Followers

Thursday, January 6, 2011

NANDOS & MEETING NEW FRIENDS

Kisah tersimpan untuk catatan di masa hadapan.

5 JANUARI 2011

As usual pagi pergi kerja..tahun ni semangat nak pergi kerja tu ada tapi tak sekuat dulu..kali ini cabaran di tempat kerja sungguh hebat..banyak perkara yang perlu diselesaikan dan di hadapi.dalam diam aku mula bertekad untuk cuba buat yang terbaik demi carrier aku di masa hadapan.

0
Hari-hari kena cross Penang Bridge.kalau dulu tensen sebab jambatan selalu jem tapi sekarang tidak lagi.terima kasih atas pembinaan lane ketiga atas jambatan..bikin perjalanan lagi lancar dan selesa.nak sampai opis pun cepat..sampai opis terus membizikan diri dengan hal-hal pejabat tanpa sedar waktu lunch pun tiba..

1
Waktu lunch sempat pergi ke Queensbay Mall..mendapat pelawaan makan tengahari bersama seorang kawan yang datang dari Kuala Lumpur atas urusan tertentu.terlalu banyak tempat makan yang ada akhirnya kami decide untuk makan di Nandos.actually i do love Nandos..the best grilled chicken ever,compared to Kenny Rogers.

2
Pilih Meal for Two,sebab malas nak pikir.Extra Hot!!

3
Salad pun ada.tapi aku tak makan.tak minat.

4
Roti benggali cicah apa ntah.sedap jugak!!

4a
Ratah ayam sampai kenyang.tapi sayap tetap tak makan.tak reti nak makan bahagian yang takder isi tu.pelik tak?haha.bahagian aku paling suka tetap bahagian dada.

5
Alhamdulillah dah kenyang..Rezeki dari Allah.

6a
Lepas makan Kenny Rogers lepak pulak minum kopi kat Austin Chase.aku tak minum,tapi a friend of mine minum..perut dah penuh makan Nandos tadi..lepak kat sini sementara my friend tunggu bas dia ke KL.

6
Ini lah dia kawan yang aku maksudkan..Hazman Halid atau dulu lebih dikenali sebagai Tukang Taip.aku kenal dia ni dari zaman dia berblog dulu sampai lah dia dah tak aktif blog sekarang..dulu memang aku follow blog dia.suka tengok dia raise his own kid 3 orang..Software Engineer by profession,but a creative person.Nice to meet you Hazman!

7
This lady also aku kenal dari zaman blog dulu sampai lah dia dah tak aktif blog..Juliana Razak.so this is the first time jumpa.padahal duduk satu penang tapi tak pernah ada rezeki nak jumpa.Nice to meet you Ju!lepas ni kalau nak ajak makan boleh jer.hehe..after jumpa diorang aku balik ke Opis semula menyelesaikan lagi kerja yang ada.

8
Dari Opis lepas maghrib aku tak balik rumah terus..singgah di Queensbay mall sebab ada barang nak cari.tapi sebelum cari barang perut sangat berkeroncong minta di isi.aku dah buntu tak taw nak makan apa last last aku lalu di Queens food market ni.menyinggah di Bangkok Station.

9
Order makan THAI GREEN CURRY SET..set nasi sekali ngan green curry ada telur dadar sebijik..suprisingly sedap lah pulak green curry ni.aku suka.lain kali boleh datang makan lagi.harga satu set RM6.90.Lepas makan jalan jalan cari barang yang di ingini.

10
Dalam duk cari barang yang aku nak beli singgah masuk kejap Butik Crocs.nak cari kasut..berkenan pulak ngan santa cruz design ni tapi nasib tak baik saiz kasut takder.paling besar saiz 9 jer.kaki aku saiz 11 so memang nak sarung pun tak muat.tapi ok jugak.at least tak melayang rm200++ aku..selamat duit.

11
Dah jumpa barang yang aku nak singgah di Borders pulak baca buku..its kinda cool sebenarnya duk baca buku kat bookstore.dapat baca free dan aku rasa tak membazir masa.dari duk tengok wayang baik lepak kedai buku ada juga faedahnya..:)

12
Dari Borders ingat nak balik sekali singgah pulak kat gerai JCO Donut..dahaga so order air strawberry yogurt.silap order lah.patut go for coffee tapi dah terorder so minum saja lah.dapat free donut glazy satu..donat kat JCO aku suka sebab lembut..memang banyak gila lah calorie aku consume untuk satu hari ni.Dari queensbay mall aku balik rumah,siap siap barang untuk ke Kuala Lumpur pula..bas aku pukul 1.30 am(6 Januari 2011).

*Ke Kuala Lumpur atas perintah Mahkamah..6 Januari 2011 kena menghadap mahkamah pukul 2 pm.

THE MAGNIFICIENT OF ANGKOR WAT,CAMBODIA

21 3 4 5

6

Angkor Wat (Khmer: អង្គរវត្ត) is a temple complex at Angkor, Cambodia, built for the king Suryavarman II in the early 12th century as his state temple and capital city. As the best-preserved temple at the site, it is the only one to have remained a significant religious centre since its foundation — first Hindu, dedicated to the god Vishnu, then Buddhist. It is the world's largest religious building.[1] The temple is at the top of the high classical style of Khmer architecture. It has become a symbol of Cambodia, appearing on its national flag, and it is the country's prime attraction for visitors.

*Just nak share gambar masa aku lawat Cambodia hujung tahun lepas 4-8 Disember 2010..belum berkesempatan untuk buat entry pasal trip ni..till later yaa..aku kena ke Kuala LUmpur pula ni.ada urusan di sana.

Monday, January 3, 2011

KISAH AXIMUD : SEMALAM & HARI INI

Plan untuk buat entry rumusan Tahun 2010 masih tidak kesampaian..masih dalam proses pengumpulan data dan gambar..lagi pun sekarang memang sedikit busy di opis so sangat takder masa..masa yang ada time malam jer bila balik kerja tu pun duk sibuk nak tengok tv lah nak makan lah..so kali ni just bercerita apa yang berlaku untuk semalam dan hari ni..

Enjoice!!

2 JANUARI 2011

Hari Ahad yang cerah..aku dedikasi kan penuh untuk buat pembersihan rumah besar-besaran..especially kat kawasan dapur yang tetiba jadi banjir taj tahu air datang dari mana..so memang renyah laaa nak cari mop segala bagai dan nak jemur kain lap kaki..tapi pelan pelan kayuh la..sambung lagi kemas bilik tidur ngan bilik baju..kalah orang dah berumahtangga la pulak aku rasa.

1
Tahun 2011 ni aku nak jadikan makan secara sihat budaya hidup-Towards a healthy lifestyle..doakan aku ya kawan kawan..percubaan sarapan pagi dengan bijirin corn flake dan air soya merupakan a good start..moga ianya terus konsisten.boleh la buang unnecessary fat yang duk ada bertempek sekarang.

2
Da setel kemas rumah apa semua segala just bersiap siap untuk pergi ke opis..ada banyak hal nak di selesaikan..nak buat Memo lah,nak update report,nak buat persediaan untuk audit dan macam macam lagi lah..now i know what it's like to be my ex-boss masa dia handle section aku sorang sorang dulu..a lot of work jugak..bukan takder kerja.

3
Dari Opis pukul 6 petang aku siap siapsalin baju kat opis terus balik ke seberang jaya singgah jogging di belakang safira Country Club.ada trek jogging yang cukup cantik kat situ..ramai sangat orang duk jogging time cuti mahupun tak cuti kalau hujan tak turun..aku suka jogging kat sini memandangkan keadaan persekitarannya yang nyaman dan segar jer mata memandang.

4
Ni pun antara list azam jugak ni..nak regularly exercise..supaya stamina badan meningkat dan dapat lawan berbagai penyakit..sometimes aku bukan pikir nak kurus sangat pun,i mean kalau dapat badan in shape tu baguslah.tapi the most important thing is to be fit and healthy..i wanna grow old become a healthy old man dan takkan membebankan sangat generasi akan datang..Insya Allah dengan usaha dan tawakkal tuhan akan permudahkan.

5
Balik rumah solat maghrib then tunggu isyak,lepak tengok GLEE season 2 ..aku suka lah season 2 ni,students more matured dan ada cast baru join glee club.then sambung buat report sikit..banyak betul kerja tak sempat nak siap sampai buat balik ke rumah lagik..siapkan apa yang patut then bersiap tidor lah menghadapi hari pertama bekerja di tahun 2011..:)

3 JANUARI 2011

Pagi yang mendung.

Pergi opis dengan semangat berkobar kobar..hari first di Tahun 2011 punya semangat dan keazaman yang tinggi macam ni kira bagus apa..hehe..sampai opis terus siapkan apa yang penting dan kena submit..hari first persekolahan ni ramai jugaklah teman teman aku bercuti sebab nak hantar anak ke sekolah dan sebagainya.so yang bujang takder anak sila lah bekerja dengan rajin dan tekun.

1
Time breakfast pun jamah epal dan Roti jer..kata nak makan secara sihat..ntah sampai bila dapat bertahan ntah..hahaa..kena yakin ngan diri sendiri..Bila kita dah terlalu busy dan ada jer kerja nak dibuat memang tak rasa masa berlalu..tup tup tup dah sampai waktu lunch..

2
Hari ni saya berbaju Pink Low.ada jugak yang tegur kata men in pink look weird..errr entah la saya rasa biasa jer..apa yang weird tak taw.do i lokk soft in pink?i dont think so..but lain orang lain lah pendapat kan..pakai lah apa yang kita nak sebab warna apa apa pun bukan milik peribadi..:).Time lunch pi makan kat McD tESCO..sebelah opis jer.

3
Lepas makan pi Pejabat pos nak renew road tax ngan Insurans..tapi tu lah.nak renew road tax sekarang kena bayar saman dulu kalau tak dapat renew selama 6 bulan jer..within that period kena setelkan semua saman yang ada sebelum dapat sambung lagi 6 bulan..terkejut beruk aku bila cek online jumlah saman yang aku kena bayar!!

4
Takyah cerita panjang,korang tengok gambar kat atas ni pun tahu kan saman aku berapa banyak..almost RM 3000!!!!mana nak cekau duit beb nak bayar..tapi mujur ada diskaun 50 persen..dapatlah kurang jadi jumlah keseluruhan RM1360...aku rasa aku dah takder pilihan lain selain bayar jer lah jumlah tu.susah nak adjust dah sekarang since semua masuk sistem..

5
Tadi lepas opis Hour pi singgah Tesco balik sebab nak draw duit untuk bayar saman esok..ishhh tapi macam tak tergamak pulak aku nak bayar lumpsum RM1360...sayang nya duit..banyak benda boleh buat ngan duit ni..boleh buat belanja travel ok..hishhhh..macam mana ni yek.ker aku nak bayar separuh dulu.aku pun dah buntu..

6
Dalam keadaan tensen tu baik pi makan dulu..so menyinggah di FoodCourt Tesco tengok makana apa yang ada last last aku order Spaghetti Bolognaise.takyah order lain kali sebab tak menepati spesifikasi yang diperlukan.Tpi walaupun tak sedap tetaplah habis aku makan..tak baik membazir..amalan syaitan.Rezeki jangan di tolak,musuh jangan dicari..Taoi saman ni aku tak mintak pun pasaipa kena bayar..ish ish ish...

Dari TESCO just straight balik rumah,jumpa member kejap then terus layan tengok Tv jer..sambil bertwitter ngan berFaceBook..social Network sekarang sangat bahaya lah!!!aku boleh duk mengadap FB ngan Twitter depan BB sampai dua jam lamanya!!ohh tidak..sangat membazir masa..kena lebih berhemah la lepas ni..

*sekarang baru nak tidor..hopefully esok akan lebih mendatangkan bahagia dalam jiwa..Sekian,wabillahitaufikwalhidayah,wassalamualakumwarahmatullah.

Sunday, January 2, 2011

MEE UDANG vs MEE KETAM (SUNGAI DUA)

Ini ialah sebuah kisah benar pada 1.1.11

Di satu malam yang gelap gelita,saya dan seorang rakan lagi telah merasa amat kelaparan kerana cuaca ketika ini hujan renyai renyai dan angin bertiup sepoi sepoi bahasa..kebiasaanya kalau dah hujan dan berangin macam ni perut memang berbunyik bunyik kelaparan..Maka saya dan rakan saya terus membuat keputusan untuk mencari makan di malam hari nan gelap itu..

1
Pada mulanya saya berasa agak bingung untuk memilih tempat makan..kemudian,Tingggggg...saya mensdapat idea ilham dari Tuhan barangkali,untuk pergi ke Sungai Dua bagi menjamah kesedapan Mee Udang di sini..lagi pun memang dah lama sangat tak menjamah mee udang..sesekali time time cuti macam ni apa salahnya kan..

2
Rakan saya mengorder mee udang ya tuan tuan dan puan puan sekelian..saya difahamkan harga mee udang di sini ialah RM7 ke atas bergantung pada saiz Udang..hantam sajalah labu nak tekan harga berapa pun..janji kami kenyang..teruja tak kalian melihat mee udang ini??

3
Oleh kerana saya dah biasa makan mee udang,maka kali ini saya memilih untuk makan mee ketam pula..Konsepnya sama korang kena faham,just ganti Udang dengan Ketam maka jadi lah mee ketam.cuma berbeza dari segi rasa sikit lah kot sebab manis ketam dan manis udang ni slightly different.Hanya Jauhari mengenal manikam,hanya johari mengenal maniam.

4
adakah kalian teruja melihat udang ini??maafkan saya sebab visual kurang memuaskan..sejak ada smartphone ni memang saya a bit berlagak sikit.malas dah nak usung DSLR kesana kemari..pakai BB ni pun dah ok ambik gambar..5megapixel kira ok lah kan..

5
Dan sesungguhnya seekor ketam di sajikan dalam mee ketam ini.Puas saya meratah sorang sorang memang tak offer dah pada rakan di hadapan sebab rasa isi ketam yang lazat!!ketam ni saiznya kecik sikit tapi ok lah ,kang besar sangat lagi mahal sebab diorang kira ikut berat ketam..

6
Hasilnya adalah sangat kejam!!habis kulit ketam dan udang kami kopek..menjadikan keadaan di atas meja kacau bilau sekali..namun begitu kami amat berpuas hati dan sangat kenyang,..pekena pulak kopi o time time hujan tambah ngan hisap rokok skali,memang layannnn bangatttt..Kawan kawan yang nak datang ke Penang nanti saya bawa makan kat mee Udang sungai Dua ni ya..Insya Allah.

*penggunaan bahasa melayu yang tidak formal dalam entri ini tidak sesuai digunakan untuk urusan surat menyurat..maaflah,AXIMUD tetap mengekalkan konsep jalan jalan cari makan juga bagi tahun kewangan 2011..harap bersabar.

Saturday, January 1, 2011

HOW I SPENT MY LAST NIGHT IN 2010

Salam 1.1.11..what a beautiful figure right..

Hari ni dah 1 januari 2011.Time really flies.so fast.tak sempat nak kejar.whether you are ready or not,precious time will always ticked away..so here i am,wishing everybody happy New year 2011 and have a great year..May all of our dream will come true This year..Insya Allah.

Today tak buat apa pun..just berehat di rumah,kemas rumah apa yang patut since rumah memang dah berselerak sangat..plan nak pindah rumah belum menjadi lagi..rumah yang nak pindah dah siap tapi still,i'm looking for the perfect time to move..seems like time is not enough.but i will someday.probably bulan ni jugak aku akan pindah.

untuk entri ni aku just nak cerita pasal malam tadi..how i spent my last night in 2010..basically tak buat apa pun,just a boring routine-simple dinner + movie..boring kan.haha.but i thinks that adequate to enjoy my holiday.plan asal nak ke Padang Kota tapi mengenangkan hujan dan pikir betapa sesaknya traffic kat sana so aku cancel lah plan tu.tak mau memeningkan kepala..

1
Bila plan dan cancel nak ke Padang Kota,aku just datang ke Jusco Perda untuk makan malam..dan kali ni aku makan di Black Canyon lagi.aku rasa aku suka this restaurant in term of service dan suasana persekitarannya..seleksi makanan pula menarik..most of Thai Food yang ada kat sini aku suka especially Tomyam..

2
i like the statement-A drink from paradise available on earth

3
i think this is the better choice..sitting here having a dinner with friend,talking about everything and just relax..a better way to enjoy your night..just forget everything for a while.

4
Kali ni aku cuba makan kueytiow ladna kat sini..kueytiow ladna seafood.itu aku yang terjemahkan..dalam buku menu adalah nama yang panjang dan lagi vogue tapi nama jer berbeza,tetaplah ia kueytiow ladna sahaja.Rasanya ok lah..aku suka.tapi still takleh celen rasa Kuah Tomyam.hehehe

5
Order a bowl of Chicken Tomyam..rasa Tomyam ni memang superb lah.the best tomyam in town.aku tak kesah lah kalau korang kata ada tempat lagi best.tekak aku kata kat sini tomyam nya memang terasa lazat sangat.pedas manis masam semua lengkap..i just cant stop dari hirup kuah!!

6
let's eat and Happy New Year everybody!!

7
Sambil makan sambil sembang sambil makan lagi dan lagi dan lagi sampai lah mangkuk semua licin..next time nak try rasa nasi goreng pulak kat sini..harga makanan kat sini slightly mahal but it does worth it..satu mangkuk tomyam RM9.90 i think still reasonable..sebab boleh makan dua orang satu mangkuk tu.

8
see,this is what i'm talking about..licin sampai ke dasar..kalau boleh nak hirup sampai licin tapi buruk perangai sangat kalau macam tu.hahaa..Good Food for good health and Good Life..:)

9
syukur pada Tuhan atas nikmat makanan..

10
Pencuci mulut beli Donat Big apple yang betul betul bertentangan dengan Black Canyon Restaurant ni..saja buat pemanis mulut..tapi the best donat in town still lah JCO donat..yang tu memang takleh celen.

11
Habis makan dalam pukul 10.30..kedai dah nak tutup baru blah..haha..pelanggan terakhir lah kiranya.aku rasa dah banyak kedai yang tensen dengan aku sebab selalu duk jadi pelanggan terakhir..yer lah,lepas makan bukan nak gerak terus..bantai bersembang sampai restoran angkat palang kat pintu baru reti nak balik..
 12
Tengok wayang pukul 12.00 AM..citer TRON jer yang available.aku dengar citer ni sangat lah tak best..tapi still aku beli jer lah tiket wayang sebab takder citer lain dah..orang lain sambut new year tengok bunga api kat shopping kompleks or dataran aku duk dalam panggung wayang..doesnt make any different pun.kalau tak tengok wayang pun aku tidur jer kat rumah.

13
ni gambar masa tengah tengok wayang aku snap sebab bosan..citer ni macam mengarut dan sangat lah mencabar minda sampai aku tak paham..dengan Tron,Flyyn,Clu lah apa benda lah..boleh nak faham tapi entah otak aku tak mahu berfungsi pulak..jalan cerita nya slow sikit dan tak best.aku rasa tak best.entah.lately tengok wayang semua citer tak best.

14
Wayang habis dalam pukul 2 pagi..pergi sambung minum minum kejap kat Nasmir Nasi Kandar Perda..macam biasa lah ramai jer yang ada duk melepak..Budaya rakyat Malaysia makan nasi kandar pukul 3 pagi.heheee..minum minum sembang lagi then balik rumah dalam pukul 3 pagi lebih..

and This is how i spent my last night in 2010.

*Selamat tahun Baru 2011 kepada semua pembaca AXIMUD..saya hargai sokongan anda dan teruskan membaca..take care everybody!!

SELAMAT TAHUN BARU 2011

2011
Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Syukur Alhamdulillah hingga tika dan saat ini aku masih di beri kekuatan dan ruang untuk bernafas di muka bumi ini..Nikmat tuhan yang tidak ternilai harganya..dan dengan nikmat itulah aku masih mampu untuk melangkah ke tahun 2011.Berakhir sudah 2010,dan digantikan dengan tahun yang baru..

2010

Satu tahun yang menarik aku kira..Banyak peristiwa manis dan tak kurang juga pahit aku tempuhi,dan seperti biasa semua perkara yang berlaku lebih mendewasakan dan memberi pengajaran dalam hidup..Tahun 2010-banyak travel jugak..Januari ke Vietnam,Februari ke Miri/Brunei,Mac ke Kota Kinabalu Sabah,Mei ke Hatyai,Jun ke Singapore lawat Universal Studio,Jun jugak buat trip spontan ke Melaka ngan Kak tie/Ziana,Julai ke Bangkok/Pattaya,Oktober ke Jakarta/Bandung,dan Disember yang baru sahaj berlalu aku berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Phnom Penh/Siam Reaap(Cambodia)..Fuhhh..memang takder can nak simpan duit..

Dari segi pengalaman kerja,Alhamdulillah 2010 banyak memberi ruang pada aku untuk mengexplore my own field.aku lebih diberikan kepercayaan untuk menjalankan satu tugas,dan since my boss got transfered to Pasir Gudang in September 2010 my responsibility bertambah,but i just look that at a bright side..at least i could learn how to manage my section well..not that well,but almost well,if you got what i mean..2011 ni aku semakin bersemangat nak kerja,tambah tambah lagi my new boss akan sampai minggu depan.

Di sudut kekeluargaan,aku boleh katakan ikatan keluarga kami semakin erat dan rapat..adik da dah selamat melahirkan seorang puteri,Nurul Syifa' Salsabiela dan Abang Shuk juga dah selamat ada seorang putera,Adam Syahmi Alwafiy..Bertambah lagi anak sedara aku..the more the merrier right..Cuma bulan November yang lalu tragedi paling ngeri seumur hidup aku pernah tempuhi bila mana ayah dimasukkan ke ICU..keadaan ayah yang kritikal masa tu memang membuatkan kami dah hilang harapan..dengan berbekalkan doa dan tawakal,Ayah kembali pulih namun sekarang masih perlu di beri jagaan rapi.Mak,Terima kasih sebab jaga ayah dengan sangat baik..Terima kasih.

In term of me,myself and i,2010 banyak memberi kesan pada diri sendiri..Aku berjaya kurangkan berat badan dari 91KG ke 75KG within 3 bulan..sampai ramai yang kata aku dah macam orang sakit.(later aku share gambar.hehehe..)start bulan januari 2010 ke Mac 2010..after that aku just cuba balance kan dan sekarang tanda tanda gain weight tu dah ada balik so aku kena create healthy lifestyle semula..i know i can do it.Insya Allah..dari segi personal relationship,aku tak nak komen apa apa pasal itu.cukup hanya aku dan dia sahaja yang mengetahuinya.

Relationship dengan kawan-kawan ada up and down..kadang aku sedar aku jenis tak ambil peduli sangat so i hurt their feeling..sorry for that in 2010.2011 aku akan cuba jadi kawan yang baik untuk kalian.not to mention aku jugak ada a few new friends..Nice to know all of you..kalau ada umur boleh jumpa lagi..Berkawan biar ramai kan..berkasih biar satu..ewwwaaahhhhh...cakpung cakpung..

Selamat tinggal 2010..Kenangan yang manis tetap indah selamanya,dan kenangan yang buruk tetap menjadi pengajaran..Terima kasih pada yang mengambil berat dan ambil peduli,appreciate sangat sangat..maafkan segala salah silap saya di tahun 2010,moga 2011 memberi cahaya dan lembaran baru..

Insya Allah..

*get more sleep,be smart in time management,shed some unnecessary fat,work hard and play hard as well,saving some amount of money,be an obedient son and a good friend,and last but not least do take care of myself more - summary of my 2011 resolutions..so long and goodbye 2010.

mode:sebak.sedih.terharu.teruja.

*imbasan 2010 akan menyusul kemudian..entri kali ni just a brief summary of my 2010..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails