Akhirnya setelah seharian mengumpul maklumat dari awal tahun hingga
hujung tahun 2014, maka segala kisah dan cerita hidupku telah saya
himpunkan dalam imbasan 2014 seperti di bawah.. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat dalam imbasan di bawah. Bermakna kalian adalah sebahagian daripada perjalanan hidup saya tahun ini!! Terima kasih banyak-banyak!!
2014 adalah tahun yang sibuk dan padat juga bagi saya. sentiasa ada
agenda dan tidak banyak ruang untuk berehat. tapi dalam melakukan
sesuatu yang saya suka iaitu travel dan Marathon, Masa bersama keluarga
juga saya tidak abaikan.Yang paling saya suka, banyak perkara baru saya
lakukan tahun ini. baru berwarna warni kehidupan (Ultramarathon, ambik
lesen diving etc)
2014 sudah berada di penghujung nya.
Banyak kisah suka dan duka. semua itu terhimpun dalam satu tahun ini
membentuk kehidupan saya, menjadikan diri ini siapa pada hari ini. Kalau
tak kerana apa yang berlaku, tak mungkin saya akan setabah sekarang.
Apa makna hidup jika tiada cabaran dan ujian. sebab Ujian itu
sunnatullah kehidupan. selama mana kita kata kita beriman kepada Allah,
selagi itu lah kita akan sentiasa diuji dengan cabaran dan dugaan.
Kita manusia. kita tak akan dapat semua yang kita impikan. Allah akan
beri kita apa yang kita perlu. bukan apa yang kita mahu. jadi bersyukur
lah dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada kita! Untuk hal ini,
saya amat bersyukur pada Allah atas setiap apa yang telah diberikan.
Tahun 2014 - tahun yang hebat bagi saya. sebab Tahun ini saya belajar
banyak perkara dalam kehidupan. saya belajar dalam hidup tak semestinya
kita akan sentiasa menang. ada masanya kita akan tersungkur kalah. tapi
bukan bererti kita lemah.. tapi saya tidak terus mengalah. malah saya
bangkit dan belajar bangun dari kekalahan , dan hingga kini saya sedang
menuju ke medan kemenangan. Allah akan sentiasa bersama orang yang
sabar. saya yakin itu!!
Semoga segala kenangan manis dan
kepahitan tahun ini jadi pengajaran sebagai kekuatan untuk saya terus
melangkah gagah di masa hadapan.
2015.
Saya sudah bersedia!
Maka terimalah imbasan tahun 2014 saya. Enjoy!!
***********************************************************
JANUARY 2014
3 January 2014 - Trip ke Kuala Lumpur.
Ini lah masanya saya membeli kamrea Samsung Baru saya NX-300. Lebih
kecil dan lebih ringan dari DSLR biasa.. sangat berguna untuk travel
pada tahun 2014 ini. Saya ke Kuala Lumpur dengan Haji Ramli, kawan baik say atahun ini di Opis.. Tumpang rumah dia di Sentul dan dari situ naik LRT ke plaza Low Yatt cari kamera.
There you go.. My new NX-300
naik LRT sahaja.. dah siap beli.. lawa kan beg kamera tu. i like
Ni gambar yang saya rakamkan guna kamera baru. superb!!
4 January 2014 - First run untuk tahun
2014. Bukan event. lari sendiri sahaja. di kawasan kelab desa rantau
petronas. dapat 10km pun ok lah. Duduk di rumah mak di Kemasek, tempat nak berlari tak best sangat. so kawasan ni lah tempat saya kumpul mileage selalu.
4 January 2014 - berjalan ke Pantai Batu Burok bersama keluarga. Rehlah awal tahun. tengok anak sedara naik kuda. cool! Dari paka nak ke Kual aTerengganu tak jauh sangat dah.. so nak gi balik hari pun tak ada masalah. janji keluarga happy.
Mak bersama cucu-cucu nya
7 January 2014 - bertemu muka dengan Fahmi Hamid dan Hafsam Maghpor
setelah lama tak jumpa. kebetulan ada di bangi masa ni kerana kena antar sampel ke TNBR...
ambil kesempatan berjumpa di Restoran Mohd Chan Abdullah. Nice to meet
you guys!!lama tak jumpa korang since zaman habis belajar.
10 - 11 January 2014 - berada di Hotel Pullman Putrajaya
Pemandangan diambil sekitar area Hotel Pullman
13 January 2014 - Ulangtahun kelahiran Adik Da ku sayang!! salam
ulangtahun kelahiran abang ucapkan. dah ada dua puteri dia sekarang..
Alhamdulillah Bahagia itu milik dia dan suami.:
Adik da dan anak no. 2 , Solehah
17 - 19
January 2014 - Trip to Myanmar. Jalan jalan tengok Mya nmar. Join
acara Yoma Tangon Marathon pada 19 January. Catatan masa 5 jam 30 minit
untuk habiskan Marathon event ini. jumpa apul, syed jay, faiez yang turut
sama join this event. i like this Marathon! Permulaan tahun yang baik.
:)
Myanmar terkenal lah dengan binaan ni
another finisher medal and finisher tee collected! pakai longyi sambil lari
31 January 2014 - Trip to Hong Kong dan Macao. Dapat solat
jumaat di Masjid Kowloon Hong Kong sebab sampai pagi jumaat di
sini. Trip ni nak ganti trip tahun 2013 yang tak jadi.. Alhamdulillah diperkenankan Allah dan izin sampai ke sini.
Jom pergi Hong Kong
Solat Jumaat di Masjid Kowloon
Avenue of Stars Hong Kong
Symphony of light show tak sempat tengok
Madame Tussaud museum atas the victoria peak
View Hong Kong dari atas Victoria Peak. Subhanallah!
FEBRUARY 2014
1 - 2 February 2014 - Trip to Hong Kong
dan Macao. Berjalan ke Lantau Island, Discover Disneyland. masa ni Cuti
Chinese New Year. Berkesempatan ke Macao jugak sebelum pulang. Ini kali
kedua saya pergi ke Hong Kong dan Macao. Boleh pergi lagi kot nanti .:)
Patung Buddha besar di Lantau Island
Discover Disneyland Hong Kong
Mike and sullyivan
Show bunga Api yang sangat best!!
Disneyland Hong Kong at Night
The Venetian, Macao
Sedap suara yang bawak gondola ni. suara artis!
Bukan peminat Man United
7-10 February 2014 - Trip to Bangkok. TNF Thailand di Pak Chong K hao
Yai National Park. Kali pertama saya buat Ultra Marathon 50 KM Trail run
pulak tu. Memang mencabar dengan cuaca yang panas membahang. Tapi it
was really a good experience for me. Boleh buat lagi lah TNF Thai 2015
Insya Alla. habis race sempat berjalan jalan ke Banggkok tidur semalam
di sana seblum pulang ke Malaysia.
Dalam flight AirAsia ke Bangkok
Bertemu Yim Heng fatt di Train Station. Otw ke Pak Chong
Racekit Collection at Bonanza Hotel Khao Yai
Ultra Friends!!
suka dengan pemandangan sewaktu berlari!! banyak ambik gambar
Tiba-tiba berada di Padang Pasir yang tandus
Finisher Medal. walaupun 12 jam nak habiskan 50 KM Trail Run
am so happy and most importantly, i'm survived!!
19 - 20 Februrary 2014 -
Kusrus di Hotel Prinzpark Kuala Terengganu. Aku suka stay di Prinzpark
ni. ada private beach. makanannya pun ok lah. romantik lah juga suasana
di sini. Tahun 2014 banyak jugak kursus buat di Terengganu.
Private Beach di Kuala Ibai
22 February 2014 - Balik ke Penang kerana menuju ke
Alor Setar. Ada majlis akad nikah sepupu di situ. Best jalan jalan cari
makan di utara.
Depan Masjid Alor Setar
25 - 27 February 2014 - Conduct a workshop at
Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu. i'm the fasilitator. Dapat lah
bilik suite khas untuk tenaga pengajar.
Tudiaaa cikgu kita!!
28 Februaray
2014 - Trip to Cameroon Highland. Ada Kursus DACUM. so ambik mood sekali
jalan jalan lah cari strawberry.
di ladang Teh
MAC 2014
1 Mac 2014 - Masih lagi berada di
Cameroon Highland. Dari cameroon Highland terus shoot ke majlis
perkahwinan kak leez dan saupi di Ampang. Habis majlis tu aku terus ke
Airport LCCT untuk naik flight ke Singapore. Join 2XU Compression
Marath on Singapore. Sampai Singapore cari aizat yanan dan Faiez Buer
diorang lepak di Garden By the bay! nice. kemudian balik ke Sleepy Kiwi
Hostel di Bussorah Street dekat dengan Masjid Sultan. tidor..zzzzz..
Di cameroon Highland
Tahniah Kak Leez dan Saupi! Moga berbahagia till jannah!!
Daripada Majlis Kak Leez terus ke Singapore
new attraction at Singapore - Garden By The Bay
2 Mac 2014 - Event 2XU Compression run Singapore. masih ingat lagi
solat subuh berjemaah dengan azmi . Macam biasa lah mental
bila berlari dalam ECP Par k. Masa habis larian first tim ejumpa Taufik Ali Alphalipid . Cuaca panas yang amat masa habis.. Penat!!
Another Finisher tee and finisher medal collected
3-4 Mac 2014 - Balik Dari Singapore terus ke Kuala Terengganu pulak di
Primula Beach Resort sebab ada teambuilding company. rush sungguh
kehidupan.
8 Mac 2014 - Main Bowling santai bersama family di Mesra Mall. mengeratkan ukhuwah silaturrahim!!
8 Mac 2014 - Sambutan Birthday Nurul Nadeah. Birthday nya dalam bulan February sebenarnya tapi baru sambut. Di rumah Adik Da.
10 - 11 Mac 2014 - Outstation ke Connaught Bridge Klang. Jalan jalan
lah juga ke Shah Alam. tempat belajar dulu. tempat kenangan. Masa ni
berjerebu ya keadaan.
With my partner in crime
Stay hotel apa ntah ni di Klang. tak ingat nama
Time petang gi taman tasik shah alam
Bunga dan cupcake di taman tasik shah alam
Jadi tenaga pengajar
13 Mac 2014 - jenjalan di Icity Shah Alam. wax Museum. trick art Museum. fun!!
14 Mac 2014 - Dinner di De Palma Hotel Shah Alam bersama Ahmad Shukry Ashaary dan ayang ati. Tq abang!!
16 Mac 2014 - Malaysia Women Marathon bersama ayang
ati.. sebab jerebu kami hanya dapat buat 21 km jer. ok lah
tu. dapat jua skirt dan pendant finisher.
17 Mac 2014 - di
Kemasek sedang bersantai tengok Majalah 3, Kak leez punya majlis kawen
muncul dalam rancangan itu. glamour uols!
18 Mac 2014 - Dinner
kelab kilat. macam biasa aku menyampaikan sebuah dua buah lagu walaupun
suara hazab ke laut. hehe. dapat hamper cabutan bertuah. nice night!
21 Mac 2014 - Trip ke KLCC kerana join seminar Asiawater conference
25 - 26 Mac 2014 - Outsation ke Port Dickson. singgah ke Melaka sekali.
makan nasi arab damsyik di Seremba juga. sodap!!
29 Mac 2014 - Majlis amal palestin di Mesra Mall. pergi dengan Family.
anak sedara meang peraduan mewarna. suka lah diorang.:)
30 Mac 2014 - Kuih Tat in the making. ada orang start bisnes kuih tat waktu ini.
APRIL 2014
1 April 2014 - Akhirnya dapat kunci
rumah kuarters. so boleh la mulakan plan untuk pindah rumah. since aku
pindah ke Paka dari September 2013 sampai april 2014 ni memang stay
rumah mak di Kemasek jer. Now boleh pindah rumah sendiri.
1 April 2014 - Jual Kuih Tat di Kantin Opis. Mulanya tak laku sebab orang tak pandai makan. lama-lama ok lah.
5 April 2014 - menghadiri majlis kahwin Kak Leez di Besut. Tahniah sekali lagi buat korang berdua!!
5 April 2014 - Dari Majlis Kak leez dan Saupi aku terus ke KT sebab nak
lawan bowling. Bowling tournament di TER Kuala terengganu. Sebelah
Prinzpark Hotel. Our team menang!! Alhamdulillah. indah memori ni.
8 -11 April 2014 - Balik ke Penang. ada kursus DACUM di jalan Anson.
11 Mac 2014 - Ulangtahun kelahiran adik ku faiz. Sanah helwah abang ucapkan!! Cheese Tart pengganti kek ya. ok jugak tu.:)
12 April 2014 - kenduri kahwin anak abang saufi husin. majlis di Dewan semarak felda. meriah. Thanks abang sebab jemput!!
17 April 2014 - MB Terengganu Mat Said lawat Stesen Pa ka. sekarang dia dah tak MB dah. hehee. MB Razif pulak sekarang.
18 April 2014 - Pindah rumah. bersih rumah. angkat barang barang. kehidupan bermula kembali di sini.
19 April 2014 - Dating di Air terjun menderu Kerteh. Fisrt time sampai!!
25 -27 April 2014 - Open Water Dive Course!! PADI di redang Island.
Alhamdulillah akhirnya cita cita aku nak ambik lesen diving dari tahun
2012 tercapai pada tahun ini. asal ada impian insya Allah akan jadi
kenyataan dengan izin Allah. Thanks Cikgu amri and the
gang!!
MAY 2014
1 Mei 2014 - Majlis sempena kenaikan
pangkat di Penang.. Alhamdulillah dapat kenaikan kali ketiga sepanjang
berkhidmat dalam kompeni ini.. Rezeki semuanya dari Allah!!
1 Mei 2014 - pertama kali lalu di Second Bridge Penang Bridge. cantiknya lah hai dengan lampu kalerful!!
2 May 2014 - Dari Penang aku ke KL untuk ambik flight menuju ke Kota
Kinabalu. Join Borneo Marathon waktu ini!! Sampai di KK abang Bear mari
ambik dan kami gi makan di Restoran Gayang seafood. TQ abang Shah Muhammad Zain dan abang bear!
3 may 2014 - Berada di KK. lawat masjid bandaraya KK. makan lokan and
so on. hari ni ulanhtahun kematian ayah.. dah 2 tahun ayah pergi
meninggalkan kami.. Al-Fatihah.
4 May 2014 - Borneo
I nternational Marathon. cuaca juga adalah panas!! masa ni first time
saya jumpa lisa chew, hafeez amin, nampak lah diorang ada berlari
sekali.. alhamdulillah berjaya habiskan lagi larian ini walau 6 jam
lebih. :)
6 - 7 May 2014 - ada minggu keselamatan di Stesen.
jemput ustaz Abdullah khaiiri sebagai penceramah. best ustaz ni. terima
kasih atas motivasi yang diberikan moga berguna sepanjang zaman!
8 May 2014 - aku buat makan makan sikit di Sevction sempena kenaikan
pangkat. Rezeki baik dikongsi. lebih kita beri lebih Allah membalas nya.
16 - 17 May 2014 - ke Kuala Lumpur. ada majlis kawn staff di Sungai
Buloh. sebagai boss yang prihatin kena lah muncul memberikan sokongan
kepada pasangan yang baru nak mendirikan rumah tangga ni. tahniah izuan
dan pasangan!!
18 May 2014 - Beli peti sejuk kecil khas untuk letak barang-barang jual kuih sahaja.
20 - 21 May 2014 - MRM Meeting di The Qamar.. nak buat kat Z enith management tak bagi. so buat kat sini je lah.
21 May 2014 - Dinner Quality Night dengan tema retro. pakai macam orang
lama kononnya. menyumbangkan majlis dengan lagu Goodbye by air supply.
:)
23 May 2014 - Picnic di air terjun menderu dengan family. love!!
30 May 2014 - Buat majlis BBQ di rumah saya. sempena majlis abang shuk
nak ke Papua New Guinea. dia pun naik pangkat dapat kerja di sana. Bulan
may ni bulan bertuah. Alhamdulillah!!
31 May 2014 - menghadiri
majlis kahwin kawan opis, Fauzi di Putrajaya. dari Putrajaya aku
straight ke Singapore, naik flight. Untuk sundown Marathon
Singapore.
JUNE 2014
1 Jun 2014 - Tirai jun dibuka dengan
larian Sundown Marathon di Singapore.. Mula malam 31 May, habis pagi 1
Jun 2014. Memang short trip je ni. habis lari terus aku balik. Make a
new friend Daniel Mihalyi from Germany at Green Kiwi Backpackers Hostel
Bussorah Street.
4-6 Jun 2014 - ke Penang. Audit
SJ Gelugor. Ada majlis farewell untuk aku juga. tempat lama aku
bekerja. Main Bowling di P rai. Kawan selamanya!!
9 Jun 2014 - makan megi ketam di dungun dengan kak Ina. First time try makan kat restoran ni setelah lama teringin.
11 Jun 2014 - Majlis sambutan hari lahir untuk abang Jalee. birthday
nya pada 5 Jun tapi baruu berkesmepatan nak sambut. Kak Ina buat kek red
velvet. Sanah helwah abang jalee!! moga makin bahagia dan panjang umur
serta sentiasa dimurahkan rezeki. ameen.
13 - 16 Jun 2014 -
Trip daki Gi unung Kinabalu. Sepanjang 3 kali aku dah naik gunung
kinabalu ni, this is the one yang paling memorable. sebab aku banyak
tolong orang dan look out for others. trip ni best. tak sempat nak
kongsikan kat Blog. tak apa lah. janji semuanya selamat.Kak Tie tak
dapat sampai ke Puncakk sebab dia kena AMS. part paling aku suka kami
buat photoshoot pakai baju melayu atas ni!!
26 Jun 2014 - Peristiwa berdarah.
JULY 2014
5 July 2014 - Iftar bersama Pok Shabery di KLGCC. Bestnya makanan kat sini. banyak pilihan yang amat!!
7 July 2014 - Iftar di Rumah adik dah.. ada kambing panggang. yummm!!
11 - 12 July 2014 - Iftar di De Palma Ampang. Bestnya hotel ni. sebab
ada solat taraweh sekali. Imam dari arab sana. Mak suka sangat kat sini.
12 July 2014 - bertemu dengan A dik musa dari Indonesia yang dah hafal
30 juzuk Quran padahal baru umur 5 tahun. Subhanallah. Tak ada yang
mustahil bagi Allah!! beruntung nya mak dan ayah dia.
12 July 2014 - Iftar Bowling Santai Pace Runner di Putrajaya Alamanda shopping Mall. Jumpa kawan lama dan kawan baru!!
15 July 2014 - Iftar bersama imam palestin. Aku sponsor nasik beriani tempah di Kerteh untuk geng IKRAM dan Imam Palestin ni.
18 - 20 July 2014 - Trip ke Medan di Bulan Ramadhan bersama anja dan
noorirman..Best trip ni.. Alhamdulillah dapat merasai pengalaman berbuka
puasa di negara seberang..Thanks anja dan irman!!
22 July 2014 - aku menganjurkan moreh pulut durian di rumah. haji ramli
tanak pulut. syafik beli dur ian. ajak imam saad dari mesir makan
skali. meriah!!
23 July 2014 - Iftar Chemical
Services Section di Teratak buruk aku. pun aku tempah nasik beriyani
hajah ramlah jugak. pedas tapi sedap!!
24 July 2014 - Iftar di The Qamar Hotel bersama haji ramli dan Imam Saad dari Mesir.
24 July 2014 - majlis selepas solat taraweh meraikan pemergian Syeih
saad pulang. Terima Kasih jadi imam untuk solat taraweh sepanjang bulan
Ramadhan di Balai islam kami.
25 July 2014 - Iftar dengan family belah ayah di rumah Mok Har..
26 July 2014 - Iftar di The Palm Garden Hotel Putrajaya bersama kak Tie dan anak anak
28 July 2014 - Sambutan hari raya aidilfitri. kami memilih tema biru!!
sambutan penuh meriah dengan sanak saudara yang ramai. terima kasih
Allah atas nikmat kekeluargaan ini.)
29 - 30 July 2014 - kami
ke KLIA untuk menghantar Abang shuk pulang ke PNG.. kerja di sana.. road trip di musim perayaan. fun!!
31 July 2014- Open house di rumah Mok Har.
AUGUST 2014
1 Ogos 2014 - minta kak Ija buat nasi goreng telur masin. beli KFC. makan makan family di Malam raya.
1 Ogos 2014 - Open House Mok Wook dan kak Yah.. Masih dalam mood perayaan.:)
2 - 3 Ogos 2014 - Ke KKuala Lumpur. Singgah makan sushi king di Kuantan
dengan ayang ati. di KL teman dia ambik racekit Energizer night run.
aku nak cari Go Pro masa ni. kami ke Low Yatt plaza cari Go Pro.
6 Ogos 2014 - aku buat open house raya. Family edition sahaja. jemput
mak sedara dan pak sedara mana yang terdekat dan available. menu pilihan
ialah nasi beriyani lagik. entah. aku suka lah beriyani hajjaj ramlah
tu. di kerteh, depan balai polis.
8 Ogos 2014 - Trio ke Penang
dengan haji ramli dan Faris. makan nasi kandar beratur, ambik gambar di
Mural penang. best nya trip ni. kami ke Kuala pelris terus pagi tu. nak
ke Pulau Langkawi pula.
9 Ogos 2014 - Trip ke Pulau
Langkawi. sempat lah naik cable car. dan ke pantai cenang. ambik racekit
di Resort World Hotel. racekit untuk Langkawi Island Ocean Marathon
2014 .
10 Ogos 2014 - Langkawi Island Ocean Marathon. Dapat menamatkan latian lagi tahun ini. Alhamdulillah!!
12 Ogos - 14 Ogos 2014 - Balik dari Langkawi stay di Residen Hotel
Bangi. ada Kusrsu seminggu di sini. TOT punya Kursus. Alhamdulillah
boleh pass the exam.
15 Ogos 2014 - stay di The everly Hotel Putrajaya. a day before bertolak ke Kuching.
16 Ogos 2014 - Trip ke Kuching. dengan kak Tie. Lama dah tunggu trip
marathon ni. bestnya jenjalan pusing kuching dengan kawan kawan runners!
17 Ogos 2014 - Kuching Marathon berjaya dismepurnakan walau dengan kepayahan sekalipun. :)
18 Ogos 2014 - Go Pro sampai. aku beli di Lazada sahaja. tak beli di
Low yatt. lebih murah beli online. beli Go Pro hero Black 3+
21 Ogos 2014 - sambutan majlis mesra aidilfitri SJSI Paka.
22 - 23 Ogos 2014 - sambutan Ulangtahun kelahiran Ami di Rumah Adik Da
KT. Sanah helwah ami!! Moga jadi anak soleh!! buat juga sambutan untuk
kak Ina sekali. serta semua yang lahir di bulan Ogos. :)
23
Ogos 2014 - Trip diving di Pulau Tenggol. first time merasa ambik gambar
guna Go Pro Hero Black. Best kamera kecik ni dapat ambik gambar dalam
air. this trip was super fun!! naik bot persendirian dan siap tukang bot
masak kari atas bot. makan tengahari. sodap!!
27 - 31 Ogos
2014 - Trip yang dah ditunggu tunggu sejak setahun lamanya.
Trip ke Gold Coast - Brisbane Australia!! thanks azizul, ruud dan syahir
for the accompany. this trip mesti tak best kalau korang takder. enjoy
my time so much in Australia. country yang best. Orang ny apun friendly.
31 Ogos 2014 - Sunshine Coast Marathon - Buat Marathon di
Au ustralia bersama rudy. complete another marathon again!! kibarkan
jalur gemilang di finishing line sempena hari kemerdekaan negara kita.
SEPTEMBER 2014
1- 2 September 2014 - Trip di Australia
masih bersambung. kali ni aku ke Gold Coast dari Brisbane sewa kereta
kat sana. dalam rm300 macam tu lah sehari sewa.. drive di aussie penuh
hati hati takut ken saman. mandi di surfers paradise air sejuk gilerrr..
2 september awal pagi dah bertolak balik ke Malaysia.. Thanks Kak Tie
ambik aku di Airport! Australia is nice. memang kena pergi lagi nanti.
5 September 2014 - sambutan ulangtahun kelahiran ku!! family buat BBQ
dan malam tu seprais punya dinner sungguh menjadi. ada dua kek kak ina
buat. satu kek pelangi karamel. satu kek moist chocolate. dalam kek
coklat tu ada kotak jam. jam fossil. sangat cantik. terima kasih
keluarga kau atas seprais yang tidak disangka ni. i love you all with my
heart and soul!! terima kasih atas kenangan indah, saya takkan pernah
lupakan itu!!
6 September 2014 - arini besday saya. dan saya
mengorak langkah menuju ke Penang bersama aizat . Join event P100 ,
event ultramarathin nak pusing pulau 84 km. tapi terkandas di KM50.. tk
larat dah nak sambung. DNF. the first event saya DNF. tak apa lah. train
harder and come back syronger nanti.. kenangan manis ni berlari ultra
di hari lahir!!
13 September 2014 - Sambutan ulangtahun kelahiran zul. suami adik dah. Sanah helwah!
14 September 2014 - Picnic family di air terjun menderu. dari pis saya ke sana. masuk air terjun dengan pakaian opis. hehehe
15 September 2014 - Dinner di The Qamar Hotel bersama Geng Pok Bakor.
16 September 2014 - Hari ini ialah cuti day. Hari Malaysia. ambil
keputusan untuk ke Pulau Kapas. Buat day trip. trip diving. dapat lah
dive dua kali. pagi dan petang. go pro ada ni semangat sikit nak dive
sebab boleh ambik gambar underwater.:)
19 - 20 September 2014 -
Trip ke Pulau Perhentian bersama rakan kerja. diorang snorkeling. aku
sempat juga curi masa untuk dive satu session pagi tu. mentang mentang
dah ada lesen. :p
27 September 2014 - makan di restoran rosken
al amer kerteh. Restoran arab. ada something happened here. hanya
family aku jer yang tahu. kalau Allah tak izin memang takkan berlaku lah
kan. serah pada Allah jer semuanya.
28 September 2014 -
sambutan ulangtahun kelahiran mak di rumah adik da. maafkan say asampai
lewat. mujur mak bangun dari tidur dan masih kami dapat raikan sama
sama. selamat hari lahir mak!! semoga Allah panjangkan umur mak supaya
kami semua dapat berbakti kepada mu sampai hujung nyawa nanti. Ameen!!
29 September 2014 - VP datang melawat stesen
30 September 2014 - Course di Kuantan. Singgah East Coast mall makan sushi. i love Tako Wakame salad!!
OKTOBER 2014
4 Oktober 2014 - Persiapan menyambut
Aidiladha.. macam kurang meriah sangat sebab kami tak buat korban kali
ini.. beli lemang dan masak rendang. itu sahaja. i miss ayah. kalau ayah
ada mesti meriah. :) ada komplot sulit. aku dan abang jalee ke Nissan
centre nak ambik kereta Almera mak. suprise untuk dia di pagi hari
raya.
5 Oktober 2014 - Hari raya aidiladha.
ke kubur ayah setelah selesai solat aidiladha.. then balik ke rumah buat
upacara penyerahan kereta baru mak. Nissan Almera. kami adik beradik
pakat pakat beli sama-sama..Moga mak suka.. tanak lah mak pakai kereta
buruk. ada kereta baru ni senang mak nak ke kelas agama dan kelas
mengaji. nak gi pasar pun senang..
6 Oktober 2014 - kami
sekeluarga berkelah lagi di Air Terjun Menderu.. seronok pulak dah
berkelah kat sini. seronok bila ada anak sedara ramai. main air bergelak
ketawa. how happy is that?
6 Oktober 2014 - Faily santai bowling di Mesra Mall
7 Oktober 2014 - trip ke kl sebab aku ada course di Bangi. hantar ami
ke KKB. Di kuala kemaman bertemu kak leez dan saupi yang kebetulan
singgah nak makan situ..
8-9 Oktober 2014 - Course lagi di Hotel Residen Bangi. Uniten. DACUM.
10 Oktober 2014 - Short Trip ke Melaka
11 Oktober 2014 - Putra jaya Night Marathon. Tak ramai yang join event
ni sebab semua standby nak lari Standard Chatrerd KL Marathon esok pagi.
aku tak dapat lari SCKLM sebab Boss suruh kerja. nasib lah kan kerja di
Terengganu. ahad kena kerja..Alhamdulillah berjaya menamatkan larian
PNM!!
12 - 13 Oktober 2014 - Sambutan Ami nak pergi ke
Mekah. beli kek secret Recipe. sambut ngan Mak di Kemasek. esoknya kami
ke KLIA untuk hantar Ami melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Abang bangga
dengan kamu adikkua!! Alhamdulillah. kalau arwah ayah ada mesti dia
tumpang gembira tengok Ami dapat melanjutkan pelajaran nya ke
Mekah..Syukur pada Allah!!
17 - 18 Oktober 2014 - Trip ke KL. Join acara Food Hunt kali ni. Tahun
lepas join tak menang. kali ni dapat top 30. Thanks to member cukup
makan team - Gme, kak Tie dan Romzy. Tahun depan kita masuk lagi ya!!
24 - 26 Oktober 2014 - Trip ke Brunei. Jumpa didi di
sini. dia lah yang bawak aku jenjalan pusing brunei. best jugak jalan
jalan hujung minggu ke Brunei.
26 Oktober 2014 - ke Foot Solution the curve Damansara. beli insole sampai RM699 sepasang. kaki aku arch nya dah jatuh..
28 - 29 Oktober 2014 - balik dari Brunei kena ke Port Dickson
pula. ada course lagi di sini. best lah boleh berlari tepi pantai.. :)
30- 31 Oktober 2014 - Hujung bulan oktober ni aku kemas dapur bebetul.
buang segala junk food. makan makanan yang betul. belajar buat infused
water. untuk kempiskan perut. actually aku dah start mula kena conccious
sikit bab mkan ni. dah masuk 30. dah tua.
NOVEMBER 2014
1 November 2014 - Etiqa Treasure Hunt.
Aku join Saiful, Shamo dan Shah awara join this treasure hunt. memang
susah dan tak best. haha. bukan minat aku kot bertreasure hunt macam ni.
tak pe lah. biar aku concentrate dengan larian je lah. thanks shahmo
ajak aku join. great experience though walaupun jadi drebar sahaja. :)
dapat lah kita semua menang lucky draw ngan makan buffet free kan di
Premier Hotel Klang.
2 November 2014 - Jumpa anja dan Irman di
KT.. diorang ada interview di KT.. makan makan di Restoran Bbeteng
Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.. Nce to have you guys ar ound
back!
5 November 2014 - Dinner di The Qamar. kali ni ada
live band pulak dah. so ada lah tempat berhibur di Paka ni. tak la bosan
sangat. hehehe
6 November 2014 - gigih buat sarapan pagi telur
dalam capcicum. mencuba resepi baru katanya. sekarang rajin masak
sendiri. kena masak sendiri kalau nak live healthy. kat kedai tak pasti
apa diorang pakai kan.
7 November 2014 - akhirnya aku berjaya
kemas dapur aku jadi tempat yang best. maksudnya tempat yang sesuai
untuk aku lepak santai dan buat makanan sihat. resolusi baru kali ni nak
rajin masak dan makan sihat supaya boleh lose weight permanently.
tanak yoyo diet.
8 November 2014 - Family picnic
ke Gambang water Theme Park. Abang Shuk yang arrange this trip.
Alhamdulillah boleh ikut. sorry utt syukur sebab tak dapat join your
akad nikah. tahniah kerana selamat disatukan dengan mimi!!
9 November 2014 - kenduri makan kambing dalam talam di balai
islam. GM Sponsor. tapi aku tak minat kambing. makan sayur je lah.
hahaha'
11 November 2014 - aku sepraiskan abang shuk. bawak kek
gi rumah dia di meraga beris. tepat jam 12 malam aku, abang shuk dan
kak ija bertiga je lah sambut besday dia. mak dah tidur..happy birthday
abang shuk! moga dimurahkan rezeki sentiasa!
11 November 2014 -
sambutan besday abang shuk di restoran Cafilla kerteh. aku arrange this
majlis. beli sandal timberland untuk abang shuk as a gift.
Alhamdulillah ramai family kami boleh join. syukur.. sanah helwah abang
shuk!! semoga allah panjangkan usiamu!!
14
November 2014 - main bowling di Plaza Kuantan. selepas main bowling
straight ke KL ambik kak Tie sebab nak ke Penang pulak.
15
November 2014 - Trip ke Penang untuk menyertai Pennag Bridge
In ternational Marathon. racekit collection tak best. then kami checked
in di whatsapps youth hostel georgetown. nasib baik ada lagi. then gi
makan di hameediyah sebe lum balik tidur..
16
November 2014 - Penang Bridge Internationl Marathon 2014. teruk sangat
penganjurannya. Alhamdulillah dapat habiskan larian lagi. another
finisher medal and finisher tee collected. jumpa ramai kawan juga..
after event aku ngan kak tie balik tidor dulu di hostel.
16
November 2014 - Sambut besday kak tie di Secret Recipe airport. meraikan
PB nya dalam HM juga di PBIM Kali ini. Tahniah kak ayang ati! dan
selamat hari lahir juga (17 November). Love you forever!!
20
November 2014 - Aku gi ambik Angels (Along, Mimi dan Ika) kerana diorang
dah cuti sekolah. sampai kemasek kami sambut birthday ika yang jatuh
pada 16 November yan g lalu. sehari sebelum birthday kak Tie. :)
21 November 2014 - ajak anak sedara datang kemas rumah. buat spring
cleaning banyak sangat sampah nak buang.. thanks!1 pok zim belan ja
aiskrim magnum satu!!
21 November 2014 - masak ikan salmon sos lemon. sedap juga!
26 November 2014 - terima buku resepi Fitness food made simple dari
arfian yusoff. thanks abang! nanti say atry masak resepi yang ada dalam
tu. tq tq tq
28 - 29 November 2014 - seharian di KL. Checked
in di The everly Hotel Putrajaya. tengok wayang. lari di Putrajaya.
makan megi ketam. ke ioi mall yang baru. fun fun fun!!
30
November 2014 - join NM Galaxy Half Marathon 21km di taman tasik
cyberjaya. medal habis. boleh?? kelakar lah korang. habis lari terpaksa
drive terus balik ke paka sebab kena masuk meeting belah petang. singgah
di bentong makan mee bandung muar azmi belanja. thanks!!
DECEMBER 2014
- 2 Disember 2014 - Sejak dapat buku
resepi dari abang Arfian Yu soff, minat nak memasak semakin menjadi
jadi. fitness food made simple konsepnya. tak perlu susah susah.. masak
simple tapi sedap dan healthy. dan itu l ah yang aku praktikkan
sekarang. moga jadi amalan.
3 Disember 2014 - Mok Teh masuk
hospital Kuantan. dia tak boleh bernafas sebab ada air masuk dalam paru
paru. so aku ngan abang jalee dan mak hantar dia ke HTAA.
Al hamdulillah lepa s dah masuk kritikal zon tu masuk wad biasa semula..semoga mok teh beransur sembuh. Insya Allah!
4 Disember 2014 - Jamuan makan kelas Quran meraikan Ustaz Najmid i telanai Seafood Kuala Terengganu.
5 - 6 Disember 2014 - Trip ke Singapore. Jenjalan jat Clarke Quay
malam hari. siang nya ke Garden Bay. ke REPC untuk Standard Chartererd
marathon singpaore.. berjalan sampai lewat malam ke orchard road.
Gme, mizan, man korang memang gila.
7 Disember 2014 - Standard Chartered Marathon Singapore. cuaca memang
panas sebab start lewat dalam jam 5am. tapi bestnya larian ni sebab
finisher punya gambar cantik. hehe. yang tak best aku kena rush balik
sebab ambik flight aw al sangat jam 2.40pm. mujur sempat!!
9 Disember 2014 - hari ini memang hari untuk dikenang sebab aku masak
dari sarapan pagi, lunch sampai lah ke Dinner. haha. mood nak memasak
merasuk ke dalam jiwa!!
10 disember 2014 - Sambutan hari lahir
kak Ija. sanah helwah kak Ija!! aku masak spaghetti Bolognaise meatbaal
untuk dia. alhamdulillah semua kata sedap. hehe
12
Disember 2014 - Exam Tajwid di Kuala Terengganu. Ruginya aku tak baca
bebetul pasal hukum mad. dapat 36/50 sahaja result aku. hmmm cuba lagi
nanti.
13 Disember 2014 - ada event monsoon marathon di
Kuarters. lari 5 km sahaja. aku menang. dapat hamper besar.
alhamdulillah. bawak balik kemasek berbagi pada anak saudara. :)
14 Disember 2014 - Dinner di the Qamar lagi.
18 Disember 2014 - ambik abang shuk di airport Kuantan. dia balik arini. thanks kacang dan cokelat serta madu!! love you bro!!
19 Disember 2014 - Buat Steam Stuffed crab. sedap!! resepi fitness food made simple.
20 Disember 2014 - Short trip to Penang. aku join event Trail in
twilight stars penang. checked in di hotel ceylon. murah jer rm45 ambik
dormitory type. ambik racekit di Penang Plaza. then pukul 6pm kena ke
kebun bunga dah.
21 Disember 2014 - Trail in twilight stars.
mencabar sungguh event ni. aku dapat buat 5 loop sahaja. satu loop 7km..
elevation dalam 450 m. t inggi woo. memang cramp lah thigh. sakit
Dapat silver medal. yeayyy!!! . dan ini adalah event penutup untik
tahun 2014 ini.
22 D isember 2014 - Kuliyyah maghrib ustaz
Azhar Idrus di Masjid Sura Dungun. semasa perjalanan pulang terperangkap
dalam banjir.. terpaksa lalu jalan jauh. ya Allah selamatkan lah Pantai
Timur ini dari musibah banjir!!
23 Disember
2014 - Ulangtahun kelahiran arwah ayah. kalau arwah ayah masih ada, ayah
berusia 66 tahun sekarang. Al-Fatihah. gone but not forgotten. rindu
ayah setiap hari. (Salam ulangtahun kelahiran juga buat sally!!)