Followers

Thursday, February 28, 2008

And Da Ceremony Begin..


*persembahan pembuka sementara para penerima anugerah menunggu dif-dif kehormat dan VIP tiba.
*tiga tarian dipersembahkan-tarian melayu,china dan india..hmmm majmuk sunguh...
*khusyuk tuh melihat tarian..tak la boring sangat menunggu...tak gitu pakcik makcik..
*para pengiring bersiap-sedia untuk berarak bersama VIP dan dif-dif kehormat*semua VIP da dif-dif kehormat di arak masuk ke dalam dewan
*dan majlis penganugerahan pun bermula

*yang paling kiri sekali is our CEO,dato seri Che Khalib,sebelah dia ialah semua VP dari setiap division.

Hari PenganugerahaN

Pagi ni kena bangun awal...kul 6 pagi da kena bangun...waktu sarapan pagi pukul 6 pagi hingga 7 pagi,dan lepas tu bas akan sampai di hotel vistana ni untuk ambil semua penerima anugerah menuju ke hotel Equotorial(majlis akan berlangsung kat hotel ni..).Kelam kabut juga tadi nak uruskan bas tapi Alhamdulilah segalanya berjalan ngan lancar.

*ramai nyer orang yang hadir..sementara tunggu untuk masuk ke dewan..

*kena jaga pintu masuk plak..kena pastikan semua penerima anugerah menyerahkan kupon tempat duduk sebelum masuk dewan.

Walaupun actually aku jadi AJK penginapan tapi hari ni aku jadi AJK pendaftaran jugak,haha,diorang tak cukup orang sebenarnya,so guna pakai jer mana-mana manusia yang ada.aku ok jer,tak kisah pun,lagi seronok dapat sama-sama terlibat dalam majlis-majlis macam ni.

*seronok tengok semua orang pakai baju batik..nice to see..nampak kemas dan sopan..memang adat ketimuran tak patut dilupakan.




Wednesday, February 27, 2008

BilA HatI BicarA..

CHAPTER 1

DIA:awak....tadi kan..masa saya YM ngan member lama saya..tetiba saya menangis..

AKU:kenapa awak menangis..mind to share wif me?

DIA:sebenarnya saya rasa macam bertuah sangat...tapi saya jer yang tak bersyukur dan cari ruang tu sebenarnya..

AKU:U are really lucky...u just can get whatever you want just like dat rite...

DIA:No lah...i'm not dat lucky but saya ni kira ok laa..

AKU:hmmmmm...

DIA:tapi saya jer yang sentiasa mengeluh dengan mender-mender yang ridicolous...so now,i think dat what comes around is really my own fault...

AKU:macam yang pernah kita bincangkan...ramai jer manusia lain yang tak sempat pun nak fikir masalah-masalah yang merepek..they just struggling for survive...we should be thankful for dat..

DIA:yup..kinda agree with you...i;m lucky to have peoples around me..maybe not loving me but always be there for me..

AKU:am i one of dat person..?

DIA:one of them?yes u are...but u are different..

AKU:i'm different?what do u mean by dat...actually i like to be different,hehe..at least u gonna remember me sampai mati..

DIA:ehmmmmm....if i'm writing,u are not et the sentence...u are in a chapter..

AKU:thats really means a lot to me..so deep..i like dat..

DIA:hhehehe...u ni kan...always like dat..always like to play wif words...

AKU:beautiful words always good to hear kan..?


++++++++++++++++++++++++++++++


dan bicara ini pasti tidak akan terhenti di sini sahaja....

VistanABathrooM





VistanASuitE









Sessi Soal JawaB

Skrip yang wajib masa nak berurusan dengan penerima anugerah tadi:

-Assalamualaikum Encik/Puan or (welcome)...staff number berapa ye encik/puan....?

  • haa ni staff number saya(sambil tunjuk surat panggilan)
  • 45490(segera memberi jawapan tanpa ragu-ragu..)
  • errrrr jap ekk nak cek balik,akak tak berapa ingat la...
  • looorrr takkan uol takder saya punya staff number..(?)

-encik/puan datang berapa ramai yek..?uh

  • kami datang berdua jek..(ringkas dan padat)
  • saya mai sorang jer...naik bas,tu pun tak penah mai sini,nasib baik drebar bas tau,pastu saya bla bla bla bla.....(ni dah terlebih kasi jawapan ni..)
  • saya mai ngan isteri jerk...(pastu tetiba muncul 2 or 3 orang budak panggil diorang mak atau abah atau atuk..camanor tuh?)
  • huuuuusss ramai....saya angkut semua mentua saya pak menakan saya,menantu saya pun ikut skali ni,skali ngan cucu-cucu saya...(erggghhhh haghuuu....)

-ni nombor biliknye yer encik/puan..

  • tak leh tukar bilik ker?(sebarang surat menyurat takkan di layan)
  • awat bagi pakcik bilik tinggi sangat,kang pakcik jatuh camana..(?)
  • saya nak bilik ada 4 katil bley?(boleh,tapi encik/puan pi tanya kaunter hotel kot2 ada extra bed)
  • saya gayat lif...ada bilik ground floor tak?(maap ye cik..paling rendah pun tingkat 3..)

-ni tentatif program ye encik/puan..sila ikut jadual tu jer..Silakan minum dulu yer encik/puan..

  • Ok
  • terima kaseh
  • baik...

-Soalan-soalan tambahan selepas itu...

  • encik,tandas bilik takder lampu..(ok nanti kami informkan pihak hotel..)
  • encik,macam mana nak bukak paip air..(ko tak pengsan soklan camni?)
  • ni makan malam n bekpes kat mana ni?kat luar hotel ker..?(errkkk dinner dan bekpes sumer kat ground floor ni ye encik/puan)
  • nak bawak satu family makan ni bley?(maaf yer encik,ni makan untuk dua orang sahaja..)

Actually banyak lagi la soalan-soalan yang kami tak expect para penerima anugerah akan tanya..tapi kena la faham keadaan mereka,asal boleh bantu kami bantu..biar susah jangan menyusahkan..betul tak?

*dalam pukul 7.30 pm sessi check-in kami serahkan pada pihak hotel untuk tindakan selanjutnya bagi mana-mana penerima anugerah yang datang check-in lambat..

Dan tugas pun bermula..

Lepas da lunch tadi maka kitorang pun kena memulakan tugas..iaitu menunggu tetamu sampai dan membantu mereka untuk check-in dengan jayanya di hotel Vistana ni .FYI-anugerah khidmat setia ni ialah anugerah yang diberikan kepada pekerja TNB yang berkhidmat selama 25 tahun,30 tahun,dan 35 tahun,sebagai menghargai kesetiaan mereka terhadap syarikat...bagus TNB nih,menghargai pekerja-pekerjanya..rugi kalo korang tak join(hehe mati la promote syarikat sendirik).

*meja urusetia di sudut lobi
*welcome drink di sediakan untuk tetamu..
*ni sebelum keadaan menjadi sibuk..
*bila dah ramai yang datang sekaligus tak cukup tangan di buatnya..

*dan bila keadaan menjadi tenang kembali..

Vistana Coffee House @ LuncH

Bergerak ke hotel vistana untuk persiapan tempat..sementara menunggu peserta tiba kami decide intuk lunch dulu..elok la tu,aku pun tak bekpes pagi tadi..we walk in into the vistana coffe house dan mula mengorder apa-apa yang boleh di makan.

*vistana coffee house
*spaghetti chicken bolognaise
*watermelon juice
*Pak mawi fried fragrant rice(kenapa nama mawi nak kena ada?)
*Seafood noodles..hmmm nampak sedap...


My lunch for today:spaghetti Chicken Bolognaise + watermelon juice.

AJK's Meeting

Seperti yang telah di jadualkan,hari ni azim kena jadi AJK bagi majlis anugerah perkhidmatan setia TNB yang akan berlangsung esok.Azim kena uruskan penginapan bagi penerima anugerah di hotel Vistana..actually untuk majlis esok seramai 538 penerima anugerah,yang mana mereka akan ditempatkan di tiga buah hotel:Vistana,traders dan hotel Equotorial..sebelum semua AJK bergerak ke hotel masing-masing,sedikit brieefing session diadakan di bilik mesyuarat hotel Equotorial.

*ni anas,yang akan uruskan penginapan di hotel traders
*tajul-hotel traders,abang muhsin-hootel equotorial


*yang belah kanan aku tu fadhliyuddin,yang akan uruskan penginapan di vistana*abang muhsin duk sibuk amik gambor

Tujuan brieefing oleh penganjur adalah untuk memastikan segala proses dari awal sebelum majlis berlangsung sehingga tamat akan berjalan dengan lancar.Dan kami semua sudah siap dan sedia untuk berkhidmat,demi kompeni yang tercinta,hehe..

*selepas brieefing semua AJK bergerak ke hotel masing-masing untuk persiapan sebelum semua tetamu tiba.

**Check-in dijadualkan pukul 12 tngahari-6 petang

Tuesday, February 26, 2008

Puasa Tanpa Niat = Dinner

Bila perut sudah berbunyi maknanya ia minta untuk di isi.Aku terlupa arini aku belum jamah apa-apa makanan lagi,just minum air jer..kalau tak minum air jarang kat opis tadi aku leh di kategorikan sebagai berpuasa sunat di hari isnin ni.terasa macam nak makan masakan melayu,so aku pergi kat kedai melayu yang paling hampir ngan umah aku,restoran pak samad(bersebelahan ngan megamall penang).Sekarang aku cuba untuk membiasakan diri makan sorang-sorang..

Menu yang aku order untuk makan malam ni ialah:nasi paprik + telur dadar + air suam,ok la tuh untuk sorang-sorang makan..tak perlu membazir..






*rasa nasi paprik ni boleh tahan...sedap...ataupun sebab perut aku yang lapar?
*ini namanya air suam-suam kuku
*nasib baik pinggan,sudu ngan daun limau purut tu tak menyelerakan aku,kalau tak aku telan jer..

Sekurang-kurangnya aku masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat ini..terima kasih Tuhan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails