Pagi tadi terjaga lepas subuh tidur balik
sedar sedar da pukul sepuluhpagi!!!
Boleh tak bila terjaga jer
aku terasa nak makan nasi kerabu???
gilor kan dalam lena dan dalam jaga
makanan jer yang aku ingat
kahkahkah

Then tanpa mandi terlebih dahulu
(gosok gigi basuh muka jer)
terus aku start enjin kereta
sebab nak pi cari jugak
makanan pantai timur ni
ishhh tekak dah gatal ni
tak sabar eden nak tolannn!!
Sampai kat kedai yang di maksudkanaku tengok depa dah ready ngan makanan tengah hari
ishhhh ni baru pukul sepuluh setengah pagi..
awal gilor diorang siap masak untuk lunch skali
Tapi di satu sudut aku dapat nampakhidangan untuk makan pagi..
woww tetiba aku tersenyum kegembiraan
ada nasi dagang
ada laksam
ada pulut durian
tapi tu semua aku dah tak pandang dah
sebab....
Pandangan mata aku dah di kaburi
dengan silau kaler BIRU dari nasi kerabu ni..
ohhhh sungguh indah kaler nasik tu
menyebab kan aku tak sabar rasa nak melahap..

(Cop iklan sat okeh:Ini nasi dagang yang si Ita duk megidam arituh..kahkah)
Maka tanpa melengah kan masa
aku pun order lah
satu pinggan untuk sorang makan
(takan mai sorang order tiga pinggan plak kan..)
dengan telur masin,ikan goreng,dan bergedel
sebagai lauk nasi kerabu ini..

tak taw nak habaq laa rasa nyer camana..
Boleh celen lah ngan yang kat kelantan sana!!
betul aku tak tipu...sedappp!!
aku taw lah kan sebab aku pun orang pantai timur jugak..

Tak lengkap kalau tak order
te'o panas skali
di pagi sabtu yang berbahagia ini...
best wooo minum air panas pagi pagi nih..
(pagi ke kalau pukul sebelas??pagi lagik tuh...)
Sepinggan nasik kerabu
Secangkir Teh'o
Dan tak di lupakan
Senaskah Akhbar Utusan
sebagai wacana minda
nak la jugak aku taw isu semasa nih..

Tajuk depan masih lagi pasal isu
Mercedes di Terengganu..
hmmm apa apa je lah diorang nih
naper la tak cuba berbangga ngan
Barangan Buatan Malaysia??
Kan negara kita tanggungjawab kita..

Da siap makan
da siap minum
dan da siap baca
hal ehwal terkini dalam dan luar negeri
maka seronok lah rasa di hati
kerana perut telah terhuni..

Oh ya seperti biasa aku akan cakap di mana terletak nya restoran Anggerik Desa ini-Kat Seberang Jaya ler..haha..khas untuk orang seberang jaya yang tak pernah makan kat sini,mai la kita makan pagi ramai ramai kat sini..banyak pilihan dan sedap.
A
Insya Allah Esok pagi ahad nak mai makan nasi dagang pulak.
A
*ironik kan sat lagi petang nak kena masuk opis lagi...







''Now get off your fucking a** and get pissed off at something you shitheads.''






wajah wajah peserta yang makan tengahhari tadi di curry house ini..
Yang ni Safety Officer di stesen-Abang Nizar-very friendly guy



















