Followers

Tuesday, January 1, 2008

imbasan 2007

2007 hampir berlabuh dan berlalu pergi..ish...sedih plak rasanya nak meninggalkan 2007...sekejap sangat rasanya masa berlalu,sedar sedar dah setahun berlalu pergi macam tu jer.dan tanpa aku sedari sebenarnya 2007 banyak membawa pengertian dan perubahan besar dalam hidup aku.secara peribadinya tahun ini menjadikan aku insan yang lebih matang dan lebih berdikari dalam semua aspek kehidupan.

2007 menyaksikan sebuah kisah tercipta antara aku dan sayang....saat dan ketika inilah sayang muncul dan masuk ke dalam dunia aku,dan aku tanak semua yang telah tercipta ini berakhir sebegitu saja..sehabis daya aku akan pertahankan apa yang telah terbina,kerana atas nama cinta aku tak mampu untuk kehilangan sayang dan segala kenangan saat bersama dengannya..tanpa aku duga pertemuan pada suatu petang itu menjadi satu detik yang paling bermakna,dan aku tahu antara kami telah tercipta sesuatu yang istimewa..terima kasih sayang atas rasa ini..saya sayang sangat sama kamu.

2007 menjadi satu titik permulaan yang baru dalam hidup aku untuk memulakan kehidupan sendiri jauh di rantau orang..bukan aku tak biasa berjauhan dngan keluarga,tapi sudah sampai masa di mana aku harus membina kehidupan sendiri dan menentukan arah tuju aku sendiri,atas nama sebuah kedewasaan. pada mulanya aku agak kaget ketika tiba di daerah asing ini kerana aku tak punya sesiapa di sini,cukup hanya berbekalkan alamat tempat kerja dan aku tiba di bumi penang ini dengan penuh harapan.harapan agar aku dapat menjalani kehidupan di sini dengan sebaik baik nya,harapan agar aku tidak akan terkandas di sini,dan alhamdulillah,aku sebenarnya mampu untuk berdiri atas kaki sendiri,walaupun banyak juga masalah yang timbul..masalah juga adalah sebahagian dari kehidupan,justru mengapa kita harus tewas kepada nya kan..

2007 juga menjadi saksi betapa hubungan kekeluargaan antara aku dan ahli keluarga yang lain bertambah erat.dengan semua aktiviti yang kami lakukan bersama aku sentiasa yakin bahawa inilah keluarga yang paling hebat aku miliki,kerna antara kami semuanya saling memahami antara satu sama lain.ada hikmah sebenarnya di sebalik masalah yang menimpa kak ti dan kak ina,dan hikmah yang paling besar ialah hubungan kami bertambah akrab.bulan julai 2007 kak ija dan adik da pulang ke malaysia selama 3 bulan,dan sempat merayakan aidilfitri bersama sama..dan ini menjadikan aidilfitri kali ini paling bermakna kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama sama.saat yang menyedihkan bila mereka berdua harus kembali ke mesir untuk meneruskan baki pengajian di sana pada november..disember pula menjadi saksi bahawa abang jali juga mampu untuk menggenggam segulung ijazah yang di idamkan selama ini. when there is nobody in this world will listen to u,juz go back to ur family and there will..

saya akui sebetulnya semua perkara yang telah terjadi tahun ini sangat mematangkan diri saya dan menyebabkan saya tersedar bahawa inilah realiti dunia sebenar.dunia sebenar yang tak mudah untuk di jalani seperti yang pernah saya jangkakan.namun saya gagahi juga kerana saya bukan lah orang yang mudah berputus asa..bagi saya berfikiran positif akan mampu menyebabkan kita boleh untuk menangani sesuatu krisis itu dengan tenang dan berkesan,dan itulah yang saya sering cuba untuk terapkan,walaupun kadang kadang saya tersasar jua dari landasan itu tapi atas nama manusia kita takkan pernah dapat untuk lari dari membuat sebarang kesilapan.semoga 2007 yang berlalu memberikan satu pengalaman yang amat berharga buat diri saya dan orang sekeliling.

sayonara 2007 dan selamat datang 2008.

'happy new year 2008'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails