Followers

Friday, February 4, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT BAIK!!

Hari ini hari bersejarah..

One of My bestfriend getting married today..and i'm really happy for him.Time really fly,sedar tak sedar satu lagi masjid telah terbina..Tahniah Nikli Nodin!!semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat..Petang tadi lepas asar pasangan mempelai selamat di ijab kabulkan di Masjid padang menora..4 Februari 2011 hari jumaat-permulaan baru buat sahabatku..Jom lah kita layan gambar kat bawah pulak..

Enjoice!!

1
Cincin itu simbolik kepada sebuah ikatan sampai hujung nyawa

2

sabarlah menanti..masa itu tetap kan tiba jua

3

Dengan sekali lafaz..Alhamdulillah..

4

semoga jodoh berkekalan ke akhir hayat

5

Cincin di sarung tanda janji dimeterai untuk sehidup semati

6

bersatu dengan alam..

7

smile..Till death do us part 
 9

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

8

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

10 11

Tahniah sekali lagi buat sahabatku..i'm not official photographer,saja menyibuk jugak nak ambik gambar.Esok Insya Allah aku jadi pengapit untuk majlis kenduri..Hari ni akad nikah,esok kenduri belah perempuan,dan hari Ahad ni kenduri belah keluarga Nikli..sapa sapa yang dijemput datang lah yek.boleh kita bersua muka.Tadi Nikli ada call aku,dia suh jemput semua yang duk baca blog ni yang ada kesempatan untuk datang majlis dia..Lagi ramai lagi meriah kan..

CONGRATULATIONS!!

*Nak selit satu lagi..tadi pukul 1.45 pm my another bestfriend,Angah & Sam selamat menerima kelahiran seorang Bayi lelaki..Tahniah to both of you!!dapat dua kejutan hari ni..heheee..Life is beautiful and full of suprises!!

BEST CENDOL SAID SEBERANG JAYA

Selamat hari Jumaat..

Hari ni still cuti..Bestnya lepas subuh boleh sambung tidor..memang tak berapa nak cukup tidor gara gara malam tadi pukul 1 pagi pergi cari Nasi Kandar bawah pokok kat Butterworth..Tadi pergi sunway Carnival mall kejap sebab nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan member aku esok..susah jugak nak buat decision nak beli apa.

1
On the way balik tadi nampak Cendol Said tepi jalan..dekat simpang empat berdekatan Hotel Sunway Seberang Jaya.actually aku kalau nampak Cendol said mesti menyinggah makan.Cuma kali ni aku baru tergerak hati nak buat review sikit pasal Best Cendol Said..

2
Tengahari macam ni panas jugak..singgah basahkan tekak minum cendol dulu pun best..tu yang aku menyinggah.

3
Aiseh.

Hajat di hati nak makan cendol jer.nampak pulak nasi lemak bungkus ambik lah sebungkus..Tersasar dari tujuan asal sangat.actually sebab buat cover makan pagi tadi macam tak kenyang.sedap jugak nasi lemak ni.seringgit dua ploh sen satu bungkus.

4
Cendol Said ni glemer lah di area seberang prai..biasa kalau kompeni aku buat majlis open house pun memang panggil pak said ni lah buat cendol.actually bukan ada cendol saja,Ais batu campur pun ada.,Biasalah,Cendol pasangannya Ais Batu campur.

5
Aku suka Cendol Pulut.ada Kacang merah jugak..licin satu magkuk aku Hirup.

6
Yang menambahkan kesempoian Tempat ni sebab bawah pokok jugak..angin sepoi sepoi bahasa..sebelum solat jumaat kejap lagi mesti ramai yang menyinggah.Dua tiga menjak ni suka benar aku buat review pasal makanan..aku suka makan.nak buat macam mana.dari dulu lagi Blog aku ni penuh ngan makanan.Hope you guys enjoy it..

Right now ada di Rumah..Nak siap siap ke masjid untuk solat jumaat.Lepas solat jumaat kejap lagi ada agenda penting..Lepas asar one of my best friend akan di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya..Tahniah buat kamu..

*Tadi aku ada dapat SMS dari my bestfriend,Sam..Isterinya Angah dah masuk labour room untuk bersalin..Doakan semuanya selamat..Alhamdulillah melahirkan anak di hari jumaat..Berkat sungguh.Selamat menimang cahaya mata pertama yaa!!.I'm happy for both of you Sam dan Angah..Congratulations!!

NASI KANDAR PAK JAMAL BAWAH POKOK BUTTERWORTH

Apa aku dah buat ni.

Tadi dah berguling-guling atas katil..dah mengantuk dan memang dah nak tidur..tapi perut duk berbunyik bunyik kelaparan..Aku pujuk diri sendiri supaya tidur jer dulu esok baru makan..namun nafsu mengatasi segala-galanya..Kalau di malam jumaat begini pasangan suami-isteri sedang enak memadu asmara,aku memilih untuk memadu asmara dengan makanan..Sarung baju,ambik kunci kereta terus aku keluar demi mencari sesuap nasik..

1
Gila kan.

Pukul 12.30 am, aku ke Butterworth NASI KANDAR JAMAL MOHAMED bawah pokok..untuk makan Nasi Kandarnya yang sedap itu..aku ingat aku jer yang gila.Rupanya ramai lagi orang lain yang sama Gila macam aku jugak.Makan nasi Kandar tengah tengah malam buta.Ramai pulak tu.Tambah pulak Cuti Cainisniuyer..beratur dan sabar menanti je lah.

2
Ini ialah kali kedua aku makan kat sini.Kali pertama Bulan 12 tahun lepas dengan member tempat kerja..Naik kat sini ada dua,nasi minyak dan nasi putih.aku mintak nasi putihnya saja lah.Nasi Kandar bawah pokok ni mula beroperasi dari jam 10 malam sampai 3 pagi kot kalau tak silap.mesti kaya raya pak jamal kita kan.Kalah Jamal Abdillah.

3
Dan ini lah hasil dari perut berbunyik.

Pukul 12.45 am,4 Februari 2011 aku melantak nasi kandar tengah malam buta..patutnya kalau tidur tadi pasti dah dibuai mimpi..but what to do,esok cuti so ambil kesempatan yang ada lah.aku belasah ambik ayam masak merah,Kerang dan telur masin serta bendi.Wajib ambik-Kuah Hitam daging..nak lagi sedap ambik la dageng sekeping.aku tak ambik sebab hari tu dah rasa.memang sedap terangkat!!

4
Sambal kerang tu sedap!kerangnya besaq besaq..Likes!!Bendi rebus buat ulam..masyukkkkk..nasi putih aku ambik ni extra..macam rugi penat beratur then makan sikit jer.Harga sepinggan macam ni tak lah mahal..ehhh dekat sepuluh ringgit juga.Tak kisah lah.janji hati puas.

5
Tanpa di sedari,Nasi semua dah habis.Nak lagi!!!

Oh lupa nak bagitau aku datang makan ngan member..tak kuasa aku nak datang sorang sorang..kalau sorang baik aku tidor jer tadi..ada member ni best sikit sebab ada penggerak..anyway thanks fren for accompany me!yang mahal terletak pada pinggan tin tu..mana nak carik.haha.Unik lah kononnya.Tak kisah la apa apa pun.yang penting sedap dan aku dah kenyang.yeayyyy!!

6
Time nak balik tadi ramai lagi yang duk beratur.

Memang berhantu sungguh..ada buh kaskas ker apa..hehee..lawak jaa.jangan saman aku pak jamal..aku takder 6 juta.agaknya time dekat pukul 2 pagi lagi ramai kot..inilah tabiat makan rakyat malaysia ya tuan tuan dan puan puan..makan nasi kandar pukul 1 pagi bersulam teh tarik,then balik rumah tidoq..cukup hujung tahun gemuk tak pasal pasal.

7
Kalau korang nak datang sini sila lah cari Telekom (TM) butterworth.Kedai bawah pokok ni betul betul sebelah bangunan TM..tak susah nak cari..korang datang time malam pukul 10 pm ke atas then cari lah port ramai orang beratur.betul lah tu..Selamat mencari dan selamat makan nasi kandar pak jamal yang sempoi!!

Adoi.Macam mana nak tidor ni.Perut Penuh.

Sembahyang tahajud dulu lah.

Ok bai.

Thursday, February 3, 2011

KUNG HEI FAT CHOI @ JUSCO PERDA

Petang tadi.

Janji dengan seorang teman nak jumpa.tempat di Jusco Bandar Perda.Ingatkan hari raya Cina tak la ramai orang kat sini.takder maknanya.orang penuh jer.cuma ada lah dua tiga buah kedai yang tutup.yang lain majoritinya berniaga seperti biasa.Tempat pertemuan-Old Town White Coffee.Lama gila tak menyinggah makan di oldtown.

1
masa nak masuk kat Old Town,macam takder seat.orang ramai sangat.ada satu tempat jer cukup muat untuk dua orang.Lucky us.:)

3 4

Order Minum Hazelnut Coffee ais.ingat tanak makan tapi tengok menu tertarik dengan Roti Pratha India dan Kari ayam..Order jugak yang ni satu set.

5

Roti yang macam roti canai ni sangat sedap!!

6

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan rakan Chinese ku..selamat tahun baru Cina..Tahun Baru Arnab.

7

Old Town White Coffee in the Glass.

8

Lepas makan kat Old Town jalan jalan kat dalam Jusco.tengok ada Promosi kat tempat Jual Jam.jam Polo Brittania..banyak less tu sampai 70 persen..tengok tengok dan pilih pilih last last aku berkenan..

9

Dan jam ini berjaya di rembat.sesuai dengan tangan besar

10

Sekadar Gambar Hiasan..

11

Cadangan awalnya nak tengok wayang tapi wayang semua full house..sedih betul..Cerita Khurafat aku tak tengok tengok lagi sampai sekarang..semua orang kata best..entah..tak terasa sangat nak tengok tapi dunno lah..maybe tengok maybe not..So dah takder apa boleh dibuat aku pulang lah kembali ke sarang..

Esok ada agenda penting.. :)
GONG XI FA CAI!!!

BER-CAINISNIUYER @ BAGAN SERAI

Hari ni cuti cainisniuyer.

Pagi tadi member aku datang rumah,ajak ke Bagan serai.nak buat apa entah.aku main angguk setuju je lah.Boleh jalan jalan.Bukan aku drive kan.bawak diri jer.hehe..dalam pukul 10 pagi tadi member aku datang rumah,fetch dan perjalanan ke Bagan Serai bermula..

0
Nak ke Bagan Serai kena lalu ikut Parit Buntaq dulu..aku teringat 2 tahun lepas ada attend kenduri kawen member blogger encik sepul dan Nita Hamdan kat sini..oh ya.memang kitorang datang nak jumpa dua makhluk ni sebenarnya.tapi dulu dua.sekarang dah ber tiga.ada anak dah sekarang.bebiboi.nama bebiboi Umar Shadiq.

1
Jumpa dekat area meribraun dan bank rakyat apa jadah ntah.tunggu depa sampai then kami di bawa pusing pusing keliling bagan serai sampai sesat sebelum jumpa kedai makan Maira maciam gambaq kat atas..memang kelaparan weh.tak sarapan pagi dan sampai sini dah nak hala ke tengahari.krup krap krup krap perut aku berbunyi.kesian kan.

2
Sampai sampai kami duk sibuk bersembang sampai masa order ayaq aku silap order nescafee ais.aku nak nescaffee o ais..tapi takpaa lah.silap sendiri..Tujuan datang jumpa cik sepul ngan nita sebab diorang nak pass barang kat Nikli.oh ya.aku tak mention pun aku datang ngan sapa.ni nak habaq lah ni.aku mai ngan Nikli Nodin.

3
Bebiboi diorang-Umar Shadiq..dah makin bulat gebu montel dan yang seumpama dengannya..boleh kawan ngan Adam syahmi la lepas ni..badan bersemangat sungguh!!comelltttzzz!!and one thing that i like-the fact that sweater oren yang aku bagi kat diorang memang useful..i felt honored.:)

4
Nikli Nodin balik Penang bercuti raya Cina..Cuti panjang..so kebetulan ada barang dia nak ambik ngan encik sepul so aku ikut je lah sekali.boleh juga bersua muka..baik pula si US ni.tak menangis pun..sebut US macam Universal Studio pulak.hahahaaaa

5
Gerai makan Selera Maira ni ada nasi campur jer..selera kampung lah kiranya.ok aku suka.banyak lauk duk ada tapi tetap lah aku ambik lauk sotong.reason?sebab aku nampak teluq sotong tersembul sembul dari badan.ohh nikmatnya makan teluq sotong!!

6
Nita ada order Ayam Bakar 4 ketul.masa waitress hidang rasa macam banyak.Ayam Bajar ni sosnya sangat sedap!!tak rugi lah banyak pun..memang kitorang makan dan makan dan makan sampai lah licin..sambil makan mulut laju bersembang jugak..

7
Setiap permulaan pasti akan disertai pengakhiran.Maka setelah berhempas pulas makan akhirnya semua makanan lenyap sebegitu saja..Alhamdulillh kenyang!!yang penting puas hati dan happy..Nampak tak air nescafee o ais kat atas..aku order lain..membazir jer lah nescafee ais takder orang minum.

8
aku doakan korang bahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat.Ameenn..

9
Aku memang kekok lagi nak pegang baby.i mean,tak reti nak pegang baby..takut pun ya..sebab leher diorang lembik lagi..kalau nak pegang kena sokong leher baby tu betul betul..Nikli terer..memang ada bakat lah nak jadi ayah.dah sampai seru kot,haha.sempat lagi diorang duk belajar Maps GPS untuk Blackberry..kami berempat pengguna BB yang setia.ohh yeahh..:)

10
Dah setel makan semua segala kami pun nak beransur pulang lah.Nikli pun ada hal lain lagi di kampung halaman.sibuk memanjang dia tu tak tau apa agenda..jeng jeng jeng..hehehee..kalau ada sumur di ladang boleh lah hamba menumpang mandi..kalau ada umur yang panjang boleh lah kita berjumpa lagi..

11
Thanks Nita for the treat!!lain kali aku belanja korang pulak..Budi yang baik dikenang jua..Adat hidup berkawan pasti ada pasang dan surut kan..pandai pandai lah kita pilih kawan yang sesuai..yang penting bukan kuantiti tapi pada kualitinya..setuju tak??hehehee..:)

12
Axim & Nita & Umar

13
Dari Bagan Serai kami bertolak pulang ke Penang dalam pukul 2pm..lalu lah kat Bridge besi Parit Buntaq ni kalau tak silap..nice to meet you guys!!insya Allah nanti kita boleh jumpa lagi..sampai penang dalam pukul 3 dan aku rasa kemengantukan yang amat sangat..lena sekejap pun best..tapi duk layan MTV program Disaster Date terus tak jadi tidoq..

Ok nak keluar kejap.ada Date jap lagi.

Until my Fingers meet the Keyboard again.

Tata.

Happy Cainisniuyer.

Wednesday, February 2, 2011

THE DAY I TURNED UN-COOL



Still kat opis.
Serabut gila meja gua.

Tengok jam dah dekat pukul 7pm.
Gua dah malas nak mengadap kerja.
Nak cuti jugak macam orang lain.
So gua tinggalkan je lah meja macam ni.
Gua nak balik!!

Di kesempatan ni gua nak ucap
Selamat tahun baru Cina
Pada member-member chinese gua
GONG XI FA CAI!!

*banyak shocking news lately..Apa sudah jadi dengan student kita di Mesir sana ( nasib baik gua punya kakak dah balik malaysia..,Chelsea tetiba beli Toress entah nak buat apa ntah,patut fokus pada midfield duk beli striker apa kejadahnya..,dan gua paling tensen pasal Minyak RON97 naik rege lagi..arghhh..tapi kita rakyat Malaysia berbudi bahasa..apa kerajaan buat semua kita ikut dan setuju.senyum je lah.

L.O.S.T


Just because I'm losing
Doesn't mean I'm lost
Doesn't mean I'll stop
Doesn't mean I'm in a cross


Just because I'm hurting
Doesn't mean I'm hurt
Doesn't mean I didn't get what I deserve
No better and no worse


I just got lost
Every river that I've tried to cross
And every door I ever tried was locked


And I'm just waiting till the shine wears off...

*You might be a big fish in a little pond,but that doesn't mean you've won...Cause along may come a bigger one and you'll be lost...and every gun you ever held will went off..

**ni entri ulangan dari tahun 2008 dulu..saja buat comeback.because i like this entry.

Tuesday, February 1, 2011

JADIKAN KERETA ANDA ZON TANPA TELEFON KETIKA MEMANDU

Baru-baru ni aku ada tengok Oprah Winfrey punya Show.

Siapa kata dia tak kenal sama ini OPRAH maknanya orang tu hidup dalam gua lah kot.She is the most influencial woman in the world you know..Melalui Talk show dia banyak sangat motivasi dan panduan berguna yang kita boleh pakai dalam kehidupan seharian..Minah ni kaya gila..pernah dinobatkan sebagai the richest african american in the world.melalui talk show dia lah Oprah banyak membantu golongan yang memerlukan dari segi fizikal,mental dan emosi.


Oprah Winfrey (born Orpah Gail Winfrey; January 29, 1954) is an American television host, actress, producer, and philanthropist, best known for her self-titled, multi-award winning talk show, which has become the highest-rated program of its kind in history.She has been ranked the richest African American of the 20th century,the greatest black philanthropist in American history,and was once the world's only black billionaire.She is also, according to some assessments, the most influential woman in the world.

Tapi actually aku bukan nak cerita pasal Oprah.

Cuma aku story  Oprah winfrey because from her talk show aku dengar pasal kempen No phone Zone..maksudnya zon tanpa telefon dalam kereta ketika sedang memandu.i am so yesterday actually bila bercakap pasal ni because No phone Zone campaign already launch dalam bulan March Tahun lepas (2010). Better late than never kan?? 


Aku tahu korang semua pun pernah buat benda yang sama.

I mean,sambil kita drive kita dengan rileksnya akan sms tak pun berbbm,or even better bertwitter dan berFB bagi yang punya kemudahan Internet di hujung jari(contohnya pengguna Blackberry dan Iphone).Tanpa kita sedar,(ataupun memang kita sedar) sebenarnya perkara tu sangat lah bahaya pada diri sendiri dan juga orang lain.Aku personally mengaku dah banyak kali aku nearmiss dan hampir accidents because of gangguan telefon ketika berada di atas jalan raya.sangat lah bahaya.

Korang bayangkan lah time tengah memandu sepatutnya fokus kena pada jalan dan peka pada keadaan sekeliling..tapi ramai antara kita yang duk cakap telefon dan sms.maybe cakap telefon pakai handsfree,but still tumpuan kita terganggu dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan berhemah di jalan raya.

Aku tak kata kat korang jer.aku pun sama..susah sangat nak buang habit pegang telefon ketika memandu..Bila tengok Show Oprah last week pasal No Phone Zone dalam kereta, tetiba aku macam terpukau dan rasa nak berubah.Bukan sebab Oprah suruh,tapi that's for a good thing kan.untuk keselamatn diri sendiri dan juga orang lain.Actually dah banyak kali aku duk teringin nak berubah supaya tak text dan cakap telefon while driving tapi tak pernah berjaya.


So this time around aku merayu pada diri sendiri dan juga pada rakan pembaca blog sekelian agar sama sama kita menjadikan kereta kita Zon tanpa telefon ketika sedang memandu di jalan raya..walau sepenting mana sekali pun matter yang ada cuba lah elakkan dari cakap telefon ketika drive..lagi bagus kalau sebelum drive silent or off kan HP.maybe tak ramai yang sanggup tapi demi keselamatan diri dan keluarga serta orang lain,kenapa tidak??

Anda mampu mengubahnya.

Pesanan Khidmat khas masyarakat ini live dibawakan dari Blog AXIMUD..Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.Insya Allah.


*Diam tak diam hari ni dah masuk Bulan Februari..Bulan ni juga merupakan bulan yang sibuk bagi aku.belum apa apa jadual sampai hujung bulan dah padat dengan aktiviti outstation dan macam macam lagi lah..Time is never enough.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails