Salam Kejumaatan Semua..
Pagi tadi tempat kerja aku duk buat senamrobik..pehhhh layan kan ajer..bayang kan lah ada tiga instructor wanita duk 'menggoyangkan' badan depan kami kami nih(FYI,tempat kerja aku majoritinya adalah dari kaum Adam..80 persen boleh dikatakan macam tu)..mau semua turun padang nak bersenamrobik sama..best jugak sekali sekala keluarkan peluh di pagi hari..memang 'layannnnn'...badan pun bertambah segar dan sihat.
Ok ok save it.malas nak citer pasal senamrobik ni..kalau dah namanya
AXIMUD konpem la lagi suka bercerita bab bab 'mentekedarah' nih..nak buat macam mana memang antara hobi aku ialah makan(memang aku pernah nyatakan hobi ni masa Cikgu Napisah tanya sewaktu di darjah 5 Sek.Rendah Kebangsaan Sura Dungun dulu..pastu dia duk gelak kata aku gemuk..padahal badan dia 3 kali ganda aku sekarang waktu tuh..haha..tiap kali masuk kelas mesti berpeluh peluh tak hengat..heeheh..Cikgu Napisah,walau di mana cikgu berada sekarang ni saya doakan agar cikgu bertambah tambah sihat hendaknya..ngeeee..).
Tanpa membuang masa yang tak berapa nak ada ni,Dari skrin PC anda-secara lansung mempersembahkannnnnnnn......(treetteerereretrrreteetereteret-bunyi drum)-Kisah Makan makan di Medan Ikan Bakar Kampung Bharuuuuu!!!
Terimalah.
*********************************************
Ini kisah lampau.A long long time ago,but i was still remember..ketika rakan baik aku dari Mri Sarawak terbang ke semenanjung atas urusan kerja di Kuala Lumpur..Kebetulan aku pun berada di Kuala Lumpur ketika itu,kami berpakat pakat untuk makan malam bersama di Medan Ikan Bakar Kampung Bharu.Tapi sebelum tu aku fetch dulu mereka di Hotel Crown Plaza.Macam biasa,akau akan sesat barat dulu sebelum tiba hingga menimbulkan kerisauan mereka..hehe..sorrry,jalan KL ni memang i fail.

Selepas berjaya menemui Hotel Crown Plaza tersebut barulah kami bersama sama bergerak ke Restoran Medan Ikan Bakar Kampung Bharu ni..Signboard nya yang besar dan lampu lampu yang meriah berjaya menambat hati kami untuk masuk dan mencuba makanan yang ada di sini..

Kami memilih untuk duduk di atas pondok,konon konon nak feel macam rumah kampung..konsep ni aku tak paham-ada tudung saji dan ada susunan buku cerita kanak kanak...ni konsep kanak kanak riang kah??wallahualam..Hanya Tuan Kedai ni sahaja yang mampu menjawab semua persoalan tersebut..

Dan inilah dia Kami yang di maksudkan oleh saya sebentar tadi-
Sally Shyrlyna,my old fren back then in Uitm dulu..my very bestfren and a good listener-yet already married with saudagar kain di Miri..Lawak jaa..ntah aku pun tak pasti suami dia kerja apa..hehe..Yang sorang lagi tuh Angah,my bestfren too sebab dia ni kawan baik Sally..(masa ni
Angah still anak dara sebab tak kawen lagik..hehe..kata ni kisah bulan dua yang lalu kan..)

Sementara duk nak tunggu pelayan Restoran datang melayan kerenah kami,angah duk sibuk godek kamera Slim Sally..berkenan kaa??kaler dah pink..korang suka la kalau pink pink ni kan..

Bila pelayan tiba dan bawak kertas yang koyak rabak ni terus la sally melenting-
''ada ker diorang kasi kita menu kertas carik koyak rabak macam nih..tak kelazzz lansung..''..Tanpa kami sedari rungutan Sally tu di dengari oleh Tuan Kedai lantas dia terus meluru ke meja kami,

Dan menyediakan Buku menu nih..haaaa..ni baru lah ikut prosedur makan di Restoran..ada menu siap semua segala..tapi kalau ada dalam menu nak order takder buat apa kan..aha..so lepas bincang punya bincang punya bincang maka kami sepakat untuk mengorder....haaaa tengok lah kat bawah ni...sedaaapppp!!:

Ni sotong Bakar yang Marvellous!!memang sedap bangat!!aku kalau bab bab sotong bakar ni memang la terangkat habiss!!pandai diorang bakar dan sos nya pun kena..salute!!
A+++ aku kasi..(wahhh lama dah tak rating makanan sebegini rupa kan..)

another bakar bakar lagi ialah Ikan Pari..yang ni pun boleh tahan sedapnya..tapi still tak leh nak Celen Sotong bakar lagik..aku kasi
A jer..:)

Daging Goreng Kunyit yang pehhhhh..-
A

Tomyam seafood yang sedap jugak..
A-yang ni aku musykil bila aku tengok Sally boleh makan Tomyam nih..Sally yang aku kenal bukan lah seorang yang boleh makan pedas pedas..kalau dulu sedikit pedas akan membuatkan muka dia merah padam..even cili sos pun dia tak boleh..so imagine lah sendirik..tapi kali ni Sally dah berubah..dia dah boleh makan Pedas..sejak da kawen ni pandai ko makan pedas yek..hehe..Syabas..syabas..

and last but not least Kangkung Goreng Belacan tidak dilupakan..ni so so jer,aku rate
B sudah..

macam biasa jus buah akan diorder-air tembikai kepunyaan axim,Milo ais tu angah dan carrot Susu tu Sally Shyrlyna yang punya..

Haaa kan aku dah cakap sotong bakar tu sedap..terus aku terkam dan terjah tanpa segan silu..tapi still aku baca Bismillah..dan proses makan makan pun bermula..Khusyuk sampai takder gambar yang di snap masa kami tengah khusyuk menghadap rezeki dari Tuhan ni.Alhamdulillah..syukur.

dan inilah hasil nya setelah proses makan makan selesai..actually diorang berdua memang lapar sangat sebab duk tunggu aku lama kes aku sesat barat tu lah..sian korang,tapi tetap lah nasik tak habis kan..pinggan yang kosong dan licin lesap tu konpem la aku punya..kata selera Gorgon yerr dak..haha

Tersandar kekenyangan si gadis manis setelah kenyang..memang puas hati kan makan kat sini..semua sedap..tang servis boleh di improve kan lagik..tapi tang rasa makanan sedap dan boleh datang lagi di lain kali..Cuma satu masalah jer-payah nak parking since restoran ni tepi jalan besar yang sibuk..

Dua wanita yang suatu masa dulu pernah berkongsi suka duka pahit getir di zaman persekolahan UiTM..tapi sekarang segalanya dah berubah-kedua dua mereka bergelar isteri orang..Angah da kawen ngan Sam,My bestfren too..dan Sally dah kawen ngan pilihan hatinya..Semoga kalian sentiasa bahagia k..jangan duk pulun berlumba nak buat anak sudah..tapi ok gak,aku tak sabar dah ni nak jadi pakcik untuk anak anak korang..mesti best nanti...heeeehee..

Anyway,Thanks Sally sebab belanja malam tu..aku memang nak suruh kau belanja pun tup tup ko paham sendirik..haha..len kali kalau ko turun lagi KL turn aku pulak ok..nice to meet both of you again,it's been 3 years ago but i stil feel like seem just like yesterday when all of us started to make our own direction..Till we meet again Buddy!!
So much to Learn..
So much to Love..
But I wont be There to Reach you..
I know i wont be Close..
But i keep My heart to reach you..
I'm so sorry.