Followers

Monday, February 14, 2011

DINNER BERSAMA PENGANTIN BARU @ RESTORAN HAMMER BAY

Ada apa dengan 14 Februari?

Sana sini heboh duk sibuk dengan sambutan hari kekasih,atau lebih dikenali dengan nama Valentine day.tapi tahu ker kita apa maksud Valentine Day??kalau nak tahu lebih lanjut baca artikel ni.

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Untuk perkongsian bersama..Ilmu Allah itu luas..sama sama kita fikirkan ya..actually aku nak cerita pasal makan malam tadi..makan malam di Restoran Hammer bay bersama Pengantin baru..hehehehe..Plan dari minggu lepas lagi nak makan sama sama so malam ni jadi kenyataan..

1
Dulu aku dengar ura-ura pasal Restoran Hammer Bay ni nak kena runtuh la nak kena ambik alih la..tapi sekarang aku tengok ada jer lagi..tak kesah laa..janji kami boleh datang makan..

2
Di kawasan ni ada tiga Restoran yang compete..kami singgah kedai depan sekali,yang Hammer Bay punya..yang lagi dua satu namanya anggerik biru dan satu lagi aku dah tak ingat..Hopefully this restaurant boleh beri rasa masakan yang bagus.Masa nak pilih barang mentah macam macam Orang kedai ni duk suggest..sat lagi aku reveal apa yang kami makan.

3
Mula-mula kitorang dah duduk kat luar,kawasan Open air..Hujan baru jer berhenti..dekat la dengan Skrin besar..puas nak menonton Che Keong.Sekali baru jer air sampai hujan rintik rintik terasa..terus lah kena berpindah masuk ke dalam..

4
Ini ialah pengantin baru..diorang baru balik dari Hanimun 5 hari 4 malam kat Langkawi.Congrats again ya!!Life like this..in a minute u get married,and after this you gonna have a babies,yeah..life like this..aku tumpang gembira untuk mereka..ajal maut dan jodoh semua ketentuan tuhan.Insya Allah my time will come soon.:)(apasal muka penat jer masing masing..heheheee..)tapi yang aku perasan muka diorang dah macam adik beradik..Jodoh panjang tu..sama sama kita doakan mereka.

5
Ok jom kita bercerita pasal makanan pulak.

Ni ialah SOTONG GORENG TEPUNG.macam biasa menu wajib yang pasti di order..sedap buat ratah ratah..ok lah jugak rasa sotongnya.aku suka sotong goreng tepung macam ni.ada sesetengah kedai tak reti buat letak tepung banyak banyak.aku rate A.

6
KEPAH MASAK PEDAS.yang ni pun ok..A

7
Menu seterusnya- KETAM MASAK CILI..actually aku pun tak taw apa beza masak cili ngan masak Pedas..mana aman lah..menurut pakar ketam kami iaitu Nikli Nodin,Rasa ketam ni sedap tapi terlebih manis.aku rate A-.kami ambik ketam 3 ekor jer.kang ambik banyak takut tak habes.Siap ada pengacip lagi..baru senang nak kupil ketam.

8
yang ni aku suka!!UDANG MASAK CILI..sangat sedap..maybe sebab udangnya besar dan masakannya simple.rate A+

9
This TOMYAM POKTEK also superb..must try menu kalau datang makan kat sini..Kuahnya sangat likat,pekat dan konpem terangkat kalau makan..ada isi ikan,Ketam,Udang dan sotong..rate?A++

10
Ulaman dan sambal belacan

10A
Yang paling tak best ialah KERANG BAKAR ni..entah..macam kerang tak fresh..tak taw nak rate apa..tapi kerang ni sampai lambat..kami dah habis makan kenyang penuh perut baru nak sampai..so itu juga faktor kenapa Kerang bakar ni tak habes..

11
Kami makan sambil sembang sembang..datang berempat..Maz Daud ada sekali..The more the merrie..makan ramai ramai baru syokkk kan..lagi pun esok pengantin baru nak berangkat pulang ke sarang masing masing dah..so makan lah kenyang kenyang..lepas ni berjauhan pulak sorang kat Miri sorang kat Sg.Buloh.Thanks pada semua yang menjayakan dinner kita kali ni ya!

11A
wow..Banyaknya kami makan..

Alhamdulillah perut kenyang hati girang..Overall makanan kat Hammer bay ni reccomended lah..sedap!lepas dah sembang sembang lagi kami pun bergerak pulang sebab hari dabh makin tengah malam..dah dekat 11pm..esok Cuti Maulidur Rasul so tak lah kisah sangat kalau nak balik lambat pun..NN ngan YY lah yang nak kena balik packing sebab esok diorang ke KL..Wish you guys a safe Journey ya!!

*Perut dah kenyang..jom tidorrr!!bestnya esok Cuti..Salam Maulidur Rasul semua!!

Sunday, February 13, 2011

MELAWAT AYAH DI HKL

Bersiaran dari Hospital Kuala Lumpur.

Ayah still berada di HKL..Doktor pun still tak beri kata putus bila ayah boleh balik rumah..tapi at some reason,aku rasa bagus jugak ayah duk kat HKL..at least doktor boleh monitor ayah dengan lebih rapat..Personally as a son aku worried about my dad..and my mum lah yang duk jaga dia..kami adik beradik bersilih ganti lawat ayah..kak tie je lah yang dapat datang tiap tiap hari sebab dia memang kerja kat KL..Apa apa pun aku harap ayah akan cepat sembuh..Ada Hikmah atas semua yang tuhan telah aturkan ni.

1
Mak memang suka bercucuk tanam..kesempatan yang ada di HKL ni pun mak masih sempat lagi tanam pokok cara Hidrophonic..tak pakai tanah..just pakai tisu..2 minggu lalu aku datang pokok misai kucing ni ada satu tunas jer..sekarang dah berbatant dan berdaun banyak..hehee..tu pun mak duk ada tanam pokok lain pulak..asalkan mak bahagia macam tu kami sokong jer..aku tahu mak pun penat sebenarnya..duduk di wad hospital bukan lah suatu yang best sangat kalau nak di bandingkan dengan rumah sendiri..

2
Tadi Wai ada datang melawat ayah.

Malam tadi baru pertama kali aku jumpa dia.sambut Birthday at Souled Out Hartamas.Nanti lah aku buat entri pasal Dinner tu..what more can i say-dia ni terlebih ramah..banyak sungguh benda yang di ceritakan..especially pasal dia kerja kat Jeddah sana..Mak seronok lah melayan bila sembang pasal buat umrah dan pasal pengalaman kerja kat sana..

3
Oleh kerana Wai ni jururawat so banyak lah jugak tips tips dia bagi kat ayah..Nurse masuk pun dia serang jer tanya itu dan tanya ni..takper lah,untuk kebaikan ayah aku tak kisah..at least ada jugak member yang tahu term term ubat antibiotik dan medical term yang lain..Thanks ya wai atas air zam zam yang dibawa untuk ayah..Doakan ayah sembuh soon..

4
Pok zie dan mok zah pun ada datang.

Dia bawak nasi arab..ayah makan berselera jugak..kebetulan kitorang baru lepas makan so tak lah terliur sangat..Thanks pok zie dan mok zah!!aku nak bersiap siap ni sebab dah nak balik ke Penang..hopefully boleh ambik bas pukul 7 paling lambat..tak nak sampai penang lambat sangat sebab esok pun nak kerja..

Ok nanti aku story lagi ya..Bai!!wish me a safe journey.

Saturday, February 12, 2011

IMPIAN UNTUK MAKAN KETAM TERCAPAI DI SUATU MALAM YANG HENING

Kisah hari selasa baru-baru ni.

Malam pergi dinner.bersama seorang teman.Dinner berdekatan dengan Restoran Hammer bay.tapi ni bukan Restoran itu.yang sebelah dia.Anggerik Biru namanya kalau tak silap.entah lah.takder signboard.kira main belasah jer lah.masa ni hidung aku ber sok sek sok sek..selesema teruk...sroootttttt...

0
Tempat makan ni sempoi.tepi laut.tak lah tepi laut sangat.tapi ada outdoor ngan indoor punya tempat makan.kira ok lah.walaupun tempat makannya macam ala ala suram gitu.Sesuai untuk pasangan yang inginkan suasana romantik.

1
Misi untama untuk dinner kali ini ialah nak makan ketam.tapi bukan ketam sahajalah yang menjadi pilihan nampak gayanya..ada beberapa lauk lain lagi di pilih.Kiranya ketam tu Objektif utama.cari ketam betina yang tengah bertelur tapi takder.so ketam jantan pun ketam jantan lah janji banyak isi so puas hati sikit makan nanti.

2
Minuman air buah yang menjadi pilihan..aku tak pernah order air nenas kali ni gatal nak order air tu.sedap jugak!!masam masam manis tapi tak lah sampai menghiris lidah..orang kata nenas boleh gugurkan kandungan so beware kepada ibu mengandung yang gemarkan nenas..bahaya!!

3
Ok mari kita bergerak pada sessi makanan pula.KERANG BAKAR nama diberi,sungguh lah lazat tidak terperi.ok tak lah lazat mana.standard rasa kerang lah...cicah dengan air asam.Ok jugak air asam yang ada..macam air asam untuk ikan bakar.

4
SOTONG GORENG TEPUNG kat sini memang superb beb!!korang kena try..banyak ni bagi kat aku ratah sorang sorang pun takper.sebab memang sedap!tepungnya berperisa dan garingnya pun elok jaa..memang kaalu setakat mai sini nak order sotong goreng tepung saja pun aku sanggup.

5
Dan ini lah dia KETAM MASAK LADA HITAM..minta masak blackpepper pulak sebab macam dah bosan makan ketam masak cili..asyik masak cili jer sesekali tukar la pulak selera..Kuah blackpepper nya sedap tuan tuan dan puan puan sekelian..tak percaya moh try rasa..moh try moh try!!

6
UDANG MASAK MENTEGA..yang ni pun memang best dan sangats edap!1kira memang menjadi lah butter prawn ni..susah nak jumpa kedai yang terer buat Udang Butter Prawn.tapi this restaurant nailed it!lazat tidak terperi..kami order 5 ekor.aku makan 3 ekor rasanya.

7
Last but not least,SUP SAYUR .order sup sayur sebab malas dah nak order sayur lain.kira sekali order jer lah,sup dan sayur.supnya macam tak berapa sedap.just so-so.kalau tak order pun takper.tapi dah ada depan mata rembat lah jugak.
9
Masa duk ratah ketam yang syok ni..memang terpelanting sana terpelanting sini lah.Orang kedai tak bagi pulak pengacip untuk ketam.aku pun malas nak mintak..biasa kalau kat kampung aku makan ketam mesti ada lesung batu kat sebelah.senang..ketuk pastu ambik isi terus makan..memang mudah dan lazat!!

10
Alhamdulillah.

Licin kesemua lauk.Cuma Kerang bakar tinggal lah beberapa ekor,dan sup sayur ada sikit lagi tak habis..sebab dah kenyang gilerr...makanan banyak macam ni dua orang makan.amazing tak?haha.memang kami kuat makan..tapi berbaloi baloi since harga makan macam ni untuk dua orang ialah RM65.bagi aku ok dan worth la..dengan rasanya yang terbaekk..memang akan datang lagi nanti..Insya Allah.

Terima kasih pada yang ada.
Terima Kasih pada yang teman.
Ada umur kita berjumpa lagi.

Adios!

Friday, February 11, 2011

NIKLI & YUSLINA : SELAMAT PENGANTIN BARU PART 2

Assalamualaikum.Dan Salam sejahtera.

Sebetulnya saya telah kehabisan kata kata untuk di ucapkan kepada kawan baik saya yang baru sahaja melansungkan perkahwinan pada hujung minggu yang lalu..Tahniah sekali lagi saya ucapkan.after all was said and done,here are The pictures that will tell us a thousand stories.

Enjoice!!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1010a11
Gambar-gambar di atas merupakan gambar majlis sambut menantu belah keluarga Pengantin lelaki..Unik sungguh kenduri kali ini bila disertai dengan hidangan sampingan Potato Spring dan Char Kuey Tiow..Petang tu pula beroutdoor bersama pengantin di Mengkuang Dam.Seronok juga kenduri kali ini bila berpeluang bertemu mata dengan beberapa rakan blogger dan rakan twitter..nanti aku buat entry khas pasal korang.

Apa-apa pun,Semoga berbahagia ke Akhir Hayat untuk pasangan Pengantin.

*confirm aku demam..badan mula panas dan sengal..Sekejap jer masa berlalu.sedar tak sedar seminggu berlalu pergi macam tu jer..

Thursday, February 10, 2011

SEMALAM & HARI INI : SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA

Just a quick recap.

Minggu ni minggu yang agak busy juga..7 & 8 Hb Februari baru baru ni ada workshop di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas..semalam kat Opis ada meeting penting jugak..tapi i'm not feeling well..meeting sambil fikiran melayang layang..selesema dan a bit demam.tapi apa apa perkara berbangkit boleh la jawab jugak..Penat weh..dah la tak larat.

1
Malam tadi dari Opis aku straight pergi ke Klinik..hidung memang dah berair tak berhenti..sakit kepala tak usah cakap lah.berdenyut denyut..rasa macam nak pitam nasib baik boleh drive kereta lagi.time tak berapa sehat ni lah duk rasa kan best kalau ada teman hidup.Insya Allah one day nanti.

2
Dah jumpa doktor dapat lah MC sehari untuk hari ni.tapi takder maknanya.aku ada management Review conference pulak hari ni di Sunway Hotel Seberang Jaya..so malam tadi tidur awal..konon konon nak bangun awal siapkan presentation untuk hari ni,sekali terlajak sampai pukul 7 daa..ish ish ish..subuh gajah la jawabnya.

3

Bangun tidur pagi tadi feeling much better..walaupun hidung masih berair tapi kepala dah tak pening..memang lah tak selesa tapi i have to do what i have to do..kalau aku tak attend meeting ni tak dapat input pula dari management.untuk kebaikan bersama aku gagahkan diri jugak lah..meeting start jam 9 pagi.

4a

Management Review conference ni biasa di adakan quarterly..since my boss left aku yang tanggung tugas dia..meeting banyak gila nak kena attend..samapi aku dah tak larat nak attend.dulu duk bising sangat takder meeting nak pi..sekarang sampai tak terhandle..Tengok tentatif Presentation aku besok rupanya..hoyeaahh..sempat lagi lah touch up presentation sedia ada kasi lagi umpphhh..

5

Tapi tang makan yang paling best bila ada meeting.nak nak kalau buat kat Hotel.masa untuk membedal cukup cukup.lupakan soal nak jaga makan seketika.speaking of which,aku rasa dah lama gilerr tak jogging..kesibukan tugas membataskan segalanya..time is never enough..what should i do??

6
Ada pasta dan kentang..western sangat!!

7 8

Makan buffet rugi kalau makan nasik nanti cepat kenyang..actually seleksi makanan kat Sunway Hotel ni biasa je..takder apa yang special pun..tapi sedap lah jugak..still tak boleh celen ngan Hotel Hilton kat PJ ngan Hotel Concorde di Shah Alam..kat Hotel Sunway ni takder lah Udang kaa Tiram kaa Kambing Golek..but it all was enough.cukup lah ni.nak macam mana lagi kan.

9

This meeting akan bersambung lagi esok..sekarang tengah duk meeting lagi tapi sementara orang lain duk buat presentation sempat lagi aku update Blog.Gila kan.haha.Janji tak kacau orang dan fokus pada slideshow sendiri dah la..

Ok nak buat buat beri perhatian kejap dalam meeting.

Bai.

*Hidung duk bersok sek sok sek lagi..tak selesa nya!!doakan aku cepat sembuh.Sakit tu Kifarah atas dosa lalu..Aku Redha dengan takdir Tuhan.

Monday, February 7, 2011

NIKLI & YUSLINA : SELAMAT PENGANTIN BARU PART 1

Hari isnin yang penat.

Hari ni ada Kursus di Hotel seri Malaysia Kepala Batas..bangun pagi tadi memang sangat liat...Rasa malas gila nak kerja.tapi tanggungjawab kena laksanakan jugak..Time course tadi ramai member tanya kenapa muka penat.haha..saya rasa sebab tak cukup tidur.

Hujung minggu yang baru saja berlalu penuh dengan aktiviti kenduri kahwin..maksud saya,kenduri kahwin sahabat baik Nikli Nodin dan Yuslina..Saya doakan kalian akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..Tahniah lagi sekali!!Majlis persandingan belah perempuan diadakan pada 5 Februari 2011 (Sabtu) dan majlis sambut menantu belah lelaki pada 6 Februari 2011(Ahad).

Mari kita layan gambar masa majlis persandingan & Outdoor pasangan pengantin baru  ini pada 5 Februari 2011.

Enjoice!!
1 2 3 4 5 6 77a8 9 10 11
Tengok orang kawen terasa seperti ingin memiliki pasangan hidup juga..My time will come.Insya Allah..after all,Nobody yang suka hidup lonely kan??kepada semua yang masih mencari cinta dan masih menanti pasangan hidup,Selamat berjaya saya ucapkan..Jodoh di tangan tuhan,tapi ikhtiar di tangan kita untuk mencari jodoh ..sama sama kita berdoa agar di permudahkan Jodoh dan di temukan dengan orang yang sesuai..

Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails