Followers

Friday, May 27, 2011

DINNER KELAB KILAT 2011 @ SAFIRA COUNTRY CLUB

Kisah malam tadi.

Ada jamuan makan malam kelab Kilat bertempat di Safira Country Club..seramai 108 ahli datang memeriahkan majlis.In general aku rasa this majlis berjaya dari segi penganjuran dan aktiviti yang ada..nice food,ada acara menarik,cabutan berrtuah dan penyampaian hadiah untuk pertandingan karaoke.Jom lah layan gambar kat bawah.



Selamat Datang kepada semua Tetamu


sessi pendaftaran dan meletakkan nombor cabutan bertuah


Majlis di mulakan dengan ucapan Yang Di Pertua Haji Zaini(GM)


Udang Mentega.Its makan time!!


sayur campur apa ntah ni..sedap jugak..


Cendawan dan baby sawi masak tiram


isi ikan masam manis.


Siakap Tiga Rasa


Pertandingan Karaoke dan persembahan panca sitara


Persembahan aci aci bukak Pintu dan Boria.Sempoi dan best!!


azim ashaary with Haji Sahafiee


Cabutan bertuah.Tahniah kepada semua yang bertuah!!


Penyampaian Hadiah kepada pemenang Karaoke dan Grand Prize winner Lucky Draw LCD TV 32 inci.


Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat..paling lawak dengan persembahan aci aci bukak pintu,Persembahan Panca Sitara dan Persembahan Boria..semua orang sempoi dan enjoy..Majlis berakhir jam 11 malam..Jumpa lagi semua Tahun depan ya!

*Pagi ni ada monthly gathering,Petang ni pulak ada pertandingan Bowling dengan agensi Kerajaan, Then kami akan dinner sama sama di restoran Pen Mutiara Taman Selat Butterworth.Nanti lah aku Update story pasal tu.Minggu ni agak busy.macam macam aktiviti di tempat kerja.yang paling best mesti lah sebab makan preee.heheee

Thursday, May 26, 2011

KISAH RUMAH AGAM BERBILIK DUA

Rumah agam itu telah roboh.

Asalnya ia masih kukuh dan di jaga rapi.Kalau dulu Gelak tawa dan riang ria sentiasa mewarnai halaman yang luas itu.Cerita dan drama sering menjadi bahan bualan.namun itu cerita lama.sejak ia di biar sepi segala-galanya mula kusam.Lalang curiga mula tumbuh melata dan meliar. Binatang curang mula menguasai bahagian dalam.Unggas dan cengkerik sangsi tidak henti-henti bermain lagu-lagu sendu.Kala dan lipan kebencian membentuk koloni sendiri.Dan seterusnya,rumah itu tidak lagi di ungsi oleh sesiapa pun.Seperti retak menanti belah, penghuni asal mula berhijrah.

Gelap.

Ketakutan.

Kesedihan.

Masing-masing terasa sakitnya..bilamana melihat rumah agam itu musnah dan binasa.sayu hati mengenangkan segala kisah yang tercipta, segala rasa yang dikongsi,dan juga kemanisan - kini semua itu hanya kenangan belaka.Kata orang, pengalaman lalu lah yang membentuk kita jadi manusia pada waktu sekarang. Tapi ini lain.Lansung tidak sama. Mungkinkah apa yang terjadi membuka ruang dan dimensi baru kepada perkara yang bakal mendatang.Manusia itu tidak sempurna..punya banyak cacat dan celanya.cumanya manusia seringkali gagal untuk membaca rancangan tuhan.sebab Bukankah Tuhan selalu bertindak dalam keadaan misteri?

Hari ini,Penghuni asal rumah agam itu sudah bertapak di daerah baru.daerah yang lebih stabil dan bebas dari sebarang anasir keji. Daerah yang tiada unsur cela.daerah yang lebih suci dalam segala hal.Insya Allah.Mudah-mudahan. 

Dan sang pencinta mula mencipta haluan sendiri.


Wednesday, May 25, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : DINNER @ NURUL IKAN BAKAR














*“It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone.”

Tuesday, May 24, 2011

WHITE WATER RAFTING @ KIULU RIVER PARK,SABAH

Kiulu White Water Rafting day trip near Kota Kinabalu, Sabah, Malaysian Borneo is an experience that all the family can enjoy. Kiulu River is graded as Class I / II river and provides an easier, and enjoyable, white water rafting trip in Sabah, Borneo.





Currently i'm back in Penang again..Kerja lah hari ni.semalam sampai KL pukul 10 malam then ambik bas pukul 12 am ke Penang...As usual,kalau dah pergi Holiday walaupun singkat mood bekerja tu memang susah sikit nak mari..esok lah kot baru pulih sepenuhnya..hari ni datang opis dalam kemalasan..nak update Blog pun malas.Just tempek Gambar percutian singkat yang lalu.Aku pergi ke Miri,Sarawak dan dari sana buat Road Trip ke Kota Kinabalu melalui Brunei..jauh jugak perjalanan tapi best!!Gambar kat atas ni masa buat White Water Rafting kat Kiulu River Park Tamparuli Sabah.
.
Just enjoy The pictures above.Masih belum rajin untuk buat full entry berkaitan This Roadtrip.What more can i say - Pengalaman pertama buat Water rafting di sungai Kiulu..teruja dan sangat seronok..Next year kena buat lagi di Sungai Padas pulak.Really enjoy the Roadtrip!Thanks to my buddy yang join on this roadtrip..:)
.
*Ok selamat malam..Esok akan sibuk bekerja lagi..sekarang tengah giat berlari..such a good Therapy for me.

Saturday, May 21, 2011

3D2N : WEEKEND GETAWAY


Currently i'm in LCCT
Tengah tunggu time nak boarding..
Pi jalan dekat dekat jer..
As a consolation prize for myself
3D 2N ,and i hope everything will went well for me..
Have a Good Weekend everybody!!
See y'all next week..

*This past 2 days was like a hell to me.so many things happened.but you know what,i grow stronger.

Thursday, May 19, 2011

JALAN-JALAN SINGAPORE PART 2 : ARAB STREET (RESTORAN ZAM-ZAM & MASJID SULTAN)

Sambungan dari entri sebelum ni..

Dari Merlion Park dan kawasan sekitarnya kami bergerak ke Kawasan ARAB STREET..dah lama aku teringin nak ke kawasan ni sebab this is the Muslim area..Boleh cari makanan Halal kat sini.

.

Pakai GPS jer..konpem tak sesat kan.
.

Arab Street (Chinese: 阿拉伯街) is the name of a road and neighbourhood in Singapore. There are two explanations behind the name. The first one is that the area was owned by an Arab merchant, Syed Ali bin Mohamed Al Junied and that it was the site of an Arab kampong, hence the name Arab Street. The Chinese referred the street as jiau a koi (Javanese street), in the view of the Javanese who used to be the majority inhabitants of the area. Spices, textiles, basketry items and Sonkoks are sold along this row of shophouses with five-foot way at Arab Street. In Tamil, Arab Street is known as pukadai sadkku (flower shops street), because of shops selling homegrown flowers, lime and other goods sold by Javanese women. In 1889, a huge fire occurred.
.
First tempat yang di tuju ialah Restoran ZAM ZAM..sebab perut masing masing semua dah lapar.This restaurant betul betul depan dengan masjid Sultan..memang nampak terus la senang cakap..lebih kurang macam Restoran mamak kat Malaysia ambien nya.
.

Menurut kata Orang singapore,Restoran Zam zam ni merupakan Restoran yang terkenal dengan Murtabak dan Roti Canainya..seleksi makanan kat sini macam macam ada..nak order order pun boleh,Beriyani pun ada.Beriyani pulak macam macam jenis lagik duk ada.
.

Aku order Nasi Beriyani Ikan.Sajalah nak rasa.
.

Set Beriyani..ada dalca dan Timun
.

Aida order Murtabak Special..15 Sing Dolar.by the words special this Murtabak memang besar dan berlapis lapis..memang jenuh nak makan..tapi aku akui memang sedap!tengok kat sign board kedai diorang tengah promo Murtabak Rusa..ekk.tak try lah pulak..ni Murtabak Daging biasa jer.
.

Nak habiskan besar ni pun tak larat.maklum lah dah makan nasik
.

Overall this Restaurant is nice.Cuma masa kami sampai Tempat tak ada sebab penuh..kena tunggu giliran sampai kitorang naik ke atas baru ada tempat.memang packed lah..means to say tempat ni memang orang cari kalau datang singapore.In terms of food,definitely Murtabaknya sedap.Nasi beriyani nya kurang sikit.aku tak suka sangat.
.

Perut dah kenyang jom jalan jalan pulak..
.
Textile boutiques selling all kinds of fabrics imaginable (Thai silk, Chinese silk, organza silk, Indian saris etc) stand at almost every corner of Arab Street. These boutiques are often crowded just before Ramadhan and Aidilfitri when Muslim shoppers engage the tailoring services provided for their baju kurungs (national costumes of the Malays). It is at this time, too, that the prices of the fabrics are discounted.
.

Diorang jalan jalan tengok kain.aku memang tak berminat nak beli apa pun..along the arab street ni boleh kata semua kedai jual kain..dan ada yang jual karpet..harga aku tak sure murah or mahal,tapi yang aku sure kainnya cantik cantik..banyak yang nice.
.

Dalam diorang duk jalan jalan tengok kain aku mintak diri kejap nak pi solat kat MASJID SUltan.masjid ni merupakan masjid terbesar di Singapore.dibina pada tahun 1928.ia merupakan antara tarikan yang ada di ARAB STREET ni.
.

Ruang dalam masjid..
.

Dari Arab Street,dalam pukul 5 petang kitorang gerak keluar dari Singapore..My flight ke Kuala Lumpur malam nanti pukul 9..so baik gerak awal kang jem ker apa ker ada yang kena tyinggal Flight..Alhamdulillah tercapai hajat aku nak pergi Arab Street..Thanks a lot Aida sebab bawak aku datang sini!tu yang best bila out station ke PASIR GUDANG,alang alang ada di JB boleh masuk Singapore skali.sambil menyelam sambil minum air.
.

Sampai di Airport Senai ngam ngam..nasib baik keluar awal sebab jalan quite Jammed tanpa ada sebab yang kukuh.nak kata ada eksiden takder la pulak..lepas Aida ngan kakak dia hantar aku rasa lapar singgah makan KFC dulu..Airpot Senai sekarang pun dah cantik.Banyak kedai nak ada..diorang nak buat ala ala airport Subang la tu.Ok la.Tak la bosan orang tunggu.
.

Kebetulan naik Flight yang sama dengan Wea,kawan Aida..malaysia ni kecik jer kan.at least ada lah teman berborak sampai ke KL walaupun seat tak dekat dekat..Thanks again to Aida anyway,i really had a great time masuk Singapore..kalau ada outstation ke Pasir Gudang lagi boleh jalan jalan ke kawasan lain pulak dalam Singapore yang tak berapa besar tu..Insya Allah.
.
Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails