Followers

Saturday, February 19, 2011

MALAM MINGGU YANG HAVOC!!

Selamat berhujung minggu semua!!

Hari ni aku duk rumah nak packing barang semua..buh dalam kotak..dalam proses nak pindah rumah..kena curi masa yang ada untuk slow slow pindah..tapi tu lah,takleh nak fokus sebab duk tengok American Idol kat Channel Star World..ASTRO bagus nya satu lah,kalau korang tak sempat nak tengok show di malam hari bekerja,Hujung minggu ada siaran Ulangan..so boleh la Catch up balik mana series yang tertinggal.

Ni aku nak story pasal kisah malam tadi..Seorang Kenalan blogger,wahidah-yusop.blogspot.com ada kat penang sekarang ni,dia bercuti cuti Malaysia pulak..break dari kerja sebulan..dia kerja kat Tanah Arab sana..so dari opis malam tadi aku straight pi jumpa dia kejap kat Batu Feringghi.

1
Sempat lah kemas bilik opis dulu..siapkan kerja mana yang penting..sebab minggu depan seminggu aku takder di opis..outstation ke JB.At least kalau tinggal macam ni senang sikit hati.kalau pikir pasal kerja memang lah takkan habis..so mari kita berlibur kejap..

2

Nak ke Batu Feringghi macam biasalah,Jem tak hengat..hari jumaat kan..memang jemnya lain macam..gigih jugak aku menempuh trafik jem..Bukan selalu member datang penang so entertain lah kejap.Singgah solat maghrib dulu kat Masjid Tanjung Bungah.Masjid Terapung ni aku suka singgah.macam best jer rasanya.

3

Ambik si Wai dekat kondo Peranginan PETRONAS(adik dia kerja ngan Petronas),then kami terus ke tempat makan..aku pun memang lapar..tadi tengahari tak lunch sebab dah ambik heavy breakfast(nasi lemak ayam)..aku tak sure nak bawak makan kat mana so aku ke bahagian belakang pantai,ada satu Restoran dekat Kompleks Bayu Senja.

3A

Restoran Bayu Senja ni ada seleksi Ikan Bakar.

4

Order Sup Sayur-rasa macam hariam..lansung tak sedap.Kuah macam letak perencah maggi ayam..Kepah masak Rempah rasa macam maggi Kari..Nasi Goreng Tiga Rasa tu ok lah..boleh lahhh..

5

Udang Butter ni boleh lah..Just so so je

6

Yang paling Ok pun Ikan Pari Bakar..terasa rempahnya..overall tak mau datang dah makan kat sini..Harga pun a bit mahal..cuma tempat lepak best sebab betul betul tepi pantai..memang nampak ombak dan rasa angin pantai..sembang sembang lah dengan si Wai ni..sambil makan..a few days ago dia tak berapa sihat siap kena admitted lagi kat Hospital Pantai..tengok malam tadi macam dah ok sket.Alhamdulillah..

7

After makan kami jalan jalan kat Batu Feringghi night Market

8

Jalan jalan kat Night market ni aku duk borong DVD lah apa lagi..dapat 19 keping DVD dengan harga RM60..4 hengget sekeping..Murah ok..heheee..yang lain aku tak beli apa lagi dah..Wai pun cari DVD korea..

9

Sakan duk borong Fridge Magnet

10

After jalan jalan kat Night market,kami menuju ke Hard Rock Hotel..wai nak ambik gambar kat sini tapi aku pulak yang lebih lebih bergambar apa citer macam tak pernah datang..haha..

11

Dekat Lobi ada Live Band..best jugak layan kejap..sambil around the hotel ambik ambik gambar

12

Gambar lampu tukar tukar kaler yang wajib korang ambik kalau datang sini ok..jangan lupa..teringat awal tahun lepas masa datang sini ngan Nikli ada sorang reader blog tegur aku..Farid namanya..actually aku lost his Contact Number..Farid,If you happen to read this do message me ya..Hope semuanya ok ok saja..:)

13

Masa bergambar kat depan Hard Rock Cafe duk terdengar lah lagu lagu liveband dalam Cafe..aku dah la dengan attire pejabat nya..penat jugak sebab tak rest lagi..tapi apakan daya..tak mampu nak lawan perasaan..ini lah time nak release tension..dah seminggu buat kerja opis..rest and rileks lah kejap.

14

Mango Juice & Orange Juice.Coaster tu best!!

15 15A 16

Best gila lah layan Live Band..for some good reason,Music make me feel alive again..aku memang totally in a different world bila listen to the song and the band..release sangat..i think this is what i need for now...and Perfect Ending diorang main lagu November Rain by Gun n Roses..memang superb!!you guys Rawk!!

And that's how i spend masa malam tadi..Thanks Wai for spending your time with me..sampai rumah pun dah dekat Pukul 4 am..hari ni kepala macam a bit pening maybe tak cukup tidor..Ok lah aku nak sambung kemas barang..banyak lagi nak pack..

Till later yaa!!Adios..

Friday, February 18, 2011

WAI'S BIRTHDAY CELEBRATION @ SOULED OUT RESTAURANT HARTAMAS,KUALA LUMPUR

Salam hari Jumaat..

As usual aku akan keluarkan alasan yang sungguh bosan dan tipikal,iaitu aku kebizian dua tiga menjak ni.that's the reason why payah bebenor nak memastikan Blog kesayangan aku sentiasa ber update.dia ada musim nya.Time aku rajin buat 20 entri sekaligus pun aku sanggup dari pagi sampai ke malam.tapi bila time malas ya rabbi.nak bagi komen balas pun malas..Tapi passion aku pada blog tetap sama..tetap suka berblog..This is my playground.

Ok aku malas nak mengomel panjang.

Di pagi jumaat yang mulia ini aku nak share cerita hujung minggu kepas waktu turun ke Kuala Lumpur lawat ayah di HKL(ayah ku masih di HKL..dah hampir dua bulan dah)..Hari sabtu petang tu Kak Leez ajak ke majlis sambutan hari lahir anak sedara beliau,dan di kala malam menjelma aku join dinner bersama Geng bloggers sempena meraikan Hari lahir Jururawat dari Jeddah,Wai.Majlis makan malam bertempat di Souled Out Hartamas Kuala Lumpur.(12 Februari 2011)

Cekidaut!!

1
Untuk pengetahuan semua rakan taulan,ni kali pertama aku menjejakkan kaki di Souled Out Hartamas..aku tak macam Encik sepul boleh makan kat sini tiap tiap minggu.heheeee..Tengok menunya pun dah menarik apatah lagi harganya kan..yang aku suka pelayan kat sini berpakaian sempoi.Just simple shirt takder kolar dan Short kaler putih.seksi.ngaummmm..

2
Kali ni baru aku berpeluang untuk duduk makan sama-sama dan sembang sembang with blogger yang baru jumpa,iaitu Che Qis dan Che Burn..diorang blogger tapi kongsi satu blog dua kepala menulis.burnqis.blogspot.com.Peramah suami isteri ni.ok lah.First time jumpa masa kat rumah kak leez petang tadi.Lily ,Nurman dan Nyla tu takyah cakap lah.memang dah lama kenal..Encik Sepul,Nitahamdan dan Umar juga begitu..dah beberapa kali jumpa.Neves.Thanks sekali lagi sebab gaygayh duk ambik aku kat HKL..terharu..terharu..terharu..

2a
Ini ialah sessi dialogue bintang kecil yang hadir pada malam itu

3
Aku ,Sepul,Nita dan Umar Shadiq sampai lambat compared than Lily,Nurman,Nyla,Che Burn dan Che Qis..Ingat kan dah lambat ker atau macam mana.Rupanya Besday Girl yang di tunggu masih belum sampai..Wai duk sesat ker atau macam mana aku pun tak sure.So sementara tunggu depa duk order Chicken Wing dulu as starter.seperti biasa Kepak ayam bukan my faveret so aku tak makan pun.Jadi tak leh nak cakap lah sedap ker tak.

4
Actually malam ni ada Match EPL manchester United VS Manchester City..tu yang Lily datang awal takut tempat takder..bijak bijak..lagipun dekat sangat dah this Restaurant dengan Opis beliau..meriah gila..ramai penyokong Man United dan tak kurang jugak ada penyokong man City..siap pakai Jersi pasukan kesayangan masing masing. Kitorang duk bawah Screen besar..tapi takleh nak fokus sangat pada game bila dah jumpa ramai ramai camni. not my favaourite team pun main so tak kisah.Keputusan akhir Man United menang 2-1.Congrats!

5
Kami masih lagi dalam proses menunggu Besday Girl..duk sembang,layan bebudak kecik dua orang tuh,Order air,layan game.sembang lagi..sedut air srottt srott srottt pastu main ngan Umar dan Nyla,pun tak sampai sampai lagi si Wai ni..kami dah tunggu dekat satu jam..tapi bukan ada hal lain so tak kisah..agaknya si Wai ni sesat tak??masuk jam 9.30pm kitorang decide to order dulu sebab kitchen akan tutup pukul 10pm.Jadi murid murid sekelian,nak tahu tak apa yang kami order??mari kita layan gambar di bawah!!jangan terliur sudah lah..:p

6
Entah lah.aku kalau datang makan Western tetap lah akan tertarik pada SALMON GRILLED TERUYAKI WITH HERB RICE.i mean,aku suka Ikan Salmon.kalau dah nampak yang ni aku tak order dah ayam ataupun beef mahupun mender lain.ke sebab aku ni orang ganu tu yang suka benorr makan ikang.Rasanya??sedap..Ok lah.tapi aku lagi suka Salmon kat Tony Roma''s.

7
Ini siapakah yang punya?Ahmad albab kah?Bukan.Ni encik sepul punya.Dia order LAMB CHOP.ingat nak tumpang sekaki tapi i tak makan lamb uol.so tak taw apa rasa.menurut beliau rasa lamb Chop in sangat lah masin..dia makan pun tak habis..harap presentation nya lawa..Tu lah aku sudah bilang order Lamb Shank kau tak mahu.sekarang rasakan!makan lamb Chop masin.

8
CHICKEN GRILLED WITH VEGIE ni Kak Nita Astana Idaman yang punya.Kak Nita merupakan isteri dan ibu yang penyayang yer uol.dia bini enciksepul.blogspot.com,dan dia juga merupakan ibu kepada Umar Shadiq yang gariang.ehhh macam dah lari topik.aku nak citer pasal meal ni lah.Ok now we're back.Rasa ayam ni sedap jugak.aku sempat rasa sikit sebab Kak Nita mempelawa aku.Thanks Kak Nita!

9
ehhhhh ni macam dah cerita tadik..ni LAMB CHOP jugak..tapi ni Che Burn punya.menurut Che Burn rasanya amat lah masin..senasib dengan encik sepul lah beliau..what to do..terpaksa lah makan sebab dah order kan..takder rezeki tu Che Burn.nanti datang lagi lain kali order mender lain pulak yek.

10
BEEF KUEYTIOW ni nampak sedap dan menyelerakan.Nurman Punya..tapi aku tak rasa.so tak taw apa citer.Nurman dah tak tunggu terus belasah jer..elok jugak tu sebab kalau tunggu nanti kueutiow kembang lagi tak sedap nak makan.

11
SPAGHETTI CARBONARA milik Che Qis.Che Qis merupakan bini Che Burn..ok tak nak terlari topik, just nak kata Spaghetti Carbonara ni Che Qis tak habes makan sebab muak.maybe sebab kembang because masa sampai tak makan dulu.Takper lah Che Qis..Bukan malam ko ngan Che Burn nampak gayanya.heheheeee

12
Potato Fries yang di baham bersama

12a
Makanan semua dah sampai.Tapi kelibat Wai masih jugak tak muncul muncul..dia masih berada di atas jalan menuju ke Hartamas.terpaksa lah aku round the table kacau makhluk kecik yang ada..Bila lagi nak bermanja yer dakk..

14
Cuit cuit lah jugak sementara tunggu..mana nak tahan beb..lapar..

15
Cewwaaahhhh suami isteri ni.so romantikarlo..sabaq naa..sat lagi wai sampai la tu..Hidup berumahtangga macam ni lah kan.kena bertolak ansur dan saling faham memahami..kalau takder tolak ansur camana nak jaga anak sama sama.Budak kecik tahu sajalah ragam mereka macam mana kan.Semoga berbahagi ke akhir hayat ya pengantin lama..heheheee

16
ayark!!..air pun dah habis sedut dah..

17
Akhirnya Penantian kami berbayar jua..Wai sampai dengan lenggang lenggoknya..rupanya dia naik unta dari Tanah arab sana tu yang lambat..Unta faham faham jer lah kan..sampai sampai terus dia terjah Umar dan Nyla dulu..Jeles tengok Umar dapat kasut kaler Hijau!!nak jugakk!!Nyla dapat apa ntah..kitorang semua pun wai ada kasi souvenir dan cekelat.Thanks Wai.This is my first time met her.sebelum ni just bertegur sapa di Blog dan FB saja.

18
Ko ingat dah boleh makan ker?naheee he.

Wai bawak Kurma so kena jamah kurma dulu baru boleh makan.Dah macam bukak puasa pulak.haha..lawak..Tapi orang dah bagi kena lah jamah.Siap ada air zam zam..macam baru balik dari mekah pun ada..Bila tanya wai actually nak buat umrah dah senang sebab 40 minit je dari jeddah nak buat umrah.Untungnya kan.Insya Allah one day.

19
Oleh kerana Besday Girl dah sampai maka sessi makan memakan pun dapat diteruskan dengan jayanya..ada beberapa meal yang dah tak berapa sedap sebab dah sejuk..takper lah..janji leh jumpa ramai ramai macam ni..Wai order beef Kueytiow macam Nurman jugak kalau tak silap.

20
Lepas dah siap makan,tetiba krew souled out datang bawak kek Untuk wai dan kitorang ramai ramai nyanyi lagu besday..Rupanya Lily dah Planned mender ni dengan krew restaurant..Tambah pulak ada staff kat situ sedara Nurman so lagi senang nak berurusan.Wai dah macam tercengang tapi bila tala kamera sempat lagi duk pose pose mesra..hehe..Happy Birthday Wai!!semoga panjang Umur dan dimurahkan Rejeki..Insya Allah.

21
Game Bola dah habis,Makanan dah habis, kek pun dah habis, so kitorang beransur balik..Actually masa ni ada Live band jugak duk menyanyi..sempat lah layan kejap.Nice to meet all of you guys!Thanks Wai for the treat..Happy belated birthday again..gambar kitorang ramai ramai ni ada di framekan dan diberi pada Wai.Compliment untuk Besday gal.Nice!!

Hope to meet you guys again later ya.

Adios!!

*Wai ada lawat ayah aku kat HKL keesokannya..Thanks sebab pay a visit..hari ni dengar khabar dia nak datang penang pulak jalan jalan cuti cuti malaysia..Next week aku kena outstation lagi ke Pasir Gudang dari 22-26 Februari 2011..Orang JB,jom kita ngedate!!:)

Wednesday, February 16, 2011

KISAH HARI RABU : WORK,NASI KERABU & SIRAH NABI

Hari ni kembali bekerja setelah cuti maulidur rasul..

Rasa macam masuk kerja hari isnin pulak..padahal hari ni dah rabu..Bulan 2 ni dah la pendek tapi cuti umum boleh tahanjugak banyak..just enjoy je lah mana mana holiday free yang ada.takyah la nak pakai annual leave sendiri.Hari ni macam biasa lah.Kembali busy dengan tugasan di opis.takder apa sangat yang menarik.

1
Ni wallet aku.

Saja jer nak tunjuk gambar wallet..wallet ni hadiah ada orang yang bagi..Tapi aku just wonder as da day goes by this wallet getting thick and thick..nak letak dalam seluar pun macam tak selesa.

2
Rupanya patut lah tebal semacam.Banyak Gilerrrrrr 'sampah' duk ada..maksud aku,banyak sangat resit dan atam resit yang sepatutnya buang..lama tak buat pembersihan wallet..sekali buat hambik ko.banyak benda terlarang.Duit takder pun.Kan bagus kalau wallet aku tebal sebab duit banyak..muhaaaahahahaha..

2A
Lately keadaan bilik di opis aku adalah mess!!real mess..banyak sangat mender duk ada sampai tak sempat nak setelkan semua..nak kemas tak kemas kemas lagi..mana nak sempat beb,nak pi meeting nak uruskan staff nak buat report nak submit memo itu ini segala memang tak sempat..aku harap Boss aku akan sampai tak lama lagi..i really need another key person in my section..tak terhandle sorang sorang..Insya Allah 1 mac nanti my new boss will arrived.sama sama kita tunggu.

3
4
5
Speaking of which,hari ni dapat 3 surat kursus..Next week punya Course..22 Februari ni ada meeting di Pasir Gudang,Then sambung lagi 23-25 di tempat yang sama ada Modul GPMS Course..Then ada course auditor 22-24 Hb kat Port Dickson.Masa adalah Clash,so aku just boleh pergi yang di Pasir Gudang saja..Yang Port Dickson tu hantar orang lain lah ganti.See,macam mana nak siap kerja kat opis..memang kena curi masa lah nak siapkan report terbengkalai.So next week seminggu aku akan berkampung di JB.

6
Ingat nak stay sampai malam tapi rasa takder mood.so pukul 7pm cabut keluar dari Opis then straight singgah di Pasar Malam Seberang Jaya..kalau pi pasar malam Keropok Lekor aku wajib beli.padahal bukan sedap mana pun Keropok Lekor kat sini.Ye lah aku bandingkan dengan keropok lekor kat terengganu manalah nak sama kan.

7
8
Teringin nak makan Nasik Kerabu..beli sebungkus tapi makan lepas balik dari Kuliah maghrib Balai Islam..Ustaz Suhaimi mengajar tadi,duk cerita pasal Nabi Muhammad bersempena dengan Maulidur Rasul kan..Alhamdulillah Tuhan pilih aku untuk dengar kuliah agama..banyak juga dapat input pasal Sirah Nabi..

Sekarang just tengok TV jer.Kejap lagi nak tidor.

Selamat malam semua!!

Tuesday, February 15, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK SAUDARA KAK LEEZ

Salam Maulidur Rasul..

Hari ni Cuti.ambil kesempatan bersihkan rumah baru..penat tak terkata.tapi seronok sebab nanti boleh pindah.Insya Allah by next month dah boleh duk rumah baru.Nothing much happened sangat hari ni,Just nak share story pada hujung minggu lalu masa turun KL.Kak Leez jemput datang besday anak sedara dia kat Ampang.Last minute invitation, thanks to encik sepul sebab fetch aku kat HKL.Boleh la join this birthday party dan berjumpa kenalan blogger lain.

1
Happy Birthday to Zarieff,1 Tahun

2
Makanan yang disediakan-Nasik Ayam.memang lapar masa ni kak leez sebab tak lunch lagi..Bihun Goreng dan Kuih muih pun ada tapi masa ni just nampak nasik jer dulu..

3

Budak budak main rebut kerusi

4

This is my first time juma Che Burn,Che Qis dan Song.Sebelum ni kenal kat Blog,Twitter dan Facebook saja.Nice to meet you guys.

5

Ni orang dewasa pulak main rebut kerusi

6
7
7a

Kenalan bloggers yang ada

8

Lily and Nyla

9

Thanks encik sepul,Isteri dan Umar

10

Selamat Ulangtahun Kelahiran Zarieff!!semoga membesar jadi anak soleh..masa nak balik Hujan Lebat..Apa apa pun Thanks kak Leez sebab jemput saya datang..siap bagi tapau nasik ayam dan Bihun Goreng lagi..Aku balik with Encik sepul,dia hantar ke HKL..and malam tu kami ada plan lagi.nanti lah kalau aku rajin aku story pasal dinner di Souled Out Kuala Lumpur.

*Mood nak berblog macam kurang.sekadar update apa yang berlaku jer..God sometimes pushes us out of our comfortable lives to teach us to trust him. We may fall a bit, but he will never let us hit the ground.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails