Followers

Wednesday, July 11, 2012

AMI'S CONVO CELEBRATION : AMPANG POINT SHOPPING CENTRE SUPERBOWL

Dari Kuala Kubu Bharu, kitorang terus bergerak balik ke Ampang..Ami ikut sekali lah setelah selesai pulangkan jubah konvo dan urusan lain..AKu pening kepala sangat sangat masa ni..ada lah tak kena ngan makanan yang aku makan kat KKB tu..minta Abang Jalee yang drive..tidur jer sepanjang perjalanan sedar sedar dah sampai KL.


Traffic jammed tak ingat di MRR2..as usual lah kan MRR2 mana pernah tak jammed..jammed sokmo..dah dekat nak maghrib masa ni..kitorang singgah di McD berdekatan Galaxy Ampang sebab nak beli bubur untuk Qayyum..Then abang shuk gi beli Satay kejap untuk Kak Feeza bukak Puasa..nak makan malam macam awal lagi sebab tadi sebelum balik dari Kuala Kubu Bharu dah makan jugak..so we decide untuk main Bowling di Ampang Point.


Welcome to Ampang Point Superbowl!


First time aku main bowling kat sini


jom beriadah sakitkan lengannn.hehe


Kitorang ada beli Cupcake untuk Ami sebelum sampai kat tempat Bowling..cup cake Vanilla, Strawberry dan Red Velvet.. Congrats Ami!!


Dah besar dah adik aku ni. aku yang makin tua.ahaks


Sambil main bowing sambil makan cupcake ya!!


Kitorang bukan selalu sangat dapat berjumpa ramai ramai macam ni..so kesempatan yang ada ni lah guna dengan buat sesuatu sama sama..Kalau kak Ina, Kak Ija, Dik da dan Faiz ada sama sama mesti lagi meriah. tak cukup lah dua lane.kena bukak lagi dua lane jawabnya..dan perlawanan bowling pun bermula..


masing masing menunjukkan kehandalan dan skill membaling bola


kitorang main satu game sahaja..sekadar nak seronok seronok..best jugak lane kat superbowl ni.Cuma bola tak banyak pilihan lah.pakai bola mana yang muat ngan jari aku jer..kak La pun join main skali..baling je lah kan. Longkang pun longkang lah..hehehee..ada skali tu abang shuk baling bola ke belakang.camano tuh??nasib baik slow..buatnya hayun kuat ke belakang habis lah cedera orang yang kena..hehee


Qiadah duk jaga bola keluar masuk


my brother and i


Boleh tahan jugak memasing ada dapat strike.tapi skali jer lah.hehe.aku kalau main bowling memang aim kat tengah jer..tu yang kekadang jadi split..kalau pin tinggal satu mesti payah nak aim bagi dapat spare..so siapakah yang menang??hehe..teka sendiri lah yek.tak kisah pun sebenarnya sapa menang sapa kalah. dapat main sama sama family macam ni pun dah cukup rahmat dah.


Mintak tolong brader lane sebelah ambik gambar kitorang


Dalam pukul 10pm kitorang gerak dari Ampang Point dan akan makan malam di Restoran Pakya, Chinese Muslim Foods Restaurant..Sempat lagi Abang Shuk beli bantal kat bawah ada sale Comforter cadar dan bantal..Perut memasing dah lapar so jom kita dinner pulak!sebagai penutup hari ini, meraikan konvokesyen Ami..

*to be continued.

MAJLIS KONVOKESYEN AMI @ DARUL QURAN JAKIM , KUALA KUBU BHARU AMPANG PECAH SELANGOR

Pagi 7 Julai 2012

Seawal jam 7 am setelah selesai solat subuh dan sebagainya,aku, kak tie, dan abang jalee sekeluarga bertolak dari Ampang menuju ke Kuala Kubu Bharu untuk sama sama meraikan Hari istimewa ami.Hari ni dia akan berkonvokesyen setelah tamat pengajian di Darul Quran Kuala Terengganu dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat..Abang Shuk dan Kak Feeza pula dari Tanjung Malim, so tempat pertemuan adalah di JAKIM Kuala Kubu Bharu Ampang pecah.


Ni gambar masa Ayah Konvokesyen pada tahun 1974..bawak gambar ni untuk beri semangat pada Ami. supaya dia tahu mak dan ayah akan sentiasa ada bersama sama..Mak tak dapat nak ikut datang melihat kejayaan ami sebab masih dalam tempoh iddah..tak boleh keluar rumah..so gambar ni sahajalah menjadi pengganti..tapi versi yang muda sikit lah..since 1974..


Aku dapat bayangkan ayah mesti gembira kalau dia ada sekali..masa ni mesti aku duk tolak ayah atas kerusi rodanya..Mak pun ada sama..dan Ami mesti sangat gembira mak dan ayah dapat hadir majlis konvokesyen dia kali pertama..Tak mengapa.Kadang apa yang kita nak tak semua Allah beri..ada perkara lebih baik lah tu Allah akan beri nanti..Insya Allah. Yang penting dalam hati masing masing tak pernah lupakan mak dan ayah..


Bila sebut pasal konvokesyen mesti tak lepas dari bunga segar..aku dah la tak bawak hadiah apa apa untuk Ami..tak sempat nak beli..nanti lah abang beri hadiah kat Ami..Kak Tie belikan bunga satu jambak ni dulu..Orang yang duk jual ni sakan duk promote. Perniagaan keluarga rasanya.


Kitorang sampai lebih kurang macam abang shuk dan Kak feeza sampai..ok lah.ngam ngam.


First thing to do ialah cari Ami dulu..jumpa sekejap sebelum dia naik pentas


Kena dukung Qiadah sebab selipar dia hilang sebelah..kalau tak boleh suruh dia jalan sendiri jer..nanti kita try cari selipar yer..ada banyak booth jual jual kat tepi sempena konvokeseyen day ni.


Jumpa Ami dulu kat dewan kecil tempat berkumpul sebelum masuk ke Dewan Konvokesyen sebenar..Pass kan gambar mak dan ayah kat dia. Terus dia letak dalam poket. tak tahu lah dah pulang balik pada Kak Tie ker tak sebab Gambar ni Kak Tie simpan.heheee..at least ada gambar ni tak la Ami terasa sangat mak dan ayah tak ada bersama sama.


Bergambar sebelum majlis bermula


Adam tak ikut sekali. Tinggal di Shah Alam dengan Mak Kak Feeza


Tadi pagi keluar dari rumah Kak Tie memang tak sarapan apa pun. so agak kelaparan lah..sementara menanti budak budak konvo masuk dewan cari nasi lemak dulu kat gerai gerai yang ada..beli nasi lemak dan makan bawah khemah yang disediakan untuk semua tetamu.Boleh la buat alas perut. nak beli Kelantan Freid Chicklen tak siap goreng lagi. Kelantan Freid Chicklen. Bukan aku typo. Tapi kat Banner gerai ayam goreng tu memang eja macam tu. Freid Chicklen. aku tak tahu lah takut tu gimik dia. wallahualam.


Perbarisan para graduan masuk ke dewan..di iringi selawat ke atas nabi. Ingatkan diorang pasang CD ker apa ker. Rupanya Live dari atas pentas satu group nasyid berselawat sebagai suara iringan sambil para graduan masuk ke dewan..macam macam graduan yang ada..diploma dan Ijazah.yang lain lain aku tak sure lah pulak.


Yang boleh masuk ke Dewan sebenarnya seorang sahaja. Abang Jalee masuk sebagai wakil. tak lama lepas tu ada sekretariat bertugas panggil lagi orang sebab seat ada yang kosong.. Kak tie, Kak feeza dan Abang Shuk masuk sama lah dalam dewan. aku tunggu kat khemah ni sahaja dengan Kak la..ada budak kecik dua orang tu susah jugak kalau masuk dewan..


sementara tunggu giliran Ami jalan jalan dulu kat Gerai yang ada


Aku tengok kat skrin TV jer lah Ami naik pentas..Congrats adikku!!


Then bila majlis tamat baru lah semua orang dapat berjumpa dengan para graduan..riuh rendah keadaan di luar dewan.standard lah hari konvo..teringat balik masa aku konvo dulu di Uitm shah Alam back then in 2006..masa tu ayah still boleh berjalan lagi..Miss that moment..tapi tu moment yang dah berlalu..ni moment untuk adik aku pulak mengorak langkah untuk semakin maju ke depan.


Istiadat Konvokeseyen Darul Quran kali ke 21


Ambik gambar atas pentas


Ami dan kawan-kawannya


Selesai ambik gambar, Ami on phone dengan Mak Pulak..seronok bukan main dapat bersembang dengan Mak..Mak kalau boleh memang nak ada sama sama kat sini..Bila bagitahu pasal gambar tu terus mak jadi sedih.maafkan kami mak.Bukan niat nak suruh mak rasa sedih..Gambar tu sebagai simbolik sahaja..


4 anak lelaki Allhyarham Haji Ashaary. Faiz seorang tak ada..dia teman mak di Kemasek. ni pinjam baju konvo ami duk bergaya saja.hehe..ada ambik pakej RM240 untuk gambar family di studio yang diseiakan. Kaya lah orang yang dapat business ambik gambar Konvo..Bukan murah..then masa macam ni orang tak berkira sangat berapa harganya..janji dapat ambik gambar buh dalam frame.


Terserempak dengan Tuan Haji Zahir, Senior Manager sama kompeni..dulu dia sama sama kat Gelugor now dia dah pindah ke Conaught Bridge..Rumah kat Penang yang aku duk sekarang ni Bekas Rumah dia lah tu..hehe. keciknya dunia. Kat sini pun boleh jumpa. Tuan Haji Zahir meraikan konvokesyen anak perempuan sulungnya..Tahniah untuk anak Tuan!!


Tahniah sekali lagi buat adikku, Ami!! you did it well!!Selamat maju jaya di masa akan datang..kami sekeluarga bangga dengan kamu dan akan terus memberikan sokongan padu..Dalam bulan 9 ni Ami akan melnjutkan pelajarannya di Universiti Azhar Mesir..Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan lancar..Insya Allah.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
-surah Al-Ankabut ayat 69

Tuesday, July 10, 2012

MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH) AWARD DINNER @ HOTEL ISTANA JALAN RAJA CHULAN, KUALA LUMPUR

Kisah malam 6 Julai yang lalu.

Dari kampung halaman aku bergegas bertolak ke Kuala Lumpur. Agak lewat sebenarnya aku bertolak.Pukul 4pm then singgah beli keropok cap delima lagi di Kemaman..sudanya sampai KL tepat jam 8pm..wgich is tu lah masa sepatutnya aku dah berada di Hotel Istana Jalan Raja Chulan untuk Dinner for MSOSH Award..10 orang wakil dari stesen menghadiri this Dinner.


Masa lepas dari Tol Gombak aku masuk ke arah Ampang sebab nak ambil AKLEH untuk ke Jalan Sultan Ismail..Hotel Istana di Jalan Raja Chulan dekat ngan Bukit Bintang..Terima kasih pada PAPAGO ku yang memberi direction untuk aku sampai..Jalan jammed tak ingat sebab hari ni kan Jumaat. Hujan lebat pulak tu. so dalam jam 9pm aku sampai di Hotel Istana and salin baju semua segala kat basement car park. Tak mandi, sembur perfume jer dan terus menghadiri dinner. nak buat camana. Tak sempat.


As usual nasib menyebelahi aku..Majlis baru jer start 5 minit sebab tunggu orang kenamaan sampai lambat sebab jalan jammed jugak. phewww..tapi majlis dah start masa aku masuk dewan ni..dengan muka tak malunya terus mengambil tempat bersama rakain lain di meja 24.


Banyak Company lain ada sama as SHELL, PETRONAS etc etc


Award for best practice in Occupational safety and health


GM steady. tak kisah ke aku datang lambat. heheh. janji datang sebab table dah bayar.


kami 10 orang wakil dari SJ Gelugor, Penang. TNB lain pun ada.


ucapan lagi dan lagik. lapar dah niiii


Dan majlis makan malam pun bermula..



Starter..benda goreng goreng. Chinese Cuisine tema malam ni


Sambil makan ada group menyanyi hiburkan semua tetamu jemputan


Sup isi Ketam + Cendawan. Lazat!!


Apa lah encik Radhi duk bergosip sakan tu..


Isman (our safety engineer ) and me


Ayam Panggang + Kerepek


Kerja sungguh sungguh makan pun kena sungguh sungguh


Ikan Merah steam Halia.


Udang Butter salut oat. sedap gilo!


sayur campur. Biasa aku tak suka. Tapi yang ni sedap yer.


Last but not least - Nasi Goreng udang + Ikan masin. Pun sangat sedap ya!!


Selesai makan tibalah acara yang ditunggu tunggu..acara penyampaian anugerah kepada semua Stesen stesen dan unit unit kerja yang mengamalkan safety practice terbaik..based on audit..our station managed to get Gold Class 1 award..taak cukup power lagi tu..takper still banyak room for improvement. Insya Allah!(Gambar : Our GM ambik award)


Bergaya ngan award kejap


Congratulations again to our station..Hopefully tahun depan dapat join lagi malam anugerah ni..Dinner berakhir pukul 12am lebeh..nak bayar parking satu hal pulak ramai gila orang beratur..Then hantar Mohsin ke IJN sebab wife dia ada di situ, then aku straight ke Rumah Kak Tie..really need a rest sebab esoknya (7 Julai 2012 ) akan ke Kuala Kubu Bharu bagi menghadiri majlis Konvokesyen Ami di Darul Quran Ampang Pecah (JAKIM)..Nanti aku share story pasal majlis Konvokesyen adik aku tu. 

*Stay Tune with AXIMUD walau di mana jua anda berada!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails