Salam 7 Ramadhan buat semua umat Islam..
Kat sini,since Ramadhan bermula memang hujan mula turun dengan lebat,dan setiap hari adalah hari yang basah..macam semalam boleh di katakan sehari suntuk hujan dari pagi sampai ke malam..Memang lena sangat aku tidur semalam dengar lagu Hujan..(bukan lagu dari kumpulan Hujan,Ni hujan semula jadi kat luar tu).Rahmat Tuhan Barangkali.
Pagi ini pun Hujan bersambung lagi..Pergi kerja tadi pun lebat semacam jaa hujan..nasib baik jambatan penang dah ada 3 lane tak la teruk sangat jammed atas tu..Happy wet Friday ya everyone!!selamat bekerja di hari akhir sebelum Cuti Hujung minggu bermula..tak sabar nak cuti neh..lalala..(gambar atas:pemandangan dari kaca tingkap opis aku..)
Sebelum terlambat aku nak cerita pasal berbuka puasa petang semalam(6 Ramadhan 1430H).Bertempat di Restoran Pen Mutiara Curry House Batu Maung..errrr yang kali ni ntah dah ke berapa belas kali dah aku datang sini..tapi tetap lah aku nak buat review jugak sebab kali ni participant nya berbeza pula,Kawan Blogger-Faisal Admar dan Lanny.Faisal bawa kawan dia sekali yang dah pernah jumpa hari tu,Keith.Kiranya ni second time la jumpa depa,si Lanny tu takyah cakap memang selalu jumpa.:)
Actually balik kerja petang semalam aku balik rumah dulu kat seberang sana,then tunggu Lanny datang rumah baru gerak masuk ke Pulau balik..Hujan lebat so paham-paham la kan jem macam mana..sudahnya aku ngan Lanny sampai dalam 7.25 pm,lagi 4 minit nak berbuka..Faisal ngan Keith da sampai dulu,siap orderkan air dulu..Lepas da berbuka puasa baru kami mintak makanan.Dan makanan nya ialah:
namanya pun dah CURRY HOUSE,kena lah order KARI KEPALA IKAN ni..rasanya??as always-memang tip top lah!sapa sapa yang mai penang memang aku hajat nak bawak korang makan kat sini..marveles!!kena pulak makan ngan nasik panas panas..memang pehhhhhh..
Betul sedap wa cakap lu!!tak tipu punya..
Menu lain-KANGKUNG GORENG BELACAN-yang ni pun sedap tapi tak sesedap yang last time aku makan ari tu..yang ni belacan nya tak pekat sangat dah..takpa lah,janji still sedap dan menepati selera tempatan..(apa aku merepek nih..)
Ulam-ulaman & Sambal Belacan
Telur DADAR pen Mutiara Style
Dan satu lauk lagi yang best-SOTONG GORENG TEPUNG kruk krak kruk krak..yang ni pun sedap..nak nak cicah ngan sos Thai yang diorang kasi..sedapp sedap sedap...(ntah apa yang tak sedap aku kan??haha..tapi ni betul..bukan cobaan ok..aku tak tipu)slurrrpp..
Air yang kitorang order ialah LIMAU ASAMBOI & EPAL ASAMBOI..air standard la kan..takkan nak overrated jugak..haha(pic:courtesy of Mazlenny.blogspot.com)
Maka bila semua lauk pauk udah tiba apa lagi-makan lah!!jom kita menjamu selera dengan lauk yang enak enak belaka ini..Bisa bikin perut jadi penuh..Paduan Kari Ikan dengan sambal Belacan tu emang mantap..pastu sulam pulak dengan Ulaman tempatan tadi..memang lah layan!!sangat sedap ok.
Lanny baru first time bersua muka dengan Faisal & Keith..Biasa baca Blog sahaja.Alang alang aku nak jumpa ni tu yang aku ajak dia sekali..Ni pun dia baru Habis Photoshoot gambar untuk Raya di Rumah P.Ramlee..(modelkah dia ni??itu hampa pi tanya dia sendiri lah yek..masuk blog dia tengok..:).Kami duk bersembang sambil makan..sembang macam macam laa..tak larat nak taip kat sini..haha
Ini pula di namakan sessi menghabiskan isi di Kepala Ikan yang ada..Bersungguh Faisal duk kais isi ikan..aku suh dia pakai tangan tak mau takut bau kari..haaaa kan dah payan nak selak selak kepala ikan tu dengan sudu Garfu..Hantam sajalah labu janji kau bahagia kan. Yang si Keith pulak duk seronok hirup kuah Kari..ekkkk boleh plak macam tu..Cicah ngan Roti Benggala la bro!!hehe
Hasil dari kepal Ikan yang siap di lapah..yang tang mata tu aku punya..sedap ok Mata Ikan..kalau korang tak makan Mata ikan bak sini aku Uruskan..:)
Alhamdulillah..Licin semuanya yah!
Restoran ni menerima tempahan kalau nak booking pun boleh..yang depa duk pegang tuh set Ramadhan yang ada kalau korang nak datang makan kat sini..macam macam set lah yang ada..harganya pun berpatutan dengan apa yang di tawarkan..
Depan Restoran Pen Mutiara
Jom balik taraweh pulak..
Time nak balik ni pun Hujan still tak berhenti..sekarang memang musim nya kan..Berhati hati lah memandu semasa Hujan..Take extra precaution..Yang nak balik kampung pandu cermat Jiwa selamat.Elakkan malapetaka sebelum hari perayaan(ok aku dah merepek sebab dah takder idea)
Nice to meet all of you!!ada umur kita jumpa lagi k.Bukan jauh pun satu Penang ni jer..setahun lebih kenal baru nak bersua muka kan..haha..kira ok lah tu.at least this is for real..Not only in the Blogsphere but also in the real world.after all,we are not hiding behind some other guy personality kan??:)
*Maaflah kiranya entri aku kebelakangan ni semuanya berkisar pasal menu berbuka..ntah,takder idea nak cerita apa,bila bercerita pasal makanan it such a fun!!sorry ya kiranya mengganggu sensitiviti semua..Selamat Berpuasa lagi untuk Hari ni!!Salam Jumaat salam Mesra!