Followers

Thursday, July 5, 2012

KISAH HARI INI : NASI GORENG KAMPUNG, LUNCH DI PANTAI PAKA & AUDIT CLOSING MEETING

Pagi tadi sempat berlari keliling kampung.

Tak pernah lagi try berlari kat kampung gong cengal ni..so pagi dapat dalam 5 km sahaja. Kira jadi lah..Bila balik kampung faham faham sahajalah. Makan tak berapa nak sikit. Memang makan banyak..badan aku ni model cepat naik kg..Mak pulak memang akan buat sarapan pagi sebelum aku pergi kerja. Terima kasih mak. Saya sayang mak dengan sangat banyak!!


Sebelum ke tempat kerja tadi mak ajak sarapan pagi sama sama..Mak buat Nasi Goreng Kampung. Nasi Goreng kampung versi mak memang macam ni.Kaler merah sebab letak cili kering..goreng dengan bilis yang ditumbuk atau isi ikan. Memang dulu kini dan selamanya adalah sedap..Ayah cukup suka makan nasi goreng ni. actually bukan arwah ayah saja. Kami semua pun suka. Kdang bila aku duk kat penang try jugak buat nasi goreng macam ni tapi tetap tak sama macam yang mak buat. air tangan tetap kena air tangan mak.


Sekarang yang tinggal di rumah dengan mak ialah Abang jalee sekeluarga.sekali ngan kak la dan anak anaknya lah..Riuh sikit rumah dengan kerenah qiadah dan qayyum.Kebetulan Faiz pulak baru habis belajar di USIM..dan Ami pulak tunggu masa untuk further study di Mesir, so ramai lah yang jadi peneman mak di rumah.. Kak Ija mengajar di kemaman bila Hujung minggu mesti akan balik teman mak..Mak sekarang masih dalam tempoh iddah. Bulan 9 nanti baru boleh keluar rumah.


Kebetulan malam tadi Kak Ina balik Kemasek..Kak ina stay di Dungun jer. tak jauh dah kalau nak balik Kemasek.Cuma bila busy dengan bisnesnya di Dungun baru dia jarang balik.. sejak arwah ayah pergi, selalu jugak kak Ina balik Kemasek..Alhamdulillah.. Mak akan jadi kuat kalau anak anak semua berada di sisi..Kalau boleh dia nak anak anak sentiasa ada di sisi..tapi nak buat macam mana masing masing semua ada komitmen tersendiri.Aku je lah yang paling jauh dengan keluarga sekarang..maybe its time to think about it more..somethings gotta change.


Dalam jam 8.30 am aku bergerak ke Stesen Paka..15 minit sampai lah dari rumah. Alangkah bahagianya kalau dapat pindah ke Paka..masalah sikit untuk transfer sebab post aku limited. chemist di Paka ni memang dah orang terengganu. hopefully dia naik pangkat cepat dan kena transfer boleh la aku try adjust dengan HR nak mai sini..Insya Allah kalau ada rezeki tak ke mana..kalau dulu masa arwah ayah ada aku tak pikir sangat soal nak balik ke Paka. sekarang bila arwah ayah dah tak ada, memikirkan mak dan keluarga buat aku rasa aku kena stay di sini. dengan diorang semua. apa terjadi biarlah kami semua stick together as one. one family. One happy big family. Yeap. For me, family comes first . Always first.


Petang semalam aku singgah di Mesra Mall Kemasek. Masa nak balik ke rumah aku terlanggar tiang di tempat letak troli. Cuai. tak perasan ada tiang. so kemek lah pintu tempat driver..adusss..sayangnya..Kereta tak habis iddah lagi..baru jer 3 bulan..dah eksiden camni..nak wat camana sendiri salah..bila jadi macam ni terlintas satu benda jer lah dalam fikiran aku..ni semua harta Allah..Pinjaman kepada kita..ikut suka Dia lah nak beri atau nak tarik balik nikmat. sebab semua ni milik Allah. Kita hanya pinjam sahaja. Hatta tubuh bdan kita ni pun milik Allah..Sesungguhnya kepunyaan Allah lah segala yang berada di langit dan di bumi. Muhasabah diri sahaja yang tinggal. ada lah tu kesilapan di mana mana. ataupun bukan sebab ada kesilapan, tapi sebab Allah nak uji. nak tengok aku sabar ke tak dengan ujian. aku yakin itu. La Tahzan.


Hari ni hari terakhir audit..dah siap semua dah cuma yang tinggal nak buat report dan siapkan slide presentation untuk closing meeting nanti..cuma satu jere aku tak puas hati sepanjang audit berlansung - auditee tak beri kerjasama dengan baik..i mean sepatutnya dah tahu audit berjalan so kena lah ada wakil yang tinggal di bilik audit semasa audit sedang di jalankan..so senang auditor nak retrieve dokumen dan sebagainya..they really need to improve on that area. sebab masa audit kat stesen aku boleh kata 5 orang tunggu in case auditor nak apa apa..


One thing yang aku suka audit di Paka everyday akan ada satu balang keropok keping diorang sediakan..actually pagi ni diorang sediakan bihun juga..pastu makan ngan keropok keping memang lah layannn.see, aku dah makan pagi kat rumah. Mai stesen makan bihun pulak. memang terlebih lebih kalori ya untuk sarapan pagi.hahaha..Keropok keping putih macam ni aku tak berapa gemar sebab ikan kurang..tapi untuk snek sedap jer sebenrnya.


Time tengahari ada date ngan Mok wook lagi di tepi Pantai Paka.Untuk hari ni just nak makan benda bergoreng kat sini..Mok wook dah siap sedia tunggu aku kat sini sebab aku keluar lambat..dalam 12.45pm baru gerak dari stesen. Tempatnya sama macam tempat aku lunch semalam.(Rujuk entri sebelum ni)


Konsep makanan kat sini ialah makanan bergoreng..ada ikan celup tepung, sotong goreng tepung, Keropok lekor tu biasa lah..ada jugak meehun  goreng, mee sup dan mee kari..makan santai santai jer tepi pantai..waduhh waduhhh enak sekali bah!!


Sotong Goreng Tepung mantap!!Telur banyak giler kat dalam


Actually aku baru tahu kat area tepi pantai di Paka ni ada jual macam ni..sedih kan? kalau kat terengganu ni aku duk ingat yang belakang airport terengganu tu..di Pantai Mengabang Telipot..Kat tepi pantai paka ni pun tak kurang hebatnya..di tepi pantai di Kerteh pun ada kata Mok wook. Tapi banyak pilihan di Paka ni lah..Alhamdulillah kenyang!!Bihun Goreng kat sini sedap!Mok wook makan Bihun sup. Thanks Mok wook tunjuk tempat makan best best di Paka ni..Nasi Arab kat Kijal nanti lah kita gi bila saya balik kemasek lagi nanti..Insya Allah.


Wajib pekena dengan air kelapa muda..


Kalau korang nak cari kedai ni, masuk Esso Paka ikut jalan siakap terus sampai jumpa simpang ambik kiri..Theb ada a few kedai makan belah kanan jalan tepi pantai..kedai aku dan Mok wook makan ni ada tulis THR..ada lah jugak gerai gerai lain yang jual makanan lebih kurang sama..ni recommendation mok wook selaku orang yang memang kerja kat Paka..Wallahualam.


Seronok duk kat ganu ni..Negeri pesisir pantai..


Selesai makan tengahari maka tibalah masa yang ditunggu tunggu..Closing audit meeting..our lead auditor present markah dan cerita lah sikit apa kekurangan dan kelebihan serta ruang untuk penambahbaikan yang ada. Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.


And this is our audit team..consist of workers from various area dan negeri..bagus bila ada audit macam ni. Boleh kenal orang lain dan boleh belajar sesuatu yang baru dari stesen lain..Bab boleh berjalan tu hal lain lah, yang penting objektif tercapai..Thanks to all yang terlibat.ada umur kita jumpa lagi tahun hadapan. Next year nak mintak audit paka lagi lah.hehee.

Dalam pukul 4pm aku bergerak dari stesen paka ke Binjai. Nak ambik Kak Ija sebab hari ni last mengajar..esok jumaat Terengganu cuti..siap ambik kelapa tua 30 bijik untuk abang jalee buat kerisik..Bisnes kerisik masih diteruskan hingga kini..Balik rumah ngam ngam waktu nak dekat azan maghrib..dapat teman mak berbuka puasa..Makan tak ingat dunia sebab ada Budu dan durian. Gandingan mantap bersama Ikan singgang dan Ulaman serta Ikan goreng hingga tambah nasik empat pinggan! Masya Allah..

*to be continued..

KITA SEMUA ADALAH SAMA



Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia

Sekalipun kita berpangkat atau berilmu

Kerana disisi Allah

Kita semuanya sama


Kata ustaz
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama


Kata ustaz lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga

Akhirnya ustaz berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “

Surah Al Hujuraat : Ayat 13



Wednesday, July 4, 2012

RESTORAN IKAN BAKAR @ TEPI PANTAI DI PAKA

Seronoknya dapat bekerja di kampung halaman.

Pagi tadi sempat berlari keliling kampung..Then selesai berlari sarapan sama sama ngan keluarga..Mak buat spaghetti Goreng..abang shuk baru balik dari platform laut semalam..so pagi ni Abang jalee, kak Ina, Kak Ija dan abang shuk serta ami dan faiz ada sekali..selesai sarapan pagi baru aku bergegas ke stesen janaelektrik sultan ismail Paka untuk urusan rasmi..Audit masih belum selesai..esok hari last.

Time minum pagi mok wook sms ajak makan tengahari sama sama..Mok wook kerja di Petronas,so dekat sangat dah kalau nak lunch sama sama. aku kalau bab makan di area Paka memang tak tahu sangat..padahal tempat sendiri ni.haha..so janji date ngan Mok wook pada jam 12.45 berjumpa di ESSO Paka.


Nampak ESSO, Masuk ikut lorong jalan siakap..kemudian sampai junction ambik simpang kanan..singgah di kedai nombor dua, di belah kiri..nama Restoran aku tak ingat..Tapi kedainya kaler oren macam gambar kat bawah ni.


Boleh tahan ramai lah orang yang datang makan..Mok wook dah datang awal lagi dari aku..sebab dia kata kalau lambat takut tempat tak ada..kat sini kedai ikan bakar.Konsepnya kena order baru diorang bakar. so memang still panas panas dan fresh..


Ada Sup tulang juga..Mok wook dah ambik dua mangkuk siap siap..aku tak berapa minat sangat tapi boleh lah kalau nak makan..sekali sekala kan..sedap jugak supnya.


Yang paling tak tahan bila tengok budu. Meleleh air liur!!


Sambal tempoyak dan sambal belacan


Ulaman


Sotong Bakar Kosong


Ikan pari Bakar


Ikan Cencaru Bakar


Gulp.Makan dua orang penuh meja...


Sotong telur penuh!!!


Alhamdulillah!!semuanya dapat di habiskan dengan tenang..hehe..makan dalam keadaan perut lapar semuanya adalah berbaloi ya..dari segi rasanya memang sedap dan aku suka sos ikan bakar tu..sotong pulak sedap bakar kosong dan ratah..terasa manisnya..kat sini sekarang musim sotong still ada lagik..Overall i like this restaurant..kedainya tak lah cantik mana tapi makanannya adalah superb!siap bertambah nasik lagi.hehee


Restoran ni tepi pantai 


Terima kasih daun keladi mok wook sebab bawak makan kat kedai yang sedap!dan sebab belanja makan tengahari kali ni..nanti next time turn saya pulak belanja mok wook ya..This restaurant actually remind me of Ikan Bakar jalan bellamy, Kuala Lumpur.


Habis lunch terus balik ke stesen tempat kerja semula. By right semua dah siap dah.tinggal nak buat report je lagi..esok closing meeting then Jumaat boleh la rehat..Yang best semua auditor sempoi sempoi..tu yang buat kerja lagi fun.

Nak sambung buat report.

Ok nanti aku story lagi ya.

Bai.

Tuesday, July 3, 2012

ANTARA KEMEGAHAN YANG ABADI & KEMEGAHAN YANG SEMENTARA

Sekarang musim audit mengaudit

Last year aku audit di Port Dickson..This year dapat audit di Paka pula. just stay di rumah je lah jawabnya..Pagi tadi mak buat nasi Goreng..lama dah tak rasa mak buatkan sarapan pagi..Terima kasih mak buatkan sarapan..then baru keluar rumah menuju ke tempat kerja..sambil drive ke Paka i just see myself in the future kerja kat sini. Yup. Aku akan balik ke sini juga nanti. Di sini tempat asalku. I wanna grow old here..sama sama dengan family kat sini.


Sampai stesen terus buat site audit..audit bukan nak cari kesalahan. Just nak perbetulkan mana mana yang perlu di improve.. bila buat audit at least aku dapat nampak perkara yang boleh aku implement kat stesen sendiri nanti..asyik sangat buat audit sampai semua tak keluar lunch.just makan nasi goreng yang tuan rumah sediakan..malas nak keluar sebenarnya..


Time minum petang pulak ada keropok lekor disediakan..dah nama audit di Terengganu wajib lah ada keropok lekor..Memang minggu ni ialah minggu makan makan sedunia lah jawabnya..tambah lagi duk kat rumah memang tak berapa boleh nak control makan..next week baru start training berlari balik..lagi dua minggu ada half marathon di Seremban. 


Waktu menunjukkan jam 5.30pm.jom kita balik!!


On the way nak balik rumah sempat singgah di Mesra Mall sebab ada a few barang aku nak beli..Nampak Big Apple Donut  saja lah beli 6 bijik..bawak balik rumah..aku tengok ada Kedai dah bungkus kat Mesra Mall ni..Starbuck dah tutup, ada spa dah tutup..mesti sebab business tak bagus..ye lah.kawasan kampung.nak beli kopi segelas 18 ringgit?kalau ada duit pun baik beli benda lain lah.


Kat rumah anak anak abang jalee ada..Qiadah ngan Qayyum.Seronok tengok dia makan Donut..tapi mokla kata qiadah tak berapa boleh makan benda manis..nanti akan jadi Hyperaktif..takpe lah.bukan selalu pok zim balik kan..Qiadah anak sedara kesayangan faiz.hehe.Baik sungguh ngan Pok Iz dia sebab Faiz rajin melayan..


Sampai rumah semalam mak jamu dengan Sotong.. hari ni pun ada sotong lagi..yang penting semua sotong ni padat dengan telur kat dalam..Kak Tie ada kirim sotong 3 KG suh wat balik KL nanti..Insya Allah lah kak Tie kalau ada rejeki nanti saya bawak ke sana..Puas hati dapat makan telur sotong banyak banyak!!


Lepas solat isyak berjemaah, Mak ajak pergi ke Kijal, tempat Che Ngah mengajar..ada kuliyyah ilmu malam ni..belajar Kitab Al-Hikam..Amee, Mok Har ngan Tok Wan ikut sekali..abang jalee sekeluarga sekali pun ikut sama..Belajar topik 86 : Antara kemegahan Abadi dan kemegahan sementara..antara kemuliaan yang abadi dan kemliaan yang sementara..anatara intipatinya :

Manusia mencari kemuliaan melalui berbagai-bagai cara. Mereka mencarinya melalui harta, pangkat dan kekuasaan. Ada yang mencarinya melalui ilmu dan amal. Ada yang mencarinya melalui wajah yang cantik dan suara yang merdu. Ada pula mencarinya melalui tindakan yang mencabar seperti terjun dari tempat yang tinggi. Semua kemuliaan yang diperolehi dengan cara demikian bersifat sementara. Bila orang yang berkenaan berpisah daripada alat yang menjadikannya mulia maka hilang juga kemuliaan yang dimilikinya. Semua kemuliaan tersebut adalah fatamorgana. Orang yang berpangkat, berkuasa dan berharta akan tidak berasa mulia lagi bila berhadapan dengan orang yang tinggi pangkatnya, lebih besar kuasanya dan lebih banyak hartanya. Orang yang dimuliakan kerana kecantikannya tidak dimuliakan lagi apabila wajahnya sudah berkedut. Orang yang dimuliakan kerana kemerduan suaranya tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih merdu suaranya. Orang yang dimuliakan kerana berani terjun dari tempat yang tinggi tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih berani terjun dari tempat yang lebih tinggi.

Hanya Allah s.w.t yang memiliki kemuliaan. Tidak ada satu pun makhluk yang dapat mengwujudkan kemuliaan. Apa yang dicipta oleh makhluk hanyalah gambaran yang menurut sangkaan. Kemuliaan sejati hanya boleh didapati dari Allah s.w.t. Jalannya adalah dengan mengambil perhatian kepada aspek batin yang bersangkutan dengan ketuhanan. Hamba Allah s.w.t yang tidak tertipu oleh zahirnya alam akan terus berpegang pada aspek batinnya yang memberi peringatan dan petunjuk. Mereka bersabar dalam menempuh gelombang takdir Ilahi sehingga mereka terdampar di pantai keredaan Ilahi.

Seronok bila ada dalam majlis ilmu macam ni..sebab tu lah kita kena pilih dengan siapa kita berkawan..berkawan dengan orang baik insya Allah kita akn jadi orang yang baik juga..Kuliyyah habis pada jam 11.30pm.Banyak perkara juga aku belajar malam ni..sebenarnya apa yang kita ada dalam dunia ni semua milik Allah..maka kenapa kita berlumba lumba untuk mencari kemewahan dan kemegahan dalam dunia? pesanan untuk diri sendiri juga..sedangkan destinasi kita yang pasti ialah akhirat..Sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan..

Insya Allah.

Sunday, July 1, 2012

SESUNGGUHNYA TAKDIR PENENTU SEGALA..


Assalamualaikum ayah..

saya baru sampai dari Penang ni..tak balik rumah dulu tadi. Just nak jumpa ayah dulu..sebab saya rindu ayah.sangat rindukan ayah..Alhamdulillah ayah dah ada rumah kecil baru sekarang...terima kasih abang dan adik ku yang tolong uruskan pondok kecil ni untuk ayah berteduh..Doa saya sentiasa ada untuk ayah..sempat juga saya bacakan yassin untuk ayah..moga arwah ayah tenang di sana..sampai saat kini saya masih rasakan ayah sentiasa ada bersama sama kami semua..Cuma keadaan sedikit berubah..Moga kita akan bertemu di jannah..

Ya Allah, Tolong jaga ayah..

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud

AND THE JOURNEY BEGIN : PENANG - KUALA LUMPUR - KEMAMAN

Bertolak dari Penang jam 9pm malam tadi..

Then bermalam di KL sebelum memulakan perjalanan ke Kemaman..This week 1-5 Julai 2012 aku akan berada di Paka seminggu, untuk audit di SJ Sultan Ismail..sepatutnya HQ nak hantar aku ke SJ Pasir Gudang. Tapi aku minta tukar ke Paka. At least boleh stay di rumah seminggu.


Bertolak seawal jam 7.30am..Hari baru nak mula terang..


I feel fresh..bertolak awal pagi sebelum hari mula panas memang best..tak rasa nak sarapan pagi awal awal..Minyak kereta penuh Touch N Go pun baki mencukupi so straight jer aku drive. Sampai di RNR Temerloh aku singgah sebentar. Dengan misi nak cari Ikan Patin masak tempoyak..


Around 8.30 am sampai di Temerloh..orang pun tak berapa ramai sangat..ingatkan takder Patin masak tempoyak sekali ada satu gerai sediakan patin seawal pagi macam ni : Temerloh Catering and Services..then bila nak ambik patin ada dua jenis pulak patin - Patin Buah dan Patin Sangkar..Patin Buah lagi mahal dari Patin Sangkar..Tanya orang kedai tu dia kata Patin Buah lagi sedap..thats why harganya mahal sikit..


Ambik nasik separuh ngan sayur + tempoyak


Patin Buah sekeping harganya RM12


Nikmatnya bersarapan pagi..Alhamdulillah..


Jumlah harga  untuk bersarapan pagi ialah RM13.20 + 1.20 = RM14.40..Harga makanan di RNR memang sentiasa dipantau so tak boleh nak letak harga bukan bukan..ada sesetengah tempat aku dengar cerita makan patin sampai beratus ratus nak kena bayar..ada sampai ribu pun..


Perjalanan pulang ke kampung halaman diteruskan..


Rasa sangat smooth jer perjalanan balik..tak sempat mengantuk dan i really enjoy the ride..walaupun sorang sorang jer drive.maybe sebab excited nak jumpa mak dan adik beradik yang lain..dalam jam 11 a dah sampai area kemaman..Subhanallahil azim..subhanallahi wabihamdih..


Sampai- sampai jer kat sini first thing aku cari ialah keropok lekor..Beli lah yang goreng sikit dan yang rebus bawak balik rumah..Sebelum sampai ke rumah aku singgah lawat ayah dulu kat kawasan perkuburan kemasek..Rindu kat ayah..Rasa ayah macam masih lagi sama sama ngan kami semua..Al-Fatihah..aku sedekahkan yassin untuk ayah..berteleku di tepi kubur ayah..semoga Allah jaga ayah sebaiknya di alam sana..Dan dari kawasan pperkuburan kemasek aku terus pulang ke rumah.. Mak dah tunggu ntuk makan tengahari sama sama..

*Hari  ni boleh lah berehat sikit kat rumah..selamat datang Julai..masa sangat pantasa berlalu..sedar tak sedar dah berada di bulan Julai..semoga bulan Julai membawa lebih kebahagiaan dan kemanisan sempena Ramadhan yang bakal menjelma nanti..Insya Allah..

Saturday, June 30, 2012

SOMETHING ABOUT YOU..

I've been sleeping since 4pm due to the bad headache after PKPI program is over.

6.50pm.

Got a wake up call telling me to look outside my house..dalam keadaan mamai aku jawab telefon and separuh sedar..terhuyung hayang aku bangun..kepala makin sakit pulak lepas bangun tidur..tapi gagahkan diri jugak untuk ke depan pintu rumah..


and i see one Body Shop paper bag hanging at my grill.

There's a note inside the paper bag with  3 tupperware. and i know mesti makanan dalam tu..and at the same time i was hoping to meet the one who delivered me this..But she's not around anymore. Dia kata just try her luck untuk hantar makanan since dia tahu aku nak ke KL petang ni..yeap.aku nak ke KL tapi sebab pening kepala aku just rest lah dulu..Maybe later we can meet ya.


Aku bukak satu tupperwre - nampak ada kek..so yummeh and tempting!!tak pikir panjang aku terus  makan satu slice..dan memang sangat sedap ye.Bukan aku puji sebab si dia yang bagi. Tapi sebab memang sedap. Namanya Chocolate Almond Torte..This is Recipe dari Masterchef Malaysia aritu..kalau nak resepi rujuk link ni : http://www.zestbyezani.com/choc-almond-torte.html. Tak muak kek ni.


Ada satu lagi makanan - Roti Jala + Kuah manis Durian..Biasa roti jala kaler kuning ni kaler Hujau pulak..kalau buat warna warni mesti cantik jugak kan.hehe..apa apa pun thanks a lot pada yang memberi..Boleh la buat makan malam..Thanks ya.ada ubi ada batas ada hari boleh ku balas..tapi aku tak reti lah nak buat kuih..buat nasik goreng boleh la..haha.:)

Thanks for giving me joys and smiles 
Thanks for being you.
Thank you.

*Malam ni aku akan bergerak ke Kuala Lumpur..maybe rest satu malam kat sana then esok akan bergerak ke Kemaman..balik kampung since seminggu ni 1 - 5 Julai ada Audit di Paka..so dapatlah teman mak minggu depan..Insya Allah..Wish me a safe journey ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails