Followers

Monday, July 26, 2010

DINNER & MOVIE @ KLCC

A quick recap on Weekend activities:

-Pagi Sabtu masuk Opis kejap..setelkan kerja apa yang patut sebab nak Outstation seminggu..(26-30 Julai aku outstation di Port Dickson dan Pasir Gudang,JB)

-Hari ahad ke Baling Kedah sebab nak menyertai Kembara Amal Bermotosikal ,kebajikan untuk warga kampung di Baling sana..bersih masjid dan Kubur..Petangnya bergegas balik ke Penang dan terus ke KL sebab isnin ada Kursus di Port Dickson..

What a Hectic schedule..but i'm ok with it!!dan cerita makan makan di KLCC dan Dinner di Chili's ni adalah kisah malam tadi..Enjoice!

25 JULAI 2010

1

Sampai KL tadi dalam pukul 7 pm..sepanjang perjalanan Hujan lebat..super uncomfortable untuk memandu..Alhamdulillah selamat sampai..Sampai di KL ke Ampang then fetch Zie untuk ke KLCC..ada temujanji dengan seorang rakan Facebooker yang tak pernah bertentang mata..

2

i think POLO Ralph Lauren ada buat Promotion new fragrance..ada 1-4 pilihan..dan hati aku sangat tertambat dengan bau No.4..the smell was so goodd!!nak beli tapi tak jadi mengenangkan ada lagi 5-6 botol perfume yang masih belum habis..

3

Dalam duk belek Perfume Amalia sampai..Amalia ni memang kenalan di FB sahaja..bekerja di Miri dan kenal lah jugak dengan si Nikli..so kenal kawan atas kawan akhirnya kami berjumpa jua..tak salah kan nak meluaskan Network..Amal ada di KL dari isnin hingga Rabu atas urusan Rasmi.so alang alang aku dah ada di KL so sempat lah singgah jumpa kejap.

4

5

we decide to having our Dinner @ Chili's.

6

Nice to Meet you Amal!!eventhough baru first time jumpa but we managed to talk about so many things,and basically seronok dengar cerita dia duk Travel sana sini..Jauh berjalan luas pandangan kan..:)

7

Air mango Jus tu aku belasah refill sampai 5 gelas!!pastu sibuk lah cari Toilet nak buang air kecik pulak..tapi air tu macam sikit..sekali sedut dah habes..atau aku yang terlebih dahaga?haha..so apa yang kami makan??

8

Starter Wajib di CHILI'S : TRIPLE PLAY

9

For myself,i've ordered GRILLED SALMON WITH HERB RICE

10

Lama gila aku tak makan Salmon..Salmon kat sini macam kurang ke'salmon'an nya..tak taw nak cakap macam mana..but still sedap.aku suka nasik Herb tuh.Very Nice!!tapi sikit sangat..huhu..nak suh aku diet lah tu.Actually memang kitorang order dua meal ni jer.takut tak habis ebab portion nya banyak.Membazir amalan syaitan..

11

Pasukan Yang Khusyuk makan tanpa menghiraukan alam keliling

12

Ini ialah Desert yang di tunggu tunggu..MOLTEN CHOCOLATE CAKE..memang sedap sangat !!aku pun suka..ambik satu jer boleh kongsi 3-4 orang.Korang jangan nak mengada order banyak banyak nanti tak abes..sebab quite big portion nya..lain lah kalau korang pencinta Tegar Coklat.tu lain cerita.

13

Kerakusan kami menyebabkan Desert ni dah hilang rupa.Ada apa pada Rupa.janji sedap!

14

Aku pun tak nak terlepas peluang menjadi Rakus

15

Thanks Amal for the Treat!!ada Umur kita jumpa lagi nanti..Really nice to meet you..Biasa duk komen komen kat FB jer.kali ni dapat bertemu muka pulak..Teknologi menyatukan Umat Manusia..:p

16

Tapi pertemuan kami tak terhenti di situ sahaja..abes Dinner kami layan Muvee dulu citer 'The Sorcerer Apprentice..'..Jangan tanya aku sedap ker tak cerita tuh sebab aku tidur..haha..tengok gitu gitu jer last last terus tak faham..tidur berselimut lagi..hehe..Penat Drive kot.

17

sambung bergambar lagik..After Movie terus pi hantar Amal ke Hotel Crown Plaza..

18

Anyway,Thanks Amal for this Cute tiny little shoes from Holland..Love it!!ada masa nanti kami ke Miri kita boleh berjumpa..ada tempat lagi kat Miri tu kami tak sampai..Buat baik di balas baik budi yang indah di kenang jua.

Sekian.

*26 Julai 2010 -akan berada di Port Dickson

**27 Julai - 30 Julai 2010 -akan berada di Pasir Gudang Johor Bharu.

Saturday, July 24, 2010

UMUR AWAK BERAPA TAHUN??'EMPAT TAHUN LAH!!'

panda_boy_4th_birthday1

24.07.2006

Tarikh mula-mula aku bekerja dalam kompeni sekarang..dan hingga kini aku masih setia dengan kompeni yang sama..


4 Tahun.


Genap 4 tahun aku dah mula berdiri atas kaki sendiri.Jauh dari keluarga dan saudara mara.aku mengorak langkah sendirian di bumi Penang yang sangat asing bagi aku pada mulanya..2 bulan juga aku ambil masa untuk menyesuaikan diri dan sekarang,aku sangat suka tinggal di sini..suprisingly Penang is really a cool place..and it suit me in so man ways..:)

Memang banyak dugaan bila jauh dengan Keluarga,jauh dari sebarang konkongan..semua mender atas diri sendiri..jatuh bangun makan pakai semua sendiri yang uruskan..dah ramai yang bertanya 4 tahun tu dah kira cukup lah masa di ambil kumpul harta untuk berumah tangga..alasan aku cukup mudah-ada Jodoh insya Allah tak ke mana..sebelum masuk 30 tahun satu masjid akan terbina.itu target aku.


I just want to be BETTER.

4 tahun asam garam kehidupan di rantau orang banyak mengajar aku pelbagai perkara.baik yang cantik ataupun yang jelik semua aku dah telan..adat merantau kena lah ikut resam masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak..aku just nak jadi orang yang lebih baik lagi..Baik dalam semua sudut..moga 4 tahun yang berlalu semakin mematangkan aku.


4 years has passed me by..and still counting.


Good Luck to Myself.

Friday, July 23, 2010

NAILI'S AMPANG : IT DOES WORTH A TRY!

Salam Jumaat..

Hari ni odit berakhir.tak serabut sangat dah pale otak aku..Boleh peace in mind kejap weekend nanti..esok sabtu nak rehat jer lah kat Rumah.tak mau pi mana mana nak relaks having my own sweet time..layan DVD baring baring malas bila lapar pi masak makanan sendiri,sounds fun right?hahahaaa

Kali ni aku nak share story pasal makan makan kat Naili's Place Ampang..actually dah lama aku teringin nak lepak kat sini..dah dua tiga tahun teringin tapi 2010 ni baru tercapai hajat.This restoran dekat dengan Hospital Ampang Puteri,aku nak bagi direction sangat pun tak reti tapi boleh nampak lah dari bahu jalan.Teringin nak singgah sebab this cafe nampak menarik.

1

Here i am @ Naili's Ampang

2

Surfboards, palm trees, golden sand... you will be surprised to find that this isn't a holiday retreat in the tropics. But a cosy beach-themed café right at Ampang Point. What better way to relax after a hard day's work than to chill out with good company at Naili's Ampang Point.
Throw cautions to the wind. That is perhaps the next best thing to do, besides enjoying our appetizing spread, cozy ambience and music.

Bussiness Hour: 5pm to 2am (Open 7 days a week)

3

Masa aku datang ni dah nak menghala ke malam..dalam pukul 7 pm kalau tak silap..masa ni aku di KL sebab ada meeting kat Bangsar awal bulan Julai..so ambik kesempatan sebelum balik Penang lepak singgah makan kat sini.i think tempat ni best kalau nak lepak ramai ramai..yang aku tahu Naili's ni banyak cawangan.Kat sentul,Taipan Subang Jaya ngan Damansara Uptown.

4

AA mai makan kat sini dengan ZZ

5

Air Kelapa Muda ngan Teh'o Ais

6

Ini ialah UBI REBUS CICAH KEAPA PARUT DENGAN SAMBAL BILIS..Unik kan??mana nak cari celah celah KL ni restoran jual Ubi rebus..tak taw lah kalau ada kat tempat lain..Memang sedap terangkat Ubi rebus ni cicah ngan sambal bilis..Ziana yang order ni..nak makan lite lite katanya.

7

ini BIHUN TOMYAM aku yang punya..nampak tak menarik??meh kita selak isi kat dalamnya..

8

percubaan Selak yang pertama

9

Percubaan selak ke dua

10

percubaan Selak yang ke tiga

11

Rasa tomyam nya aku suka..pekat dan likat..memang terangkat!tambah pulak isi dalam tak kedekut..sebab harganya memang tak serupa kedai lain.A bit mahal tapi it does worth a try.kalau sekali sekala nak lepak minum minum makan ubi kayu rebus ok lah kot..Nanti nak try lepak Naili's cawangan lain pula..Insya Allah.

*too busy with hectic schedules lately buat aku jadi tak fokus pada diri sendiri dah..and the consequences is really BAD..I need to find strength in myself back,and start it all over again..i know i can do it.

Wednesday, July 21, 2010

A DAY TRIP TO LANGKAWI

Hari ni kena pi Langkawi.

Work purpose..bukan untuk holiday..pergi pun day trip saja..pergi pagi pagi then balik petang tadi..glad that dapat setel kerja kat Langkawi awal..tapi time nak shopping cokelat mood terbantut sebab harga dah naik..naik bukan sikit sikit..3-5 ringgit okeh..entah.maybe sebab harga minyak naik,gula naik so semua barang pun start naik..Apa nak jadi ni Malaysia oh tanah airku..

kawi1

Kali ni aku naik di Kuala Kedah.Biasa naik di Kuala Perlis.Tapi pagi tadi tak larat nak drive.Ngantukss..so sampai Kuala Kedah ambik feri yang awal.pukul 7.15 pagi..perjalanan ke Langkawi 1 jam setengah.harga tiket RM23 sehala..takper boleh claim balik.haha

kawi5

Helang di Pulau Mahsuri

kawi22

Sampai Langkawi kul 8.45 pagi..Then Opis di Langkawi mai ambik..bawak pi Bekpes then straight ke tempat kerja,setelkan apa yang patut then pukul 2.30 pm aku dah ambik tiket feri balik..memang short trip sangat.Lagi pun Langkawi bukan ada apa pun nak stay lama lama..

kawi2

Kalau nak datang bercuti kena betul betul bercuti.kalau bisnes trip macam ni mesti takder mood sangat nak berjalan..boleh jer kalau aku nak balik lewat petang tapi takder apa nak di kejar kat sini..so aku rush balik jer lah.Feri pukul 2.30 pm then sampai Kuala Kedah balik pukul 4 pm,straight balik ke Penang.Ingat sempat nak masuk opis kejap tapi dah lambat so straight balik rumah jer lah.

kawi3

Balik rumah Goreng Keropok lekor pun sodap untuk dinner..Makan keropok lekor hilang segala penat..Keropok lekor ni ada sebab balik kampung minggu lepas..then makan sambil layan DVD..and now aku nak tidor dah.ngantuk.esok nak kerja lagi..

Adios!

Tuesday, July 20, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 2 - DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET,ELEPHANT VILLAGE & COBRA SHOW THAILAND

Minggu yang amat sibuk.

Sibuk dengan audit tak sudah.but what to do.kerja kena buat.Tanggungjawab kena di laksanakan.Bekerja lah kito sekueknyo..Malas nak story pasal kerja jom dengar ini cerita..Hari kedua kami di Bumi Bangkok.

8 JULAI 2010

Pagi-pagi kami dah bangun.

Selesai solat subuh then terus bersiap siap untuk turun bersarapn pagi pada jam 7 pagi..Sebab apa awal?sebab tujuan perjalanan hari kedua ni telah di aturkan oleh pihak hotel.Kami dah book satu Van untuk ke Damnoensaduak Floating Market,Elephant Village dan Cobra Show.Ini merupakan Trip setengah hari dan kami bayar sorang 550 Baht.

1

Mari kita mulakan hari dengan senyuman..:)

2

Makanan di Hotel ni Di jamin Halal.Ada Logo halal lagi tertera di kafe..Makanan yang di sediakan pun ok lah.what do you expect kan dengan Hotel Bajet macam ni..Ada Nasi Goreng,Telur mata dan Sosej..Roti Bakar pun ada..Yogurt pun ada.Pilih lah mana yang anda suka.Rasanya biasa jer..Ok lah.

3

Mari bersarapan pagi..ada Pool Table lagi okeh.

4

Turun awal pagi so takder lah terkejar kejar..

5

Orang Thai memang menepati waktu.Dari segi punctuality memang aku salute lah diorang.so takder lah kami kena tunggu..diorang yang kena tunggu kitorang.well,customer always right what..Dalam pukul 7.30 am kami memulakan perjalanan ke The Damnoen Saduak Floating Market, situated 110 kms west of Bangkok..Dalam dua jam perjalanan lah jugak.

DAMNOENSADUAK FLOATING MARKET

6

Dalam perjalanan kami merentasi CHAO PHRAYA RIVER. Tourist guide kami namanya Nancy..nama Thai dia lain tapi dia duk reka buh nama english dia Nancy sebab senang omputih mai nak sebut.kami pun panggil dia Nancy sajalah.Very friendly and talkative..tanya soalan apa apa pun dia ok jer jawab..

7

Sampai dah di area sebelum Floating Market(tak taw ni area mana)..kat sini kami akan naik Bot menuju ke Damnoensaduak Floating Market.kat tepi tepi ni ada gerai jual jajan dan air dan semestinya ada jual Topi..kami tak beli apa pun.nak jimat duit lah katakan sebab nak bershopping kat kawasan Floating market sat lagi.

8

Bot yang kami naik..

9

Dalam trip ni ada lagi satu kapel dari India dan juga satu pasangan ayah dan anak lelaki yang turut sama dengan kitorang..Tak kisah pun sebab takder effect apa pun.The more the merrier what..maka kami pun di bawalah menyusuri sungai(longkang??) menuju ke Floating market tuh..

10

Maka dengan ini di umumkan sah lah ni kawasan rumah orang..di tepi titian nampak ada penduduk tempatan duk basuh baju so aku rasa mesti diorang kencing berak pun dalam air ni jugak..so terpaksalah mengelak ngelak kalau air terpercik masuk bot..Bukan nak kata penggeli ker apa tapi korang pikir sendiri lah..Aku tak kisah sebab for experience wise,this gonna be something precious.at least aku dapat menghargai nikmat hidup yang aku ada sekarang..tak perlu nak bersusah payah macam mereka..

11

Dalam 20 minit kami di bawa menyusuri perkampungan air..dan finally we already arrived at kawasan Damnoensaduak Floating Market..Nampak lah ada kelibat pakcik makcik kat sini duk mengayuh sampan sambil bawak barang makan or barang hiasan untuk mencari sesuap nasik..itu gaya hidup mereka di sini.

12

Actually nak datang kawasan ni melalui jalan darat pun boleh.tapi sebab dah masuk dalam pakej naik bot dulu so kami layan kan ajer lah.our travel agent Nancy ni dah sampai dulu dengan Van kat sini..so jumpa dia dulu then dia bagi masa lebih satu jam untuk berjalan jalan..10.20 pagi kena kumpul kat kawasan ni semula.Naik Paddle Boat 15 ringgit satu kepala.

13

ini bot kami sahaja yang punya..orang lain takleh kacau.

14

Maka bermulalah pengembaraan lima sekawan di dalam Floating market..Kat Floating market ni a bit different dari yang aku pergi kat Haadyai Mei lalu.Kat Hadyai takde naik sampan macam ni..just lalu tepi tepi beli makanan..ni kami naik paddle boat then ada peniaga akan kais kami punya sampan suh singgah tengok barang..macam biasalah kami tengok jer..tak beli pun.

15

Barang yang di jual-Buah,souvenir dan barang Hiasan,.Makanan pun ada

16

Antara souvenir yang ada

17

Naik paddle boat ni lebih kurang setengah jam..dari hujung ke Hujung..nak beli makanan macam tak lalu atas ni sebab mengenangkan air yang kami lalu ni air apa ntah..hahaaaa..But i think everybody should try this..New experience and new thing..something different lah kan.

18

Nak cerita pasal harga barang dalam Floating Market ni.Aku duk berkenan kat gambar macam atas ni..ada tiga keping tapi kena susun dekat dekat..memang nice..tanya harga depa buh 1200 Baht which is = RM120..kami duk tawar nak 300 Baht jer konpem lah tak dapat kan..so malas nak layan kami turun dari sampan tanpa beli apa apa..tup tup jumpa kat kedai atas(bukan kedai dalam air) depa duk jual 400 baht sahaja.tu pun boleh tawar lagi..TIPS: JANGAN SESEKALI BELI BARANG DALAM AIR..nak beli souvenir pun beli jer kat kedai atas..diorang mark up harga gila gila..

19

Kami dah sampai sini.Anda bila lagi??

20

Naik dari sampan tu kitorang rasa Haus yang amat.Cuaca memang lah panas giler..so singgah lah sebentar di kedai minum tepi Floating market.Minum air kelapa harga 3 ringgit sebijik.Reasonable lah kan.makan mangga dan makan buah rambutan.Nak makan mender lain tak konfiden kehalalannya..

21

Boat service banyak kat sini..pilih jer mana korang nak.

22

Sebelum masa dah time,(pukul 10.20 janji nak kumpul balik kat checkpoint first) kami beli lah apa yang patut..Yana beli beg mengkuang,aku Nikli aida duk beli lukisan,Ziana duk beli apa aku tak ingat tapi masing masing ada lah beli something kat sini..tapi bukan di dalam air yer.diulangi:bukan di dalam air..

23

Dari Floating market ni kami bergerak ke another place seterusnya yang include dalam Tour yang kami booked..Seronok juga merasa pengalaman di Floating market ni..memang dah lama teringin nak merasai pengalaman ni akhirnya tercapai jua..:)

ELEPHANT VILLAGE

25

Next visited place-ELEPHANT VILLAGE..kat sini korang boleh naik Gajah masuk hutan.Kalau nak rasa experience naik gajah ni lah peluang yang ada.Tapi kami semua choose not to naik sebab harga nya quite mahal..Tak worth.tak ingat berapa.Plus,bau nya sangat lah menusuk hidung..heheheeee

24

Orang Putih duk seronok naik Gajah..

26

Dapat bergambar dengan gajah jauh jauh pun jadi lah.takut nak pi dekat kang di sondolnya tak balik malaysia nanti..haha..Ada pondok kat situ so sementara menunggu orang lain naik Gajah kami lepak sembang sembang bawah pondok yang selesa..spend masa dekat setengah jam kat sini.

COBRA SHOW THAILAND

27

Dari Elephant Village kami beranjak ke COBRA SHOW..pertunjukan Ular.Fee masuk dalam 200 Baht..Mulanya tak mau masuk tapi Nancy pujuk dia kata show ni best..siap ada orang gigit ular pakai mulut..so kami masuk jer lah..20 pun 20 hengget lah..

28

This show quite ok lah..diorang bagi semua penonton pegang ular..aku pegang jer ular tu..yang lain geli kata nya..haha..show ni mula mula ada Ular lawan tupai dalam sangkar..then ada ular sawa besar lawan sorang lelaki..pastu last sekali ada 3 ekor ular lawan sorang lelaki then dia sambar Ular tu ngan Mulut..ishhhh ngeriii aku tengok tapi menarik lah jugak..show dalam setengah jam sahaja.

THAILAND CARVING CENTER

29

Last but not least,sebelum tour setengah hari ni berakhir diorang drop kami di pusat mengukir ni..kagum jugak lah tengok ketekunan diorag mengukir ikut macam dalam lukisan..gigih dan tekun.kalau aku tak sanggup nak mengadap mender kayu tu lama lama..dah tu kerja diorang kan..Tak beli apa pun kat sini coz pricey.nak cari kat pasar pasar jer nanti.

30

ini bukan gajah hidup..gajah di ukir

31

Kap kun kappp..Sawadeeekaapppp!!

32

Halus dan berseni buatan mereka kan..

33

Memang menarik tengok hasil kerja yang halus ni..tapi tak beli lah.Mahal sangat sesuai lah dengan kerumitan nak menghasilkan kraftangan macam kat atas..Lebih kurang pukul 12 tengahari kami bertolak pulang ke center of Bangkok again..Kitorang minta drebar Van drop kami di THE GRAND PALACE BANGKOK,kompleks bangunan yang mempamerkan struktur struktur unik dan berseni,amat terkenal di Bangkok..(Ikuti sambungannya dalam entri akan datang..)

*to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails