Followers

Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TINGGAL 2015, SELAMAT DATANG 2016!!

2015 sudah hampir sangat akan berlalu meninggalkan kita semua.
2015.
What more can i say. Banyak sangat perkara yang menarik berlaku tahun ini. Banyak Travel ke Negara orang, First time travel ke Europe pada Bulan February dan yang paling besar bagi saya ialah kerana diberi keizinan oleh Allah untuk mengerjakan Ibadah Haji pada Bulan Sept - Oktober yang lalu. Allah kurniakan nikmatnya pada kita dengan sangat banyak.. Syukur lah jika hingga saat ini kita masih mampu bernafas dan masih di izinkan oleh Nya untuk melalui satu lagi tahun baru esok, iaitu tahun 2016.
2015 yang akan berlalu tersimpan seribu pengertian, sarat dengan kisah suka dan duka.Adat kehidupan pasti akan ada pasang surutnya.Pada saya apa jua yang berlaku semua ada sebab dan hikmah tersendiri..Tak perlu runsing dan risau akan perkara lalu kerana yang dah terjadi telah terjadi. Atas nama manusia kita takkan pernah mampu untuk berundur ke masa lalu walau segigih mana kita mencuba. Yakin lah perbuatan Allah itu yang paling baik buat kita, dan berusahalah di masa akan datang dan jadikan kisah lalu sebagai pengajaran.
 
Ok so here's my recap of 2015 from January - December :
JANUARY 2015
 
1-8 January = umrah ziarah kota mekah dan madinah (Ahmad Shukry Ashaary Fadhli Mizi )
10 January = Sambut besday Adik Da Shifa' Shida, lawat tok ku Paloh, Makan Nasik arab
12 January = Ceramah ustaz Azhar di Masjid Pinang Merah
15 January = Trip ke Penang dan Trip ke Langkawi
16 – 17 January = Trip ke Koh Lipe Thailand
20 January = Sign up Gym (kononnya!!!)
21 January = Overnight Oat dan Gym
22 January = Akhirnya berjaya memiliki Iphone 6 Plus. Join the bandwagon.
23 January = Larian pagi di pantai batu burok dan dinner di Matahari.
25 – 26 January = Fasilitator IMS di The Qamar
28 January = Farewell Dinner Aizad bertukar ke Port Dickson
29 January = Legal Workshop di The Qamar Paka
30 – 31 January = TNF Thailand 2015 Suhirman Sukri Rudy Irwan
FEBRUARY 2015
 
1 February = Chatuchak Weekend Market Bangkok
4 – 6 February = Trip to Malacca
7 February = Panjat Broga Hill bersama Ayang Ati
10 February = Ceramah ustaz Azhar di Masjid Pinang Merah
13 February = Pak Sulim Abdul Halim Datang Kemasek, Trip family ke Kuantan, TGNA Meninggal dunia Innalillahiwainnailaihirojiun.
14 February = Trip Kuantan
15 February = Tok Ku Paloh meninggal
17 February = Vegetarian Shepperd Pie
18 February = Makan di Litte Paka Bistro dengan haji Ramli
19 – 28 February = Europe trip with JustOne Des & Thomas Heilig Thanks a lot guys!! i will never forget this trip..(Frankfurt - Paris - Frankfurt - Leipzig - Potsdam - Berlin - Prague Czech Republic - Plzen Czech Republic - Ingolstadl village - Munich - Frankfurt )
MAC 2015
 
2 Mac = Dinner kelab kilat, nyanyi lagu you raise me up
3 – 4 Mac = Trip to Bangi, mengajar Cycle Chemistry
5 – 7 Mac = Trip to medan dengan Colleauges
11 Mac = Besday Faiz Ashaary
13 – 14 Mac = Trip menagajar ke Bangi
14 Mac = Festival Hot Air Balloon Putrajaya Ayang Ati Misako Arigato
20 Mac = Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Masjid Rusila
21 Mac = Sambut Besday Nurul nadeah Iena Zarul
24 – 26 Mac = Trip ke Boulevard Hotel Midvalley
27 Mac = Trip to Singapore
28 – 29 Mac = Twilight Ultra Challenge Singapore. meet Cikgu Syed Syco , Nur Azyan Yusof there. keep running guys!
31 Mac = Farewell praktikal student , Makan malam The Qamar Matt, Book tiket untuk trip Solo jogja Semarang
APRIL 2015
1 – 2 April = Kursus di the Qamar paka
3 April = Makan KFC di rumah Iena Zarul dan beli Laptop pada Kak Ija
4 April = Family in law datang bertandang
8 – 9 April = Management Review di Awana Kijal
10 April = Makan ikan bakar di Tanjung Lumpur Kuantan
11 April – T jumpa Najib Dela Penar dan Shah M Zain di Marang
12 – 15 April = Trip ke Port Dickson
16 - 19 April = Trip ke Lombok Indonesia untuk mendaki Gunung Rinjani. Tapi end up aku tak panjat. Gi diving kat Gili Trawangan. Lombok is cantik okeh!! Shah Awara Aziz Draim Adn Syukur Shah Moses Zaki Kha Sim Syah Payjal Saiful Nizam Azar Azman Fizz Faizzi :)
20 – 22 April = Trip ke Pasir Gudang
23 – 26 April = Trip ke Solo – Yogyakarta – Semarang. Best trip ni. Love it!
28 April = Nasi Goreng Kampung Mak. Always and forever sedap. TQ Mak!Sayang mak sampai syurga.
 
MAY 2015
1 – 3 May = Trip Kota Kinabalu, Borneo International Marathon. Najib Dela Pena Shah M Zain thanks for the hospitality.
7 – 8 May = Trip ke Prinz Park Kuala Terengganu
9 May = Merentas Desa Kuarters Paka, mandi manda di cemerong
10 – 11 May = Safety week station, derma darah, ceramah agama
12 May = Mandi di air terjun cemerong
13 May = Fire fighting pertandingan dan senamrobik stesen
14 May = Captain Bala ceramah dan awana Kijal
16 May = Bowling CSR SJSI Paka
17 May = Masuk wad KTS Cirit birit. Peristiwa pahit.
19 May = Mandi Bunga
22 – 24 May = Trip balik Penang rumah mertua
26 May = Sam dan Angah singgah rumah Hafsam Maghpor AngahRahafza Abdul Manap
27 May = Kualiti Night SJSI Paka
28 May = Chinatown Terengganu
30 May 2015 = Diving Pulau kapas
JUN 2015
 
4 – 6 Jun = Family Day Sutra Beach Resort Eila Zain Adham Fadhli Mizi Faiz Ashaary Ayang Ati Iena Zarul Ibnu Mukhtar Shifa' Shida Azim Ashaary Ahmad Shukry Ashaary
5 Jun = Besday Abang Jalee Eila Zain Adham sambut di Sutra Beach Resort.
6 – 8 Jun = Phuket Marathon Syahid Ishamuddin thanks for the ride! nice to meet Maylad Sadiqin dan abang Abang Jamadi di airport.
12 Jun = Makan makan rumah ajim doa selamat kak Iena Zarul nak pergi umrah 14 Jun
13 – 14 Jun = Trip Santai Taman negara Pahang
15 – 16 Jun = Fasilitator MLAIR di Rumbia Villa
17 Jun = Jamuan sebelum Puasa di Stesen
18 Jun = Berbuka Puasa di Sharin Low Grand, stay di De Palma Ampang Ayang Ati Ahmad Shukry Ashaary Faiz Ashaary Misako Arigato
19 - 20 Jun = Balik Penang buka puasa makan mee udang
21 Jun = Berbuka puasa di KGP Rantau Petronas anjuran abang Ahmad Shukry Ashaary
22 Jun = Berbuka Puasa perdana PKPI di Balai Islam
25 Jun = Sambut Kak Iena Zarul balik Umrah di Airport KT
27 Jun = Anjurkan berbuka puasa di Rumah Paka
28 Jun = Hantar wife balik Penang bermalam di PJ
29 Jun = Trip Petaling Jaya
30 Jun = Berbuka puasa bersama kak Ayang Ati dan Amirul Aswad di IKEA. lama tak jumpa ni pertama kali jumpa. Malam tu jugak lepak ngan Mohd Syarafi pula di Sentul.
JULAI 2015
3 – 5 Julai = Trip Hong Kong bersama Anja Rulan Putra :)
9 – 11 Julai = Berbuka Puasa Putra Sunway Hotel jemputan Pok Shabery
17 – 19 Julai = Hari Raya Aidilfitri di Penang
19 – 21 Julai = Hari raya di Kemasek
23 Julai = kak Syarliz Mohamed Saaid dan Mohd Saupi Adam beraya di rumah Paka. Thanks singgah!!
22 – 25 Julai = Cat Rumah Mak di Kemasek kaler Ungu
31 Julai = Wife balik beraya di Kemasek
 
OGOS 2015
1 Ogos = Hari keluarga CJ Bio di kelab kilat Paka
2 Ogos = Majlis Hari Raya TNB Kemaman
4 Ogos = Majlis Aidilfitri Geng Lorong Melur 3
8 Ogos = Majlis pertunangan Kak Ija
12 Ogos = Majlis Aidilfitri Stesen
13 Ogos = Birthday kak Iena Zarul
18 Ogos = Trip ke Kota Bharu
19 – 20 Ogos = Trip ke Port Dickson, Shah Alam hantar Fadhli Mizi balik Mekah sambut besday dia in advance
21 – 22 Ogos = Balik Ke Penang
23 Ogos = Festival makan buahan tempatan stesen
24 – 26 Ogos = Trip ke Gerik Perak
27 Ogos = Trip ke Ipoh perak
28 – 31 Ogos = Trip ke Banda Acheh indonesia bersama ibu Kalsom Abdullah dan pak Haron Salleh . Mekaseh pak haron bawa kami jenjalan!!
31 Ogos = Hurun Ain lahir Ibnu Mukhtar Shifa' Shida . Glemer lahir di hari kemerdekaan Malaysia. Siap masuk TV3 lagi. hehe
SEPTEMBER 2015
4 - 5 September = Trip ke KL MSOSH Award
6 September = Birthday Boy Azim Ashaary
8 september = Trip KL HQ Bangsar
16 – 30 september = Trip mengerjakan Ibadah Haji.. ANUGERAH PALING INDAH TAHUN 205 yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga.. Terima kasih ya Allah. banyak dugaan dan cabaran di sana dapat kami tempuhi dengan sabar dan tenang sehingga selesai ibadah.. Sempat ziarah Taif juga.. tq ustaz Mohamad Mahyudin Yusop atas bimbingan sepanjang kami berada di tanah suci mekah dan Madinah.
28 September = Sambut Besday Mak di mekah.. Beli kek kurma di Shopping Mall menara jam.. Kami sayang mak dan selamanya akan begitu!!
OKTOBER 2015
1 – 19 Oktober = Trip mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah.
20 Oktober = Pulang dari Madinah tiba di KLIA disambut keluarga.
21 – 23 Oktober = Persiapan Majlis Kawen Kak Ija . TQ Pok Shabery, Ediey Diey Mahaini Chik Malai Nie dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis kahwin kak Ija!! kami hargai sangat sangat.
24 Oktober = Majlis Kawen Kak Ija.. tahniah kakak ku!!
 
NOVEMBER 2015
1 November = Makan Asyura
6 – 7 November = Trip to Penang jumpa family in Law.
10 November = Pertandingan Raja Joran Kilat paka
11 November = Birthday AAbang Ahmad Shukry Ashaary
13 – 14 November = Family Day Swiss Garden Beach Resort Kuantan
17 November = Birthday Kak Ayang Ati, Jamuan rumah mok ha Mahaini Chik Tahniah Hazim dapat 5A
20 November = majlis sambut menantu Kak Ija, Malam BBQ Family
21 November = ke Pasar Dungun, memasak rumah Kak Iena Zarul dan berkelah di Teluk Gadung
22 – 24 = Trip ke Pullman Bangsar KL
26 November = Jamuan akhir tahun kelas Quran
29 November = Farewell Mat Ju, Malam BBQ Night
30 November = Trip ke KL – Pasir Gudang
DISEMBER 2015
1 Disember = Seminar Alam Sekitar Pasir Gudang
2 Disember = Jalan jalan cari Makan di Melaka
3 – 5 Disember = Trip to Ho Chi Minh City Vietnam.. Berkenalan dengan Yap Nguyen . Thanks my fren!
7 Disember = Trip to Pasir Gudang
8 - 9 Disember = Trip Singapore bersama Hilmie Zaifruez Thanks belanja makan!!
10 Disember = Besday Kak Ija
17 Disember = kemalangan kecil bersama Mak di Kemasek.
18 – 21 Disember = Trip ke Bangkok Thailand bersama Ewan Yellow-Mango dan jumpa Suhaiza Ngah juga. Nice to meet both of you!!
23 Disember = Hari Lahir Ayah.. dan juga hari lahir sally.
23 – 25 Disember = Trip Kembara Tasik kenyir
26 Disember = Berkelah family di Pantai Kuala Ibai Terengganu.
28 disember = Makan sushi King dengan Anja Rulan Putra
29 – 31 Disember = Trip ke Penang
 
Ok dah.
 
Tu recap setahun saya.
 
Macam biasa Travel dan Larian tetap menjadi agenda utama. Cuma tentang larian setelah pulang dari Kota Mekah dan Madinah saya nak berehat maka melepaskan banyak larian yang telah di daftar iaitu Chiangmai 12 jam Endurance pada 7 november, Jakarta Marathon pada 24 Oktober, Penang Bridge Marathon juga saya jual Bib sebab tak ada training jadi tak mahu lah berlari. Mungkin tahun 2016 saya akan berusaha training larian dengan lebih baik. Insya ALLAH.
 
Terima kasih pada semua yang telah menjadi sebahagian dari Tahun 2015 saya. Korang is awesome. Saya maklum hubungan kekeluargaan kami lebih kukuh tahun 2015 dan banyak juga kawan kawan baru muncul dalam hidup saya. Terima kasih kerana jadi kawan saya. Maaf kalau ada salah dan silap pada semua ahli keluarga dan kawan kawan serta semua yang mengenali. Banyak suka duka pahit maung dan jerih perit bersilih ganti pada tahun ini. Tapi saya tahu kita mesti juga teruskan kehidupan. Sebab cabaran dan dugaan yang datang itu lah yang menjadikan kita dewasa dan lebih matang.
 
Selamat menyambut Tahun baru 2016 kepada semua.moga azam 2015 tercapai dan kalau tak tercapai kita carry forward lagi in this new year eve..Life is a journey,not a destination.Semoga 2015 yang berlalu mematangkan kita dari semua aspek kehidupan.
Berakhir 2015 dan digantikan dengan tahun baru, 2016.
 
Azam tahun baru?
 
Saya simpan sendiri.Moga mampu mencapai apa yang saya impikan.
Insya Allah.

Thursday, August 6, 2015

AKU, DIA DAN SOTONG

 
Malam tadi balik rumah mak.
 
Sebelum balik tu dah bagitau siap siap nak balik kemasek. Mak pun sibuk sibuk lah Goreng sotong ni untuk makan malam. bukan sebarang sotong.. sotong telur penuh lagik.. kami adik beradik tak boleh bawa bergurau bab telur sotong. Boleh bergaduh wooo. hehehe.. Tq mak sebab goreng sotong ni! appreciate sangat sangat. sekarang kalau rasa nak makan masakan mak je aku balik lah ke kemasek. dari Paka nak balik ke sana tak jauh dah..
 
 
Ajak abang jalee makan sekali. dia tak nak pulak. so aku makan sorang lah. sambil bersembang dengan mak. kat rumah ada abang shuk, kak ija, Ami dan abang jalee sekeluarga. seronok lah time ramai ramai ni bersembang.. pasal isu keluarga.. majlis hari sabtu ni.. nak ke Kota Bharu.. dan macam macam lagi. tapi tu lah perancangan terdekat nya.
 
 
Dah kenyang berbuka puasa semalam makan nasi minyak. Jadi makan nasik sikit je lah. lauk sotong goreng kunyit macam ni memang lauk pilihan lah dari zaman kecik lagi.. Alhamdulillah aku berjaya habiskan puasa 6 di bulan syawal.. mak dan ami dah habis dari minggu lepas lagi.. kiranya hari ni dah hari raya lah buat aku.

 
 
 Tak terliur tengok telor sotong penuh ni??
 
Lepas makan tengok cerita zombi kilang biskut di astro ria.. sekali buka TV2 ada cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai. legend cerita ni.. terus layan sampai habis. tengok dengan mak tapi mak deh mengantuk pada jam 12am.. aku layan sorang2 sampai lah jam 1.15am.. Abang Shuk baru balik dari lepak ngan member dia kat kedai makan.. then aku terus balik ke Paka semula.. Tidur lebih kurang jam 2.30am jugak.. sekian lah kisah malam tadi.
 
Hari ni hari yang lembap.
 
Hujan Lebat.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AIB KITA SEMUA

Di dalam bilik meeting, dia dipuji kerana berjaya menaikkan rating syarikat. Semua eksekutif yang hadir mengucapkan tahniah dan memberi kata kata pujian yang memberansangkan.
Tapi dari raut wajahnya, dia hanya tersenyum sipu sipu seolah tidak berapa gembira. Padahal pencapaian yang dibangga banga semua ialah hasil usaha kerja keras dia selama 4 bulan kebelakangan ini.
 
Keluar dari bilik mesyuarat.
Saya merapati dia. Sampai ke bilik. Dan saya cuba tanya dia, apa kau tak gembira dengan hasil kerja keras kau selama ini? Management telah noted dan beri penghargaan yang tinggi. Rakan kerja kita semua memuji. Apa masih belum mencukupi?
 
'Zim..'
 
Dia membuka bicara. Senyum sumbing seperti tadi juga.
 
'Bukan aku tak gembira. Malah aku bersyukur Allah beri kejayaan hasil dari usaha kita. Tapi aku takut sekali dengan pujian.'
 
"Maksud mu?" Saya bertanya kembali.
 
'Kau tahu kenapa mereka semua memuji aku? Kerana mereka hanya lihat kejayaan yang aku cipta. Hasil dari anugerah Allah. Tapi kalian belum lihat keaiban dalam diri aku. Aku banyak aib. Kita semua banyak aib. Tapi syukur banyak banyak Allah tutup aib kita. Cuba kau fikir zim.. Kalau Allah bentangkan aib kita satu persatu, agak agak akan ada lagi ke orang yang datang memuji? Fitrah manusia - sejuta kebaikan akan terhapus dengan satu kejahatan cuma. Itu lumrah. Sebab itu aku tak hairan dengan pujian. Kejayaan itu milik Allah. Kita mengusahakan saja.'
 
Panjang lebar dia terang pada aku. Dan aku mengangguk tanda setuju.
 
'Sebab tu kalau orang puji kita, jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Susah nak didik hati supaya jangan rasa kejayaan itu milik kita. Semua hak Allah. Tapi walau susah macam mana sekalipun kita harus terus mencuba. Moga Allah beri pertolongan'.
 
Ya. Aku kagum dengan susuk tubuh ini. Benar sekali kata-katanya.
 
Dunia masa kini, setiap kejayaan akan dilihat sebagai kejayaan makhluk. Sedangkan itu sebenarnya milik Allah. Hari ini aku mendapat satu lagi peringatan berguna. Peringatan untuk kita sentiasa lihat aib dalam diri. Orang memuji kerana mereka tak nampak aib kita. Orang memuji kerana lazimnya kita akan persembahkan diri kita yang baik baik saja depan orang ramai. Yang tahu aib dalam diri kita ialah antara diri sendiri dan Allah s.w.t. Sebab tu jangan kita buka aib orang. Itu perbuatan keji.
 
Semoga Allah akan pelihara aib kita semua.

Wednesday, August 5, 2015

YOU KNOW YOU'RE IN LOVE WHEN.. KUCH-KUCH HOTA HAI



Terasa sesuatu.
 
Hujan turun.. menyaksikan Rahul dan Anjali menari dalam hujan.. di iringi kenangan silam semasa mereka masih berada di kolej. Kebenaran tetap sama. Rasa Anjali pada Rahul tak pernah berubah. Masa berlalu yang menjadikan mereka mangsa keadaan.. terpisah kerana berlainan arah dan tujuan. Di sini, mereka bertemu kembali. Bersama kisah lama yang menghantui.
 
Ketika Rahul menarik sari merah Anjali, mereka berdakapan dengan berlatar belakang kan muzik hujan. Dosa menerpa ke dalam jiwa Anjali saat terpandang cincin pertunangan yang telah tersarung erat di jari nya.
 
Ya.
 
Anjali telah bertunang. Dengan Aman.
 
Dan untuk ke sekian kalinya, Rahul terlepas lagi peluang keemasan ini dalam usaha nya untuk mendapatkan kembali cinta Anjali. Bergegas Anjali pergi berlalu dalam hujan, berhenti di sebelah pokok kelapa sambil melafazkan rasa cintanya pada Rahul. Tetapi dibalas dengan pelukan erat oleh Aman yang kebetulan datang membuat kejutan.
 
Dipendekkan cerita, akhirnya Rahul dan Anjali kembali bersama.
 
And they lived happily ever after.
 
Ahhhhh.
 
Saya bukan nak cerita sinopsis movie 'Kuch-kuch Hota Hai' ni sebenarnya. Sebab semua dah maklum. Rasanya semua pernah tahu dan pernah tengok movie hindustan ni. Kisah percintaan dan persahabatan - hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali, dan bercinta pun sekali.
 
Yang saya nak sentuh pasal peluang dalam hidup.
 
Tak semua orang mampu untuk dapat peluang yang sama berulang kali. Yang sentiasa jadi, peluang hanya datang sekali. Peluang yang datang kembali selepas itu sentiasa tak akan pernah sama dengan peluang yang pernah singgah itu tadi. Jadi ambil lah pengajaran, jangan kita lepaskan peluang yang muncul dalam hidup.
 
Seperti Rahul yang akhirnya berjaya mendapatkan kembali Anjali, saya harap kita semua mampu untuk membetulkan kesilapan lalu dan tidak mudah mempermainkan perasaan orang. Soal hati sukar untuk di mengerti kan, tetapi itu lah soal paling agung dalam kehidupan.
 
Kerana CINTA lautan bergelora.
 
Terasa sesuatu.
 
*Syawal 1436H kali ni banyak pulak cerita hindustan di Television..

Tuesday, August 4, 2015

KEKAYAAN DAN KECUKUPAN!!

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..
 
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______

4. Allah memberikan kekayaan dan ______
 
Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:

 1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan

 Tapi bagaimana no. 4?
 
Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???
 
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(QS. An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).
 
Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.
 
Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
 
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!
 
Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.
 
Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat..
 
Insha'Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails