Followers

Thursday, April 28, 2011

J.A.N.J.I

Aku termangu sendirian.

Dia kata kali ini pasti dia akan datang.dan aku pegang kata-kata yang pernah diberi pada aku tu erat-erat.Kalau lembu dipegang pada tali,manusia pasti berpegang pada janji.aku percaya kan dia.tanpa kepercayaan aku hampir pasti tiada apa apa yang akan tinggal antara aku dan dia lagi.dan kali ini,aku berfikiran positif untuk terus menunggu dan menunggu, walau mungkin aku akan kecewa akhirnya.Aku faham benar bagaimana rasanya dikecewakan.Ibarat hati yang luka di lumur dengan sepeket garam.Pedih nya Tuhan saja yang tahu.aku tahu itu.tapi aku tetap yakin.yakin bahawa kebahagiaan itu pasti akan jadi milik aku,andai kesabaran menjadi paksi segalanya.

Waktu terus berjalan tanpa henti.

Kaget.

Bungkam.

Penasaran.

dan aku mula takut kalau-kalau dia tak akan muncul lagi.Hati mula dirundung resah..minda mula bercelaru bermain dengan kata-kata nista..tapi kesabaran dalam diri membengkak hingga akhirnya ia mampu memadamkan api kegelisahan dalam jiwa,tanda hati rela untuk memberikan sedikit lagi waktu. Mungkin dia terlupa,atau mungkin dia sibuk dengan agenda lain.Tapi janji tetap janji.dan aku percaya pada kalimat suci itu.masakan dia lupa kalau hati dia benar-benar suka.Berbagai-bagai persoalan mula muncul dalam benak fikiran.melemparkan soalan yang aku sendiri pun tak pasti ada jawaban.

Sekonyong-konyong kelibat dia muncul dari balik tirai itu.Dia menyeringai manja, menghilangkan segala resah di pundak ku.Ikutkan hati mati,ikut nafsu lesu.yang penting,dia sudah muncul dan ada di sini.itu yang paling penting.Tanpa sedar Bibir aku mula menguntum senyuman..barangkali senyuman yang paling besar pernah aku berikan pada sesiapa pun.Dia muncul, dan sekaligus membina taman paling indah di sudut hati aku yang paling dalam.

Kali ini dia sudah kembali.

Dan aku takkan pernah melepaskan dia pergi lagi.

Itu janji aku. 
  

NASI LEMUNI OH NASI LEMUNI !!

Pagi tadi bersarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon,again..
.
Semalam pun menyinggah makan kat tempat sama.Makan Kuteau Sup.Entah la.aku memang suka lah sarapan pagi kat sini.Banyak pilihan dan pilihannya pun memang amat menarik sekali..ada sandwich ada kuteau sup ada Roti canai ada Char Kuteau ada nasi lemak dan macam macam lagi lah..Untuk pagi ni aku teringin nak makan nasi lemuni.
a

Bila duk kat Penang ni baru aku kenal nasi lemuni.kat belah terengganu takder ataupun jarang lah dipopularkan..Nasi ni kalernya agak kehitaman,dibuat dari daun Pokok Lemuni.pokok lemuni ni herba dan elok untuk kesihatan badan,terutamanya untuk wanita yang baru lepas bersalin.untuk merapatkan balik kot.haha..aku pun tak sure..tapi lauk untuk makan nasi lemuni ni sama macam nasi lemak jugak..sambal bilis dan telur..(Gambar atas Nasi lemuni makan kat gerai kak noor minggu lepas.yang makan pagi tadi gambar di bawah.)


Nasi lemuni ni lagi hitam lagi lah banyak daun lemuni maknanya..rasanya macam nasi herba..ada santan sekali.cara nak masak sama macam masak nasik lemak tapi campurkan daun lemuni untuk perasa dan kaler hitam..sedap jugak.aku suka.makan dengan rendang daging serta sambal bilis.fuyooooo sangat sedap okeh..another signature dish in Penang.hehe..Proud to live in Penang..*wink..wink..

*i'm still the same old me,but of course i'm getting older as the day goes by.i learn so many things regarding situation that happened around me..aku dah mula belajar untuk terima kelemahan dan kekurangan orang lain..:)

Wednesday, April 27, 2011

DINNER @ D'SAMILA SEAFOOD RESTAURANT, ALOR SETAR

Malam tadi aku ke Bandar Alor Setar.Untuk makan malam di sana..Rasanya sepanjang aku di Penang ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pusat Bandar Alor Setar di malam hari..singgah di dataran depan Masjid Zahir,nampaklah ada menara Alor Setar..kat kawasan ni ada wisma negeri,Istana Lama (just name a few..)..yang penting ada Pokok kalerful lip lap lip lap macam kat I-City Shah Alam.ada orang alor setar bagitau aku ni kawasan i-City Alor Setar.
a

Masjid Zahir ni cantik juga.walaupun kecik.tapi cantik.
a

Tu lampu kalerful lip lap lip lap.nampak menara Alor Setar
a

Ni air pancut punya kawasan..Dataran ni best kalau nak melepak.
a

Ni aku tak sure namanya apa.
a

Dari dataran Alor Setar tu baru bergerak ke tempat makan.tak tahu nak makan kat mana.so aku heading ke arah Kuala Kedah kot kot lah ada Restoran Seafood yang sedap.taknak gugel dulu cari tempat makan best kat loqstaq.sapa suh.haha..jalan punya jalan nampak lah kedai ni tepi jalan.macam best jer terus lah menyinggah.
a

Kawasan Restoran ni sangat luas..menarik juga..kami duduk kat atas pondok..boleh duk makan bersila.lampu Hijau suram suram..memang macam best lah tempat ni.tapi soal rasa makanan tak sure lagi.alangkah indahnya kalau rasa makanan pun seindah tempat ini.Jom kita lihat seleksi makanan untuk malam tadi:
a

Air aku order Tembikai Susu.sebenarnya by saying Tembikai Susu aku maksudkan Honeydew..diorang silap paham buat air tembikai biasa tu campur susu..aku kurang minum air bersusu..dah terpaksa tukar air..sorry yer awak.terima kasih sebab tak cerewet.:)
a

Lepas air dah sampai this meal pulak sampai.KERABU MANGGA..sedap kerabu mangga ni..aku suka.Dia pun suka.
a

SOTONG GORENG TEPUNG.lagi sedap lah sotong Goreng tepung klat Idrus.yang tu takleh celen.yang ni macam cucur so aku tak berapa minat sangat.tak berapa minat pun almost satu pinggan ni aku yang habiskan.
a

TOMYAM CAMPUR.yang ni aku tak sure nak explain macam mana.senang cakap ni Tomyam yang tidak boleh dibanggakan lah.rasanya agak pelik tak macam tomyam dan persembahannya pun agak kurang menarik..tak rekemen lah tomyam kat sini.Agak sedih di situ.
a

Mula mula kitorang order Siakap tiga rasa.sekali bila semua lauk dah sampai baru diorang nak bagitau siakap dah habis.tak pasal pasal kami kena tukar ke KERAPU TIGA RASA.kena tunggu lagi 10 minit sebelum makan.kang kalau makan dulu kena ratah pulak ikan ni.Rasa isi ikan ni pun agak fail yer.rasa isi ikan lama..tapi macam biasa lah.habis jer.heheee
a

Telur Dadar
a

Keseluruhannya kedai makan ni hanya menang dari segi tempat sahaja..rasa makanan nya tidak boleh dibanggakan dan banyak peningkatan perlu di lakukan.tapi aku tengok orang ramai jer duk menyinggah.tak kisah lah.ni komen dari aku.lain kali kalau nak makan jangan main terjah jer.buat lah research dulu.tu yang jadi macam ni.tapi aku suka macam ni.Spontaneous dan adhoc.baru thrill.
a
 
Habis makan kembali ke Dataran Alor Setar ni semula..sembang sembang kejap then baru aku balik ke Penang..sampai penang malam tadi dalam pukul 12.30 am then terus tidor tak sedarkan diri sampai lah jam 6 pagi tadi.Terima kasih untuk masa anda ya..:)ada umur kita berjumpa lagik.
a
*Hari ni sibuk dengan Workshop AKP..minggu ni Boss aku duk tumpang aku pergi dan balik kerja.kereta dia masuk workshop..oh ya,aku nampak followers aku dah sampai 300.sapa yang rasa dia followers aku yang ke 300 tu sila emelkan alamat dan nama penuh ya.ada hadiah misteri menanti anda.:)

Tuesday, April 26, 2011

FOOD REVIEW : SERABAI KUIH MAYAT!!

Korang pernah makan SERABAI tak??aku yakin ramai antara korang yang tak pernah dengar nama kuih macam ni..Kalau rambut berserabai tu ramai lah biasa dengar kan..ni nama kuih..Serabai..Dengar kata kuih ni biasa dihidang masa kenduri arwah..wallahualam.sebabnya tidak lah aku ketahui.siap dikenali dengan nama Kuih mayat lagi.aku rasa berkurun lama dulu aku pernah makan kuih ni.
a

Hujung minggu lalu,hari ahad..aku ke Astaka Taman Tun Sardon.Punya lah gigih nak mencari Serabai sampai merentas jambatan Pulau Pinang ke Taman Tun Sardon sebab nak cari Serabai.haha.demi makanan ku tempuhi jua..Kat sini ada satu Gerai namanya Serabai Istimewa Tun Sardon.


Menurut penjual kuih serabai, Jamaliah Hassan, 51, walaupun hanya menggunakan bahan-bahan ringkas iaitu beras, santan dan yis tetapi proses pembuatan kuih tersebut mengambil masa yang agak lama.
“Nak buat kuih ini bukan mudah. Hanya orang yang sabar dan mahir sahaja boleh membuatnya. Bagi memastikan beras benar-benar kembang ia perlu direndam semalaman.
“Beras pulut yang sudah kembang akan dikisar dan dicampur dengan santan,” katanya kuih itu hanya mengambil selama tiga minit untuk dimasak. Menyentuh perniagaan warisan itu kata Jamaliah, semuanya bermula daripada arwah ibunya, Zaiton Hassan yang merupakan seorang pembuat kuih warisan itu suatu ketika dulu.
a
Kat Penang ni ingat Nasi Kandar Beratur saja ker yang ada??nak makan Serabai ni pun kena beratur ok..lama jugak aku beratur dalam 10 minit baru lah sampai giliran..aku nak makan 3 keping jer.Sekeping di jual pada harga RM0.60..tengok pekerja diorang cekap dan pantas.tak menang tangan..dari sumber yang sahih mereka mampu menyediakan kira-kira 600 hingga 3,000 keping serabai sehari dengan menggunakan 20 kilogram (kg) beras.wow..kaya lah depa kan.
a

Rasa kuih ni macam apam tapi ada rasa masam masam sikit sebab depa letak Yis..Cicah ngan Kuah manis pekat likat tu memang terangkat lah..fuyoooooo..sedap..sedap..tekak aku ni sedap ajer.ntah bila masa jadi tak sedap tak taw lah.haha..tapi still aku wonder pasai apa kuih ni biasa orang hidang masa kenduri arwah.ada sapa sapa boleh eksplen tak?
a

Makan 3 bijik macam ni pun dah cukup kenyang..

Astaka Taman Tun Sardon memang best kalau nak sarapan pagi pagi..macam macam pilihan makanan ada..dari Sandwich,kuih kuih dan makanan tradisional semua ada..sandwich kat sini pun aku suka jugak..nasi lemuni pun best..Ikut selera korang lah nak makan apa.tapi kalau datang sini sila lah cuba makan SERABAI ISTIMEWA ni yek..dijamin unik dan sedap!!kalau korang rajin nak buat sendiri boleh rujuk link ini.
a
*seronok duk kat Penang sebab ni lah.macam macam makanan ada:)maaf lah yek gambar tak berapa best sebab pakai kamera BB Torch9800 sahaja.Korang perasan tak Followers aku dah nak sampai ke-300?sapa followers aku yang ke-300 akan dapat hadiah misteri..meh la follow AXIMUD.

BANGKIT SEMULA BERSAMA HARAPAN BARU..



JANGAN BILANG TIDAK - RAFFI AHMAD & AYUSHITA

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

Seperti Mentari Pagi yang terbit melimpahkan warna untuk isi alam,begitu juga dengan kamu,yang datang terangi hidup saya dengan penuh cahaya kasih.Semoga Cahaya yang datang tetap bersinar dan tika malam menjelma,Sinar Bulan pula akan berganti muncul menerangi hitam Dunia.

Tanpa ragu lagi,Awak memang istimewa.

Always & Forever

Monday, April 25, 2011

CERITA OUSTATION KE TERENGGANU PART 3

Hari ni aku rasa malas tahap gaban.

Malas nak buat apa-apa pun.tak taw pasai apa.maybe sebab hari isnin.tapi takleh nak salahkan hari isnin.sebab aku memang malas hari ni.tkder mood lansung nak buat kerja.fikiran melayang-layang.apa kena aku tak taw.mungkin juga sebab kerja sangaatttt banyak sampai aku malas nak buat semua kerja..entah lah.sebenarnya hari-hari pun malas.entah bila nak rajin aku tak taw.duk menaip Blog ni rajin pulak..Help!!help!!aku perlukan pertolongan..macam demoralized pun ada gak..apa yang aku nak sebenarnya??
a
Apa apa pun,Jom flashback cerita masa Outstation ke Terengganu dua minggu lepas..Hari ketiga aku tak stay di Terengganu dah.Balik ke Rumah sendiri lah di Kemaman..

13 APRIL 2011

Hari ni aku akan balik Ke Penang dah.esok lusa kerja maa.so bangun awal awal pagi sebab nak hantar ayah ke Pusat Hemodialisis di Hospital Kemaman.Selang dua hari sekali sekarang ni ayah memang akan ke Pusat Hemodialisis.Cuci darah.


Keadaan ayah sekarang aku pun tak taw nak eksplen macam mana..Dari segi luarannya memang lah ayah nampak sihat.. sihat cara orang sakit lah.cuma nya sekarang ni rasa lega sikit sebab ayah dah lebih ceria dari biasa.makan pun selera jer..Risau juga sebenarnya tengok selera dia makan.tapi tak sampai hati nak larang.
a

Sementara ayah buat Hemodialisis keluar ke kedai makan berhampiran kejap cari Nasik Minyak untuk dia.pastu letak kalsium dalam bentuk pil kena gaul dalam nasik..Kalsium untuk tulang kan.

Ni aku sajalah duk gatal cek tekanan darah jugak dah alang alang ada di Hospital.macam tinggi jer kan bacaan 123/82.bila aku cek lagi sekali jadi 117/76.Nurse situ kata normal lah.tekanan ni kena ambik dua tiga kali then average kan untuk bacaan yang tepat..so far alhamdulillah.sihat lagi Allah kurniakan.

Then sementara nak tunggu ayah siap Hemodialisis aku,abang E,Mak dan Faiz ke Pasar besar Kemaman untuk bersarapan pagi..
a
Yang ni aku cari cari..Nasi Dagang terengganu.sedap!!

Keropok celup tepung dan nasik minyak
a

Habis sarapan pagi cari ikan dan sayur untuk buat masak tengahari..abang E tetiba kata nak buat ketupat sotong so cari lah sotong yang besar besar..sedapnya ketupat sotong..lama tak makan.Kat bawah ni aku sediakan cara cara penyediaan ketupat sotong:
a
Mesin kelapa dulu dan perah untuk mendapatkan santan

Basuh dan bersihkan Sotong

Masak Pulut separa masak dan letak santan sikit dalam pulut
a
Isikan pulut dalam badan Sotong
a
Ambik lidi dan kelipkan pada bahagian atas Sotong supaya pulut tidak terkeluar
a
Kemudian masak santan dan masukkan garam,Gula,halba tapi jangan masak santan lama sangat.letak sotong sekali..dan sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala.

Dan akhirnya siap lah ketupat sotong ni..sedap yang amat nak nak kalau sotong tu ada telur kat dalam.hehe..lauk pauk makan tengahari pun dah siap.masa time lunch aku pi ambik ayah yang dah siap Buat Hemodialisis then lepas lunch sama sama aku siap siap nak balik Penang dah.

Sebelum balik..malasnya nak drive sorang sorang..
a
si kecik ni nak bawak kereta..
a

Dari rumah bertolak pulang dan singgah di Kijal untuk beli Lemang.Then singgah di Kuala kemaman untuk cari Satar dan keropok lekor..boleh la bawak balik untuk kawan kawan..ni semua makanan tradisional Terengganu..keropok lekor memang aku hantu.setakat menghadap sebungkus RM10 sorang sorang pun aku boleh jer..
a
Then perjalanan diteruskan..punyalah mengantuk drive time matahari memancar mancar atas kepala..tapi nak buat camana.Longway to go..sampai KL jam 6 petang aku sempat singgah lawat Mak Teh di IJN(sekarang dia dah boleh balik dan berada di Kemaman.Alhamdulillah..)Then malam tu straight balik ke Penang..Berakhir sudah cerita aoutstation di Kuala Terengganu.Yang syoknya outstation ke Terengganu ni sebab boleh balik rumah.Tu yang paling syok.Rindu lah kat my family..

*Hari ni ada acara derma darah kat Carrefour seberang Jaya so orang tak ramai kat stesen.aku nak start buat kerja dah..nak kena sprint banyak lagi kerja duk pending.nanti ada masa aku story lagi apa yang patut.Bai.

Sunday, April 24, 2011

FOOD REVIEW : NASI KANDAR LINE CLEAR PENANG ROAD

Ni cerita malam tadi.
a
Tiba-tiba keinginan nak makan nasik kandar muncul..minggu lepas dah sakan makan nasi Kandar Beratur sampai dua malam berturut turut.so malam tadi terasa nak makan nasi kandar lagi.Dah kemaruk agaknya.apa ntah depa buh dalam kuah kari.tapi takkan nak rasa yang sama jer.so aku datang ke Nasi Kandar Line Clear pulak..antara Nasi Kandar yang Femes di sini.again,walaupun dah masuk tahun kelima aku mengungsi di Bumi Penang ni First time makan kat NASI KANDAR LINE CLEAR.harap maklum.
a

Lokasi nya senang sahaja.kalau korang taw Hotel Cititel,Kat Mydin dan Pasar Chowrasta maka memang akan lalu lah di Area Nasi Kandar Line Clear ni.berada di Lorong tapi tepi jalan so memang akan nampak..tak susah.senang jer nak cari.Dibuka 24 Jam kepada orang ramai yang ingin merasai kesedapan nasik kandar Penang.ni alamatnya:

Penang Road, Penang
An alley off Penang Road,
Upper Penang RoadBehind 177,
Penang Road, Penang
a

Antara lauk pauk yang di sajikan..
a

Masa aku sampai ni orang tak ramai sangat.aritu ada member aku datang kata jenuh nak beratur..maybe sebab aku sampai sini dalam 10 malam tadi.so tak berapa meriah.maybe pukul 12 malam ke atas lagi ramai.wallahualam.Tengok depan stall ni diorang letak Kepala Ikan besar macam ni.aku syak its not for sale.more kepada pelaris kedai.entah.aku tak percaya sangat perkara mengarut macam tu.
a

So ini lah dia Nasi Kandar yang aku ambik.Just Ayam Goreng dan Kuah Campur,Timun serta Bendi.Harga RM6.40.Affordable lah.rasanya tak taw lagi.mai kita makan..nampak macam sedap neh..
a


Overall aku rasa Nasi Kandar ni not so special.maybe sebab pemilihan lauk aku yang kurang mengancam..patut tadi mau kena ambik Ayam Gulai baru boleh banding dengan Nasi Kandar Beratur Masjid Kapitan Keling yang aku pi Minggu lepas..yang ni nasiknya pun aku tak berapa suka.macam peroi sangat..Kuahnya pun tak berempah sangat.Lain orang lain lah pendapatnya kan.Cuma aku Vote Nasi Kandar Beratur lagi lah dari yang ni.Selera masing masing.
a

Tempat makan kat dalam ni ok jer..ada lah part yang a bit smelly tapi dah tepi lorong macam ni what do you expect kan.at least aku dah try dan boleh bezakan mana selera aku suka..lepas ni member member datang Penang moh la pekena Nasik Kandar Line Clear..aku ok jer kalau nak bawak korang makan kat sini..:)
a

Di satu sudut dinding kedai siap ada Alamat Facebook lagi.Korang yang suka Nasi Kandar Line Clear boleh Like That Page..Gambar artis yang duk pekena nasi Kandar Line Clear pun berlambak duk ada..Jehan Miskin,Erra Fazira,sekadar menyebut beberapa nama..ramai lagi lah selebriti yang ada..siap ada keratan akhbar lagi menunjukkan betapa popularnya This outlet nasi kandar.So peminat peminat nasi kandar sekelian,Ayuh mencoba Nasi Kandar Line Clear!!Promosi Percuma.(*Gambar dalam entri ni ambik pakai Torch9800 sebab duk bawak DSLR sekali memori kad boleh pulak lupa nak masukkan.hampesss tol.)
a
(sambil senyum depan kamera dengan plat jalan jalan cari makan bersama AXIMUD dan menyerahkan kepada owner Restaurant..lagu latar penghujung rancangan berkumandang ke udara.Skrin gelap.sekian..)
a
*Tepuk dada tanya selera mana satu yang korang suka..Sakan aku duk buat entry makan makan lately.Dah nak buat camana sejak azali lagi dah selera macam Dinosaur.Pastu bila orang tegur dah makin Gemok marah..Salah siapa sebenarnya??ceciterr ceciterr ceciterr..

Saturday, April 23, 2011

SANTAI HUJUNG MINGGU BERSAMA KEROPOK LEKOR

Hari sabtu yang cerah.

Bangun awal pagi tetiba teringat keropok lekor dalam peti yang mak bagi masa berjumpa family di KLIA hari khamis minggu lepas..Rasa macam nak goreng.Buat sarapan pagi.Jimat lah sikit takyah keluar makan dah.
s

Keropok Lekor Rebus dalam Bungkusan.satu batang macam ni RM0.50
a

Aku suka potong tajam tajam macam ni.
a

Goreng pakai minyak..ye lah takkan pakai air pulak.
a

Goreng garing garing..likes!
a

Then makan sambil bersantai depan TV duk tengok recap balik American Idol,Junior MasterChef Australia,Glee dan beberapa rancangan lain yang tak sempat tengok weekday sebab sibuk ke sana ke mari..Sos Keropok tu ayah yang buat..Terima kasih ayah..sedap sangat sos tu buat cicah dengan Keropok lekor panas-panas..Bismillah..
a
*Cuti Hujung minggu ni korang ke mana??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails