Followers

Thursday, June 10, 2010

PHOTO JOB : BIRTHDAY PARTY @ SATAY STATION KAMPUNG PANDAN

Kemalasan Kemengantukan dan Kepenatan..

Itu yang aku rasa lepas balik dari percutian singkat minggu lalu..Jauh jugak perjalanan,dari Penang aku ke Terengganu balik kampung,dan dari Terengganu aku ke KL dan terus ke Johor Bharu sebelum masuk Singapore pulak..Tapi it was fun since aku bawak masuk kereta sendiri ke Singapore..Prosedur bawak masuk kereta ke SG tak rumit sangat..nanti aku cerita dalam entri akan datang ya.Pagi semalam pun baru sampai Penang,Drive sorang sorang dari KL..Jauh perjalanan luas pemandangan sungguh.Penat tapi berbaloi.:)

Entri ni kisah bulan Mei lalu sebenarnya(22 Mei 2010),ada event seorang kenalan Blogger-Cik Wanie,Majlis hari lahir nya dan aku di berikan kepercayaan untuk merakamkan hari penting tersebut(menjadi Jurufoto).Terima kasih untuk Wanie dan Mamanya.

1

Stay @ THE ZON KLCC

2

3

Very Nice,Cozy and Comfy..

4

THE ZON - All suites Residence on The Park

5

Kafe @ The Zon,Breakfast time

6

Hilang Diet aku yang Strict..Rugi tak makan beb..

7

makan banyak banyak..kerja kuat kuat..

8

Event : Wanie's Birthday Party Celebration
Venue : Satay Station Kampung Pandan
Date : 22 May 2010 (Saturday)
Time : 4 pm - 6.30 pm

8a

Ini ime make-up..Bermula pukul 12 tengahari sampai pukul 1.30 pm

9

Satay Station Kampung Pandan

10

Dah namanya Satay Station,memang satay bersepah kat sini

11

mai mai mai jemput makan..

12

Ramai jugalah kenalan Wanie yang hadir..ada yang aku kenal dan ada yang aku tidak kenal..most of them kawan Blogger dan kawan Facebook..Nice to meet all of them..yang penting semua sporting untuk bergambar dan memberikan pose menarik.tu yang menjadikan kerja aku lebih mudah..nak makan pun tak berapa sempat.haha

13

Unik kan,buat Pulut Kuning..Very traditional theme.

13a

Comey kan budak nih..Geram jer tengok..:)

14

Ni bukan anak aku,ni anak Orang lain.haha..Saja tumpang bergambar ngan Budak Comey ni..Suleyman namanya,panggil Imaan saja.Apa-apa pun thanks pada semua yang menjayakan majlis hari lahir Wanie ni..Semoga panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki..Ada Umur kita jumpa lagi Tahun Depan.

Insya Allah.

*Macam Biasa lah banyak lagi entri entri yang pending,menunggu masa untuk di publish..kena balance kan waktu kerja ngan waktu berblog..tambah tambah lagi FB pun menghantui jiwa lately..heheheee..sampai ketemu lagik ya!!Adios..

**5/6 2010 baru baru ni Hari Lahir My brother-Abang Zali..Happy belated birthday to u..semoga sukses selalu.

Tuesday, June 8, 2010

A SHORT TRIP : UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Salam semua..

Aku masih berada di Johor Bharu ketika entri ini di taip..Hari ni baru nak gerak balik ke KL dan terus ke Penang nanti..Esok dah kerja..Cuti dua hari sahaja sebab nak berjalan ke JB dan masuk Singapore untuk ke Theme Park UNIVERSAL STUDIO..Hujung minggu lalu aku balik kampung,then sambung cuti sendiri bersama kawan kawan pula..kira adil lah kan?:)

Untuk kali ni aku just nak share beberapa keping Gambar di Universal Studio..Kira macam snippet jugak..ada masa nanti aku buat full story dalam satu entry siap ngan sedikit info berguna pasal Universal Studio Singapore ni ya..

Enjoice!!

1a

2

3

4

6

5

7

9

Kalau korang nak more info pasal UNIVERSAL STUDIO ni boleh layari laman web ni.Pagi ni pun dah siap siap nak Check out dan dalam tengahari baru gerak balik ke KL then terus ke Penang..Hope selamat sampai dan di permudahkan oleh Nya..Mudah-mudahan.

Happy working everyone!!


Friday, June 4, 2010

TRIP HAADYAI : SNIPPET FLOATING MARKET

Salam Hari jumaat semua..

Kadang-kadang aku terfikir juga mengapa aku terus menulis dan berkongsi kisah di ruangan ini..walau se sibuk mana pun rutin harian aku atau seketat mana pun jadual yang ada,laman ini tetap akan aku pastikan puya isi dan sesuatu untuk di kongsi dengan anda semua..Kadang aku juga capek bila mana laman ini seakan sudah wajip untuk aku kemaskini..seakan akan menambah beban pada masalah yang sedia ada..(no rose come without thorns)

Mengapa ya??

Tiada jawapan khusus untuk persoalan tersebut.Sebenarnya aku seronok bila dapat berkongsi kisah..aku teruja untuk bercerita pengalaman hidup sendiri..dan aku tahu kisah hidup aku seakan di dokumenkan dalam bentuk blog sebegini tiap kali aku bercerita dan terus bercerita di ruangan maya ini.Mungkin tidak banyak info berguna,sekadar catatan peribadi tapi this is my life..maybe just a lil bit of it.but at least aku akan tersenyum setiap kali membaca kembali catatan lama dalam entri terdahulu..dan itulah pemangkin utama mengapa aku terus-terusan menukilkan sesuatu di laman ini.

Kepada semua Blogger seperti aku,teruskan berkarya dan berkarya..kadang kadang karya kita mampu jadi inspirasi dan panduan untuk orang lain..sama ada kita sedar ataupun tidak.selagi hayat di kandung badan Insya Allah AXIMUD akan sentiasa ada di sini.

Insya Allah.

*************************************************************

FLOATING MARKET IN HAADYAI

Actually aku nak share banyak gambar dalam entri pasal Floating market ni tapi keadaan masa tak mengizinkan..banyak sangat agenda lain yang perlu di utamakan so aku hanya mampu letak beberapa keping gambar sebagai snippet untuk entri yang akan datang..Ini ialah pengalaman pertama berada di Floating market yang biasanya memang terkenal di Thailand..

Enjoice..!!

1

Floating market di Haadyai ni macam pasar malam..i mean,in terms of makanan yang di jual..serendah 20 baht(which is equal to RM2 kat tempat kita) variety makanan yang ada dijual..macam macam lah makanan yang ada..dan pastinya semua tempting tempting..(nak gambar makanan tunggu entri akan datang ok..)

2

peniaga Thailand yang gigih menjual..

3

Kalau nak beli diorang akan hulurkan satu bakul macam gambar kat atas ni..diorang kasi makanan dan kita akan letak duit dalam tu..aku just wonder ada tak orang yang ambik makanan then terus blah macam tu jer..hehe..kesian kat makcik ni kan kalau ada orang duk buat macam tu..:p

4

Oh yaa,satu lagi Floating market di Haadyai ni cuma bukak hujung minggu sahaja..so kalau korang mai Haadyai on weekdays so tak dapat lah nak merasa pengalaman di Floating market..overall it was a great experience to be here!!kalau nak mai lagi pun aku rasa boleh jer lain kali..:)

*********************************************************

4 - 6 Jun 2010 - Balik kampung halaman tercinta.ada kenduri Doa Selamat.

6 - 8 Jun 2010 - Akan ke JB..nak masuk Singapore - UNIVERSAL STUDIO.

Till later folks!!

Thursday, June 3, 2010

RESTORAN IDRUS IKAN BAKAR ; SWEET REVENGE

Kali ini mari kita menjengah ke Restoran IDRUS IKAN BAKAR pula.

Lokasinya terletak di Pulau Pinang.more spesific?ni yang aku lemah sikit.sebab tak taw exactly nama tempat ni..Keluar dari Jambatan Pulau Pinang ambik lane kiri menuju ke Bayan Lepas..bukan di Bayan Lepas,Tapi Restoran ni betul betul berada di Hujung Jambatan..Keluar jambatan rapat ke kiri dan anda akan nampak banyak Restoran Ikan Bakar..Pilih lah yang mana satu.(maaf sebab penerangan aku ni agak kabur)

1

Sebenarnya niat di Hati nak makan Di Restoran Nurul Ikan Bakar,biasa makan di Nurul dan tak pernah makan di Idrus ni..nak cari Ketam sekali Ketam kat Nurul dah habis so cari lah di Restoran sebelah,iaitu Idrus.Kira macam tangkap muat tapi mari kita saksikan sama ada berbaloi atau tidak..

2

Buku menu yang interaktif dan kreatif..

3

Misi makan makan kali ni tak mau makan Ikan dah sebab dah pekena Ikan Kerapu Stim di Pen Mutiara(Refer entri ni)..so memang nak cari Ketam dan Udang..Kerang bakar tu pun best kalau bakar..

4

Ketam Bunga yang available..Ketam Nipah takder

5

Maka aku dan seorang lagi kawan yang anda tidak ketahui namanya itu masuklah ke dalam kedai ini dan memulakan sessi order mengorder.apa yang kami order?

6

Air Limau Asamboi dan Jus Tembikai..beserta air suam

8

KERANG BAKAR order satu pinggan..Shedappppp!!

9

Yang menjadikan kerang bakar ni lagi sedap sebab Air Asam di sediakan sebagai pencicah.Biasa kalau cicah Kerang macam sos Cili yang manis pedas tu kan..tapi ni berbeza..air asamnya pulak memang wallah!!kena la ngan selera kami tekak orang kampung.kira boleh kasi A+ lah.

10

Menu seterusnya -UDANG BUTTER ni..yes..akhirnya aku jumpa jugak Udang butter yang di idam idam..macam ni baru betul Udang Butter bukan macam yang di Pen Mutiara Curry House .Udang nya pulak rasa Fresh dan besar..kalau macam ni nak Caj sekor 8 ringgit pun aku tak kesah sangat sebab sedap dan berbaloi..ni dah la kecik,masak udang butter macam Udang telur,pastu nak caj 7 hengget sekor..tak patut...tak patut..aku kasi A untuk menu ni..(CW,kat OASIS lagi sedap.)

10a

SUP SAYUR - ni pun ok..:)B+

11

Teringin nak makan KETAM MASAK LADA..so ketam masak lada ni boleh dikatakan lazat..

12

Sebab dua orang makan so ambik dua ekor jer lah..Kuah ketam ni a bit masin tapi aku rasa kalau makan ngan nasik jadi ok..pedas nya tak terlampau sangat,so aku leh rate ketam ni A-..tak leh lebih lebih kang kata aku over rated pulak..

13

Mungkin kerana kami rasa berpuas hati dapat makanan yang sedap macam ni,maka tinggal lah tulang belulang jer akhirnya..kalau kulit kerang tu boleh makan pasti habis jua..menjilat kulit lah senang cakap dinner kali ni.

13A

ini ialah muka aku yang tersenyum sinis tanda puas hati..

14

Korang agak agak berapa ringgit harga makanan macam yang kami makan ni??tak sampai RM60 pun!!!kalau nak bandingkan dengan apa yang aku makan di Restoran Pen Mutiara jauh bezanya..harga dua kali ganda tu beza..tapi of kos la lagi puas hati di Restoran Idrus ikan Bakar ni..

Moral of the Story : takyah dah Pi Restoran Pen Mutiara.Banyak lagi Restoran lain yang sama hebat tapi mampu menawarkan harga yang murah dan berpatutan.jadi lah pengguna yang bijak..Duit kita pilihan kita.

Wallahualam.

*maaf lah yek citer pasal makan lagik..malam ni aku upload gambar FLOATING MARKET di Hatyai..esok boleh keluar entri tu..Insya Allah.

RESTORAN PEN MUTIARA : TIDAK BERBALOI UNTUK WANG ANDA

Lupakan sebentar Kisah percutian aku ke HAADYAI minggu lepas.

Kali ni aku nak meluahkan sedikit ketidak puasan hati aku ketika menikmati makan malam di sebuah Restoran di Batu Maung,Pulau Pinang-Restoran yang boleh di katakan terkenal di sini : RESTORAN PEN MUTIARA.Dalam Blog aku ni pun dah banyak kali ada entri pasal aku makan di Restoran ni..Tapi biasanya waktu tengahari jer yang aku datang makan.

Berbeza sedikit kali ni sebab aku datang malam.Waktu malam biasanya ada ikan bakar dan juga masakan panas yang lain..jadinya tujuan datang of kos lah nak makan sebab lapar.Dengan hati yang berbunga-bunga (sebab deko Restoran ni sangat mantap) maka aku dan seorang rakan lagi rasa teruja untuk menikmati makan malam.

1

Maka waiter pun datanglah membawakan buku menu untuk kami order makanan..Kebiasaanya kalau datang sini menu biasa yang akan diorder ialah Kari Kepala Ikan(which is memang sedap!dan aku sangat suka..)..Untuk malam ni apa yang di order??teruskan pembacaan anda..

2

Ini ialah Jus Tembikai..dan juga air suam

3

Nasi Putih beserta sedikit bawang goreng di atasnya

4

Menu yang selalu diorder kalau datang- KANGKUNG GORENG BELACAN..macam biasa ,rasanya pasti menghiburkan..cuma aku notis kali ni dah takder sotong..biasa kangkung goreng belacan ni diorang buh sotong.Sotong habis kot malam tu.wallahualam.

5

Pertama kali nak cuba makan BUTTER PRAWN kat sini..tapi sangat kecewa sebab Butter pran nya sungguh tak sedap..korang tengok gambar pun dah boleh agak la kan rasanya macam mana..Rupa pun berbeza dari Butter prawn yang aku biasa makan,which is normally kalau masak mentega macam kuih karas,ada kerak kerak yang sedap..yang ni takder..Rasa Udang nya pulak macam Udang lama..Saiz pulak Cinonet jer..tak padan ngan Harga.nak taw berapa harganya??sat lag kita cerita pasal harga..

6

Ini pulak KERAPU STIM LEMON..yang ni aku rasa silap kami kot sebab order Kerapu Stim..maybe Ikan kerapu tak sesuai masak Stim..siakap stim will do atau jenahak stim will do tapi Bukan Kerapu sebab isinya lerai..Kerapu Tiga rasa mesti sedap..Rasa Stim Lemon no ok lah..Boleh tahan lah..tapi not that great..Harga?ok sat lagi aku habaq naa.

7

Memang sengaja Order tiga lauk tu sebab tak nak banyak sangat makan..sudahnya aku makan pun tak habis..sebab a bit frustrated ngan Udang dan Ikan kerapu tu..but what to do,dah order kalau tak habiskan lauk rugi lah..nak tak nak ratah jer lah udang yang tak sedap itu..Ikan tak berapa nak habis..

8

Licin jer ni kan..sedap ker?heheheee..

9

Ok now we talk about Price..actually aku tak kisah sangat pasal harga makanan biasanya,as long as ianya berbaloi dan kita sebagai pelanggan puas dengan apa yang di makan.Yang jadi Problem bila harganya tinggi dan macam tak berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan yang di sediakan..so lets take a look:

NASI PUTIH 2 PINGGAN = RM3.00 (nasik sampai 1.50 sepinggan)

KERAPU STIM LEMON = RM63 (ni maybe ikut harga pasaran)

UDANG BUTTER = RM28 (what!!!!Udang besar kuku 7 ringgit sekor???)

KANGKUNG BELACAN = RM7 (ni takper..)

TEMBIKAI JUS = RM 5 (pehhhhh melampau.air dah la sikit)

AIR SUAM = RM0.40(ni standard)

yang paling aku tak tahan ada servis caj RM10.64 sen..total semua sekali RM117.05..!!which is aku rasa sangat tak berbaloi dengan makanan yang di sediakan..terutamanya Udang Butter Prawn tu sebab Udang sangat kecil dicaj nya sampai 7 ringgit seekor..Tak kisah lah kalau korang nak kata aku ni asyik komplen ker apa ker..Bukan takder duit nak bayar,Cuma aku rasa lepas ni tak datang dah makan kat sini..Banyak lagi tempat makan yang lagi murah dan berbaloi baloi..yang penting kepuasan ada walau bayar mahal..

Sekian saja ketidakpuasan hati aku.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Pilihan di tangan anda..Buatlah pilihan yang bijak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails