Followers

Wednesday, June 24, 2009

Ketam VS TransformerS

Petang tadi masa balik kerja
tetiba teringat ketam bercili
yang aku duk pulun buat last wiken
rasa macam terliur sangat balik..ish ish ish..

1

Then dari opis
sempat menyinggah pasar kat seberang jaya
pi beli Ketam Nipah dalam 4 ekor
aritu pakai ketam bunga ni lain sikit..
Tapi takder la aku masak 4 ekor..masak 2 jer.

2

balik umah mandi solat maghrib then
tanpa membuang masa terus ambik kuali
dan hasilnya siap lah ketam bercili ni lagi skali
ekkk tetiba mood nak memasak rajin..
hantam sajalah labu..

3

Ingat nak ratah macam tu jer
Tapi lagi sedap kalau ada bubur nasik
amik periuk capai segenggam beras
reneh atas dapur setengah jam-->siap bubur!!
Makan ngan kuah pedas ketam tuh..Pehhhhh..
Home made Dinner setelah lama tak masak..
Sedap nih!!(matilaaa puji masakan sendirik..hehe)

4

Habis Dinner dalam pukul 8.30
siap-siap nak keluar
sebab ada 'Date' ngan GSC pukul 9 malam
Kat GSC Sunway Carnival Mall
First tayangan bagi filem
TRANSFORMERS:REVENGE OF THE FALLEN
memang lama dah tunggu citer nih..
Akhirnya!!

5

Perang kat Bumi dah habis
Tapi perang alam semesta baru bermula..
memang padat ngan action pax!!
Yang penting
Megan Fox memang HOT!!

transformers_wallpaper

Part paling aku suka
bila Optimus Prime hidup balik
gabung ngan Jetfire..
pehhh mantap!!
tapi ending nyer kurang kick
tak maw citer sinopsis bebanyak..
nanti kena marah..haha
Korang-pi lah tengok!
aku kasi 4/5

*ok lah aku nak tidor dulu..durasi movie ni lama siot-144 minit!!2 jam setengah tuh...Tapi puas hati beb!!Mission Accomplished!Nite!!

Tuesday, June 23, 2009

Melangkah Pergi

Bila aku singkap kembali segala kisah itu yang pernah tersemat indah dalam hati,aku tersenyum sendirian.aku tersenyum tawar tanda ingatan tulus ikhlas yang takkan pernah padam, malah ia pernah marak dalam satu sela masa yang agak lama.Bukan aku tak mahu ulang semula semua yang bakal jadi milik kita bersama. Tapi ianya hampir mustahil kini.Hampir mustahil dalam kondisi yang menyedihkan,bilamana kau telah kambus segala ruang yang tersisa untuk aku mencoba bernafas kembali..

Katakan apa saja yang kau suka,ketawalah sebanyak mana yang kau perlu,cananglah satu dunia tentang kisah lalu-aku tidak peduli.sungguh,aku tidak mhu ambil peduli..aku cuma mahu kau ambil kembali semua rasa yang kau pernah lontarkan pada jiwa yang sedang pulih ini.Biar rasa itu mati dan pergi.Biar ia mereput dan lansung diterbangkan angin berbulir.Biar semua kenangan yang pernah tercipta ghaib dan lenyap tanpa ada dendam mengalir.Biar aku dapat semadi dengan tenang dan aman tanpa sekelumit calit noda yang terukir.Biar.Biarkan.Aku lebih senang begini.

Sebetulnya kau lebih mengerti.Ya,sebetulnya kau lebih mengerti akan perit dan jerih yang pernah membelengu kita..Masakan aku lupa-Kita pernah lalui segala cerita hitam dan putih bersama-sama..kita sama-sama bertatih berjalan dalam ruang sendu dan tawa..Kita sama-sama kuburkan semua kisah lalu dalam memberi ruang bagi sebuah kisah baru untuk kita berdua..Masakan aku lupa.Aku ingat semua itu.aku ingat.Dan aku takkan sesekali lupa..Kalau sekali pun kau lupa,itu aku tidak tahu,dan aku tak mahu tahu.Moga hal yang indah-indah tetap indah buat selamanya..

Tapi itu cerita dulu.Sebuah Kisah sedih yang terkulai layu tanpa sempat kita sirami dan bajai dengan benih kasih sayang..dan aku tidak sesekali akan merayu untuk kau lepaskan kasih itu untuku,andai Hati dan Jiwamu tak pernah jadi milik aku..Tak pernah dipunyai aku.Biarlah.Sekurangnya aku sadar dan fahami ia bukan milik kita sejak dulu lagi..Biarlah..Sekurangnya Jiwa aku yang sering terkeliru ini akhirnya punyai jawapan khusus utuk segala tanda tanya yang pernah terbina..Biarlah.

Terima kasih,untuk semua rasa yang telah kau bagi
Terima Kasih,untuk segala kasih yang aku damba
Terima Kasih,bila kau muncul sebagai sahabat yang sentiasa di sisi
Terima Kasih,menjadi teman berkongsi cerita
Terima Kasih,atas semua saat yang menggembirakan hati


Terima Kasih untuk segala-galanya..

Dan medan ini menjadi saksi sebuah kisah tanpa permulaan berakhir sebegitu saja..

Titik.

*sudah agak lama aku tidak berkarya sebegini..harus di-ingatkan-perkara di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati..wallaualam.sekian terima kasih.

Monday, June 22, 2009

Baby Gumuk Comot

Rindu pulak kat budak ni tetiba..

Duk tengok gambar gambar..

masa balik kampung dua minggu lalu..

Banyak sangat cerita belum di kongsi di sini..

Pelan pelan kayuh k..

Ada masa aku Update cerita tertunggak..

1

Si comot Nuyul ni dah besar sekarang..

Dah pandai berjalan..

Last time jumpa masih merangkak..

Budak-budak kan..

Tumbesaran memang pantas..

2

Yang Pasti Nuyul tetap comel

Dengan Kasut Barunya itu..hehe

Pok Zim windoo sama kamoooo!!

*adehhhhh awat laa kepala duk pening dari petang tadik nih..aku ada silap makan kah?

Sunday, June 21, 2009

My Weekend Meal's

Hari minggu ni memang terasa macam nak memasak.petang semalam duk pulun wat nasik goreng..hari ni pulak rasa nak masak lunch..mungkin gian kot sebab dah lama dapur tak berasap..asyik makan kat luar sajer..so sempena hujung minggu yang berbahagia ni aku amik kesempatan untuk rilek-rilek di rumah dan kemaskan apa yang patut-di samping memasak untuk diri sendiri skali..

Pagi-pagi yang tak berapa buta dah keluar pi beli barang basah kat pasar tani sebreang jaya(tapak pasar malam hari rabu)..Plan nya tak taw nak masak apa,last last aku beli mender-mender nih:

1

Ketam Bunga Betina ada teluq

2

Sotong RM14 sekilo(beli suku kilo RM3,50)..(mahal tak??)

3

Ayam Suku ekor(Rm3)

4

Tak di lupakan juga sayuran yang akan memberi warna dalam masakan nanti..Dah beli barang barang basah ni mula lah aku bersilat di dapur..Cadangan masakan untuk Hari Ahad ni ialah:

*Tomyam Sotong Campur Ayam Mahligai

*Ketam Bercili Samudera Indah

*Ayam Goreng Tiram Emas

Ya,aku taw nama nih memang poyo tapi sebab aku yang masak maka hak cipta terpelihara di kurniakan untuk menu yang aku buat nih..hoho..Poyo tak poyo lain cerita,jom kita mula memasak..Ayuh!!

6

Seperti Biasa Siapkan bahan apa yang patut..kerat bahan bahan dengan berhati hati supaya tidak terkerat jari sendiri..kalau tak nanti jadik macam raja bersiong..suka makan darah..wahaha..

7

amik periuk,buh ayaq,rebus sampai mendidih,masukkan pes tomyam,campak ayam sotong,biar 15 minit kasi empuk,Then campak semua sayuran yang ada----->SIAP!!

8

Sedia untuk di hidang

9

Menu hat ni lama sikit nak kena buat..amik bawang putih dua tiga ulas then tumbuk sampai tak nberapa nak hancur-tumis sampai naik bau-masukkan cili giling..Renehkan(?) Cili giling tuh sampai bau cili hilang tanda lada dah masak,then masukkan sos tiram..Biarkan atas api lagi 5 minit..make sure api perlahan supaya lada tak hangit..lada hangit alamak kena buang jer lah..huhu

10

Lepas tuh apa lagi,masukkan jer lah ketam yang dah di siang(kat pasar suh orang jual ketam kerat siap siap..malas nak kerat kat rumah..hehe)

11

Gaul sampai ketam masak..biarkan 20 minit di atas dapur api sederhana untuk kasi isi ketam masak menyeluruh..masa ni bau yang mengancam akan keluar menyebabkan korang rasa nak ratah ketam ni masa tuh jugak...slurrpp..

12

Bila isi ketam dah masak then masukkan segala sayuran yang ada nak kasi menarik sikit makanan nih..hehe..gaul dalam sepuluh minit then sedia untuk di hidang---->SIAP!!

13

Last but not least,ayam goreng Tiram Emas nih..amik ayam,basuh,gaulkan ngan sos tiram then goreng ngan gorengan tenggelam..aku guna periuk untuk goreng..hasilnya---->SIAP!!

5

Apa kena mengena Lemon ni dalam chapter nih??actually ni untuk buat air..air lemonade aximud..hehe

14

perah lemon,buh gula campur air-->SIAP!!

15

Lauk dah siap,air dah siap apa lagi--->JOM KITA MAKAN!!

16

Ketam Bercili Samudera Indah

17

Tomyam Sotong campur ayam Mahligai

18

Ayam Goreng Tiram Emas

19

Haaaaa tapi harus di ingatkan yek-->jangan lupa pulak nak masak nasik putih..pernah gak terjadi beberapa ketika aku duk pulun masak lauk nih tapi nasik lupa nak masak..kali ni aku tak lupa sebabnya ni nasik lebihan wat nasi goreng semalam..haha..tak basi lagi ok so watper nak membazir..Rezeki dari Tuhan jangan di sia-siakan..Alhamdulillah..

Selamat Mencuba ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian!!Moh jemput makan..Bismillah..

*Selamat Hari Bapa buat ayah tersayang..Just so you know that You are the greatest dad i've ever had(u owez be),and i'm so lucky to have you in my life..Thanks Dad for everything..I LOVE YOU and i will always do..You Take Care..

Have I told you lately that I love you
Have I told you there's no one else above you
Fill my heart with gladness
take away all my sadness
ease my troubles that's what you do..

Saturday, June 20, 2009

Hong Kong Day 4 - ISTANBUL Kebab Restaurant

Salam berhujung minggu semua!!

****************************************

14 MEI 2009

Lepas da penat jalan-jalan shopping kat Ladies Market dan Temple Street,kitorang rasa penat dan lapar yang amat..Kali ni cadangan nya nak pi makan kat Restoran Ziafat Lagi(Restoran yang kitorang pergi 2 malam lepas).Tapi masa ni dah pukul 12 tengah Malam..silap-silap dah tutup..Tawakkal sahajalah..

1

Dari Mong Kok kami amik MTR ke Tsim Tsa Tsui Station..Harap-harap rezeki masih ada..

2

Dalam Tren pun maseh ramai lagi orang..

3

Ntah hape haper la aku beli nih..

4

Sampai kat Stesen Tsim Tsa Tsui bergegas la kami pi kat Restoran Ziafat Tuh..tapi dah gelap semacam jaa..Rupanya kedai dah tutup dan kami terserempak dengan pekerja kat Restoran tu yang bagitau kami kedai baru jer tutup..sedih..takder rezeki..

5

Dalam kekalutan tuh tetiba muncul pak arab nih duk tanya kami cari apa..terus la kitorang tanya kot kot ada lagi Restoran Halal yang beroperasi malam malam nih..Alhamdulillah dia kasi Direction untuk satu kedai Kebab,yang best kitorang tak taw nak ke mana dia yang tolong bawak kan..'I'm exist just for Allah..'..itu kata pak Arab tersebut.tak taw la apa kaitannya kan..haha

6

Ni lah Restoran yang di nyatakan..Restoran Istanbul Kebab..kebab lagi..tadi siang pun makan Kebab,skarang pun makan kebab..janji Halal kan.Terima Kaseh pakcik sebab bawak kitorang mai tempat nih..Turkish Doner-owner nya orang Turki.

7

Gumbira rasa di Hati:)

7A

Restoran ni kecik ajer..cuma yang kasi nampak luas sebab dinding nya ditaruk cermin..tapi lokasi nya yang di tepi jalan dan bukak sampai pukul 3 pagi memang memudah kan orang nak mai makan sini.Tinggal taw ngan tak taw jer lah.

8

Dapat menu mula pening tak taw nak order apa..ada Nasi ngan kebab,ada kebab ngan sayur,macam macam lagi lah..nama aku dah tak ingat..banyak sangat.semuanya nampak tempting sebab perut kosong masa ni.

9

ntah mesin apa dia duk pakai kikis daging..scary..!

10

ni aku order-tak taw nama apa tapi tetap lah ngan nasik..ni kebab ayam campur daging..atas tuh ada Thousand Island ngan mayyonaise kalau tak silap..slack nya ada Yogurt yang banyak..erkk aku kalau yogurt nih memang la kurang sikit..

11

Besar portion nya..nampak sedap..

12

Hat ni Nikli order..Kuah tu macam kuah Spaghetti tapi ada kebab ayam ngan nasik kat bawah..rasanya tak ku gemari sangat..so so ajor..tapi adat di perantauan jangan lah memilih..kalau pilih pilih kang takleh tidur sebab kelaparan..sapa yang rugi??aku jugak yang rugi..

12A

Kak Non order apa??dia tak order sebab kami nak kongsi makan..banyak ni beb,memang tak habis la kalau nak makan sorang sorang..kalau nasi Beriyani insya Allah aku leh habiskan tapi yang ni tak lah sampai boleh skali hadap..bukan favourite..

13

Jom kita makan..AllahummaBariklana..

14

Kak Non Tumpang makan bersama.

15

Dan seperti yang di jangka memang kami tak mampu nak habiskan..bukan tak sedap tapi rasanya yang beryogurt dan berkrim menyebabkan kami cepat muak dan cepat kenyang..kembang dalam perut..

16

Untuk air kitorang memang lebih prefer untuk minum air kosong..lebih baik dari minum air yang manis..Sambil duk makan kitorang ada jugak berborak ngan tokey kedai.Dia kata pernah satu Group dari Malaysia jugak yang buat penggambaran kat sini-aku rasa mesti FARAH breep breep dari Rancangan Rasa Halal orient Hong Kong kot yang pernah datang..Wallahualam..

17

Entrance Istanbul Kebab Restoran

18

Ni gambar mintak tolong Tokey Kedai amik gambaq..

19

Nasib Baik sempat kitorang catch the last train untuk balik semula ke Hotel..Dari Tsim Tsa Tsui Station kami ke Jordan Station kembali..

20

Sampai Di Hotel kembali dan kitorang tak tidur terus,Packing untuk barang-barang yang baru di beli sebab esok dah nak Check-Out dan akan menuju ke Disneyland Hollywood Hotel pulak..Nantikan Entry seterusnya ya tentang Disneyland!!Stay Tuned with AXIMUD..:)

*Benarkah CAHAYA pasti akan kembali bersinar setelah kita penat lalui dan harungi Jalan gelap yang penuh Onak dan Dugaan tanpa Henti??aku sudah Capek..

Friday, June 19, 2009

Hong Kong Day 4-Temple Street & Ladies Market

I turn my head to the east,
I don't see nobody by my side,
I turn my head to the west,
still nobody in sight,
So I turn my head to the north,
swallow that pill that they call pride,
That old me's dead and gone,
but the new me will be alright..

Salam kejumaatan kawan-kawan sekelian!!

Kita di hadapkan dengan bermacam-macam pilihan in our daily life..semua terpulang pada diri sendiri untuk menilai dan mempertimbangkan pilihan mana yang terbaik dalam mencorakkan kehidupan yang lebih baik..Bagi Saya,Pilihan yang kita buat lah yang menjadikan kita siapa di masa lalu,sekarang ataupun masa hadapan.Tanpa kita sedar,mungkin telah banyak pilihan yang kita bawa bersama-menjadi sebahagian dari diri kita yang sebenarnya.

Kadang kita mungkin tertanya-tanya mengapa sering tersilap langkah dan nyata telah membuat kesilapan dalam memilih,tapi yakini lah setiap yang terjadi pasti ada sebab musabab yang tersendiri-sama ada pilihan itu betul atau tidak tidak penting,asalkan kita mampu mempelajari sesuatu dari setiap kesilapan dan kegagalan lalu,dan berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengulanginya-maka itu mampu menjadikan anda seorang insan yang lebih baik dari semalam dan hari ini.

Saya yakin,anda semua pasti punya pilihan yang banyak dan sering keliru dalam menentukan hala tuju yang betul dan lurus..Berhati-hati lah dalam membuat keputusan,kelak yang terjadi selepas itu sebahagian dari tanggungjawab anda..Berusahalah!

Hal-hal lain serah saja pada ketentuan Tuhan.DIA Maha Mengetahui segalanya.

**************************************************

14 Mei 2009

Daripada MACAU,kami tiba di terminal Feri pada pukul 6 petang..Hari sudah lewat petang maka kami tidak berlengah lagi untuk terus menuju ke tempat penginapan yang seterusnya di KOWLOON..dari terminal Feri kami menaiki MTR menuju ke Jordan Station.

1

Kami sudah siap sedia menempah bilik di WEST HOTEL KOWLOON.kedudukan Hotel ini agak tersorok ke dalam tetapi berpandukan peta dan panduan yang ada akhirnya kami berjaya menjumpainya(berhampiran Jordan Street).waktu hampir pukul 7 petang,dan kami memang amat keletihan dan memerlukan sedikit rehat.

2

West Hotel @ Kowloon

3

Macam biasa kalau bab bab register Check-in ni serah saja pada Nikli Nodin..dia suka la bab bab menulis nih..Entrance dan lobby hotel ni kecil jer,tapi cukup selesa untuk tetamu yang hadir.Perkhidmatan Internet percuma di Lobi juga ada di sediakan untuk memudahkan kami google apa yang patut..setel bab bab register terus la kami naik menuju bilik..

4

Kitorang dapat bilik di tingkat 15-Bilik 1503 dan juga bilik 1505..bilik sebelah sebelah tapi bukan connecting room.(FYI,hotel ini tidak menyediakan connecting room..semuanya standard sahaja seperti gambar di bawah).Cukup selesa untuk kami bermalam satu hari lagi di Bumi Hong Kong.

5

3 star Hotel..boleh laa..janji selesa..:)

6

Yang penting bilik air kena mantap..bagi aku mana mana tempat pun Bilik air dan tandas menjadi keutamaan..kalau tak selesa memang la aku akan jadi tak senang..Alhamdulillah kali ni bilik air nya memenuhi kriteria yang aku nak..Boleh la mandi dan berak sepuasnya..

7

Dah nampak katil apa lagi kami pun berehat la sejam dua..dapat la tidur sejam dua..(baca:tertidur..)..sedar sedar da dekat pukul 9 malam-kami terus mandi solat bersiap dan bersedia untuk meneruskan aktiviti seterusnya.kat sini waktu sama ngan Malaysia so takder masalah dengan waktu solat-cuma penunjuk kiblat(kompas) amatlah penting kalau tak tak taw la arah mana nak sujud.

8

Dalam pukul 9.30 kitorang gerak dari Hotel menuju bandar Kowloon..mengikut Tentatif,malam ni kitorang nak Shopping kat Temple Street dan Ladies Market.Dengan harapan nak cari barang untuk diri sendiri dan juga untuk sahabat handai dan kenalan terdekat.Macam Biasa Bandar Kowloon memang happening dan meriah dengan lampu-lampu dan penduduk setempat yang memeriahkan suasana malam di sini.

9

Kowloon @ Night

10

Elok jer dua tiga langkah dari Hotel kitorang terjumpa kedai Crocs..Kat sini banyak Design dan pilihan warna yang ada..apa lagi kami pun menyinggah la nak tengok..dan tambah mengujakan bila harga Crocs kat sini Murah giler!!Giler pun tak murah macam nih..pehhhh mau kena angkat 20-30 pasang ni..haha..Pilih jangan tak pilih..

11

Alang-alang dah murah ni terus la aku teringat nak beli sorang satu pasang untuk keluarga..adik beradi sembilan..tambah ngan anak sedara lagik..aduss...berapa pasang nak kena beli tuh..tapi mengenangkan aku takda idea nak kasi diorang apa dari Hong Kong maka last-last aku belikan ajer lah sorang satu pasang..untuk aku 3 pasang..haha(masa ni dah pening kepala pikir camana nak sumbat dalam beg nanti..)

12

Sebab beli banyak maka kitorang terpaksa berpatah balik untuk tinggalkan CROCS tuh kat Hotel dulu..mau tak larat aku nak mengusung sampai ke ladies market nanti..banyak mender lain lagi nak beli kan..actually Nikli ngan Kak Non pun beli jugak..tapi Kak Non juara CROCS malam tuh..kalau tak caya tengok gambar kat bawah ni..dia nak jual kat pasar malam selayang kot..hehe

13

Hambik sekali 5 beg plastik besar ko..

14

Lepas da letak kat bilik semua Crocs yang kitorang beli maka the journey continued.Kali ni kami nekad nak pi Temple street jugak nak tengok barang barang yang ada.Temple Street ni kat area Jordan dan Yau Ma Tei di Kowloon.Macam Pasar malam,tapi business hour start tengahari dalam pukul 2 petang-12 malam.

15

Temple Street is a street located in the areas of Jordan and Yau Ma Tei in Kowloon, Hong Kong. It is well known for its night market and the busiest flea market at night in the territory. The night market is in the Yau Ma Tei, Jordan areas of the street and not the Mong Kok area of the street. Popular with both tourists and locals alike in the evening, it is common to see the place crowded at dusk. It sells cheap merchandise and food items. The place is sometimes known as Men's Street.

16

Ada stall makanan kat tepi jalan di Temple Street ni,bau seafood macam semacam tapi mengenangkan kami ni lapar,ambik bau jer pun jadi lah..haha..Banyak barang ada kat sini..mahal murah terpulang pada cara korang bargain.alah senang cakap memang more or less macam Petaling Street jer..cuma bezanya kitorang kat Kowloon,Hong Kong.:)

16a

Dalam banyak banyak barang yang ada kat sini tetaplah mata aku meliar ke kawasan yang jual figura figura komik nih..macam macam ada..yang pasti harganya memang jauh lebih murah dari yang aku pernah jumpa kat Malaysia..separuh harga dari yang Malaysia..hehe..so inilah peluang untuk aku meneliti mana yang berkenan..

16b

Giler rambang sehhh mata aku..

16c

Dan akhirnya aku beli sampai 5 set mender alah kecik nih..Yang Star Wras satu set,figura Bruce Lee,dan yang paling banyak watak komik DRAGON BALL Z.Entah..call me childish or what,tapi aku suka kumpul buat koleksi mender cenggini..Grow up is always a choice isn't it??tenang jer hati melihat sekumpulan makhluk kecil itu..:)

17

pastu kitorang menyinggah kat tempat Ukiran Kayu nih..unik jer aku tengok semua ukir tu atas kayu..banyak logo dan simbol yang ada-yang paling best ada logo FC untuk EPL..

18

Chelsea aku punya,yang Man u Dofy(adik Ziana) Punya

19

sama jer macam pasar malam kita kan..hehe

20

Nikli pulak duk nak cari beg untuk Mak Timah ngan adik pompuan dia.Kami pun duk pusing pusing la cari kedai beg tangan wanita..banyak sangat kat sini tak taw mana dah..

21

Last-last dia tersangkut ngan beg Biru cekelat nih..

22

Maka dengan selambanya dia pun membeli lah beg tangan tersebut setelah berhempas pulas bargain tak hengat..tips nya kat sini kalau nak bargain sila lah bargain lebih dari separuh harga yang di tawarkan..then kalau diorang kata tak boleh korang blah then sure dia akan panggil balik dan bersetuju sambil marah marah..haha..marah pun marah la kan janji dapat harga murah..

23

Da setel explore Temple Street nih kitorang nak bergegas ke satu lagi destinasi Shopping seterusnya-Ladies Market.Kalau nak di ikutkan Temple Street ni juga di gelar sebagai Men's Street sebab banyak barangan lelaki di jual..Kalau Ladies Market sah-sah la untuk semua kaum wanita di luar sana..

24

Temple Street @ Kowloon

25

Pening lah kepala navigator kami-Nikli nak cari jalan untuk ke Ladies Market..quite confusing..kalau nak naik MTR pun boleh sebenarnya tapi kami memilih untuk berjalan kaki dan menghayati malam di sini..Pusing punya pusing puas duk belek map akhirnya..

26

Here we are,on our way to Ladies Market

27

Kalau korang nak cari kat mana Ladies Market sila lah cari Tung Choi Street-sebab Ladies Market betul-betul berada di jalan tersebut.

28

Sesak juga kawasan nih..ramai orang lalu lalang..

29

Ladies Market-Also known as "Women's Street" because it used to sell goods only for women, Tung Choi Street is similar to Temple Street Night Market, except that it starts its trading day at noon. In addition to the street stalls, which sell anything from furiously beeping alarm clocks and glittering faux designer watches to unisex clothes and CDs, there are also lots of small shops that sell all sorts of other stuff. The market is generally quite crowded, and a bit of pushing is just as expected as haggling over prices.

30

Here we are at Ladies Market

31

Konsep sama macam Temple Street bezanya kat sini lagi banyak jual handbag dan barangan pompuan..nama pun dah ladies market kan..kat sini lagi besar dan lagi happening dari Temple Street tadi..Orang pun lagi ramai..crowded tapi still la kami boleh jalan-jalan cari barang..

32

Dekat Ladies Market ni kitorang nak cari Fridge Magnet untuk di bawa pulang..boleh buat souvenir kasi kat orang nanti..banyak choice jugak yang ada..harga pun lebih kurang jer..so rakan rakan ku jom kita pi cari Fridge Magnet jom..

33

Kitorang singgah kat satu kedai frodge magnet ni..mula-mula dia jual mahal..last last kitorang blah terus di tariknya tangan Ziana then mula kasi harga rendah..'You are my Fren..let's buy here ok..i can give you cheap-cheap one arr..'' itu lah kata kata peniaga wanita itu untuk memancing kami supaya membeli Fridge magnet di stall nya..dan dan fren kan sebab nak suh beli barang dia..pujuk punya pujuk akhirnya kitorang pun beli lah mana Fridge magnet yang berkenan di hati..Dah rezeki ko makcik..habis kitorang beli terus dia tutup kedai..memang masa ni dah lewat pun..dah dekat 12 malam.

34

Perjalanan di teruskan untuk melihat apa lagi yang menarik

35

Lawa tak beg kereta tuh??haha..kat kedai jual beg ni macam macam design yang ada..bukan bentuk kereta ker,korang nak gajah ghimau pun semua ada..kitorang dah gelak gelak masa nih sampai tokey kedai (pompuan) tuh macam bengang kat kitorang..beli nya tak duk bantai gelak pulak kat barang yang dia jula..mau tak bengang..last last kitorang blah jer sebelum kedaan menjadi lagi buruk..:p

36

Dalam duk berjalan tuh tetiba aku teringat makcik aku ada kirimkan suh beli beg tangan jenis Cibik(bimbit)..nak kaler hitam dan banyak zip..siap spesifikasi yang lengkap tuh kasi..terus aku pening nak cari mana yang sesuai dengan kriteria tersebut.Ziana ngan Nikli lah duk pulun pusing sama satu Ladies Market ni duk cari Beg tangan kaler itam Cibik..masa ni banyak kedai dah nak tutup..

37

akhirnya singgah di kedai beg tangan nih..

38

Dalam aku duk mintak tolong cari untuk makcik aku sempat lagi tuh ziana duk rembat beg untuk diri sendiri ngan untuk mama dia..nasib baik la ada kak non kalau tak mati kutu aku nak cari beg tangan mana yang di maksudkan oleh makcik aku..tak reti eden nak membeli beg tangan..kalau beli pun biasa main belasah jer la jawabnya.

39

banyak kaler yang ada tapi nak cari kaler itam..

39A

cari punya cari,belek punya belek,ada lah beg yang berkenan di hati dan berkemungkinan tinggi untuk memenuhi spesifikasi yang telah di tetapkan..aku beli dua buah beg in case kalau tak berkenan at least ada la satu choice lagik..yang satu lagi boleh kasi kat mak..(gambar atas:tokey kedai mula mula menyorok tanak bagi kitorang amik gambar last last dia yang over..haha)

40

setel sudah semua yang nak ci cari..Alhamdulillah..

41

Sejurus kitorang habis beli jam menunjukkan pukul 12.15 malam..waktu bisnes berakhir dan diorang dah mula tutup kedai..kitorang pelanggan akhir la ni kiranya..takpa lah,bila lagi nak mai kan..paling-paling pun kalau nak merasa beli mender macam nih pi jer Petaling street KL..konpem rasa macam suasana sama..:)

42

Ramai penduduk dah mula nak pulang ke sarang masing-masing

43

Hujung Ladies Market tuh ada satu Butik BALENO..yang paling syok nya time diorang nak tutup kedai kitorang sampai dan tengok barangan yang ada..aku ngan Nikli lah teruja benor tengok sebab harga BALENO kat sini sikit punya murah dari Yang Malaysia..silap-silap BALENO datang dari sini tu yang harganya murah..sempat la kitorang menyopping tali pinggang,t-shirt dan seluar skali..alang-alang shopping biar sampai ke pangkal wallet..:)

44

Selesai sudah misi kitorang nak shopping kat Temple Street dan Ladies Market.Rasanya dah beli kot apa yang patut..budget pun limited so mana yang sempat jer lah kitorang beli..What's Next??Dah berjalan-jalan terus la rasa Lapar..Dari Siang tadi Kebab jer makanan terakhir(masa kat Macau)..Untuk malam ni nak pi makan kat mana??

(To Be Continued..)

Rumusan Hari ke-4 Sepetang di Temple Street dan Ladies Market:

''Seronok rasanya dapat menyelusuri kehidupan malam di Bandar Kowloon.Temple Street memang menjual barangan yang pelbagai,dan untuk ladies-semestinya Ladies Market untuk anda.Satu perkara yang di observe-harga barangan di Temple Street jauh lebih murah di Ladies Market..Bargain skill memang kena power untuk dapat harga murah bagi barangan yang di jual..''

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails