Followers

Thursday, March 27, 2008

Heroes Season 2


I'm finished.

For the record,i'm done with Heroes Season 2 TV series,i mean,i'm already watch all of the episodes.not so many episodes though,only 11 episodes.

Overall,i'm gonna say i'm quite impress with this season 2 episodes.There are so many story to tell,and not so much about the bored part.i think it is very smart when Tim Kring created more heroes with any other abilites to shown up in this show,and not too much if i'm saying thats where the series become more interesting and do raised so many question for the watchers.

There are two reasons why i'm really love this series.

First,i know that when we talk about having superpower,that's gonna make us a hero.For me,isn't that cool to have some power that obviously gonna make you an extraordinary people?i want it,i really do.Can you imagine if you can walk through the wall,or being invisible and you can sneak out just like that,or you can heal and regenerate your cell back,or you can copy all of the skills in the world,and so many more...doesn't that sounds interesting?Beside,normal is boring.Trust me.

Second,the conflict that arise in episode by episode really makes me wonder so much.i mean,i'm gonna ask my self:what's next,what's next?can somebody tell me what's gonna happen?i just can't wait for a week to know what happen next in the plot,and that's how i'm classified this show as must-watched-tv series.

Do watch this TV series and you will not regret it.

I promise.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi tengok kat channel Star World dah episod 10,maknanya minggu depan episod finale untuk series tv ni.Tapi sebab dapat download,aku dah habis tengok season dua ni.Di akhir episod bagi musim ke dua:

-Peter sedar bahawa Adam Monroe sebenarnya nak sebarkan 'Shanti' Virus dan sempat menghalang nya dari berlaku.


-Adam Monroe(Takexo Kenzei 400 tahun dulu) kena kurung bawah tanah(Hiro Nakamura teleport dia,nak balas dendam atas kematian ayahnya)

-Monica Dawson kena culik masa nak tolong Micah dapatkan balik begnya yang di curi,dan Niki(ibu Micah) cuba untuk selamatkan Monica tetapi terperangkap dalam bangunan yang terbakar dan meletup.


-Elle selamatkan Mohinder dan Molly dari Sylar,tetapi Sylar dapat melepaskan diri.

-Sylar dapat kuasanya balik dengan menyuntik darah Claire ke dalam badannya.


-Nathan buat konferen media untuk beritahu dunia pasal kebolehannya,tetapi di tembak masa cuba untuk mendedahkan tentang kebolehannya itu.


*Season 3 belum di siarkan lagi,dengan tajuk 'Villain'..dah pasti watak antagonis bagi season 3 ialah sylar sebab dia dah dapat kuasanya balik...sama-sama kita tunggu.

Wednesday, March 26, 2008

KopitiaM 2

*French Toast
*Chicken Porridge
*Wantan Curry Mee
Overall the meals is ok,but honestly speaking it just ok..and i just attracted the most with the french toast...chicken porridge are not what i imagine it would be,and the wantan curry mee is too healthy for me(less salt and less coconut milk)...the services here is excellent though.

Old Town Kopitiam way much better than this.

KopitiaM 1

Having my lunch this afternoon at Kopitiam Roti Bakar,across the road near of the USM.Since Anis already moved here(to further her study in MA),so i invited her to having lunch with me.

The weather is soooooo hot today.Lucky this place have a tiny little thing that we called 'aircond' inside it.


*so hard to make a choice huh..?

*hot chocolate

*iced lemon tea

Amazing!!

Jangan abaikan mesej ini walaupun ianya agak mengarut.Percaya atau tidak,anda mampu untukmembaca perkataan di bawah:

'i cdnuolt blveiee taht i cluod aulaclty uesdnatnrd waht i was rdanieg.The phaomemneal pweor of the hmuan mnid aoccdrnig to rscheearch taem at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mtetar in waht order the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and the lsat ltteer be in the rghit pcale. The rset can be a taotl mses ad you cn sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mind deos not raed ervey lteter by istlef,but the wrod as a wlohe. Such a cdonition is arppoiately cllaed Typoglycemia'

Amzanig huh?and Yuo awlyas thought slpeling was ipmorantt!!


*mungkin ramai yang da biasa dapat info ni,tapi just nak share...nama phenomena ni ialah TYPOGLYCEMIA.sekian.

Hadapi Dengan Senyum

Alhamdulillah hari ni dah sihat dan cergas..mampu untuk kembali beraksi ke tempat kerja.Walaupun sedikit pening tapi itu bukan alasan...orang kata hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..pagi ini saya ke pejabat dengan hati yang lapang,eventhough i know there's a lot of work to do when i reached there..

Dokumen penting dan fail-fail yang perlu di semak sudah tersedia menanti..cuma perlu bereskan aja...kurang tekanan sikit hari ni sebab my boss is not around,dia ada kat KL atas urusan rasmi..so hari ni boleh la take in-charge dalam my section.

Walau kerja banyak sekalipun,namun hadapilah dengan senyuman,pasti segala nya akan berjalan lancar dan di permudahkan.

Saya suka senyum bila di rundung masalah..sekurangnya biarlah senyuman itu tawar namun ia mampu meredakan juga kekusutan yang melanda walaupun peratusannya agak kecil.

Orang kata senyum itu sedekah,jadi senyumlah kepada mereka yang memerlukan..('',)

*pernah orang cop saya ni kerang busuk...suka senyum tak tentu hala...hehe

Tuesday, March 25, 2008

Saat yang Jengkel

Ini bukanlah saat-saat kegemaran saya.Saya sesungguhnya sangat tidak gemar untuk makan sebarang ubat..sebab rasa ubat itu pahit dan agak menjengkelkan...tapi kalau dah namanya ubat memangla macam tu rasanya..untuk kali ini,tiada pilihan bagi diri saya ,melainkan makan juga ubatan yang diberi tadi..moga-moga saya akan cepat sembuh.

*ini ubat untuk pening-pening lalat
*ini pula ubat untuk buang angin..entah,yang kasi ubat tadi cakap camtu.
*dan yang akhir sekali ialah ubat cirit-birit...yang ni kena makan...saya dah tak larat berulang-alik ke tandas sehari suntuk..

Semoga azim cepat sembuh.Inya Allah..

MC aka Sijil Akuan Sakit


Ini merupakan MC yang di perolehi..sehari pun da cukup,esok kena kerja.

KliniK AmaR

Lanjutan daripada episod pedih semalam,maka pagi ni saya nekad untuk berjumpa doktor dan terpaksa untuk tidak ke tempat kerja...Badan saya rasa lemah-lemah sebab dari semalam sampai ke pagi saya muntah-muntah dan cirit-birit..mungkin semua air sudah keluar dari badan jadi saya harus minum air masak banyak-banyak.

Menuju ke Klinik Amar..klinik ini ialah klinik panel bagi syarikat saya.

Masa saya sampai orang tak ramai pun.cuma seorang saja,jadi ini memudahkan urusan.Bila berjumpa dengan doktor:

Saya:Dok,saya dari semalam muntah dan cirit-birit..

Doktor:Kamu tersilap makan ni...(seraya mengambil stetoskopnya dan menghalakan pada perut saya)

Saya:Saya pun fikir begitu...mungkin kerna makan terlalu pedas dan bercampur-campur..

Doktor:Saya akan bagi ubat cirit-birit,dan kamu kena elakkan dari makan makanan berminyak dan pedas...faham?

Saya:errrr....faham dok...tapi dok kena bagi MC kat saya..


Dan selepas nama saya dipanggil untuk ambil ubat,di sertakan sekali sijil akuan sakit a.k.a MC...Sekurangnya ada la bukti untuk bagi kat boss esok.

Monday, March 24, 2008

KeracunaN MakanaN!!

Malam yang di serta hujan.


Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sungguh menyeksakan..!!


Saya terkena keracunan makanan barangkali,kerna perut saya memulas-mulas dari tengah hari tadi dan hingga sekarang ia menyebakan saya mual-mual dan hendak muntah.

Akhirnya saya termuntah.


Termuntah ke dalam plastik beg berisi kuih yang di beli sebelum menaiki bas.Mujur tiada penumpang di sebelah saya,makanya tidak lah segan sangat dengan kejadian yang baru berlaku.Saya terasa seperti perut saya di carik-carik dan di siat-siat...hanya tuhan sahaja tahu perasaan saya pada masa itu.


setelah dua jam perjalanan,bas yang saya naiki rosak.


ohhhh adakah ini yang dikatakan sudah jatuh di timpa tangga?

*tiba juga akhirnya di Penang pada pukul 12.30 malam,setelah bas yang rosak digantikan dengan bas yang lain...

Sunday, March 23, 2008

10,000 BC yang menyedihkan..




Saya dah banyak kali juga melihat filem-filem yang teruk,dan paling tidak pun saya takkan ulas apa-apa..tapi apabila menonton 10000 BC, perasaan kecewa menguasai diri.

Saya akan mulakan dengan kecacatan utama filem ini : ia gagal untuk memenuhi kehendak penonton,ia gagal untuk menarik dan meransangkan penonton dalam apa cara sekalipun.saya sendiri tertidur beberapa minit semasa file mini berlansung,(jarang aku tidur dalam panggung wayang).pada pandangan saya penulis skrip untuk Scary Movie buat skrip yang lagi bagus daripada cerita ni.

Cerita berkenaan seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang muncul di kampungnya.kemudian datang sekumpulan lelaki menculik wanita tersebut,dan lelaki yang telah jatuh cinta itu tadi meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan untuk mendapatkan kembali gadis tersebut..oooohhhh seperti jalan cerita yang boleh di agak kesudahannya kan?ia pasti akan berakhir dengan kemuncak pertarungan dan ciuman yang hebat diantara hero dan heroin.

Pastinya inilah jalan cerita yang mudah bagi filem ini.walau bagaimanapun,pembangunan karakter tidak wujud,dan tahap logical cerita ini juga boleh di persoalkan.Sah-sah la bila kita selamatkan harimau saber-tooth dari lemas ianya takkan membunuh kita,kerana lumrah alam sudah begitu.Permulaan filem ini agak bodoh-bodoh alang dan apabila plotnya mula berjalan bahang kemengarutan mula terasa dan seterusnya filem ini mengabaikan terus ciri realiti.Saya tak dapat menerima bila hero filem ini dengan mudah membunuh seorang ‘suci’ yang dianggap tuhan dengan sebegitu rupa, dan orang lain yang menyaksikan kejadian itu menangis dengan jijiknya.

Cuba kita lihat sejarah berpandukan filem ini.Dalam 10000 BC(10000 Sebelum Masihi) : mereka mampu untuk membuat peralatan dari besi seperti lembing,perangkap penjara dan juga pyramid gergasi emas.Setiap orang berpakaian lengakap dan tiada yang terdedah dan ‘tergantung’ di luar nya.Manusia dalam filem ini juga kelihatan sama seperti manusia zaman sekarang, dimana evolusi telah berlaku.Orang jahat mempunyai peralatan lengkap dengan mereka seperti peta,kompas,dan juga teleskop.Dalam berpuluh-puluh kaum dan berjuta manusia yang berbeza-beza,Cuma ada dua bahasa sahaja di pertaruhkan.dan seorang lelaki yang memakai subang harimau saber-tooth mampu untuk menterjemahkan semua percakapan orang lain…duuuuhhhh….nak saya teruskan lagi?

Mari kita berbicara pasal aksi yang wujud dalam filem ini pula.ada aksi dengan mammoth,aksi dengan harimau,satu aksi dengan burung gergasi,dan aksi pergaduhan di hujung cerita.Kesemua aksi yang di tonjolkan adalah lemah,dan seperti tidak bernyawa di mana boleh dikatakan filem ini gagal untuk menyampaikan aksi yang sepatutnya.Harimau Saber-tooth yang di tonjolkan pula tak ubah seperti dalam permainan video World of Warcraft.



Mungkin saya terlebih-lebih memberikan pandangan negatif.tapi itu yang saya rasakan bagi filem 10000 BC ini.

Agak-agak keterlaluan tak kalau saya cadangkan filem ini sebagai filem terburuk 2008?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails