Followers

Tuesday, October 16, 2012

MISI MENDAKI BUKIT BROGA : MISSION ACCOMPLISHED!

Hujung minggu lalu.

Hari ahad yang berbahagia. Plan nak mendaki bukit broga. sekali bangun pun dah lewat..So sempat ke Halal Festival di PWTC..Last day..best halal festival sebab dapat rasa dan test macam macam makanan yang ada secara percuma. Lunch hari tu kiranya ditaja oleh Halal Festival.hehe..Dari PWTC pukul 5pm terus decide untuk memanjat Bukit Broga di Semenyih. This bukit ialah bukit yang famous. Boleh kata aku ni ketinggalan lah sebab tak pernah daki..well, better late than never right?


Mulanya aku ngan pais jer nak panjat. ajak idot. dia pun nak join. Kebetulan rumah kakak dia memang di area Semenyih so memang dekat dah ngan Broga Hills//Start mendaki pukul 6pm..mesti turun gelap lah nanti. takper. janji boleh naik jugak.


Ramai yang dah mula turun..sebab hari dah lewat


Route nya tak susah pun sebab memang this Bukit Broga adalah tumpuan utama pengunjung di hujung minggu. Kalau pagi weekend memang ramai lah yang sakan duk nak mendaki..siap ada gerai jual sarapan lagi..keliling nya takder pokok macam Bukit Tabur..ada lalang jer.


area orang gantung kasut. tak tahu apa maknanya


Plan asal nak tengok sunrise. akhirnya bertukar jadi plan tengok sunset. apa apa pun semua ciptaan Allah adalah indah indah belaka..Subhanallah..


main buaian.


ni peak 1. Masa ni masih lagi ramai orang duk melepak


hari dah mula nak gelap


sikit lagi nak sampai.kat belakang tu peak 2



Ni je lah kot part paling susah sebelum sampai ke Puncak


Akhirnya lebih kurang 35 minit sampai lah kat atas ni..tak jauh sangat..1,7KM dan 4oom jer tingginya dari aras laut..lepas ni kita pi daki gunung tok wan pulak ya..masa kitorang sampai ada sorang brader pakai baju Finisher Tee Nike semalam..ngan anak anak dia.ambik gambar apa yang patut sebelum nak turun..orang dah azan maghrib masa ni..kena turun cepat kang tak sempat nak solat.


Bukit Broga, also known as 'Bukit Lalang', after the local species of grass that grows abundantly here, is a hill in Semenyih, about 40 minutes away from Kuala Lumpur. It can be reached a short distance after the University of Nottingham, where the entrance trail starts from an oil palm estate facing a rabbit park across the road. Its easy accessibility means that there are many visitors on the weekend. As far as nature is concerned, the hill is composed mostly of lalang grass while some lower areas are covered with palm oil trees or young secondary forest. Squirrels and birds such as swifts are common sights around these parts.


Thanks pais sebab suluh jalan ngan lampu handphone. Bahaya turun time gelap..Alhamdulillah pukul 7.45pm kami selamat sampai kat bawah..then pi solat maghrib di Petronas berdekatan..Then pergi dinner di Bangsar Village 2 Restoran Canoodling (kalau rajin aku buat entri) . Then apa lagi, Balik Penang la pulak..nanti aku mai KL lagi.:)

*Right now i'm in Bangi, ada course Carbon Monitoring Monitoring Tools di TNB Research..Stay di Pullman Putrajaya malam ni..Esok baru balik Penang.

Sunday, October 14, 2012

FOOD REVIEW : NASI AYAM HAINAN CHEE MENG BUKIT BINTANG

Penat berlari. Lapar.

Singgah makan di Bukit Bintang. Makan di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng. Nama Chinese. Tapi jangan bimbang. Statusnya Halal. This restaurant bukan sekadar ada nasi ayam sahaja. ada macam macam lagi menu lain.Orang pulak ramai jer walau waktu dah mencecah jam 11pm. Weekend barangkali.

Nasi Ayam Chee Meng is proud to be certified Halal by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). Halal food is food that complies with Islamic Law or Shariah. Halal stipulates that food consumed to be hygienic, not harmful to health, free from any forbidden parts of animal origin, and free from anything regarded as filth (najis) under islamic law. In addition, meat products must be derived from animals that are permissable and slaughtered according to Islamic Law.


 since 1965 kata mereka


Roasted Chicken


Taugeh with soy sauce


Tofu Soup with crab fillet


And this is Kerabu Mangga, menu yang menjadi juara pada malam ini. seriously this kerabu mangga cukup sifat. masam nya manisnya crunchynya..memang sedap!!ratah saja sepinggan macam ni pun aku boleh abis sorang..dengan Bilis dan kacang..tak taw nak eksplain macam mana. Memang aku suka lah. 4 thumbs up!


Definitely kerabu mangga tu akan jadi reason yang cukup kuat untuk aku datang makan kat sini lagi..Banyak lagi lauk lain dalam menu yang nampak menarik. akan dicuba lain kali. Rasa nasik ayam nya pun sedap..Harga makanan kat sini slightly expensive but if you are willing to pay for a good food, why not? Selamat menjamu selera!

Nasi Ayam Chee Meng, Bukit Bintang 
 50, Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

RACE REPORT : WE RUN KL 10 KM NIKE

Reason why i'm in KL this weekend : We run KL 10KM NIKE..Last year aku pun register tapi tak lari sebab clash dengan Desa Parkcity punya event..aku dan Kak Tie decide untuk ke Desa Parkcity 10 KM sebab ada medal..Nike tak provide medal.hehe. This year pun tak ada medal tapi ada Finisher Tee bagi yang dapat finish the run. Even better than medal.Baju boleh pakai. Kalau Medal buat gantung dalam rumah jer.


Thanks Faiez ambikkan racekit ni..Baju NIKE tahun ni jauh beza dengan tahun lepas..tahun lepas kaler oren..kali ni kaler Hitam dan Fluorescene..Nice jugak. Different lah.Cuma pelik sikit sebab flag off jam 5.30pm..kat Jalan Ampang pulak tu..end kat Padang merbok. Sebelum datang kat Matic Jalan Ampang sempat ke wisma OCM ambik racekit untuk Putrajaya Night Marathon Minggu depan. aku buat 42KM..Ful Marathon. My second Full Marathon. Hopefully dapat finishkan larian tu.


Sepatutnya flag off jam 5.30pm..masa kami sampai sini jam 4.30pm ramai gila dah yang beratur di starting line. sejam awal.tak sabar nak berlari gamaknya.nak kejar podium kot. Ingatkan kena berlari dalam Hujan.nasib baik masa ni hujan dah berhenti..


Faiez, Hamid, azim, Idot, Tanpa nama(tak tahu siapa.kawan idot)


Di kawasan baggage drop, ramai orang membanjiri kawasan nak letak beg dalam truck yang disediakan. tak berkenan sangat bila run event macam ni, start tempat lain habis kat tempat lain.satu hal pulak nak kena angkut barang barang ngan lori..aku pun ada drop barang. dah la tinggal wallet, kunci kereta, DSLR dan jam tangan.Banyak barangan berharga..lain kali tak mau tinggal dah. Bahaya lah.


GengKakiLari yang ada join this event ialah Faiez,aku,Zarul, zamell dan Idot,. Aizat dan Izwah tak berlari depa jadi volunteer di finishing line.


Masa nak flag off agak kelam kabut sikit. maybe sbab jalan sempit dan jumlah peserta adalah ramai..target aku untuk this larian ialah bawah 1 jam..memang aku berlari tak berhenti lah..tak larat just slowkan pace then catchup balik..cuma tak berapa seronok sebab jalan raya sempit dan ramai yang duk berjalan lenggang kangkung ala ala perarakan maulidur rasul, siap ada yang bercinta bagai hingga ganggu orang lain nak berlari..nak mencelah celah bukan senang..takpe lah maybe sebab ramai budak sekolah.tu yang jadi macam tu.aku set endomondo kat finishing line 59 minutes!tapi jam kat papan tanda dah tulis 1 jam 7 minit..maknanya 8 minit nak berasak asak masa starting point tadi. Punya lah lama..


Aizat yang jadi volunteer. Faiz rembat pisang banyak


Terjumpa Razinah Sharif


Kat belakang aku tu Izwah. Volunteer jugak #GKL


with Ford frodo.(apa nama betul ko weh??)


Masa nak beratur untuk ambik Finisher Tee keadaan pun agak kelam kabut jugak..dengan tanah berselut sebab Hujan..memag macam trail tun la pulak kasut abis kotor..aku pelik kenapa lah tak bukak booth bebanyak untuk ambik finisher tee..lama orang kena que..dah la dah masuk waktu maghrib time ni..


We did it!!Congrats semua sebab dapat Finisher Tee


Lari, lari jugak..solat maghrib jangan dilupa


Satu perkara yang aku tak berkenan pasal this event sebab Time maghrib boleh pulak duk berkonsert di tengah padang merbok tu..dengan artis jemputan..seolah tak menghormati waktu maghrib..tapi ya lah.berbagai kaum ang masuk. Hopefully yang beragama islam tu semua sempat menunaikan kewajipan bersolat maghrib di surau yang disediakan..mengenangkan hal ni rasa macam tawar hati nak join next year. Kalau buat pagi aku join. Kalau depa buat petang lagi tengok dulu lah macam mana..


Insiden berlaku masa nak claim baggage..aku hilangkan tag nombor..tak tahu tercicir kat mana..dah berdebar gila sebab dalam tu beg tu semua benda penting ada..Wallet kunci kereta DSLR semua dalam tu..keadaan pun memang kelam kabut lah masa semua orang duk nak clim baggage di Truck yang disediakan..depa main sebut jer nombor then kalau sapa sapa mengaku untuk redeem pun boleh jer ambik macam tu..Nasib aku baik sebab dari bawah boleh ternampak beg aku, so bila diorang ambik terus aku that is my bag and they just give away just like that. Alhamdulillah nasib baik..kena berhati hati next time Tak hairan lah aku dengar sampai jam 11pm banyak baggage orang tak claim, henpon ngan wallet hilang pun banyak..NIKE should do something about this next year.


First time berdiri depan papan tanda ni


Yang penting, dapat Finisher Tee yang cantik..so far training aku biasanya just 10KM..dua hari skali berlari 10 KM kalau berkesempatan..nak kuatkan kaki untuk Full Marathon di Putrajaya Next week..i didnt expect much, just want to Finish that run..After NIKE event singgah di Berjaya Times Square untuk makan malam tapi semua kedai dah tutup..so ke Bukit bintang makan Nasi Ayam Hainan..sedap gila kerabu mangganya!kalau rajin nanti aku tempek gambarnya..

Ok Race Report Done.

I;m so happy to be able to finish the race below 1 hour. Not my personal Best but below 1 Hour is good enough. Congrats to all of my fellow #GKL members that did it so well!we'll meet again in another event ya!Insya Allah.

Tuesday, October 2, 2012

RACE REPORT : SALOMON X-TRAIL RUN 10 KM @ STADIUM UPM



Lokasi kejadian : Universiti Putra Malaysia


Salomon X-Trail Run ni first time aku join..10 KM..and berlari offroad. trail run kan..so memang masuk dalam kawasan ladang dan jalan semua berselut.


 Nissan Navara mengekori rapat


expected 2100 orang runner for this event


Memang lencun lah kasut..tak dapat diselamatkan lagi


To the finishing line


with some of #GENGKAKILARI members yang ada


race ended at Stadium UPM 

Semua kasut sudah berselut dan basah


me, Edi and Faiez


Lets rinse our shoes!! 

Oh my kasut!!


mari basuh membasuh!


Tembikai dan Gatorade


And this is another medal for my collection..first time trial, and i like the fact that i did it again!the smell of grass, cow and the mud still fresh in my mind. Hope to join another trail run, and see you guys again in Salomon x-trail run 2013!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails