Followers

Saturday, February 12, 2011

IMPIAN UNTUK MAKAN KETAM TERCAPAI DI SUATU MALAM YANG HENING

Kisah hari selasa baru-baru ni.

Malam pergi dinner.bersama seorang teman.Dinner berdekatan dengan Restoran Hammer bay.tapi ni bukan Restoran itu.yang sebelah dia.Anggerik Biru namanya kalau tak silap.entah lah.takder signboard.kira main belasah jer lah.masa ni hidung aku ber sok sek sok sek..selesema teruk...sroootttttt...

0
Tempat makan ni sempoi.tepi laut.tak lah tepi laut sangat.tapi ada outdoor ngan indoor punya tempat makan.kira ok lah.walaupun tempat makannya macam ala ala suram gitu.Sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantik.

1
Misi untama untuk dinner kali ini ialah nak makan ketam.tapi bukan ketam sahajalah yang menjadi pilihan nampak gayanya..ada beberapa lauk lain lagi di pilih.Kiranya ketam tu Objektif utama.cari ketam betina yang tengah bertelur tapi takder.so ketam jantan pun ketam jantan lah janji banyak isi so puas hati sikit makan nanti.

2
Minuman air buah yang menjadi pilihan..aku tak pernah order air nenas kali ni gatal nak order air tu.sedap jugak!!masam masam manis tapi tak lah sampai menghiris lidah..orang kata nenas boleh gugurkan kandungan so beware kepada ibu mengandung yang gemarkan nenas..bahaya!!

3
Ok mari kita bergerak pada sessi makanan pula.KERANG BAKAR nama diberi,sungguh lah lazat tidak terperi.ok tak lah lazat mana.standard rasa kerang lah...cicah dengan air asam.Ok jugak air asam yang ada..macam air asam untuk ikan bakar.

4
SOTONG GORENG TEPUNG kat sini memang superb beb!!korang kena try..banyak ni bagi kat aku ratah sorang sorang pun takper.sebab memang sedap!tepungnya berperisa dan garingnya pun elok jaa..memang kaalu setakat mai sini nak order sotong goreng tepung saja pun aku sanggup.

5
Dan ini lah dia KETAM MASAK LADA HITAM..minta masak blackpepper pulak sebab macam dah bosan makan ketam masak cili..asyik masak cili jer sesekali tukar la pulak selera..Kuah blackpepper nya sedap tuan tuan dan puan puan sekelian..tak percaya moh try rasa..moh try moh try!!

6
UDANG MASAK MENTEGA..yang ni pun memang best dan sangats edap!1kira memang menjadi lah butter prawn ni..susah nak jumpa kedai yang terer buat Udang Butter Prawn.tapi this restaurant nailed it!lazat tidak terperi..kami order 5 ekor.aku makan 3 ekor rasanya.

7
Last but not least,SUP SAYUR .order sup sayur sebab malas dah nak order sayur lain.kira sekali order jer lah,sup dan sayur.supnya macam tak berapa sedap.just so-so.kalau tak order pun takper.tapi dah ada depan mata rembat lah jugak.
9
Masa duk ratah ketam yang syok ni..memang terpelanting sana terpelanting sini lah.Orang kedai tak bagi pulak pengacip untuk ketam.aku pun malas nak mintak..biasa kalau kat kampung aku makan ketam mesti ada lesung batu kat sebelah.senang..ketuk pastu ambik isi terus makan..memang mudah dan lazat!!

10
Alhamdulillah.

Licin kesemua lauk.Cuma Kerang bakar tinggal lah beberapa ekor,dan sup sayur ada sikit lagi tak habis..sebab dah kenyang gilerr...makanan banyak macam ni dua orang makan.amazing tak?haha.memang kami kuat makan..tapi berbaloi baloi since harga makan macam ni untuk dua orang ialah RM65.bagi aku ok dan worth la..dengan rasanya yang terbaekk..memang akan datang lagi nanti..Insya Allah.

Terima kasih pada yang ada.
Terima Kasih pada yang teman.
Ada umur kita berjumpa lagi.

Adios!

Friday, February 11, 2011

NIKLI & YUSLINA : SELAMAT PENGANTIN BARU PART 2

Assalamualaikum.Dan Salam sejahtera.

Sebetulnya saya telah kehabisan kata kata untuk di ucapkan kepada kawan baik saya yang baru sahaja melansungkan perkahwinan pada hujung minggu yang lalu..Tahniah sekali lagi saya ucapkan.after all was said and done,here are The pictures that will tell us a thousand stories.

Enjoice!!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1010a11
Gambar-gambar di atas merupakan gambar majlis sambut menantu belah keluarga Pengantin lelaki..Unik sungguh kenduri kali ini bila disertai dengan hidangan sampingan Potato Spring dan Char Kuey Tiow..Petang tu pula beroutdoor bersama pengantin di Mengkuang Dam.Seronok juga kenduri kali ini bila berpeluang bertemu mata dengan beberapa rakan blogger dan rakan twitter..nanti aku buat entry khas pasal korang.

Apa-apa pun,Semoga berbahagia ke Akhir Hayat untuk pasangan Pengantin.

*confirm aku demam..badan mula panas dan sengal..Sekejap jer masa berlalu.sedar tak sedar seminggu berlalu pergi macam tu jer..

Thursday, February 10, 2011

SEMALAM & HARI INI : SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA

Just a quick recap.

Minggu ni minggu yang agak busy juga..7 & 8 Hb Februari baru baru ni ada workshop di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas..semalam kat Opis ada meeting penting jugak..tapi i'm not feeling well..meeting sambil fikiran melayang layang..selesema dan a bit demam.tapi apa apa perkara berbangkit boleh la jawab jugak..Penat weh..dah la tak larat.

1
Malam tadi dari Opis aku straight pergi ke Klinik..hidung memang dah berair tak berhenti..sakit kepala tak usah cakap lah.berdenyut denyut..rasa macam nak pitam nasib baik boleh drive kereta lagi.time tak berapa sehat ni lah duk rasa kan best kalau ada teman hidup.Insya Allah one day nanti.

2
Dah jumpa doktor dapat lah MC sehari untuk hari ni.tapi takder maknanya.aku ada management Review conference pulak hari ni di Sunway Hotel Seberang Jaya..so malam tadi tidur awal..konon konon nak bangun awal siapkan presentation untuk hari ni,sekali terlajak sampai pukul 7 daa..ish ish ish..subuh gajah la jawabnya.

3

Bangun tidur pagi tadi feeling much better..walaupun hidung masih berair tapi kepala dah tak pening..memang lah tak selesa tapi i have to do what i have to do..kalau aku tak attend meeting ni tak dapat input pula dari management.untuk kebaikan bersama aku gagahkan diri jugak lah..meeting start jam 9 pagi.

4a

Management Review conference ni biasa di adakan quarterly..since my boss left aku yang tanggung tugas dia..meeting banyak gila nak kena attend..samapi aku dah tak larat nak attend.dulu duk bising sangat takder meeting nak pi..sekarang sampai tak terhandle..Tengok tentatif Presentation aku besok rupanya..hoyeaahh..sempat lagi lah touch up presentation sedia ada kasi lagi umpphhh..

5

Tapi tang makan yang paling best bila ada meeting.nak nak kalau buat kat Hotel.masa untuk membedal cukup cukup.lupakan soal nak jaga makan seketika.speaking of which,aku rasa dah lama gilerr tak jogging..kesibukan tugas membataskan segalanya..time is never enough..what should i do??

6
Ada pasta dan kentang..western sangat!!

7 8

Makan buffet rugi kalau makan nasik nanti cepat kenyang..actually seleksi makanan kat Sunway Hotel ni biasa je..takder apa yang special pun..tapi sedap lah jugak..still tak boleh celen ngan Hotel Hilton kat PJ ngan Hotel Concorde di Shah Alam..kat Hotel Sunway ni takder lah Udang kaa Tiram kaa Kambing Golek..but it all was enough.cukup lah ni.nak macam mana lagi kan.

9

This meeting akan bersambung lagi esok..sekarang tengah duk meeting lagi tapi sementara orang lain duk buat presentation sempat lagi aku update Blog.Gila kan.haha.Janji tak kacau orang dan fokus pada slideshow sendiri dah la..

Ok nak buat buat beri perhatian kejap dalam meeting.

Bai.

*Hidung duk bersok sek sok sek lagi..tak selesa nya!!doakan aku cepat sembuh.Sakit tu Kifarah atas dosa lalu..Aku Redha dengan takdir Tuhan.

Monday, February 7, 2011

NIKLI & YUSLINA : SELAMAT PENGANTIN BARU PART 1

Hari isnin yang penat.

Hari ni ada Kursus di Hotel seri Malaysia Kepala Batas..bangun pagi tadi memang sangat liat...Rasa malas gila nak kerja.tapi tanggungjawab kena laksanakan jugak..Time course tadi ramai member tanya kenapa muka penat.haha..saya rasa sebab tak cukup tidur.

Hujung minggu yang baru saja berlalu penuh dengan aktiviti kenduri kahwin..maksud saya,kenduri kahwin sahabat baik Nikli Nodin dan Yuslina..Saya doakan kalian akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..Tahniah lagi sekali!!Majlis persandingan belah perempuan diadakan pada 5 Februari 2011 (Sabtu) dan majlis sambut menantu belah lelaki pada 6 Februari 2011(Ahad).

Mari kita layan gambar masa majlis persandingan & Outdoor pasangan pengantin baru  ini pada 5 Februari 2011.

Enjoice!!
1 2 3 4 5 6 77a8 9 10 11
Tengok orang kawen terasa seperti ingin memiliki pasangan hidup juga..My time will come.Insya Allah..after all,Nobody yang suka hidup lonely kan??kepada semua yang masih mencari cinta dan masih menanti pasangan hidup,Selamat berjaya saya ucapkan..Jodoh di tangan tuhan,tapi ikhtiar di tangan kita untuk mencari jodoh ..sama sama kita berdoa agar di permudahkan Jodoh dan di temukan dengan orang yang sesuai..

Insya Allah.

Friday, February 4, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT BAIK!!

Hari ini hari bersejarah..

One of My bestfriend getting married today..and i'm really happy for him.Time really fly,sedar tak sedar satu lagi masjid telah terbina..Tahniah Nikli Nodin!!semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat..Petang tadi lepas asar pasangan mempelai selamat di ijab kabulkan di Masjid padang menora..4 Februari 2011 hari jumaat-permulaan baru buat sahabatku..Jom lah kita layan gambar kat bawah pulak..

Enjoice!!

1
Cincin itu simbolik kepada sebuah ikatan sampai hujung nyawa

2

sabarlah menanti..masa itu tetap kan tiba jua

3

Dengan sekali lafaz..Alhamdulillah..

4

semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat

5

Cincin di sarung tanda janji dimeterai untuk sehidup semati

6

bersatu dengan alam..

7

smile..Till death do us part 
 9

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

8

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

10 11

Tahniah sekali lagi buat sahabatku..i'm not official photographer,saja menyibuk jugak nak ambik gambar.Esok Insya Allah aku jadi pengapit untuk majlis kenduri..Hari ni akad nikah,esok kenduri belah perempuan,dan hari Ahad ni kenduri belah keluarga Nikli..sapa sapa yang dijemput datang lah yek.boleh kita bersua muka.Tadi Nikli ada call aku,dia suh jemput semua yang duk baca blog ni yang ada kesempatan untuk datang majlis dia..Lagi ramai lagi meriah kan..

CONGRATULATIONS!!

*Nak selit satu lagi..tadi pukul 1.45 pm my another bestfriend,Angah & Sam selamat menerima kelahiran seorang Bayi lelaki..Tahniah to both of you!!dapat dua kejutan hari ni..heheee..Life is beautiful and full of suprises!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails