Followers

Thursday, January 26, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 2 PART 4 : ARRIVED AT BERASTAGI - DURIAN,JAGUNG & AIR TEBU - PASAR BERASTAGI - CHECKED IN @ HORISON HOTEL

Alhamdulillah.Perjalanan kami semua di permudahkan.Akhirnya kami sampai di Berastagi, dan waktu ketika itu lewat petang..dan keadaan belum lagi gelap.

7 JANUARI 2012

Berastagi di Tanah Karo yang terletak di ketinggian sekitar 4.594 kaki dari permukaan laut dan dikelilingi barisan gunung-gunung, memiliki udara yang sejuk dari hamparan perladangan pertaniannya yang indah, luas, hijau.Dari Kota Medan jaraknya 66 Kilometer. Brastagi merupakan daerah tujuan wisata yang memiliki kemudahan lengkap di Tanah Karo, seperti hotel berbintang, restoran, golf dan lain-lain. Brastagi juga dikenal dengan julukan kota “Markisa & Jeruk Manis”.

Sampai di Pekan Berastagi perkara pertama yang aku nampak ialah kuda kuda yang berkeliaran di tengah pekan.Rupanya kuda ni untuk pelancong dan juga irang tempatan bagi tujuan mengelilingi pekan naik kuda.ada rate tertentu tapi tak ingat berapa sebab aku tak berminat.Kalau korang berminat nak naik tanya jer pada pemilik kuda berapa rate yang dicaj untuk seekor kuda.


Mungkin sekarang musim durian di sini.sebab sepanjang masa di kawasan tertentu ada jer durian yang dijual..Pak Rizal mencadangkan kami rasa durian di sini sebab kami cerita pada dia durian di Danau Toba tak sedap dan isinya tak manis..so dia ambiks ebijik yang besar untuk kami makan berlima.sekadar untuk merasa.sebijik dalam RP25,00.lebih kurang RM8++ duit kita.


Boleh nampak perbezaan yang ketara tang isi durian di Berastagi dan di Parapat.Isi durian kat sini lebih tebal dan lebih besar..rasanya juga lebih manis dari yang terletak di parapat.tapi tetap lah tak boleh lawan durian D24 kat penang.hehee..isi kuning dan manis tak ingat..Durian di Indonesia rasanya sesuai untuk orang berdiet.Durian kesihatan.heheee.aku actually bukan peminat durian.Datang kat tempat orang nak lah jugak merasa.so makan dalam dua ulas sahaja.yang palin pak ajuan tolong habiskan.peminat durian rupanya mamat tu.


Di tepi Gerai yang kami duduk makan durian ada banyak jagung bakar dan jagung rebus di jual


Jagung bakar yang sedap.ni bakar pakai mentega dan butter.ada juga boleh sapu sos, which is aku tak biasa lihat di malaysia..tapi tak berani nak rasa.macam tak sesuai jer taruk sos kaler merah atas jagung..aku nampak ada juga kedai menjual bakso.Rasa macam nak makan bakso tapi lidah kelu tak order sebab sebenarnya dah kenyang pun makan jagung bakar.Perut kita ni boleh sumbat banyak mana sangat lah kan..


Order jugak air tebu yang didakwa sedap di sini


Dan ternyata memang sangat sedap air tebunya!tak perlu letak ais dah sejuk pun.sebab ni kawasan tanah tinggi..apa yang boleh aku katakan rasa air tebu ni memang sedikit lain dari air tebu yang aku pernah minum.sedap!lain kali boleh order lagik.Alhamdulillah dah kenyang so memang malam ni kami tak bercadang untuk keluar dinner dah..Tambahan pula makan tengahari pun lewat tadik..makan ringan ringan macam ni pun dah ok.



Agenda seterusnya apa lagi, memborong souvenir di Pasar Buah..memang namanya pasar Buah tapi ada lah deretan kedai yang menjual souvenir seperti Fridge Magnet, Keychain dan T-Shirt untuk para pelancong yang datang..suasana sedikit sunyi sebab tak ramai orang.mungkin sebab dah lewat..



Fridge Magnet wajib lah dibeli..dan keychain juga.Untuk souvenir mereka di sana.



Datin syarliz sangat garang masa memborong baju di kedai auntie ni..Auntie ni pun satu kejap letak harga lain pastu bila tanya lagi harga dah jadi lain pulak.mana datin tak mengamuk kan sampai naik jari telunjuk.takut aku yang melihatnya..tapi dengan peniaga kena lah pandai tawar menawar..dan kena berkeras sikit.kang tak pasal kena tipu hidup hidup.aku ambik jalan mudah malas nak masuk campur..ada lah auntie tu hasut suh aku beli satu jacket tapi sebab cutting tak best tak jadi aku nak beli.


Ini ialah suasana yang mengingatkan aku pada cameroon highland.ada banyak pokok yang dijual dan banyak kaktus juga..suasananya yang nyaman memang rasa best.nak bersiar siar dua jam kat sini pun takper.sebab sejuk yang amat.


suasana di pasar buah Berastagi.


Antara Buah buahan dan sayuran yang terdapat di Berastagi.seronok tengok sebab buah buah dan sayurannya kelihatan segar di pandangan mata kasar..strawberry pun ada..aku tak beli buah apa pun kecuali manggis.harga murah sikit dari yang beli kat Parapat semalam.saja beli taruh cadang boleh makan malam karang kalau lapar.


Aku rasa kitorang macam orang last dalam pasar buah ni..sebab masa nak blah dari sini banyak kedai dah tutup..so dari pasar buah kami semua meneruskan perjalan ke Hotel.Tapi sebelum ke Hotel Pak Rizal saja bawak round round di kawasan sekitar..nak tunjuk gunung sibayak dan gunung sinabung pun dah gelap.so dia bawak ke area Gundaling iaitu di kawasan tanah tinggi yang boleh menampakkan seluruh pekan Berastagi dari atas..Indah sangat pemandangannya!Subhanallah..

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191  Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”


Gundaling adalah sebuah bukit di Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatra Utara. Gundaling merupakan kawasan pelancongan di Berastagi. Gundaling terletak di 1.575 meter dari permukaan laut. Di Gundaling dapat melihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
 

Seharian kami dalam perjalanan dan akhirnya kami tiba di tempat bermalam untuk berehat..Kak Leez ada buat reservation di Hotel Horison ni ada lagi hotel yang mahal tapi sekadar tempat untuk tidur buat apa membazir duit..Horison Hotel ni macam baru jer aku tengok..Rate satu malam RM150. Thanks kak Leez booking kan dulu!


Setelah selesai membuat bayarn dan dapat kunci bilik, pekerja hotel dah siap sedia tunggu kitorang ngan buggy ni untuk hantar ke bilik.rupanya bilik ngan Lobby quite jauh jugak..kalau menapak dalam 5 minit sampai lah..so dengan barang yang ada naik buggy ni tak lah penat..


Quite nice biliknya!dan tak ada aircond.dah sejuk gila gila kat sini buat apa pasang aircond..dapat masuk bilik aku terus terlelap sekejap..penat lah seharian berjalan..bangkit dari tidur baru mandi dan solat sebelum kitorang keluar ke lobi hotel..dah janji nak melepak kat sana sekejap malam ni sebelum tidur.cuma satu jer komen aku kat sini pressure airnya slow..so tak puas mandi..yang lain tu ok lah.


Hotel ni ada wifi tapi hanya di Lobi Hotel.so kitorang ke lobi hotel lepas masing masing dah siap mandi dan bersolat..dah dekat pukul 12 tengah malam..


Lepak di lobi sambil online.aku tak tahu apa problem ngan laptop aku ni takleh nak connect wifi..kak leez online ngan galaxy tabnya pakai wifi Hotel ok jer.ada lah tu connection problem..minta kak nani yang pakar IT tu tengokkan pun dia tak berjaya menyelesaikan masalah..so transfer gambar dan layan gambar jer lah ngan diorang malam tu..sambil makan buah dan biskut yang ada..dan baru beransur balik ke bilik.aku tidur pakai 3 lapis baju pun sejuk lagi.memang sejuk gile lah!!so kalau korang nak stay kat sini sila lah prepare baju sejuk tebal tebal ya..

Berakhirlah hari kedua kami di Medan..menanti hari esok,hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia oh tanah tumpahnya darahku..

*to be continued..

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]

MEDAN , INDONESIA TRIP DAY 2 PART 3 : PANORAMA AIR TERJUN SIPISO PISO & PISANG GORENG

Jom sambung lagi cerita trip ke Medan, Indonesia.

7 JANUARI 2012

Setelah kekenyangan makan tengahari di Desa Tongging, perjalanan diteruskan..


Pada mulanya kami dah agak gusar sebab ingatkan dah terlepas untuk singgah di tempat menyaksikan panorama air terjun sipiso piso..sekali lepas lunch baru pak rizal bawa ke sini..Alhamdulillah..kalau tak mesti kecewa sebab tempat ni memang tempat yang boleh dikatakan wajib kena singgah jika ke Medan.ye lah,kalau nak pergi lagi ke sini entah bila..so here we are at Air Terjun sipiso piso..Indahnya alam ciptaan Tuhan.quite unik aku tengok bilaman aair terjun tu keluar dari satu lubang di celah bukit.


Air Terjun Sipiso-piso letaknya tak jauh dari Desa Tongging di Kabupaten Karo, Sumatera Utara. Letaknya di kawasan dataran rendah, dan Air Terjun Sipiso-piso berada di atas bukit. Bukit yang mengelilingi Air Terjun Sipiso-piso sangatlah hijau dan sejuk, dan tanaman yang paling banyak adalah pohon pinus.Air Terjun Sipiso-piso berasal dari kata piso (atau pisau dalam Bahasa Indonesia). Ini kerana air yang mengalir tinggi dari atas bukit nampak seperti pisau yang tajam. Objek wisata Air Terjun Sipiso-piso dikelola oleh Pemerintah Daerah Kabupaten Karo, Sumatera Utara.


Perjalanan ke bawah air terjun lebih kurang 1 KM jauhnya..untuk turun ke bawah mungkin tak ada masalah sangat tapi untuk naik memang memakan masa yang panjang..Oleh kerana kami kesuntukan masa so melihat panorama air terjun ini dari kejauhan sahaja lah..menurut pak rizal(supir kitorang) ramai jer yang mandi di bawah air terjun sana..kalau ada masa yang panjang boleh nak turut serta.tapi masa tak mengizinkan sebab perjalana ke Berastagi masih jauh.


ambik gambar macam ni idea syarliz.blogspot.com.hehehee..


Dari puncak atas ni boleh lihat keseluruhan Danau Toba yang terbentang luas..sangat indah..Subhanallah..Besar dan luas sangat Danau Toba ni rupanya..Kita manusia ni cuma sekecil kecil makhluk..Bumi Allah yang luas ni masih banyak yang belum kita terokai..teras kerdil sangat diri ini bila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan..Syukur Alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami menikmati pemandangan ini..

firman Allah yang bermaksud: �Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.� (Surah An Nahl: 78) 


Di sebalik keindahan dan kedinginan suasana di sini, aku agak tidak senang melihat sampah yang bertaburan merata rata..dan kelihatannya bungkusan makanan bersepah seolah olah pengunjung di sini lansung tidak mempedulikan soal kebersihan..Kemudahan yang ada juga agak minimum dan sepatutnya jika ianya adalah tarikan plancong seluruh dunia kemudahan yang lebih ekslusif dan kondusif perlu di adakan.well,maybe that just me.tapi aku bercakap berdasarkan oemerhatian aku lah.

.
Di bahagian tepi lookout point terdapat deretan kedai yang banyak..ada menjual souvenir dan juga kedai makan..aku teringat dari pembacaan blog orang yang pernah datang menyarankan agar minum teh halia dan makan goreng pisang di sini..sebenarnya perut masih kenyang lagi tapi ni lah saatnya nak rasa Goreng Pisang Indonesia.aku tak pernah rasa.

kami singgah di warung singgah lagi


Dahaga!nak minum air!!!


Teh Botol Sosro Indonesia ni tak pernah menghampakan.kalau ke Indonesia sama ada Jakarta, Bandung, Bali ataupun Batam mesti aku akan cari juga Teh Botol ni.Rasanya quite lain dari teh di Malaysia.memang sedap dan aku suka rasanya.satu botol ni sikit sangat..sekali dua tiga kali sedut dah habis..kena minum dua botol baru puas.Harga satu botol aku tak ingat berapa tapi murah sahaja.


Order sepinggan Goreng Pisang..5 keping tapi besar besar kepingannya!


Bila dah rasa, tak lah sedap mana sangat..Kat Malaysia ada lagi Goreng pisang yang lagi sedap dari ni.Cumanya Pisang ni saiznya besar.Tepungnya sedap jer tapi kat Tempat kita pun lebih kurang..for the sake of being there done that, ok aku dah makan Goreng pisang di Indonesia.:).


Jenuh jugak nak menghabiskan Goreng pisang ni sebab kenyang lagi.Tapi Alhamdulillah berjaya di habiskan jua akhirnya.


Dari tempat air terjun selesai makan petang perjalanan kami diteruskan untuk menuju ke Berastagi..sepanjang perjalanan ternampak banyak gerai gerai jual buah limau dan sayuran..itu kegiatan penduduk setempat..bertani dan menjual hasil tanaman..kami lantas melewati daerah Kabanjahe dan berhenti di Masjid Agung untuk solat asar dan jamak Zohor..Kemudian perjalanan di teruskan kembali..

*to be continued..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7)

MEDAN , INDONESIA TRIP DAY 2 PART 2 : LUNCH TIME @ DESA TONGGING

Assalamualaikum.

Saya nak sambung lagi cerita pasal trip ke Medan awal Januari yang lalu.kali ni sambungan daripada entry Medan yang lepas, dalam perjalanan ke Berastagi dari Danau Toba.

7 JANUARY 2012

Sepanjang perjalanan ke Berastagi, memang asyik menikmati keindahan panorama di luar kenderaan yang kami naik..suasana bukit bukau yang memukau pandangan mata sebab kami dalam perjalanan ke tanah tinggi Berastagi.
 

View danau Toba dari kawasan atas.


walaupun jalannya memang berliku dan bersimpang siur (macam nak ke Caneron Highland jugak jalannya) tapi Alhamdulillah perjalanan semuanya lancar..dalam kereta pun masing masing layan perasaan sahaja..sesekali aircond di tutup untuk menikmati udara segar di luar..sejuk cuacanya..ye lah.kawasan tanah tinggi kan..setiap kali lalu selekoh mesti hon dibunyikan sebab nak bagi isyarat kepada kereta dari arah bertentangan supaya lebih berhati hati.


Dari kejauhan Pak Rizal tunjuk kepada kami air terjun sipiso piso yang mashyur di Medan..air terjun ni merupakan satu tarikan di Medan, yang mana aku akan ceritakan pasal Air terjun ni pada entri yang seterusnya..Subhanallah..cantik sangat pemandangan waktu ni..dengan bukit berlapis lapis..asyik!!Indah sungguh alam ciptaan Tuhan.


Jam dah menunjukkan pukul 3pm..masing masing perut dah kelaparan..dari samosir island tadi kitorang just makan aiskrim dan makanan ringan yang ada dalam kereta..so bila melepasi sebuah Desa yang dinamakan DESA TONGGING pak rizal mencadangkan kami makan di seb\uah restoran yang ada menyediakan Ikan mas, fresh dari Danau Toba.so kitorang setuju jer.janji boleh menikmati pemandangan sambil menjamu selera..seronok lah bercuti cutian kan!


Kami singgah di Rumah Makan Family nama di beri..kat Indonesia singkatan Restoran ialah RM. iaitu merujuk kepada Rumah Makan..Restoran ini popular di Area sini kata Pak Rizal..menyediakan Ikan Nila Bakar/Goreng, Ikan Mas Bakar/ Goreng..tak kisah lah apa apa pun janji sesuatu yang sedap..


Pemandangan yang indah dari tempat makan


sudut makan bersila tepi Danau Toba


Aku tanya Pak Rizal mana ikannya?pak rizal bilang kena pi tangkap sendiri kat sangkar ikan..aku dah macam cuak camana lah nak tangkap ikan sendiri..rupanya Orang kedai ni lah yang tangkap kan..kita just tunjuk jer naik ikan saiz macam mana dan nak besar mana..Sangkar Ikan kat bawah ni ada Ikan Nila dan Ikan Mas.


Kitorang ambik 3 ekor Ikan Nila..yang saiz sedang sedang..dua ekor nak bakar dan seekor nak Goreng..Ikan Nila ni dah rasa malam tadi di Restoran Istana Parapat..tapi ni nak rasa yang bakar pulak..senang jer nak tangkap ikan ni.just sauk dari sangkar.siap..aku pun boleh ambik.hehehe


Dan ini pulak Ikan Mas yang ditangkap.ambik seekor sahaja lah.Pak Rizal suggest ikan Mas ni di Goreng garing baru enak di makan..Baik Pak!kami patuh pada cadanganmu..Mula mula masa pak rizal sebut ikan mas aku hanya terbayang ikan emas yang duk dalam balang kaca bulat di ruang tamu rumah..tapi ni lain.Bukan ikan tu..


Ikan yang diambil tu terus di siang dan di bakar..suka budak ni bila aku ke dapur ambik gambar..siap pose lagi dengan Ikan Mas..kecik kecik dah tolong mak bapa meniaga..bagus bagus..best lah dapat makan ikan macam ni.fresh lagi ambik dari sangkar dan terus di masak.


ada orang memancing..jernih air tepi tempat makan ni.nampak Ikan pora pora duk berenang


awas ya..proses penyediaan makanan agak lah lama..sebab tetamu ada ramai jugak aku tengok..so kami harus menunggu giliran..tak kisah lah..taknak pressure pressure..just want to enjoy this vacation.so kami bersembang sembang di sudut makan bersila ni sambil menikmati pemandangan indah..macam macam perkara lucu pulak tu bila dah bersembang.ada orang siap macam nak pukul aku lagi masa tengah bersembang..hahaha..sila tengok video ya.(kami jer yang paham..:p)


Ikan mas yang dibela dalam sangkar ni boleh mencecah sampai 15KG seekor!!besar jugak saiznya.tapi yang kami ambik untuk di masak tu saiz kecik jer.takut nak makan ikan besar besar.takut tak sedap dan takut harganya pun mencanak canak sat lagik..


Sementara tunggu makanan sampai sempat lah aku join orang kedai ni bagi ikan makan..saja sebab boring dah tunggu makanan lambat sangat nak sampai.masa nak ke sangkar Ikan aku hampir nak jatuh..Alhamdulillah tak jatuh dalam air..dengan kamera dan handphone lagi..kalau jatuh dalam air memang habis lah..Rosak mood percutian.


Akhirnya makanan yang ditunggu muncul jua..ada ikan duyung pose tepi nasik masa ni tapi aku simpan jer lah gambar tu.takut ikan duyung tu malu..masa makanna sampai semua dah excited!teruja nak makan sebab dah lama tunggu.Lapar!!


Beras Perang yang di gunakan.sihat sangat!


IKAN NILA BAKAR..sedap isinya!!


IKAN MAS GORENG..sedap tapi garing sangat..


IKAN NILA GORENG..pun sodappppp


Sambal kicap dan sayur Kangkung dan Terung balado


Actually kalau bercuti memang aku tend untuk rasa semua jenis makanan tempatan sesebuah negara tu.so aku tak strict kan sangat diri aku untuk tahan makan..rugi..kalau balik Malaysia baru lah sambung strict semula.tapi kena beringat jugak..nasi ambik lah separuh at least boleh ratah lauk dan tak banyak sangat carb intake.pandai pandai lah korang balancekan lifestyle walaupun tengah bercuti ya.


Alhamdulillah rejeki dari Allah!!semua licin..aku suka bab meratah Ikan Nila Bakar..dan overall makanan kat sini adalah sedap..harganya dalam rupiah aku tak ingat tapi dalam RM lebih kurang RM98 macam tu..lebih kurang RM20 sorang lah sebab makan 5 orang.tapi kami berempat sahaja since pak rizal dikecualikan dari bayaran.dalam RM25 lah seorang..takpaa..belanja lebih sikit untuk makan.janji sedap dan puas hati.Kenyang perut jiwa bahagia..


Maka perjalanan kami di teruskan lagi setelah kenyang menikmati juadah makan tengahari di Desa Tongging..perhentian seterusnya di simarjarunjung iaitu tempat untukenyaksikan panorama air terjun sipiso piso, Medan Indonesia..Nantikan entri seterusnya ya!

Teruskan bersama AXIMUD walau di mana jua anda berada!

Firma Allah yang bermaksud : ''Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata'' - (Surah Qaaf: 7)


*to be continued..
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails