Followers

Wednesday, January 9, 2008

BBQ Dinner

Habis jer sessi forum petang tu,diorang bagitau malam ni akan diadakan bbq dinner kat gazebo swimming pool area kat hotel bayview tu..makan punya pasal takan nak tolak maa..majlis bermula pukul 8.30 malam.yang paling penting dress code bebas,so takyah la nak bertema tema sangat.sampai jer kat sana da ramai yang da sampai,so terus jer memulakan sessi makan memakan sampai kenyang.

Biasanya kalau ada BBQ mesti akan di gandingka dengan nasi goreng cina.tapi masa ni aku pelik kenapa nasi goreng cina ni sedikit manis..hmmm nasib baik bleh telan lagi.ada udang dan ikan pari bakar tu lagi la membangkitkan selera aku..habislah azam tahun baru aku...huhuhu...takper...sekali sekala je kan..(ayat nak sedapkan hati,hehehe)

Kalau dah namaya BBQ mesti ada ayam bakar dan daging bakar...yang paling tempting sekali malam ni ialah lobster yang dibakar tuh.....sangat sedap dan aku makan dalam 5 ekor jugak..banyak tuh tapi nak wat camaner tak tahan tengok.kang kempunan pulak kalau asyik nak tahan je selera makan,betul tak?

Lepas semua da kenyang maka bermula lah sessi ucapan untuk SGMO yang akan bersara 17 januari ni.ada lah ucapan ucapan dari GM yang lain atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama berkhidmat dalam kompeni ni.yang paling best kemudiannya SGMO diminta untuk menyampaikan lagu sebelum dia melepaskan jawatannya..Tuan Haji Suhaimi nyanyi lagu getaran jiwa untuk menghiburkan kami semua..funny thing is after that the floor is open for the guest untuk nyanyi.dan aku pulak tetiba mengofferkan diri untuk nyanyi,hehehe.sajer jer nak hiburkan diorang walaupun tahu suare tak sedap..aku nyanyi lagu kau ilhamku(man bai) ngan lagu biarlah bulan bicara(broery marantika)..saja seronok seronok...lagipun ni memang masa to have some fun kan?

delegates yang lain pun turut menyanyi juga walaupun pada awalnya malu malu tapi sebenarnya mereka mahu,hehehe,ramai jek yang sporting dan memberikan sokongan.dalam pukul 11.30 malam majlis tamat..esok forum akan bersambung lagi untuk sessi seterusnya.

bayview international




O & M Forum@Bayview Penang

Today i've got to attend an operation and maintenance forum at bayview beach resort penang,with the theme 'cultivating a culture of excellence',yeah,quite same as our company goals-servive excellence 10/10.this forum will be held once a year,and if i'm not mistaken last year this forum taken place at malacca(again,if i'm not mistaken).for the very first time i'm so excited to get through this forum because there is a lot of things to be revealed,all about the generation division(the division where i'm working with) .

*warm welcoming from the organizer

for our station,tajul,venoth and me are the candidates choosen to attend this forum,and we went there together.the course started at 8.30 am end at 5.30 pm.ahli ahli forum yang lain datangnya dari seluruh negara dan semuanya dari bahagian penjanaan sahaja.

*semua peserta yang khusyuk mendengar

there's a lot of issues yang dibincangkan,dan of course semuanya have something to do with our business management.this is the last forum yang akan dihadiri oleh our SGMO(Senior General Manager Operation),Tuan Haji Suhaimi Dahlan yang akan bersara pada 17 januari ini..kepada tuan haji,semoga dapat menghadapi kehidupan selepas bersara dengan baik..insya Allah.

Monday, January 7, 2008

weekend@home

Dah lama rasanya tak masak....rindu plak rasanya nak makan masakan sendiri.jadi arini aku nak wat mee goreng basah versi rekaan sendiri,hehe,whatever it is aku akan pastikan rasanya sedap dan menepati citarasa semua..lets check it out,the recipe..

*Bahan bahan:
-bawang putih,ditumbuk hancur(untuk tumis)
-sedikit lada giling
-sos tomato,sos cili dan sos tiram
-kicap manis dan kicap masin
-sotong saiz sedang sedang aja 3 ekor
-telur ayam sebiji
-mee kuning
-sayur sayuran(kobis,lobak,tomato,brokoli)
*cara penyediaan:
-mula mula tumiskan dulu bawang putih dan selepas baunya naik,masukkan sotong dan biar sehingga sotong masak.
-kemudian masukkan lada giling,dan semua sos yang dinyatakan di atas,kuantiti ikut sedap sedap saja.



-kemudian tunggu sehingga lada giling masak sedikit(untuk mengelakkan pedas yang terlampau),dan masukkan kicap manis dan kicap masin.(oleh kerana kicap sudah digunakan maka tidak perlulah menggunakan garam lagi)
-jangan lupa untuk masukkan sebiji telur,agar kuah jadi lebih pekat.



-kemudian lepas bahan tumis dah siap disediakan,sayuran dan mee kuning di masukkan dan digaul rata dan sedia untuk dihidangkan...


Lepas dah di hidangkan apa lagi,makan la...sambil nengok tv,syioknyer dapat bersantai hujung minggu ni...takyah nak pikir pasal kerja.seronok sebenarnya dapat memasak sekali sekala ni...at least tak la makan luar je selalu.

Friday, January 4, 2008

breakfeast@ofice

sebab malam tadi tak makan malam pagi ni bangun perut menyanyi nyanyi mintak di isi.singgah kat gerai sebelah perumahan kastam on da way nak pergi kerja tadi.juz beli nasi lemak 6 kupang sebungkus..cukup lah tu..Alhamdulillah.



*gambar gambar sekadar illutrasi penulis('',)

Wednesday, January 2, 2008

New Resolution

Atas nama manusia kita pasti punya harapan dan impian.sama ada impian dan harapan itu kecil atau besar,namun strategi untuk melaksanakan impian tersebut yang menjadi ukuran,jatuh atau bangunnya seseorang individu itu.persoalannya,berapa ramai umat manusia yang dapat melaksanakan impian dan harapan tersebut dengan jayanya?dan berapa ramai juga yang hanya bermimpi tanpa berbuat apa apa untuk menggapainya?Tepuk dada tanya selera.

berikut adalah senarai 'wish list' untuk tahun baru ini:
  • To be a good muslim-aku tahu aku bukannya baik sangat.tapi dengan kesempatan hidup yang dianugerahkan tuhan ini bukankah aku harus cuba untuk menjadi hamba-Nya yang lebih bersyukur?aku tak mahu kufur dengan nikmat tuhan..aku tahu tuhan dah anugerahkan brmacam macam pada aku tapi terkadang aku selalu lalai dan leka...insya Allah,mungkin tahun baru ini bakal menyaksikan semangat baru.


  • Be a good son-kadang kadang kita sebagai anak tak sedar yang perlakuan kita akan menyebabkan hati kedua orang tua kita terguris..dan aku seboleh daya takkan pernah untuk menyakiti hati kedua ibu bapa aku..tanpa mereka aku takkan ada.aku nak jadi anak yang baik untuk mereka.


  • To be more punctual-ini satu benda yang aku nak laksanakan dengan baik untuk tahun ini.biasanya aku selalu buat orang tertunggu tunggu walaupun aku yang berjanji nak jumpa,dan biasanya ada beberapa kali juga aku pergi kerja lambat..dan mender mender ni aku nak ubah bagi 2008 ni...aku nak jadi orang yang tahu untuk menepati masa..at least baru orang tak pandang slack kat kita.


  • financial management-my financial budget every month is sucks..i dont know what to do with it anymore but believe me,this year i will try my best to manage my financial budget properly...ohhh gosh..this is very hard for me to do ..2007 has passes by but how many thousand that i can keep in this year?i rather not try to answer that..


  • exercise more-aku jarang untuk dapat waktu yang betul betul sesuai untuk exercise di waktu petang..dalam 2007 boleh kira banyak mana aku dapat exercise,paling tak pun aku akan bermain bila ada tournament anjuran kelab..lain daripada tu susah nak arrange masa...so i'll change it in 2008 to be more healthy and more strong,hehe


  • lose some weight-i hope in this year i will be able to get my ideal weight,juz enough to maintain a healthy life..prevention is better than cure right?


  • good worker-hopefully this year i'm willing to be a better worker than before and try to give 110% of my effort to make sure all the work at the office done systematically and efficiently.

Ini perkara perkara yang perlu di emphasizekan.aku harap permulaan tahun ini akan menjadi satu permulaan yang baik untuk aku laksanakan this new resolution.



'tanpa keberanian mimpi takkan jadi kenyataan'

Tuesday, January 1, 2008

selamat tahun baru 2008

As the clock strikes midnight,
and old father time hands over the reigns to the baby New Year,
we are filled with a sense of renewal and rejuvenation.
In those first few hours of the dawning New Year,
we greet the world anew,
as if through the eyes of a newborn child.
Think of this as you’re crawling on all fours
and spitting up on yourself!

Happy New Year 2008!


'hepi nude year everbody..'

new year 2008 celebration

this year i decide to celebrate new year at padang kota lama,which is the first time ever to celebrate new year at penang..in fact,bukan menjadi kebiasaan untuk sambut new year for me but for this time,i juz wanna feel what is like to celebrate new year.to be honest the crowd will make me ill..thats the only reason i dont like to be in the place where there is so many people.but for this time i juz wanna give myself a try,juz to feel the crowd again,i guess..we (me and hairie) went there at 10.30 o'clock at nite,and the crowd juz started to begin.

Bangunan yang cantik dalam gambar tu ialah bangunan majlis perbandaran pulau pinang,bersebelahan padang kota lama ni..sambil tunggu tahun baru menjelma,aku beli sumthing yang lite lite untuk dikunyah,at least tak la bosan sangat menunggu..ada konsert jugak malam ni sebenarnya,performing by sofaz but that doesnt atract us at all..apa yang tertarik malam ni ialah fireworks show nya yang sungguh indah.after the final countdown pertunjukan bunga api di adakan, and thats really give me the answer why so many people are willing to wait for this eve,and i guess that fireworks show really worth of waiting..what a beautiful formation in the sky,wonderful and fascinating..there is no picture though becoz masa ni sibuk rakam bunga api yang cantik itu...hehehe

habis jer fireworks show,terus bergegas untuk pulang..malas nak tunggu lama lama tapi dengan keadaan orang yang ramai macam ni stuck hampir sejam..huhuhu..

semoga tahun baru ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

imbasan 2007

2007 hampir berlabuh dan berlalu pergi..ish...sedih plak rasanya nak meninggalkan 2007...sekejap sangat rasanya masa berlalu,sedar sedar dah setahun berlalu pergi macam tu jer.dan tanpa aku sedari sebenarnya 2007 banyak membawa pengertian dan perubahan besar dalam hidup aku.secara peribadinya tahun ini menjadikan aku insan yang lebih matang dan lebih berdikari dalam semua aspek kehidupan.

2007 menyaksikan sebuah kisah tercipta antara aku dan sayang....saat dan ketika inilah sayang muncul dan masuk ke dalam dunia aku,dan aku tanak semua yang telah tercipta ini berakhir sebegitu saja..sehabis daya aku akan pertahankan apa yang telah terbina,kerana atas nama cinta aku tak mampu untuk kehilangan sayang dan segala kenangan saat bersama dengannya..tanpa aku duga pertemuan pada suatu petang itu menjadi satu detik yang paling bermakna,dan aku tahu antara kami telah tercipta sesuatu yang istimewa..terima kasih sayang atas rasa ini..saya sayang sangat sama kamu.

2007 menjadi satu titik permulaan yang baru dalam hidup aku untuk memulakan kehidupan sendiri jauh di rantau orang..bukan aku tak biasa berjauhan dngan keluarga,tapi sudah sampai masa di mana aku harus membina kehidupan sendiri dan menentukan arah tuju aku sendiri,atas nama sebuah kedewasaan. pada mulanya aku agak kaget ketika tiba di daerah asing ini kerana aku tak punya sesiapa di sini,cukup hanya berbekalkan alamat tempat kerja dan aku tiba di bumi penang ini dengan penuh harapan.harapan agar aku dapat menjalani kehidupan di sini dengan sebaik baik nya,harapan agar aku tidak akan terkandas di sini,dan alhamdulillah,aku sebenarnya mampu untuk berdiri atas kaki sendiri,walaupun banyak juga masalah yang timbul..masalah juga adalah sebahagian dari kehidupan,justru mengapa kita harus tewas kepada nya kan..

2007 juga menjadi saksi betapa hubungan kekeluargaan antara aku dan ahli keluarga yang lain bertambah erat.dengan semua aktiviti yang kami lakukan bersama aku sentiasa yakin bahawa inilah keluarga yang paling hebat aku miliki,kerna antara kami semuanya saling memahami antara satu sama lain.ada hikmah sebenarnya di sebalik masalah yang menimpa kak ti dan kak ina,dan hikmah yang paling besar ialah hubungan kami bertambah akrab.bulan julai 2007 kak ija dan adik da pulang ke malaysia selama 3 bulan,dan sempat merayakan aidilfitri bersama sama..dan ini menjadikan aidilfitri kali ini paling bermakna kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama sama.saat yang menyedihkan bila mereka berdua harus kembali ke mesir untuk meneruskan baki pengajian di sana pada november..disember pula menjadi saksi bahawa abang jali juga mampu untuk menggenggam segulung ijazah yang di idamkan selama ini. when there is nobody in this world will listen to u,juz go back to ur family and there will..

saya akui sebetulnya semua perkara yang telah terjadi tahun ini sangat mematangkan diri saya dan menyebabkan saya tersedar bahawa inilah realiti dunia sebenar.dunia sebenar yang tak mudah untuk di jalani seperti yang pernah saya jangkakan.namun saya gagahi juga kerana saya bukan lah orang yang mudah berputus asa..bagi saya berfikiran positif akan mampu menyebabkan kita boleh untuk menangani sesuatu krisis itu dengan tenang dan berkesan,dan itulah yang saya sering cuba untuk terapkan,walaupun kadang kadang saya tersasar jua dari landasan itu tapi atas nama manusia kita takkan pernah dapat untuk lari dari membuat sebarang kesilapan.semoga 2007 yang berlalu memberikan satu pengalaman yang amat berharga buat diri saya dan orang sekeliling.

sayonara 2007 dan selamat datang 2008.

'happy new year 2008'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails