bawak bas laju gile..pukul 3.25 am aku dah sampai penang..Alhamdulillah selamat sampai.

Tidor kejap then terus pi Kerja pagi tu macam biasa.

Begitulah adanya.Sekian.

*Boring duk ruma jer hujung minggu ni tapi takper..bawak bawak lah berehat pulak..Bulan Ramadhan ni tak boleh aktif aktif sangat.tengah pikir menu apa nak makan berbuka puasa karang..

Saturday, August 14, 2010

KISAH YANG SALAH

Dia kelihatan sedih dan sugul.

Waktu kami melintasi khalayak ramai di Pasar malam,dia kelihatan tidak ceria..dan aku tidak faham mengapa.Tapi aku biarkan sahaja.Malas mahu bertanya takut panjang pula cerita.Lepas membeli makanan apa yang patut,kami bergerak pulang ke apartmentnya..Oh ya,malam itu dia mahu berkemas barang sebab dia akan berpindah ke asrama Universiti..Aku tiada masalah.Dengan dia memang aku tak berkira..Segalanya aku akan cuba buat yang terbaik.Hanya kerana dia.

Aku ingat lagi waktu itu aku baru sahaja kemalangan motosikal di sebelah petang..waktu malamnya aku tetap accompany dia untuk menolong berkemas barang apa yang patut..Pedih di lutut tuhan sahaj yang tahu ketika mengangkat TV LCD 42 Inci itu.tapi aku tetap tersenyum.sebab aku tak kisah,janji dia bahagia..waktu itu memang segala-galanya kelihatan sempurna dan indah..everything's seem so smooth and i just dont want this to ever end.Bukankah bila bersama dengan Orang yang kita sayang buat kita just fly over the moon?i did.

Pukul 11.50 pm..13 Ogos 2008

Lagi 10 minit jam akan beranjak ke 14 Ogos..Lagi 10 minit hari lahir dia akan tiba..dan sekarang baru aku sedar kenapa dia berkelakuan pelik dan sedih.mungkin dia ingat aku lupa 14 Ogos ialah hari keramat buat dirinya..tapi aku tak lupa.mana mungkin aku lupa..aku memang dah standby kek dari Secret Recipe siap siap..ada lah lilin seketul dua aku pasang..maybe just a little piece of it,but thought always count right?Perlahan lahan aku ketuk pintu apartmen dia,dan bila dia muncul seraya aku mengucapkan HAPPY BIRTHDAY..

*******************************************************

Itu cerita dulu.

Cerita waktu aku dan dia masih ada ruang untuk berkongsi rasa dan sendu tawa..cerita yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila.Dengan dia aku sangat bahagia.seakan dunia ini tiada berpenghujung..dan di situ lah kesilapan besar yang pernah aku buat.membiarkan diri sendiri hanyut dalam lautan perasaan sedangkan ia tidak pernah bertepi.Sebab itu aku hanyut, terus karam di lautan dalam.

dan kini aku adalah MATI

Friday, August 13, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KAK INA!!

kak ina besday

13 Ogos ialah tarikh Ulangtahun kelahiran Kak Ina..

Selamat Hari lahir kak..Saya doakan akak di murahkan rezeki dan di panjangkan umur..semoga mencapai apa yang sedang di usahakan..Perjalanan Hidup kita masih panjang..i will always love you no matter what..

Take care my Sis!!and have a wonderful Birthday..

Thursday, August 12, 2010

MEE BASAH TOMYAM : CADANGAN MENU BERBUKA PUASA

Salam 2 Ramadhan semua..

Hari kedua ni a bit ok dah.dah rasa biasa..energetic pun ada..Cuma hari ni ada sedikit tensen dengan Boss aku.Tapi lantak dia lah.aku malas nak menyumpah ker apa ker sebab nanti kering pahala puasa aku.Yang penting aku buat kerja aku,aku tak kacau keja dia cukup.Hal hal lain belakang kira.hahaaaa..

Kali ni aku nak kongsi resepi ngan Korang..Tajuk menu: MEE GORENG BASAH TOMYAM..ntah ada ntah tidak menu ni sebenarnya.aku saja jer duk memandai ikut citarasa sendiri invent this menu bulan syaaban yang lalu..tengok gambar macam terliur plak so lets kita masak untuk berbuka puasa..ada berani try??

1

Step 1:mula mula ambik bawang putih satu labu buang kulit then ketuk dalam lesung batu sampai hancur untuk tumisan..kacau jangan sampai bawang hangit nanti menggangu rasa.Minyak yang saya gunakan ialah Minyak Carotino sebab tu kaler merah..bukan sebab saya pakai minyak yang dah di guna berulang kali yer..Harap maklum.

2

Step 2: ambik lah segala jenis tok nenek makanan laut campur ngan Ayam daging sekali(sebenarnya mak saya marah kalau campur makanan laut dan darat tapi masa masak ni terlupa pulak pesanan dia),then campak ke dalam minyak..Goreng sampai bahan bahan ni masak..

3

Step 3 : Ambik Pes Tomyam dan Sos Tiram campak dalam kuali then gaul dengan bahan bahan tadi..Masaklah sotong udang dan ayam sampai mereka kelihatan sedap. sila abaikan sudip kayu berbelang itu.

4

Step 4 : Bila bahan dah masak then tambahkan air dalam kuali..masukkan beberapa helai daun limau purut untuk membuktikan masakan ini akan menjadi Tomyam tidak lama lagik..aroma dari daun limau purut sedap kan..aku suka..Hiris halus halus buh dalam nasi Goreng kerabu pun sedap..ehhh dah melalut dah..ok fokus fokus balik.

5

Step 5 : Langkah seterusnya ni senang jer..ambik lah sayur mayur yang ada(Lobak,Brokoli) then potong sesuka rasa hati then masukkan dalam Kuah Tomyam yang dah nak siap ni..jangan buh lama sangat atas api takut sayur layu dan hilang zatnya.

6

Step 6 :step yang paling mudah,matikan api atas dapur setelah semuanya masak.aik??mana mee nya??ok soalan tu akan terjawab dalam langkah seterusnya di bawah.

7

Step 7: Untuk mee Kuning ni,aku suka celur daripada masukkan terus dalam kuah.Kalau campur terus dalam kuah takut mee kembang then tak sedap makan pulak nanti.atas Citarasa masing masing lah nak masuk mee terus dalam kuah atau celurkan dulu.kome yang masak maka kome lah yang menentukannya..

8

Step 8 : Toskan Mee yang sudah di celur.

9

Step 9 : masukkan mee yang sudah di celur ke dalam mangkuk then curah kuah Tomyam yang dah siap tadi..Tarrrrrrrraaaaaaa!!maka siaplah MEE GORENG BASAH TOMYAM ni..nampak tempting tak???

Step 10 : apa lagi,dah terhidang depan mata makanlah tanpa segan silu!jangan lupa pasang rancangan tv kegemaran anda untuk menambah kan lagi perisa sambil menikmati hidangan ini

Step 11:Tambah lagi mee yang ada sampai habis setengah periuk,sampai buntang lah senang citer

Step 12: Terbongkang lena depan tv sebab kekenyangan yang amat..siap berdengkur sekali

Ok dah takder step lain lagi dah..Cumanya amaran penulis blog-sila praktikkan Step 1 hingga Step 10 sahaja untuk kesihatan badan..hehehe..Tapi boleh tahan gak lah mee goreng Tomyam ni..kira kalau korang datang bertandang aku buat mee ni pun kira ok lah..Selamat mencuba dan selamat beramal di bulan Ramadhan!

Salam ketemu lagi dari Dapur AXIMUD!!

KELAHIRAN ANAK SAUDARA BARU : IT'S A GIRL!!:-)

Salam 2 Ramadhan 1431 Hijrah.

Alhamdulillah semalam dah berlalu satu hari dalam bulan mulia ni..Macam mana puasa anda?aku berbuka semalam pun makan Kurma dan Murtabak..ada panggang ayam jugak tapi tak dapat nak makan sebab ayam tu da macam Buruk(beli di Giant..sabor jer lah)..takpe lah.dugaan di Bulan Ramadhan..Sahur pagi tadi ok lah.Bangun goreng keropok lekor.Itu yang terlintas dalam fikiran..Dan hari ni masuk hari kedua kita semua berpuasa..Semoga amal ibadah kita akan di terima oleh Allah.Mudah-mudahan.

Semalam dapat berita Gembira.

aaaa

Tahun lepas dalam Bulan November,adik perempuan aku selamat melansungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya..Zul.It's been a Year..Rasa macam baru semalam jer diorang kawen.Tapi tu lah.kadang aku rasa it's funny how time really flies..Masa berlalu cepat sangat.Pejam celik pejam celik akhirnya,Seorang lagi hamba Allah lahir ke muka Bumi..

adik dah dauhrtt

LAHIR PADA 1 RAMADHAN 1431 HIJRAH = 11 OGOS 2010

Alhamdulillah,atas nama cinta lahirlah bayi perempuan ini ke dunia..teruja gila aku bila dapat berita gembira ni..teruja sebab dapat anak sedara lagi.Dan ini yang ke enam..setakat ni 6-6 semuanya perempuan..Adik Da mesti sangat gembira sebab dah bertukar status menjadi seorang ibu..Tahniah adik!!semoga kamu jadi ibu yang mithali..Gambar baby ni ayah sent mms semalam..dapat berita terus diorang bergegas ke Hospital Terengganu..Baby Girl ni Comel sesangat!!sebjik macam mak dia masa kecik..so Cute!

Apa-apa pun,aku ucapkan Tahniah pada Zul & Adek Da atas kelahiran Cahaya mata Sulung mereka..Semoga makin di murahkan rezeki dan semakin bahagia dalam melayari hidup berumahtangga dengan Kehadiran ahli baru.Insya Allah..

****************************************************

Tazkirah Ramadhan malam tadi di Balai Islam Kuarters:

-Ustaz bercerita bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda,ada tiga Golongan yang Puasanya hanya sekadar mendapat LAPAR dan DAHAGA semata-mata.Mereka itu lah:

*Orang yang meninggalkan Solatnya walaupun berpuasa.

*Orang yang tidak menutup AURAT nya..sama ada lelaki ataupun Perempuan.

*Orag yag bercakap perkara sia-sia/Merepek/Mencarut maki hamun dalam Bulan Ramadhan

-Ustaz juga bercerita bahawa sesungguhnya dalam Bulan Ramadhan Rasulluah S.A.W menganjurkan umatnya supaya melakukan 4 perkara:

a)Elakkan dari bercakap yang sia-sia.

b)memohon pengampunan kepada Allah.Ramadan ialah Bulan Pengampunan

c)memohon kepada Tuhan agar di masukkan ke dalam Syurga

d)memohon kepada Allah agar menjauhkan diri kita dari azab api Neraka..

Di bulan Ramadhan ini,Permulaan Bulan ada Rahmat Allah,di tengah tengah Bulan munculnya Pengampunan Allah,dan di akhir Bulan Allah menjanjikan pelepasan dari azab api Neraka..Insya Allah sama sama kita beramal dan beribadah di Bulan ini..moga-moga Tuhan akan mengampuni Dosa kita..

Jazakallahukhoirukasiro..

Wallahualam.

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH

Hari ni hari pertama semua Umat Islam berpuasa.

Salam 1 Ramadhan 1431 Hijrah.

Pagi tadi aku sempat bangun sahur..Bangun pukul 5 pagi,nak keluar cari makanan malas sangat..so bukak lah peti sejuk cari apa yang ada..Tengok ada Bihun sepeket so combine lah dengan Ayam dan sedikit sayur dalam peti-Jadi lah Bihun Sup buat Sahur..lawan pulak dengan air kacang soya yang ada balance setengah gelas lagi..Then pukul 5.40am sebelum imsak balun air masak 500ml jer.Cukup kot nak tampung sampai berbuka karang.

Kali ni tahun keempat aku berpuasa sendirian.I mean,jauh dari keluarga dan sanak saudara terdekat.Kengkawan kat sini ramai lah yang ada..Tapi feeling tu tetap tak sama kalau dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga.Tapi macam orang cakap-Alah bisa tegal Biasa..Terlalu lama bersendirian kat sini buat aku dah jadi kebal.Aku dah tak kisah dah..Kadang aku rasa lagi baik sensorang macam ni..Bukan aku tak suka berteman,tapi mencari teman hidup sekarang bukan semudah yang di sangka..Banyak faktor yang perlu di ambil kira.

Persoalan tu aku simpan untuk hari kemudian.:)

Ramadhan kali ni aku terasa sedikit sayu.Bila mengenangkan amalan dan Tanggungjawab aku sebagai Hamba Tuhan buat aku jadi malu..Amat sedikit amalan yang aku lakukan jika di bandingkan dengan Rahmat dan kasih sayang Allah pada aku..Sesungguhnya DIA Maha Kaya dan Maha Memberi..Sebab itu Ramadhan kali ni aku harap dapat jadi titik permulaan untuk aku jadi Insan yang lebih bertaqwa..Aku harap Ramadhan kali ni aku dapat lalui dengan penuh makna..Banyak Fadhilat dan Hikmah di Bulan mulia ini,semoga kita sama-sama beroleh manfaat dan Keberkatan.

Insya Allah.

Bulan Puasa ni aku ada sedikit azam.Azam di Bulan Ramadhan:

1-Aku tak nak tinggal sahur.Baginda Rasullulah(S.A.W) pernah bersabda pada setiap sahur itu ada keberkatannya maka hendak lah kita bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.sesungguhnya Sahur itu lah yang membezakan Puasa Umat Islam dengan Puasa Yahudi dan Kristian.

2-Perbanyakkan amalan.Sekurangnya aku akan cuba untuk bersolat Tarawih sepanjang bulan ini..Sebab solat taraweh hanya muncul dalam Ramadhan..rasa rugi pulak kalau tak turut serta mencari Redha Allah..Quran pun kalau boleh aku nak khatam..satu juzuk satu hari.Insya Allah.Moga Allah memberi Pertolongan.

3-Makan dengan sederhana Waktu berbuka.Untuk tahun ni,aku tak nak jejakkan kaki dah ke mana mana Bzaar Ramadhan.sebab pengalaman lepas banyak mengajar aku.Makanan kat Bazaar Ramadhan memang tak berapa sedap.so dari aku cela makanan nanti baik aku tak payah beli terus.Berbuka dengan kurma dan air suam pun lagi baik..

4-Tetap melakukan aktiviti kecergasan-Bab ni macam payah sikit tapi aku akan cuba..Lepas Tarawih pun boleh berkardio apa..tak pun sebelum sahur.Sebelum berbuka puasa kang kalau duk berjoging silap silap pengsan..hehee..takpaa,aku akan cuba buat mana yang termampu.

Aku rasa 4 azam ni dah cukup untuk rangkumkan semua perkara yang aku perlu buat dalam Bulan Ramadhan ni..Doakan aku ya kawan-kawan..Semoga kita semua di beri Petunjuk dan Hidayah oleh Allah SWT.

Insya Allah..Jazakallohukhoir.

*Selamat berpuasa dan selamat beramal..Bulan puasa ni aku tetap akan Post gambar gambar makanan di Blog..jangan marah yer..Ujian semua tu.heheheee..

Tuesday, August 10, 2010

ANOTHER KISAH DI KAMPUNG HALAMAN TERCINTA

Meh nak citer pasal peristiwa yang berlaku masa balik kampung minggu lepas.

1

Dari KL aku ngan Kak Tie drive balik ke Kemaman..Sampai di Kemaman singgah di Hospital Besar sebab ayah tengah buat Hemodialisis treatment kat situ..setiap sabtu memang dia kena buat.Jumpa mak dan ayah sembang kejap then ayah suh kami pi keluar bekpes..Alhamdulillah ayah kelihatan sihat walaupun sedang menjalani rawatan Buah pinggang.

2

Anak sedara-Mimi dan Ika pun ada sekali..

3

Aku,kak tie Mak dan anak sedara ke Pasar Kemaman tak jauh dari Hospital Besar..Meriah kat sini pagi hari minggu dengan banyak gerai duk ada..macam macam pilihan makanan..satay ada,ketupat ada,nasi dagang ada,nasi kerabu,nasi lemak dan nasi minyak pun ada..Pilih jer mana korang suka.

4

Terjumpa kedai paling Hujung,nampak mee Goreng ni sangat sedap!kitorang duduk makan kat sini..Paling best tang Keropok goreng celup tepung.

5

Keropok Lekor Celup Tepung

6

Nasik minyak di pagi Hari

7

Ayam Goreng berempah

8

Mari menikmati hidangan sarapan pagi

9

Ni lah kucing kucing yang berkeliaran dan mengganggu gugat proses aku bersarapan pagi..Terkejut tengah duk makan tetiba kucing ni panjat atas peha..

10

Selesai makan kami jalan jalan di sekitar pasar..ada jual rempah ratus ada Madu Lebah ada jual jamu dan macam macam lagi lah.standard pasar kat tempat korang lah kan..

11

Penyu telur pun ada.5 bijik RM10

12

Ayah duk pesan suh beli kuih sikit untuk dia.so lepas da beli kuih balik semula ke Hospital then aku,Kak tie dan anak anak dia balik Rumah dulu berehat dan tidur kejap sebelum mak dan ayah balik pukul 12 tengahari..plan arini nak ke Terengganu rumah my lil sis..dia tengah sarat mengandung so kami pay a visit since dia tak larat nak ke sana dan ke mari..

13

Dalam perjalanan ke Terengganu singgah Dungun jap ambik anak Kak Ina bawak pi sekali..Nadiah yang dah makin petah bercakap..Lawak lah dia ni seronok duk buat usik..:p

14

anak kak ina VS anak abang jalee..

15

Sampai rumah adik dah dalam pukul 4 petang..terus di hidangnya kami makan tengahari..macam macam lauk yang ada..tapi memang lapar since last makan bekpes tadi tu jer lah.

16

nampak tempting tak lauk lauk ni??

17

mari makan makan dan makan lagi..

18

Durian Kampung yang sangat sedap..

19

Tengok telatah si Nurul ni buat kami terhibur..masa ni dia duk ikut mak semayang kat Ruang tamu..Comel jer pakai tudung telekung semayang tu..

20

tea time pulak..kami duk sampai pukul 7 pm..

21

and now it's time to say Goodbye..Perut dah memboyot adik aku yang sorang ni..tunggu masa jer nak beranak..Time bulan puasa ni lah jawabnya kelahiran anak saudara baru..Take care adik!semoga dapat lahirkan bayi yang sihat..Insya Allah aku akan balik ke kampung kalau dia beranak nanti..:)

22

Dari Kuala Terengganu sampai Rumah pukul 10 malam..Kak Ina pulak sampai dekat pukul 11 pm bawak KFC dari Dungun..Makan lewat malam tak bagus tapi takpe lah..rezeki jangan di tolak..so lepas dah makan makan sembang sembang baru beransur tidor..

23

Seronok dapat balik kampung dan bertemu muka dengan mak,ayah,adik beradik dan anak sedara yang makin membesar..Tak lama lagi bertambah lagi dua orang anak sedara baru..Insya Allah time bulan Puasa dan time Bulan Raya.

*Esok Insya Allah kita semua akan berpuasa..sudahkah anda bersedia?


Monday, August 9, 2010

AKU & KUCING

Menyepi selama dua hari.

Sebab aku pulang ke kampung halaman..Balik sebelum Ramadhan menjelma..Alhamdulillah mak dan abah,adik beradik dan kaum kerabat yang lain sihat sejahtera..Walaupun pertemuan singkat tapi jadi lah.Nanti lagi dua minggu aku balik lagi..nak ambil berkat berbuka dengan keluarga pula nanti.Dan sekarang aku kembali berada di Bumi Penang,menggalas tanggungjawab dalam misi mencari sesuap rezeki.

kucing

Masa balik kemaman Sabtu lalu,singgah di Unit Hemodialisis tengok ayah menerima rawatan..Then ajak mak keluar pi minum minum di area Pasar Kemaman..Tengah makan ada lah dua tiga ekor kucing menerpa atas peha minta makanan..terkejut aku nasib tak terpelanting jer sudu waktu mencedok makanan.Jujurnya aku memang geli dengan Kucing.

Bukan aku benci dengan Kucing,mereka juga makhluk tuhan yang deserve untuk hidup di bumi tuhan yang Maha Luas ini.Cuma aku geli dan memang tak boleh kalau spesies ni datang gesel gesel kat kaki.apatah lagi nak dukung cium segala bagai..erkkkkss..memang tak boleh..tapi aku takde lah sampai nak seksa haiwan yang tak berdosa.

Cukup lah pasal isu kucing ni.Ada masa malam karang aku update sikit aktiviti bersama keluarga baru baru ni.

Till later.

*FYI,kat rumah di kampung mak ada bela kucing..yang lagi hebat kucing kat Rumah kami makan DURIAN!mana korang nak cari Kucing makan durian beb?heheheee..tak percaya nanti aku buh gambar..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails