Followers

Friday, August 3, 2012

LSD 15KM @ PUTRAJAYA vs SAHUR @ WILLIAM'S CORNER

Salam Hari jumaat. Hari ni aku kerja half day sahaja. sebab nak hantar kereta gi workshop. Then aku ambik bas ke Kuala Lumpur pukul 3 pm. sekali bas lewat pulak sampai dalam pukul 5 baru keluar dari Penang..ada masalah teknikal sikit. sabor je lah. aku nak balik kampung sebenarnya ni sebab 6 Ogos ni kan cuti Nuzul Quran (17 Ramadhan 1433H). Berhenti berbuka puasa kat simpang pulai makan Roti + air milo. Then perjalanan diteruskan sampai KL dalam pukul 10pm..ruginya tak leh taraweh berjemaah. Nanti kena buat taraweh sendiri. Bulan Ramadan rugi sangat kalau tinggal Taraweh. sebab solat taraweh hanya ada pada bulan ni sahaja.


Sampai KL terus ke Putrajaya pulak. Thanks pada yang tolong fetch aku di Pudu sentral..Actually malam ni #gengkakilari ada training berlari.target diorang nak buat half marathon malam ni. aku dah lewat so takpaa lah berlari lah mana yang sempat..Bulan Ramadhan ni mileage agak berkurangan sebab tak cukup masa nak berlari.


Aku ngan Faiz jer lah berlari berdua. Tengah tengah jalan terserempak ngan yang lain lain tengah berlari..masing masing ada buat 21 KM dan ada yang buat 25KM..aku sempat buat 15KM sahaja, the first 15 KM in august..Cukup lah tu.


Ramai jugak yang join tonight..i met the new members here, abang man, redz, Duan jamariji, Shaz dan Farah..Nice to meet you guys! we shared the same passion: Running!. Hope to see you guys again in another series of training. aku lah kot yang payah sikit nak join sebab duk jauh kat penang sana..tengok lah mana yang boleh aku join aku try join. lagipun best berlari ngan member reramai..route di Putrajaya pulak memang syok.


Team Hijau!!


team campur-campur!!at POJ presint 3


Habis training dalam pukul 1pagi lebih dah..Join diorang pi minum kejap di Presint 9.minum kedai mamak.Plan lepas ni nak  makan kat william tu yang just minum je. sambil minum aku tengok depa pasang Live Solat Taraweh dari Mekah. terdengar bacaan imam masa solat taraweh terus aku teringat masa solat taraweh di Mekah last year..Allajuakbar..perasaan yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata kata.Nikmat sangat..Moga Allah permudahkan jalan bagi aku untuk menjejakkan kaki lagi ke Tanah suci itu. aku rindukan suasananya..


Ankel William duk sibuk kira duit


Ajak Faiz datang ke William Corner di kelana Jaya..teringat nasi Goreng Ketam nya. nama nasi goreng ketam tapi actually ni nasi goreng seafood. Lama sangat dah tak makan nasik goreng kat sini..Orang macam biasalah ramai yang datang sahur.


Ayam Pandan. sedap!juicy ya!


Dan tak dilupakan Jus kedondong asamboi gelas besar..last week datang mintak air ni kata kedondong dah abis. malam ni bernasib baik pulak ada..Alhamdulillah selesai sahur..dah esok jam 10pagi akan naik bas ke Kemaman..balik ngan Kak Tie.. kak tie dah siap beli tiket..nak balik berbuka puasa di kampung halaman lagi sempena cuti  Nuzul Quran isnin depan..

Nanti ada masa aku share story di kampung halaman pula ya.

Adios!!

************************************************

Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dialah hamba beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka insyaallah dia akan semakin dekat dengan kepada ampunan Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails