Monday, December 28, 2009
IT'S A NEW DAY
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
Seperti Mentari Pagi yang terbit melimpahkan warna untuk isi alam,begitu juga dengan kamu,yang datang terangi hidup saya dengan penuh cahaya kasih.Semoga Cahaya yang datang tetap bersinar dan tika malam menjelma,Sinar Bulan pula akan berganti muncul menerangi hitam Dunia.
Tanpa ragu lagi,Awak memang istimewa.
Always & Forever
Saturday, December 26, 2009
SAMBUTAN BESDAY PAK ASHAARY
Sampai Kemasek semalam pukul 4 petang..
Disambut mesra oleh semua ahli keluarga yang lain,selain dari di jamu dengan nasi beriyani dan Sup ayam beserta bubur nasik..meriah sungguh makanan yang ada di rumah..Sempat la mengupdate mana mana cerita yang tertinggal sesama kami..Kebetulan masa ni Pok zi dan Mok zah pun ada sekali,makin gamat lah keadaan dengan 3 heronya yang dah besar sekarang..seronok tengok Kembar diorang,i wish to have my own twin nanti..hehe
Ni gambar kat tanah sebelah rumah..kat sini mak ada buat kolam Ikan..ada 6 kolam kesemuanya..petang petang hari amik angin tengok keliling kawasan rumah pun seronok juga..
masing masing sibuk duk tangguk ikan..
Nampak tak ikan apa ni??tak berapa jelas kan..ni lah ikan keli,setakat ni ada 200 ekor kesemuanya..boleh buat bisnes ni kan..kat kolam satu lagi ada ikan Gapi dan satu lagi ada ikan Puyu..
ni nak amik ikan gapi ni..
Adek dah yang semangat sangat duk nak ambil ikan gapi buh dalam balang kaca,nak buat perhiasan kat bilik katanya..takpaa takpa..yang penting kerjasama kan.Then dari Kolam Ikan ni kami semua pulang dan berehat kat rumah,sementara menanti maghrib masuk..
Bersempena dengan Hari Ulangtahun Kelahiran Ayahanda pada 23 Disember yang lalu kitorang adik beradik bercadang untuk mengadakan sedikit sambutan untuk ayah..kebetulan dah ramai ramai ada so apa salahnya kan..after all,sapa lagi nak buat ayah happy selain dari anak anak nya kan..:)
Ayah dah tidur masa ni,tapi kami duk gatai pi kejut jugak sebab nak suh dia kerat kek..hehe..ayah tak berapa nak sihat sekarang..kakinya sakit sakit tu yang dia cepat penat..kami duk serbu konon konon duk buat suprise la ni kan..mujur ayah sporting dan memahami..seratus point di situ..:p
Mak kerat kek sekali ngan Ayah
Ini sudah terbalik,sepatutnya Mak la suap ayah kan..ni ayah pulak yang suap mak..hehe..apa apaun janji mereka bahagia..Selamat Ulangtahun Kelahiran ayah..semoga ayah sihat sejahtera dan cepat sembuh..panjang umur dan murah rezeki..ameen.
My dad,My Hero..Happy Birthday!
sederhana di ruang tamu rumah..
ni sessi berbagi kad untuk ayah dari anak anak semua..ayah kelihatan terharu masa baca kad ni..speechless,tapi ada cahaya gembira kelihatan dari sinar matanya..
semua duk pulun sign..cayalah!!
Hadiah apa yang kitorang bagi??kitorang kasi HP N70..sebab hp lama ayah dah rosak..ayah nmemang suka pakai N70 so kami belikan yang lain..nak belikan yang banyak application takut ayah tak pakai so beli yang ni pun dah memadai..Hope he will like it..:)
Untuk jamuan makan,STEAMBOAT yang di buat..kuah tomyam jadi sup untuk malam tadi..Lazat yang amat!!
sila makan sila makan..
Doa selamat Adik Ipar yang baca,Zul..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada kesulitan tersendiri..Seronok sangat bila tengok mak dan ayah seronok..Bukan kek dan hadiah jadi ukuran,tapi ingatan dan penghargaan anak anak itu sendiri yang lebih menjadi keutamaan..WE LOVE YOU DAD!!
Happy Birthday again my dad!!You always be the greatest dad i've ever had..Take care!!
*on my way back to PENANG already..
HAPPY BIRTHDAY NIKLI!!
Another Disember Babies,
Wish you to have a GREAT YEAR ahead!! Friends will come and friends will go,
The seasons change and it will show,
I will age and so will you,
But our friendship stays, strong and true...
Happy Birthday, my friend
In this ever changing world
It's nice to know
That one thing is forever
You'll always be my friend..
Many Happy Return and Best wishes,Take Care my Dear Friend!!
Thursday, December 24, 2009
HAPPY HOLIDAY & MERRY CHRISTMAS!!
Suasana di Opis lengang hari ni.
Ramai yang dah start cuti..
tak kurang juga yang terus cuti sampai NEW YEAR..
Apa-apa pun,tetiba tekak ada request
Rasa macam nak makan SUSHI lah..
Jom teman saya makan SUSHI..
Selamat bercuti Rakan-Rakan semua!!
Merry Christmas!!
*malam ni saya bergerak ke KL,esok pagi ke Terengganu..Insya Allah kami akan sempat celebrate Birthday ayahanda pada 23 Disember yang lalu..:)
MENGHAKIMI & DIHAKIMI
Ini sebagai Contoh semata-mata.
Persoalannya,siapa kita untuk menghakimi orang lain?
Dalam menghakimi orang lain,seringkali penilaian kita bersifat tidak jujur.
Biarlah Allah sahaja yang menghakimi kita.
Sebab DIA lebih berhak.
Wednesday, December 23, 2009
HOLIDAY @ BALI DAY 3 - LUNCH @ PIZZA HUT
Sambungan dari Entri sebelum ini..
Dari Hotel Hard Rock kami berjalan kaki sahaja ke sekitar pantai Kuta,mencari tempat untuk makan tengahari.Ternampak Pizza Hut terus kami decide nak makan kat sini jer.(Macam kat Malaysia takder Pizza Hut jer kan)
5 of Us
Aida*Nikli*Zie
Liyana*Axim
Sebagai starter kami makan ni dulu.Apa namanya aku tak ingat,tapi ni Roti atasnya ada sos macam mayonis siap ada udang.ntah aku tak ingat betul namanya.Yang aku ingat rasanya sungguh sedap sekali.Bukan sedap sekali tapi sedap dua tiga pat lima kali.
mari-mari kita mula kan santapan kita
Aku ngan Zie order Bolognaise tak mau Parmesan Cheese kat atas..Bolognaise ni kami kongsi,takut makan tak habis sebab ada mender lain lagi yang di order..Bolognaise ni tak meletup sangat sebab lagi sedap yang aku buat..(matilahh statement tak agak-agak)
Sementara menanti Hidangan lain sampai,kami duk belasah starter dan Bolognaise tu dulu.Sharing is Caring.Caring is Loving.air yang kami order:
Fresh Lime*Durian Belanda
Tea'o Limau
Aku order Alpokat-jus hijau pekat likat yang sememangnya tersohor di Indonesia.Rasanya boleh tahan.maaf yana aku tak sempat kasi ko rasa,dah habis sedut sumer baru ko mintak..haha
Tak lama kemudian sampai lah menu yang seterusnya-LASAGNA AYAM..yang ni nak makan pun kena belek belek sebab lapisan kat atas ada Cheese.
LASAGNA
Yang ni paling aku suka masa ni-CENDAWAN BERCILI..rasanya memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..yang ni kitorang mengadap sat jaa habes..
ni Pizza apa aku dah tak ingat..PIZZA AYAM rasanya.ada ker nama Pizza ayam??tak kelas lansung kan nama cenggini.
Macam biasalah,aku bab bab Pizza ni memang lah kurang..kalau makan pun paling banyak one and half slice..tu pun setelah berhempas pulas buang mender mender atas roti,makan rotinya sahaja.
makan makan makan dan makan..
Khusyuk mengadap makanan
sedang menghayati makanan..
Yang ni aku tak sure Nikli duk komplen pasal apa..
Yang pastinya aku tetap tersenyum gembira setelah Kenyang.
Selesai makan-makan(Alhamdulillah,kenyang bangat dong),kitorang bergegas kembali ke Hotel semula sebab dah janji ngan Pak Aris untuk jumpa dia kat sana jam 2.30petang..Seperti biasa Pak Aris memang akan sampai tepat pada waktunya.
Oddysey Surf School
posing itu dah jatuh WAJIB
Kuta.Bali.Indonesia
Untuk hari ni,kami akan ke Uluwatu,dan akan melihat Tarian Kecak di Puncak Pura di Uluwatu.Nanti lah aku share gambar di Uluwatu dan Kecak Dance..tak larat nak upload gambar banyak sangat neh..theheheheheheee...
(to be continued..again)