Followers

Tuesday, August 16, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA + ISYAK/TARAWEH + TAZKIRAH RAMADHAN

Petang tadi
Majlis berbuka Puasa Anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam
Semua pekerja dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis


Sebelum berbuka puasa ada majlis bacaan Yassin beramai ramai.Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Bacaan dipimpin oleh Ustaz dari maahad Tahfiz


Selesai Bacaan Yassin menunggu waktu berbuka puasa
Di Penang waktu Berbuka Puasa ialah 7.33pm


Berbuka mengalas perut dulu
Makan Kurma dan Kuih muih


Seronok makan ramai ramai macam ni
Berjemaah itu yang paling indah
selesai mengalas perut terus bersolat maghrib berjemaah


Selesai solat maghrib baru makan berat
ada nasi lauk ayam lauk kubis 
Alhamdulillah rezeki dari Allah..


Selepas solat Isyak dan Taraweh tadi ada Tazkirah Ramadhan.Di sampaikan oleh Ustaz Abdul Razif..Tazkirah malam ini membincangkan Konsep Takwa..Selalu sangat kita dengar perkataan Takwa tapi adakah kita memahami dan mendalami pengertian di sebalik maksud TAKWA itu sendiri??Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah ada menyebut bahawa seharusnya TAKWA itu perlu mengandungi tiga perkara iaitu:

1)Khoufu ilallah (Takutkan Allah) - Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , iaitu rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

2)Beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah - Beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..Allah Taala telah memberikan Nabi Muhammad Mukjizat terbesarnya iaitu Al-Quran dan Al-Quran itu diwarisi pula oleh kita sebagai Umat Nabi Muhammad..maka seharusnya kita beramal dengan Isi Kandungan Al-Quran dan juga dengan Sunnah Rasulullah..Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku.."

3)Sentiasa mengingati mati - Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati.Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..Insya Allah.

Wallahualam.
 

6 comments:

Leez M. Saaid said...

Info yang bagus.
Terima kasih berkongsi ilmu akhirat dengan kami semua.

mohdkhairi said...

salam...axim, saya sehat...cuma kalut sikit lani...blog pon tak sempat nak update/..anyway syok baca citer hang pi umrah....syabas...

rdgs khairi -gerbangkasih

geraugebang said...

rindunya tengok gambar-gambar kaabah ngan makam nabi...amik gambor tak kena tegur ke?

@xiM said...

KAK LEEZ,

Ilmu tu semua milik Allah..kita saling ingat memperingati dan saling sampai menyampai..mudah mudahan diberkati Allah..

@xiM said...

MOHD KHAIRI,

Alhamdulillah hang sekeluarga sihat..:)

@xiM said...

KAK GERAU,

saya pun dah mula merindu madinah dan mekah terutamanya perasaan di depan Kaabah..

ambik gambor kena tegur tapi pandai pandai lah kan..kalau tak ambik takder kenangan pulak untuk dikenang di sini..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails