Followers

Sunday, September 9, 2012

RACE REPORT : 16.8KM ADIDAS KING OF THE ROAD 2012

Lamanya aku tak bercerita pasal event larian.

 Since last month kita sibuk puasa dan raya maknanya dah lebih sebulan tak join event larian..paling last ialah Seremban Half Marathon..So pada 9 September 2012 aku kembali lagi berlari event ADIDAS King Of The Road 2012. To be honest aku tak register this event..sebab plan asalnya aku akan ke Manila Filipina dari 6 - 10 September 2012. So plan ke Manila Canceled, then aku start cari sapa yang nak jual BIB kat aku. Thank Rudy sebab jual this BIB pada aku!


Sehari sebelum this event aku di Penang sebab attend kenduri kahwin member opis(rujuk entri sebelum ni) . So mintak tolong Faiez yang ambikkan racekit.Tq ya! then aku naik bas ke KL, sampai KL jam 12.30am pi makan dulu kat dagang avenue foodcourt pastu balik tidor..Pukul 6am baru terjaga padahal event akan start pukul 6.45am!mula lah kelam kabut mandi solat subuh dan sebagainya.


Dan seperti kebiasanya, aku akan sampai on time di tempat kejadian..Tempat mula berlari di depan Sunway Pyramid Subang Jaya. sampai pukul 6.40am mula lah gelabah berlari lari ke starting point..nasib baaik dapat tempat parking kereta dekat dengan starting point..tapi as usual lah bila dah ramai orang so masa pelepasan pun semua jalan slow jer dulu..legaaa..tak lambat ye.just on time..set Endomondo and i'm reay to go.Lupa nak bagitau aku join 16.8KM..ada 10KM juga.Flag off untuk 16.8 km pukul 6.45am, manakal flag off 10 KM jam 7am.



First time masuk KOTR ni.Tahun lepas aku tak join..Route nya adalah atas Highway sepenuhnya..so ok lah jugak..tak lah terlalu berbukit walaupun memang ada part part berbukit..10 KM pertama aku manage to get 1 Hour 1 minutes..Then lepas 10 KM aku mula slow..mula mula berlari ngan Faiz then lama lama macam biasalah kena tinggal..Faiz target nak habiskan dalam 1 Jam 30 Minit. aku cuba ikut pace dia tapi laju sangat lah.so in the end aku just follow my own pace. Ikut kemampuan diri lah ya kalau berlari.


Pasukan sorak memberi sokongan. siap main kompang


Water station pun banyak disediakan.


69!!! thats my birthday!!


Masa ni baru terserempak Chan kawan arman..


Banyaknya cawan kertas tuu..


Di KM 14 berhenti di water station mintak orang ambik gambar


Matahari dah mula meninggi..15KM berlalu..1.8km to go!!


Lagi 800m perut mula meragam..bahan nasi lemak di Dagang Avenue Food Court semalam ah ni


Akhirnya berjaya menghabiskan larian 16.8KM!! aku berjaya habiskan dalam 1 Jam 50 Minit..memang lambat..aku tak berhenti pun cuma pace agak slow..lagi slow dari 17KM masa malakoff penang bulan Mac yang lalu..this is not my personal best but hey, i did managed to finish the race and thats what more important right?


Zamell dan Sazzo, orang first skali aku jumpa di Finishing line


Faiz dan Zull yang laju. Faiz habiskan 1 Jam 33 Minutes. laju!!!


Rindu sangat pada #Gengkakilari!! lama dah tak training sama sama..kali ni macam lagi ramai jer ahli #Gengkakilari yang hadir..ada muka muka aku tak familiar sebab kawan zarul, kawan aidid, kawan sazzo..nice to meet all of you guys anyway!Apasal lah ko tak join Izwah. kalau tak leh bergambar beramai ramai..(teringat masa Brooks dulu)


Me and Aidid Marcello


 Another Medal for my collection


The Finisher Medal for KOTR 2012.


Ada booth Nestle disediakan..sediakan bijirin dan air Milo..try cari Uncke LJ kat sini  tapi tak jumpa..maybe dia busy dan ada hal lain..


with geng geng pacemakan


Sembang sembang sementara tunggu jalan tak berapa nak jammed


Edi berlari 10 KM 


I managed to finished within 1 hour 50 minutes with average pace 6.37 min per KM. It was so good to be back in the running event again after resting for more than one month..I feel good to see familiar faces and met so many friends here especially #gengkakilari members..yes. I'm back! :)..Jumpa lagi semua dalam event akan datang ya!

*Dari Sunway Pyramid kitorang straight ke rumah Zamell sebab dia ada buat Open House..Rumahnya di area Puchong. Next entri aku cerita pasal Open House di Rumah Zamell dan beberapa buah rumah lagi. Insya Allah.

Saturday, September 8, 2012

CONGRATULATIONS ZAIBEN ON YOUR WEDDING DAY!!


Tahniah kepada Zaiben atas hari perkahwinan beliau.

Perkahwinana bertempat di Dewan Badawi Butterworth..Akhirnya berkahwin jugak kawan akku yang sorang ni..Zai merupakan member opis aku..dulu masa mula mula kenal aku duk ingat dia ni garang semacam..tapi bila lama lama kenal sebenarnya minah ni sempoi jer..boleh buat member..kira rapat jugak lah kat opis tu..member nak merapu time tengah stress..Dan hari ni Alhamdulillah hajat dia kesampaian untuk berkahwin. Siap kahwin ngan Mat salleh dari Australia, Adam Andrew Thorne Abdullah.

Tahniah kepada korang berdua!

*sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya"(Al-Baqarah : 228)
 .
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka"(An-Nissa’: 34)


Friday, September 7, 2012

THANK YOU FOR KEEPING ME SAFE ON THE MOON!

It was a beautiful morning.

I'm on leave today..probably because I've got an invitation to some place I've never been before. My eyes covered with blindfold, and suddenly here i am..


The trip to Manila was canceled but being replaced with the trip to the 'moon'. No regret. It's even better and sweeter!:)That was a really cool way to surprise me on my birthday. I really like the way you set everything up and made it an awesome time. 
.
Thanks. 

Thank you for keeping me safe on the moon!

Thursday, September 6, 2012

MY BIRTHDAY CELEBRATION @ NANDO'S QUEENSBAY MALL


Petang yang cantik.

Kirmizi jingga menyelubungi isi alam. Hari ini merupakan hari kelahiran saya. 28 Tahun dulu bersusah payah mak melahirkan saya di Hospital Kemaman. Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Sebab melahirkan dan membesarkan saya tanpa mengenal erti penat lelah. Tanpa kalian saya tak akan berada di muka bumi ini. Tak akan terbalas jasa dan pengorbanan yang kalian lakukan. Sungguh, kalian akan tetap menjadi idola dalam hidup saya sepanjang zaman.


Makan malam kali ini istimewa.

Sebab saya makan bersama seorang teman istimewa. Terima kasih pada kamu kerana bersusah payah meluangkan masa untuk makan malam bersama walau saya tahu kamu punya agenda lain di tempat kerja. tempat pertemuan kami di Queesbay Mall dan seperti kebiasaannya, Restoran NANDOS menjadi pilihan. Saya suka ayam panggang di Nandos. Tiada bandingannya di tempat lain.


Makanana yang kami pesan


Bayi yang comel dan asyik menjeling ke meja kami.:)


Teh chamomile


Alhamdulillah kenyang..dinner merangkap berbuka puasa


Selesai makan malam, muncul pekerja NANDOS membawakan Cupcake ini. and i tell you what? it was lovely Chocolate cake with Turqoise icing on top of it. Thanks Dear!!


HAPPY BESDAY AZIM ASHAARY!


Speechless and i just keep smiling all the time


It's a bear. Mini bear. Yet it was so cute!!


Thank You for the Card and the Present!


There's a clue inside the box but i just cant figure it out


Got to sleep early because tomorrow i've got the invitation to invade the moon kingdom. Could not figure that out but i'll be waiting for tomorrow to come..

Dear you, thanks for the dinner and everything.

*Terima kasih pada semua yang wish untuk hari lahir saya sama ada through call/sms/email/facebook/twitter. Saya hargai ucapan kalian..Terima kasih banyak-banyak ya semua! Semoga pertambahan umur menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk diri ini.Insya Allah.

TRIP TO MANILA CANCELLED


I'm supposed to be on Trip to filipina from 6 -10 september 2012..but tak dapat nak pergi..wrong timing and cuti tak lepas..and I don't feel like going anyway..masa beli aritu consider for my birthday trip..takpe lah tak ada rezeki kali ni.

Speaking of which, sorry to my colleague and friend yang sepatutnya turut sama ke Filipina..tapi since aku tak pergi dorang pun malas nak pulun pergi sana..sorry guys. aku tak dapat nak commit kli ni. ada banyak hal perlu disetelkan.

 Ada rezeki, akan sampai juga nanti.

Insya Allah.

*Boring dah sebenarnya asik ke Benua asia..entah bila nak sampai benua australia dan benua eropah pulak..

ANOTHER YEAR IS GONE, HAPPY BIRTHDAY AZIM ASHAARY!!


28 tahun yang lalu, Mak bersusah payah lahirkan seorang bayi lelaki 6 September 1984 pada jam 1.55am..Bayi seberat 3.62 kg dilahirkan di Hospital Besar Kemaman..dan kini lelaki itu telah menginjak dewasa, hasil dari susah payah ibu dan bapa yang membesarkannya..Terima kasih mak..Terima kasih ayah..atas segala penat lelah dan pengorbanan yang tercipta..Selamat ulangtahun kelahiran buat Azim Ashaary..Semoga Allah akan sentiasa memberi keberkatan dalam hidup ku.. Insya Allah.


Tahun ni banyak perkara juga yang berlaku.

Ada yang suka.ada yang duka. Apa yang berlaku sekalipun hidup mesti terus..Perjalanan mesti diteruskan walau apa pun terjadi. Semoga yang baik akan aku jadikan teladan dan yang buruk aku jadi kan sempadan. Syukur Alhamdulillah Allah masih memberikan ruang dan waktu untuk aku terus bernafas saat ini, menyambung kembali perjuangan yang masih panjang dan masih belum selesai.Kepada kawan-kawan yang ada aku sakiti sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, aku pohon maaf..aku juga manusia biasa yang tak lepas dari dosa.

Ya Allah, Permudahkan lah urusanku dan jangan lah Engkau persulitkan..Moga moga kesudahan yang baik akan jadi milik kita jua akhirnya. 

*Thanks to YOU for being the first person to wish me on my birthday..appreciate that so much. You dont have any idea how much that means to me.Thank you thank you thank you..and most of all, Thank You for Loving me.

**Terima kasih yang tidak terhingga juga pada semua rakan-rakan serta ahli keluarga yang wish hari lahir ku melalui SMS ataupun FaceBook..aku hargai sangat sangat..semoga hidup kita semua diberkati Allah..Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran juga buat Lanny dan Azuan yang turut berkongsi tarikh lahir 69..semoga kalian murah rezeki dan dipanjangkan umur..ameen.

Saturday, September 1, 2012

WARKAH UNTUK ADIK


WARKAH BUAT ADIK-ADIK KU
Adik,
Ukhuwah fillah yang terjalin,
Tak mudah d kikis,
Apatah lagi untuk diganti,
Malah ianya sentiasa diingati,
Buat kenangan indah,
Untuk adik-adik abang ini,

Adik,
Jagalah dirimu,
Jagalah hatimu,
Berhati- hatilah selalu,
Seperti yang selalu kubisikkan padamu,
Seperti yang slalu Mak harapkn darimu,

Adik,
Walaupun ayah tersayang telah pergi,
Bukan bermakna perjuanganmu jua telah terhenti,
Anggaplah ini satu permulaan buat masa depanmu yg gemilang,
Satukanlah impian arwah ayah dan dirimu, kerna arwah sangat bangga denganmu..


Adik,
Percayalah bahwa kami abang2 dan kakak2 akan selalu mmberikan sokongan yang tak berbelah bagi buatmu...kerna kami sangat sayangkan mu...Insya Allah, berkat doa dari mak tercinta,
Dirimu boleh berjaya dunia dan akhirat..

Adik
Janganlah kau lupa untuk selalu sandarkan harap pada Allah dalam setiap impianmu...

Adik,
Ukhuwah fillah di suburi dengan doa,
Tanda antum sentiasa dlm ingatan,
Ada peluang, insya Allah kita akan bersua,
Kerna jarak yang jauh bukan kekangan.
Walau kita di pisahkan,
Walau kita di jarakkan,
Doaku tak pernah putus...

Buatmu adik.
.
Nukilan : Ahmad Shukry Ashaary
Port Dickson
1 September 2012

*Dulu dua orang adik aku ni membesar sama-sama..tanpa disedari masa berlalu dengan pantas - Sekarang masing masing dah besar, seperti dirancang(takdir Allah) hari ini mereka mendaftar sama sama untuk sambung pengajian ijazah pertama di USIM..Ami akan sambung ijazah Quran Sunnah dan Faiz akan sambung ijazah perubatan, dalam usaha untuk menyempurnakan amanat arwah ayah..Tahniah adik-adikku..selamat maju jaya..ini hanyalah permulaan untuk semua cabaran yang bakal mendatang di kemudian hari..Abang doakan kalian!Seronok dan gembira melihat mereka berdua..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih pada semua ahli keluarga yang terlibat..semoga amanat arwah ayah telah kita laksanakan sebaik mungkin..Insya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails