Followers

Thursday, October 30, 2008

Quick Update on Thursday Morning

Tengah Kursus ni
Kursus Safety at WorkPlace
ada konsultan dari Pasukan Bomba dan Penyelamat
datang beri Ceramah..
Agak mengantuk..
Tu yang sempat Update jap ni..hehe

Pagi tadi bangun kul 4 pagi
nak tengok match Man U VS West Ham
Skali ASTRO umah ada problem
Siaran tergendala
(tapi before pegi kerja tadi da ok balik)
Terus la aku pi kat kedai Mamak Fajar
Dekat area Chaileng Park
siap ada dua skrin
untuk dua match yang berbeza
satu Man United VS West Ham
Satu lagi Arsenal VS Tottenham Hotspurs

as predicted
Man U menang 2-0 West Ham
dua dua Gol dari Ronaldo
(First half jer best..second half hampeh)
Spurs Seri 4-4 ngan Arsenal
Gol Spurs last minit..haha
Dah tukar Harry Redknapp jadi Manager
Baru perform Spurs ni
Sergio Ramos tak leh pakai laa..

Tak kisah yang tu,
Yang penting The Blues Menang Bergaya 3-0
(aku predict 2-0 jer..haha)
Lawan Hull City
Gol dari Lampard,
(sapa la kata dia ni lambat,
watch ur mouth please..)
Anelka ngan Malouda
tapi kalau korang tengok balik Gol Lampard
memang CUN gilaa!!!
aku vote dia untuk jadi
World Player of The Year
atas Gol yang Chantek tuh!!
Siaran Ulangan pukul 7 tadi
Tapi takan la tak pi kerja kot..
dah tahu result ok la tu:)

tak pueh hati sebab
Liverpool menang 1-0 Portsmouth
(nasib jer tuh...bukan best pun)
kalau tak mesti
The Blues kembali on top of the table
takpa...
Baki perlawanan masih banyak..
Jangan nak berpuas hati dulu
Kemanisan mungkin sementara cuma..
Bila dah tak manis jangan nak meraung yek.

nak result penuh
untuk semua game game lain
masuk laman web ni
Official Site of Barclays Premier League

Dan
Untuk peminat CHELSEA sahaja
ni match report yang penuh
tak sempat la nak wat ulasan penuh..

GO THE BLUES!!
NEXT MATCH:
CHELSEA VS SUNDERLAND(I NOV 2008)

*ntah hapa la orang kat depan tu duk merapik pasal fire fighting la apa lah...maleh eden nak mendengor sebenarnya..huhu..Layankan ajer lah..Ilmu pengetahuan Milik Allah untuk kita semua..

Wednesday, October 29, 2008

Another EPL Matches

ESPN takder live la pulak Chelsea VS Hull City awal pagi nanti..

Hampeh tul..

Baru je Ingat nak berjaga awal..

game yang ON(ada LIVE kat Sports Channel ASTRO):
  • Manchester United VS West Ham
  • Arsenal VS Tottenham Hotspurs

Tu pun game ni pukul 4 pagi nanti

I bet Man U menang 2-0 lawan West Ham

Arsenal menang 3-1 against Spurs

Yang penting, Chelsea kena menang lawan ngan Hull City.

nak tebus balik kekalahan ngan Liverpool ari tuh

mesti bleh menang 2-0

I'm pretty Sure The Blues akan menang.

We'll see tomorrow..

Bye..nak tido dulu.

ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

6 Syawal 1429H @ Laksa SHackS

Kisah ni berlaku di awal awal Oktober lepas Raya Aidilfitri yang lalu..kalau tak silap 6 Oktober(Hari raya Ke-6)..Ketika aku berada di Kuala Lumpur sebelum bertolak pulang ke Pulau Pinang untuk kembali bekerja.Tak sempat nak basi lagi kan citer ni...sebab aku taruk elok elok dalam peti sejuk..hehe:)...so JOM kita layan ajer sessi makan-makan ni..Zasss.....

******************************************

Lepas sakan beraya kat Kampung aku nak beraya plak ngan Kawan kawan..kebetulan Sam dan Angah(both of them are my real Best Friends) nak ke Bandar Sunway-untuk berjalan jalan kat Sunway Pyramid Mall..So aku ambil kesempatan tu untuk bertemu mata dengan mereka.Nak bermaaf-maafan la konon-konon nya..haha


Yang paling best sebab Sam kata nak belanja aku makan kat Laksa Shack..aku pun ON kan ajer lah..Rezeki jangan di tolak musuh jangan Di cari kan..Lama dah tak makan kat Laksa Shack ni..
Citarasa Antarabangsa -kata mereka..


Laksa Specialist sebab macam macam jenis laksa boleh di dapati di sini..


Tapi bukan sekadar laksa sahaja..macam macam ada..
So kitorang pun order lah apa yang patut..masa ni memang perut masing masing lapar yang amat..sebab sumer tak linch lagik..Elok benor la tuh..

Ni Sam ngan Angah-Future Husband And Wife..doakan mereka yaa..Ameen..

Yang belah kiri tu axim-still mencari cari erti hidup dan hala tuju..hehe


Environment no komen-macam biasa lah,selesa,kemas dan teratur..


Lawa jugak kan kalau buh kerusi kaler oren kat rumah..:)

Iced lemon tea sam punya.White Coffee axim punya dan Cincau Bandung tu Angah Punya..

Ni asam laksa atas permintaan Angah.,siap sekali ngan Otak otak..

Ni plak makanan Sam-Beriani Set Ayam Percik siap ngan Otak otak..


Saja nak Close up kan sikit..

ni plak mee nyonya Melaka yang aku order...aku pun tak pernah makan yang ni..bleh plak aku dapat mee dia keras..apa lagi terus aku panggil waiter suh tukar yang lain ler..Customer ALWAYS RIGHT kan??

Suka bangat muka tuh sebab dapat makan..


Tak cukup makan yang sendirik dia duk cilok yang orang lain punya plak..:)

Yang si Sam pun sama,tak habis lagi makanan dalam pinggan sendiri da sibuk ceduk makanan orang lain apa kes..taw la ko lapar..haha..sabaq naa...:)..takper,aku tau angah tak mampu nak habiskan Laksa itu..

Nasib yang aku punya makanan tak der orang nak kacau..haha...kedekut kah aku?tak la..diorang tanak rasa sebab tak berkenan kot..hehe

Jangan main main,kat Laksa Shack pun ada keropok Lekor taw..tapi rasa nya of course la tak sama ngan Yang asli..yang ni standard keropok yang berserakan kat bandar Kuala Lumpur tuh..

Alhamdulillah kenyang..:)tadi bukan main lapar kan..skali bila dah makan siap ada tak dapat habiskan makanan lagi..ishh tak baik korang membazir k...nasik tuh sam habiskan separuh jer..banyak minum air tu lah jadinya.:) nampak tak White Coffe yang tak habis tuh..mana aku dapat habiskan,unsur Susu sangat la kuat..tak macam kopi kat Oldtown Koipitiam..aku pun satu dah taw ni bukan kopitiam apa hal lak duk order Kopi..kan dah tak sedap..

aku yang tak berjaya nak menghabiskan air minuman..
belum habis lagik...dah sembang sembang pasal raya kena ada Dessert plak..baru lengkap kitaran makanan kitorang..Order satu jer dessert kongso kongsi-Cendol!

Sangat la tak sedap Cendol nih..sesuai la ngan Rupanya yang tak berapa nak membangkitkan nafsu Syahwat kami bertiga..kang kalau nafsu terbangkit lain plak jadinya..haha

memang tak berapa nak sedap kan??
Apa apa pun Terima kasih Sam dan Angah sebab belanja aku makan sempena Hari Raya Aidilfitri ni..keseluruhannya aku rate makanan kat sini 6/10 sahaja..mungkin ada mender lain yang sedap sedap tapi aku tak sempat nak try lagik...some other time k..lagi dua hari Syawal akan meninggalkan kita..cepat gila masa berlalu..Sedar sedar nanti dah nak raya haji plak..

*Segala kesulitan yang dirasa bukan untuk kita menjauhi-Nya, tetapi menambahkan keimanan kepada-Nya. Dialah Tuhan Pencipta kita, kepada-Nya kita menunduk berserah diri. Segala puji-pujian kepada Allah yang mengurniakan kenikmatan dan ketenangan jiwa ini…

MaJLiS AKAD NikaH

Hari Jumaat Malam Yang Lalu
(24 Oktober 2008 bersamaan dengan 24 Syawal 1429 H)
Berlansungnya satu Majlis Akad Nikah
Diantara ABANG ZALI dan pilihan Hati nya,KAK ZILA..


Bertempat di Masjid Kampung PEK,Kota Bharu Kelantan..Tunang Abang Zali tu Orang Machang,Kelantan.

Keramaian yang hadir untuk memeriahkan majlis..sedara mara dari Terengganu yang hadir untuk memberikan sokongan dan galakan untuk majlis yang mulia.Kebetulan Hujan sangat Lebat masa ni..Rahmat Tuhan tu..

Mas Kahwin RM80
Dan Wang Hantaran sebanyak RM5000 ringgit Tunai..
Tunggu punya tunggu Tok Imam lambat sikit sampai sebab hujan lebat yang amat..cadangannya lepas isyak tapi dekat pukul sepuluh jugak baru majlis bermula..Dan dengan sekali Lafaz sahaja,Abang Zali telah di sahkan bernikah dengan pilihan hati.Alhamdulillah semua berjalan lancar...
Tersenyum keriangan nampaknya Pengantin baru itu..bersalam salaman dengan semua tetamu dan sahabat Handai..
Di ikuti dengan majlis pembatalan Air Sembahyang..
Menyarungkan Gelang Emas berapa karat ntah..aku tak taw..haha
Kak La mencium tangan Suaminya..
Nampak tak Kak La malu malu la plak bila Abang Zali cium dahi tuh..hehe...mau tak malu kan..Pengantin Baru:)
Abang Zali ngan Keluarga Mentua
Selamat Pengantin Baru to you Bro!!Semoga kekal bahagia ke anak cucu..Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk anda berdua.. Sama cantik sama lawa pasangan ni..suka aku tengok:)
''Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”

Lepas majlis akad nikah selesai ada makan makan la plak kan..skali ngan tahlil arwah diorang buat..ok la tu..2 in 1..Lauk pauk ni memang menepati selera kampung kitorang...Sedap sangat!!nak nak tang sambal Goreng tuh..ngan Jantung Pisang tuh..lepas ni boleh la makan selalu masakan macam gini..kata kakak ipar Orang Machang:)


Dan Sesungguhnya kakak ipar aku yang baru ini menjadi ahli keluarga baru yang tercilik di kalangan adik beradik aku yang lain..hehe..kecik kecik cili padi apa...yang penting Comel lote..Apa apa pun,Selamat Datang ke dalam Keluarga Kami!!Semoga kehadiran Kak la akan memeriahkan lagi keluarga aku yang memang dah serba meriah ni..hehe..


Malam tu selepas semuanya selesai kitorang pun gerak balik ke Rumah tamu yang kitorang sewa(nanti aku wat review sikit pasal Rumah tamu yang selesa tu)..Kenduri pada Hari Sabtu iaitu pada keesokan Harinya..Nanti aku wat entri lain untuk Majlis Kenduri Kawen.Tungggguuuuuu....


*Korang agak agak umur kakak ipar aku ni berapa??..muda dari aku lagi wooooo..tapi aku tetap kena panggil kakak la kan sebab pangkat dalam keluarga:)Beza Sepuluh tahun tu ngan Abang Zali..pandai dia cari orang muda yek...ni aku nak cari yang beza umur sepuluh tahun jugak ni..:)kan pompuan cepat tua...betul kaa???haha..jangan marah noooo...

PELANGI PAGI

Hujan kembali menyimbah bumi penang ni pagi tadi.

Hajat di hati nak pergi opis naik motor jer..skali hujan la plak..(raincoat dah hilang ada orang curi)..what to do then, naik kereta je lah..Bukan taknak naik kereta tapi malas nak menghadap traffic jam kat atas Bridge saban hari..aku ni bukan nya jenis reti nak bangun pagi pukul 6 da pegi opis...kalau pukul 6 pagi konpem atas jambatan ni clear..ko nak race pun boleh..tapi tidak ler aku cenggituh...tu yang sampai opis tak brapa nak awal slalu..yet still on time okeh..haha

Tetiba ternampak satu objek yang indah kat langit....PELANGI!!
Subhanallah...lama dah aku tak nampak pelangi di dada langit cenggini..kebetulan hujan panas tu yang pelangi terbentuk..nampak macam ia keluar dari puncak bukit tu kan..Jambatan orang Bukit nak pegi ke langit kot..hehe

nasib la naik keter bleh gak snap gambor ni walaupun kelabu asap..tapi korang still leh nampak kan pelangi pagi tu..

Jambatan Pulau Pinang still dalam proses pelebaran untuk keselesaan di masa akan datang..estimated time siap dalam 2010..uishh lambat lagi tuh...takpa lah,biar lambat asal selamat..

Terlanjur bicara pasal pelangi aku teringat satu lagu Baru Nidji-Laskar Pelangi....Nidji merupakan sebuah band yang aku agak minat..sebab muziknya sempoi dan lirik lagu lagu nya seringkali menyentuh jiwa dan banyak yang memotivasikan diri.Lirik laskar pelangi ni pun bagus bangat..termotivasi kejap..:)

Kalau ada kesempatan korang cari la lagu nih...best!!(tak silap aku ada filem lagi tajuk Laskar pelangi..tapi tak nonton pun lagik..)

Nidji - Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…


*mood nak bekerja masih agak kureng...agaknya sebab baru balik dari kampung halaman...tambah lagi ngan Cuti Deepavali...arggghhhh malasnya nak kerja..tu yang aku musykil..tah bila nak rajin gamaknyer...nak tunggu dapat bonus 12 bulan kot baru aku jadi super rajin..

Tuesday, October 28, 2008

EPL: Chelsea 0 - 1 Liverpool

I'm back.

Baru kembali bekerja hari ini,setelah berada di Kota Bharu(To attend my brother's Wedding) a few days ago..nanti aku akan update sedikit story pasal majlis perkahwinannya..Alhamdulillah segalanya telah selesai dan berjalan dengan Lancar.Syukur pada Tuhan yang mempermudahkan segala urusan.

Already miss all of my fellow Bloggers!!

Tapi sebelum tu,apa-apa pun aku tetap nak buat laporan sikit pasal Match EPL 26 Oktober yang lalu,iaitu perlawanan antara The Blues VS The Reds at Stamford Bridge.Check it out guys..Zasss....!!

MATCH REPORTS


The Guardian, Kevin McCarra:

"Victory for Liverpool was fully deserved, as is their place at the top of the table. Whatever Chelsea make of the outcome, the visitors gave another indication that they may become champions of England for the first time since 1990. This piece of evidence clicks into place beside the comeback against Manchester United at Anfield last month."

Daily Telegraph, Henry Winter:

"For Chelsea, the clocks went back more than an hour, rewinding four years to a time when they last endured the ignominy of defeat at home. For Liverpool, the clocks went back even further, reviving memories of the 1989-1990 season that climaxed in their last title."

The Times, Matt Hughes:

"Luiz Felipe Scolari has been so successful in making Chelsea loved again that even neutrals have enjoyed watching them this season – perhaps for the first time since Gianluca Vialli’s free-flowing side were winning cup competitions almost a decade ago – but he was not supposed to make them popular with their opponents too."

The Independent, Glenn Moore:

"Not until the 72nd-minute did Chelsea seriously threaten and even then Pepe Reina was not extended. The result moves Liverpool three points clear ahead of Chelsea and Hull City – who had lost at home to Torquay in the bottom division the day Chelsea lost 2-1 to Arsenal at the Bridge in February 2004. On Wednesday Chelsea go to Hull, while Liverpool host now managerless Portsmouth."

Official Chelsea FC Website, Andy Jones:

"[S]o ends an 86-game run that started with defeat against Arsenal four-and-a-half years ago."


There’ll be a funeral this week.

CHELSEA sebelum ini telah melalui 86 perlawanan TANPA KALAH di tempat sendiri(Stamford Bridge),but it was finally assassinated by a brutally efficient LIVERPOOL team who came with a game plan built on the frustrations Chelsea Team displayed against Roma and exploited it perfectly.

Gol dari Xabi Alonso(Liverpool) pada Minit Ke sepuluh meranapkan segalanya.

Sedikit kecewa dengan persembahan DECO yang ntah hapa hapa..Serba tak kena aku tegok-Ugly passing, ugly tackling, and ugly positioning...patutnya masa ni Popeye ganti Deco ngan Micheal Ballack..Francis Di Santo pun banyak terlepas peluang untuk menjaringkan Gol,walaupun dah dapat hantaran yang cantik dari Ashley Cole.

Well,the game is over dan aku rasa Liverpool well deserved untuk menang perlawanan ni.i am sure Scolari will learn from this dan aku rasa Chelsea akan buat serangan balas kat ANFIELD nanti..Tungguu..Yang pasti ketiadaan Essien,Drogba,Joe Cole dan Micheal Ballack sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan tempoh hari..

Like any great boxer, accept the defeat, get back to the gym, train harder and get the hunger back. And in the rematch, just box clever.


Keep the Blue Flag Flying High - and start singing!

*yeah,we are 3 points off the leaders,but this Wednesday(against Hull City) could be another interesting 90 minutes!!Not because we lost today and feel wounded, but because Hull are at home full of confidence and third in the table on merit, they must really fancy their chances.

Thursday, October 23, 2008

A.W.A.Y

Apa ke halnya kan duk pakai baju melayu nih?

Actually hari ni ada:

-Open House Kompeni

macam orang nak menikah pun ada..haha


oh ya,by da way,thanks to XORA for butang baju melayu dari Sabah ni..TQ very much..suit dengan baju melayu purple..TQ..Selamat Hari raya..hehe..Orang kampung aku tuh..


Just nak kasi taw yang petang ni aku akan bertolak pulang ke Kampung..Esok nak pi Kota Bharu sebab abang aku yang paling sulung nak kahwin..Tarik kahwinnya 25 Oktober 2008..Hari Sabtu,ngan mek kelate la nih..Comey bakal bini dia..nanti aku update kan gambar kawen setelah semuanya selesai..

Selamat Pengantin Baru In Advance untuk my Bro...
Semoga berkekalan hingga Ke anak Cucu..

*Take Care semua,Going to be Away sampai la Isnin Depan..Jumpa lagi!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails