Hujung minggu ni aku berada di Kuala Lumpur..
Semoga segalanya sihat sejahtera.
Take Care Everybody!!
Setelah puas menghayati keindahan TIP OF BORNEO,maka dengan hati yang puas kami bergerak balik..
Dalam perjalanan Pulang,
Kami terserempak dengan gerai gerai tepi jalan yang menjual buah-buahan tempatan seperti Jagung,Labu dan Pisang..Sungguh Unik sekali jagung bakar yang di jual.tak pernah lagi aku jumpa jagung yang bakar kosong ngan Kulit Kulit skali..terus tergerak hati untuk beli dan rasa keenakan jagung tersebut.
ini ialah orang jakun yang tak pernah jumpa jagung bakar macam ni
Pasukan Jakun bertambah lagi dua..masing masing tersenyum sumbing
di balik pisang pisang montel itu terselit seorang gadis yang tengah buat 'Peace'
Masuk dalam avanza,terus masing masing bukak jagung bakar..sebatang seringgit jer..tapi kemanisan dan kesedapannya terserlah!!memang sedap yang amat..susah nak dapat jagung yang manis secara semula jadi macam ni..biasa pergi kat pasar malam pun manis sebab dah sapu madu ngan gula.ni seratus peratus asli..tak cukup sorang sebatang..
ini ialah pemandangan di tepi jalan.tak pasti ni kat mana..
Dalam perjalanan terserempak satu pasukan Motor duk kibar jalur gemilang.terus aku naik heran sebab nak kata Bulan Kemerdekaan baru Bulan Mac..nak kata ada acara apa apa kat sini nampak takder apa pun..wallahualam.Mungkin ini ialah barisan mat mat rempit yang berjiwa patriotik.
Setelah penat menarah jagung bakar dalam kereta,kami singgah pulak kat Gerai Kelapa Bakar Seri Menanti..kelapa bakar??macam mana tu..mesti suam kan isi kat dalam.yang pasti misi aku ialah nak cari LOKAN PANGGANG..dah banyak kali teringin kali ni baru hajat kesampaian..
Adakah ini barisan model air kelapa??tampak bersungguh sekali menggayakan kelapa tersebut.
Ini bukan lah kelapa bakar..tapi kelapa biasa yang sejuk..diorang buh kelapa ni dalam ais so bila bukak sejuk lah air kat dalam-sebab masing masing dah penat dan dahaga.maka nya nak cari air yang sejuk dan menyamankan..memang seronok sedut air kelapa ni di kala tengah dahaga.
Bersungguh sungguh aku duk sedut air kelapa..pure punya.tarak campur gula..isinya pun lebut..pehhh bukan main kan aku puji dan describe air kelapa ni..padahal dah takder idea nak tulis apa tu yang aku merapu yang bukan bukan ni.korang layankan ajer lah yek.
mengambil gambar sementara menanti Lokan Panggang..
Ini ialah Rupa Lokan yang belum di panggang atau di masak.hidup atau mati wallahualam
Dalam pada diorang duk bersembang sementara menanti Lokan di panggang sempat lah aku ke tempat belakang kedai,tempat makcik kiah(bukan nama sebenar) ni bakar Lokan..dia guna atap asbestos jer buat alas bakar.kelassss!
Menurut makcik Kiah,dah lebih 20 tahun dia duk meniaga Lokan Panggang ni.tetamu yang datang rata rata pelancong macam kami..Orang tempatan jarang datang..yer lah,maybe sebab dah makanan tempat dia..Cumanya aku sangat lah lupa ni area mana..abang bear cuba mai habaq sat..
Lokan yang sedang dalam proses pembakaran..
Ini pula yang dah siap di hidang kat meja kami..
Apa lagi,jom lah kita makan lokan panggang ni.dah lama teringin..dan ternyata memang sedap lah!aku suka yang raw raw tuh..tak masak sangat lembik lembik..sekali sedut macam Oyster la pulak.tapi rasanya aku tak taw nak describe macam mana..yang pasti aku suka.nak rasa??sila lah ke Kota Kinabalu..:)
Lokan Panggag ni lagi sedap kalau cicah ngan sambal kicap dan lada..kena buat sendiri atas meja tu..lada nya letak sikit dah la kalau tak pedas yang amat..lagi kaw punya bila cicah..sampai abang bear makan terpercik percik kat aku sambal kicap..tetiba lokan jadi hidup..haha..kami jer yang paham..:p
Sampai 3 talam ni kami order..makan sampai kenyang..
Anyway,akhirnya aku dapat merasa keenakan LOKAN PANGGANG ni..yeahhhuu..dari dulu duk dengar orang cerita ker kat KK sedap layan Lokan panggang..kalau korang jenis suka makanan bercengkerang mesti suka Lokan ni..ala ala kepah la jugak..tapi dengan saiz yang lebih besar.
Jangan Lupa mencuba Lokan Panggang yaa kalau anda ke Kota Kinabalu!!
*cerita trip KK ni tak habis lagi.banyak siri..sabar menanti ok..hari ni dah khamis.sekejap jer dah nak weekend..Kursus seminggu minggu depan kat KL tak jadi.baru jer dapat taw kursus dah penuh.kena tunggu next turn..cessssss..
Ini kisah hari sabtu yang lalu..
Hari yang sama aku baru balik dari Langkawi(atas Urusan Kerja)..sampai Penang dalam pukul 6 petang time tu,tak sempat nak berehat atau apa dah terus gerak ke Alor Setar pulak atas tujuan memenuhi undangan rakan untuk makan malam dan majlis sambutan hari lahir ibunya..dah janji dua minggu sebelum so takkan nak turn down the invitation..anyway,i had a great night though!Thanks Faisal and Keith for the ride..nasib baik korang datang ambik.nak harap aku drive tak larat ler..
Bertolak dengan Faisal n Keith dari penang jam 6 lebih..sampai Alor Setar dah pukul 8..Actually Cik wanie yang jemput kami untuk having dinner together dan meraikan hari lahir mama nya in advance..ni first time aku masuk rumah dia..dijamunya pulak kami dengan Karipap Daging..dan tak lupa tea o ais..Thanks a lot..ni baru pra makan makan..yang lagi hebat akan menyusul kemudian..Tungguuu..(teruskan pembacaan anda hingga ke akhir rancangan..:)
Sebelum sampai Restoran ni kami sempat menyinggah kat Butik Wanie dulu..sebab Faisal ngan Keith tak pernah sampai lagi kat Butik tu..saja lah nak tengok perjalanan Bisnes depa..kendian baru kami gerak ke RESTORAN MAKANAN LAUT OASIS ni..Lokasi sebenar tak aku ketahui tapi atas lagi dari Kuala Kedah..
yerrrr inilah dia orang nak tunjuk skill..Faisal duk ambil gambar Ketam Nipah..nak tengok gambar ketam nipah sila rujuk blog beliau di entri ini..dekat entrance dah macam macam seafood yang hidup hidup ada dalam akuarium.Pilih jer lah nanti nak makan yang mana satu.Cuma aku musykil betul kaa diorang pakai yang fresh macam tu..Wallahualam.
Maka duduklah kami berenam di dalam Restoran ini..takder angin pun masa ni..maybe sebab cuaca macam nak hujan.nasib baik tak hujan.Bila dah duduk sebelum nak sembang macam macam order lah dulu apa yang patut..so mai kita tengok apa yang kami order..:
Ini ialah AMRA ASAMBOI atau nama bisanya kedondng asamboi..aku yang suggestkan air ni,tapi turns out mama ngan Cik wanie tak suka..Faisal ngan Keith ok la pulak.haha..tapi still takleh nak celen kedondong asamboi kat William..(ohhh kamanya tak ke William.)..sudahnya wanie order air jus epal.
Sebagai starter,mempersembahkan SHARKFIN SOUP..yang ni memang aku kasi A+ lah..memang sedap.aku suka..kitorang amik yang medium tapi tu pun macam banyak..kami berenam boleh la habiskan.Sedap.len kali kena mai lagi nak makan sharkfin soup ni.
SOTONG GORENG TEPUNG..yang ni just ok..sotongnya lembut tapi tepungnya kurang sikit.tak rangup dan kurang berperisa.B sahaja rate yang aku leh kasi..nak kena cari sotong goreng tepung kat Kuala Perlis jugak..heheheee..
Menu yang paling best malam ni aku kira- UDANG BUTTER..memang best!!A+++ dari aku.maybe sebab udangnya saiz besar dan kerawang kerawang nya yang lazat..must try jugak di Restoran ini.
AYAM MASAK LEMON - kegemaran cik wanie dan mamanya..sedap..tapi aku kurang sikit ayam masak lemon macam ni.still makan but not Faveret.B+ aku rate sebab tak berapa nak kena ngan anak tekak aku..:)
KERABU MANGGA - krup krap krup krap makan kerabu ni sebab ada Bilis goreng ngan Udang Kering garing kat dalam..Gajus konpem kena ada..A jugak aku rate.aku memang suka kerabu mangga..on top of the list dari semua kerabu yang ada..
IKAN SIAKAP STEAM LIMAU TAUCU - yang ni pun not bad..boleh tahan..kuahnya sedap dan berkhasiat..A lagi aku rate..ada taucu skali diletak dalam kuah.siap ada extra kuah..yang ni Faisal ngan Keith habiskan sampai ke titisan terakhir.hahaha..sedap sangat la tu kan.
istimewanya ikan ni,ada arang dan bara kat bawah so kuah sentiasa menggelegak..
Last but not least - TOMYAM SEAFOOD..yang ni just so so jer.not my faveret..B saja aku kasi.maybe sebab Kuah steam tadi lebih sedap..mulanya kami dah tak order tomyam ni..tapi sebab nak rasa jugak terorder lah satu mangkuk..anyway,habis jugak kan..:p
Maka setelah semua menu sampai kami pun makan lah dengan bersopan santun..lapar di kala ini walaupun jam dah nak dekat pukul 10 malam.makan lewat malam tak elok sangat tapi sekali sekala kan.nanti work out lah balik..You play you pay..that's it.yang penting macam macam isu sembang..(apa yang kita sembangkan ekk??dah tak ingat..hahahaaa)
Gambar ni mintak tolong akak waitress tu yang ambikkan.Gabra gak arr minah tu nak tolong ambik gambar.dengan sedikit bimbingan boleh la dia snap snap.siap dia bagitau nak beli DSLR lepas dah berjaya ambik gambar kami berenam..(ok part ni aku tipu.)
kelicinan di situ yaa..sungguh syiok makan makan.Alhamdulillah!!
Lupa pulak pasal sambutan besday Mama Wanie..lepas da siap makan makan baru cupcakes yang kiut miut ini sampai..suprised ker??haha..tak berapa nak suprised dah sebab kek ni memang bawak sama sama dalam kereta..yang pasti kek ni sangat sedap!tak berapa manis siap aku bawak balik 4 bijik..opsss..(karipap pun ada gak bawak balik..)
Selamat Hari lahir buat Mama wanie!semoga dikurniakan kesihatan dan Rezeki yang berpanjangan..Insya Allah..
Ini adalah gambar wajib sebelum kami mengorak langkah keluar dari Restoran..tengok lah cupcakes yang tak habes tu.mana nak habes..sorang makan sebijik jer sebab dah sangat sangat kenyang..ta ker banyak sangat lauk yang kami makan tapi vacuum faisal berjaya menghabiskan semua kecuali Ayam lemon...heheheeee..
Terima kasih daun keladi Wanie and her mama for the invitation.makanan kat sini semuanya sedap sedap!!shark fin soup tu tak boleh di lupakan..nanti ada masa kita mai sini makan ketam nipah pulak ok..Happy Bithday again to Mama wanie.
salam bertemu lagik!!
Adios!
Hari ni hari Rabu.Esok hari Khamis.Lusa hari Jumaat.
Ok aku merepek.sebab tengah tensen.Kerja duk ada berlambak ni.pelan pelan kayuh.nanti setel lah ni..alang-alang dah nak lunch break aku update la blog kejap..nak sambung story pasal pi KK lagik.tak kisah lah kalau korang dah jemu,just nak share gambar ngan korang..
TIP OF BORNEO located at Tanjung Simpang mengayau,is also known as the Northernmost tip of Borneo, is located in the district of Kudat, in the state of Sabah, Malaysia. The tip is the meeting point of Sulu and South China Sea.A bronze globe marks the location of Tanjung Simpang Mengayau at latitude 7 degrees north and longitude 116 degrees east. A map featuring the island of Borneo is embossed in bronze and laid on a flat surface at an angle with inscriptions to mark the Tip of Borneo.
Masa kami sampai kat kawasan Tip Of borneo ni rasa lapar la pulak..kebetulan ada pakcik jual aiskrim apa lagi semua duk serbu..macam kanak kanak riang daaa..heheee
Sungguh seronok sekali mereka makan aiskrim vanilla itu!
Da setel makan aiskrim kami meneruskan perjalanan ke Bawah kawasan Tip of Borneo..nak naik kena mendaki bukit..takder lah tinggi sangat tapi mengah la jugak..
Ni lah bukit yang aku maksudkan..siap abang bear ngan aida joging ni nak pecah lemak.tapi yang bestnya kawasan ni memang Cool..best jer..cuaca pulak redup dan mendung..tak panas..memang nyaman bah!
Here i am @ TIP OF BORNEO..
Kena turun pulak kalau nak bermain dengan ombak kat bawah sana..Ombak memecah batuan denga hebat!Subhanallah..ramai jugak lah orag yang bertandang..Geng geng Rosiah Chik pun ada.
Hati hati turun ikut batu tu..Licin kang nanti tergelincir..
Dan hasilnya memang aku tergelincir..ingat tak lah licin skali bila turun kedebuuppp macam nagka busuk au atuh..nasib baik kamera takder apa apa..cepat cepat aku bangun buat macam biasa padahal malu yang amat dah ni ada sekumpulan cina kat belakang aku dah gelak gelak..huahuahua..kemaluan aku di situ..
Seluar Kotor dan siku aku berdarah..
Tapi aku tetap maintain Cool..sikit jer berdarah tu..suci dosa sikit.haha
Kawasan bawah ni rata jer..ombak menghempas hempas dan angin pulak kuat..aku rasa ni first time aku sampai tepi laut yang macam ni.even kat tepi laut di Pura Tanah Lot Bali pun tak best macam kat sini.
Jangan commit suicide dah la aida oii..
peace peace peace!!!
Sila lah lihat Ombak yang bergulung gulung kat belakang tu..
ok dah dah la tu..jom kita balik pulak..
Untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali maka aku memerlukan pertolongan abang bear.kang jatuh lagi habis la kotor seluar lagik.dah la pakai Putih..konon konon nak bersebati ngan alam sekitar..muahahahaa.. mekaseh abang bear tolong aku !
struktur batuan yang sangat Unik!!
Kami berenam..Tripod takder,buh atas tangga jer kamera..
hati hati kang terjatuh kat belakang tu sapa mau jawab??
Globe ni memang glemer..ramai sungguh orang duk asyik ambik gambar kat sini.
Mari kita berangkat pulang..jom jom jom!
lumba larik..agak agak sapa sampai dulu??
Sekadar Iklan semata mata..kalau nak Rent Chalet hubungi nombor yang tertera di atas..Kesimpulannya tak sia sia kami meredah perjalanan hampir dua jam semata mata nak tengok keindahan Tip Of Borneo ni..Berbaloi baloi..yang penting cuaca sangat elok..Terima kasih abang bear dan Doktor Shah sebab bawak kami datang sini!what a memorable trip!(belum habis lagi ok.ni baru masuk hari kedua..)
to be continued..
*dah dua hari tak online FB..aku masih hidup.sapa kata aku takleh hidup tanpa FB??hehehehe..