Followers

Thursday, March 19, 2015

EUROPE TRIP DAY 1 - PARIS, FRANCE HERE WE COME!

Assalamualaikum.

Nak sambung lagi cerita pasal my very first Europe Trip pada bulan February yang lalu. Sambungan dari entri sebelum ini. Tapi before we go further, nak cerita sikit pasal Eropah.Benua eropah ni ada 50 buah negara dan yang glemer biasanya UK(England, Wales, North Oreland and Scotland), jerman, perancis, czech republic, itali, spain, switzeland dan banyak lagi. Dari 50 buah negara tu ada 26 buah negara eropah yang dikenali sebagai SCHENGEN AREA yang mana 26 buah negara ni membatalkan border control. jadi tak perlu masuk dengan visa dan passport juga tak diperiksa. Boleh rujuk link ini untuk nama 26 buah negara dalam Schengen Area.

Dari Frakfurt saya telah dikenakan pemeriksaan passport. Jadi bila tiba di Paris boleh masuk melalui imigresen tanpa pemeriksaan passport pun. Dah jadi macam domestik flight lah kiranya di tempat kita walaupun sebenarnya kita merentas negara Germany ke France. Ok jugak lah sebab saya duk risau jadi macam masa periksa passport di Frankfurt Airport. Boleh rujuk entri sebelum ni. now Saya dah sampai di Paris. Bienvenue!!


Masa flight mendarat di luar hujan turun. tidak lah lebat.


Dari Terminal 2G kami kena naik shuttle service ke Terminal 2F. Masa ni cuaca memang sejuk kat luar. sebab baru lepas hujan. sementara tunggu bas saya tengok pokok pokok kat sini macam ken abakar pun ada. oh. lupa pulak sini negara 4 musim. belum musim bunga memang lah pokok tu semua tak berdaun. tinggal batang saja. sekarang pula dah berada di hujung winter. Waktu menunggu tidak lah lama. dalam 10 minit sahaja.


Kemudian bila dah sampai di terminal 2F kami kena mencari Terminal 3 pula tempat di mana terletaknya Stesen Keretapi. Quite confusing juga nak cari. Thomas pernah datang sini tapi it was like zillion years ago. so dia pun confuse jugak. Desmond tanya local kat sini then we got our way. Masa tengah jalan ada juga yang minta sign petition apa ntah. sebab dah baca banyak scam dan penipuan macam minta petition macam ni so saya abaikan saja.


Pemandangan di luar Airport CDG France


There you go. Railway Station in Paris.


Boleh beli tiket di mesin. tapi kami akan beli pass 2 days include airport skali pergi dan balik. actually boleh kalau nak bei tiket asing-asing tapi nak memudahkan kami beli satu tiket je 2 days pass. maksud 2 days pass ni boleh naik semua train yang ada within this 2 days. Duit Euro saya tukar di Kuantan sebelum ke KLIA dapat rate 4.06. menangis lah kalau convert kan. But that's the price we have to pay. Kalau tak alamatnya sampai bila lah tak merasa nak travel ke europe.


2 Jours tu maksudnya 2 days including airport. Kalau beli asing asing lagi murah sebenarnya lepas saya tengok balik tapi takpe lah. Masa ni pun saya tak stadi bebetul harga train, just leave it to Thomas since dia boleh speaking language sini. Tiket ni alahai kecik nya lah kan. kena simpan bebetul sebab mudah hilang. simpan dalam dompet terus insya Allah selamat. tapi saya tak bawa dompet. duit pun simpan dalam buku. ada setengah dalam sampul. Saja letak asing asing supaya ada backup. we never know anything that might happened kan. ada setengah tips saya baca diorang sarankan letak duit dalam stokin. tapi macam menyusahkan jer so saya tak buat lah. Pandai-pandai lah jaga diri.


Kami menaiki train untu ke Station CHATELETE LES HALLES. Dalam train kami duk stadi Paris Map kat sini. Tak susah nak faham link yang ada asalkan kita tahu mana nak dituju. quite complex juga link train station nya but now i know how to link with one another. Experience is always the best teacher. Perjalanan 45 minit dari airport untuk sampai di station chatelet les halles ni.


Sampai di destinasi ini, kami turun. Sortie means exit. My first impression is kat sini ramainya orang. sibuk macam di Kuala Lumpur juga. dan saya tengok train station nya pun tak berapa bersih dan kemas. macam biasa biasa saja. Lantai simen dan tak berapa cantik.


Masa keluar dari kawasan train station, saya tergamam seketika. bagaikan tak percaya akhirnya saya boleh jejakkan kaki di Paris. Kehidupan macam tu lah. Kita sering akan dapat apa yang kita kerjakan (dengan izin Allah). Kalau dah berusaha tak dapat hasil macam yang kita harapkan nak buat macam mana. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Saya dah rancang perjaalanan ini dan Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Hujan masih rintik rintik dan cuaca memang sejuk. Dapat minum coffe best ni..


Oleh kerana waktu dah masuk jam 1pm, maka kami kelaparan lah. Nak cari makan. nampak ada restoran pizza hut tapi Desmond suggest to find something other than that sebab in Malaysia bersepah Pizza Hut. So kami singgah di restoran ini. Boleh juga panaskan badan yang dah menggeletar kesejukan.


Masuk ke Restoran, terasa hangat kembali.. pesan makanan yang ada. i know this is not a halal restaurant. Jadi kena cari makanan yang paling paling halal untuk dimakan.. Nasik dan sos tomato is okay tapi kena tanya lah kitchen guna minyak apa. sebab i heard my friends said biasanya diorang guna minyak pork. Di paris banyak sebenarnya Restoran Halal. Korang boleh search dalam internet. Ada kelapangan nanti saya cari. Harga untuk lunch kali ini 42.50 EURO. Dalam 14 Euro sorang. Ok lah. Di restoran ini saya perasan tandas nya ada di bawah. Thomas said tandas dalam restaurant in Europe memang kebanyakannya di baah. kena turun tangga.


Dah selesai makan kami meneruskan perjalanan. Hujan lagi waktu ini. Rintik rintik. Dan saya ternampak banyak dinding dinding yang dipenuhi Grafiiti. Di sini mereka memanggilnya Seni. Bagi saya kalau dilukis cantik dan ada mesej itu lah seni. tapi kalau conteng ayat ntah apa apa tu lebih kepada vandalisme. Nampak cantik juga kalerful. tapi terpulanglah pada penilaian masing masing.


Ada yang berpayung sebab hujan. kan best kalau hujan salji. hehe. tapi tak best la pulak jalan jalan kalau salji merata rata. cuaca mendung dan hujan macam ni kira ok lah. teringat lagu the passenger. Bila Hujan nak matahari. Bila duk atas jalan nak balik rumah. bila dah balik rumah nak keluar pula. Manusia. Sentiasa tak puas dengan apa yang ada.


Nasib baik ada hood.. Sebab payung takder


Di sini lah tempat persinggahan pertama kami. namanya CENTRE GEORGES POMPIDOU. Building ni ada public information library, dan juga Muzium terbesar untuk Seni Moden di Eropah. Bangunan ni dibina dengan style of high-tech architecture oleh team Richard Rogers, Renzo Piano dan Gianfranco Franchini. Actually nak detail lagi pasal Centre G Pompidou ni boleh lah gugel dan semak link ini.


Bangunan ni dinamakkan sempena nama President France dari 1969 - 1974 Georges Pompidou. Tak masuk pun dalam bangunan ni.. Actually kalau ikut aku nak masuk tapi kekangan masa yang ada so kami decide untuk tak masuk. sekadar ambil gambar di luar bangunan sahaja.


Area Les Halles ni ada shopping complex. Apa ntah nama shopping complex ni aku tak sure. Au Forum Le Shopping N' Attend Pass tu ap amaksudnya? paling tertarik kasut Skechers murah 19 Euro saja. tapi kaler pink. kasut perempuan. kalau ada kasut run best saya dah beli dah satu rasanya. Tapi trip ke Paris ni memang tak intended untuk shopping so tak beli apa pun lah. Baggage flight pun tak beli. dah namanya rancangan last minit untuk ke Paris.


Dari shopping complex tu kami turun ke Train Station STRASBOURG SAINT-DENIS. Kami akan singgah di shopping kompleks yang femes di Paris.


Paris Map


Tiba di Stesen Chaussee d'Antin La Fayette


Akhirnya kami tiba di Galleries La Fayette yang terletak di Boulevard Haussman. Alah. Takde special sangat pun. Shopping kompleks lah. macam KLCC. Macam Pavillion. Cuma ni di Paris. Ramai yang saya dengar kalau datang Paris mesti nak datang shopping sini. Macam yang saya kata tadi, this trip not intended untuk shopping jadi melawat kawasan saja lah.


Perkara pertama saya minat tengok ialah Macaroon ni. Pierre Hermes. Jenama Macaroon yang popular. Tapi harganya 59 Euro untuk 20 bijik. mmm. takpe lah. tak beli lah. nanti beli saja di PAUL. lebih murah. La Duree pun boleh tahan mahal jugak. Kalau di Malaysia saya tak makan pun Macaroon sebab manis sangat. kat sini kena rasa lah. Sebab di sini lah katanya asal usul Macaroon. (Correct me if i'm wrong)


Di tengah tengah shopping kompleks Galleries La Fayette ni, boleh tengok bumbung yang cantik. Of course lah kena bergamabar sebagai bukti dah masuk dalam Galleries la Fayette. Banyak jenama terkemuka dunia. Saya ni bukan lah branded punya orang. Cukup cukup makan saja. Jadi tak berapa terkesan dengan butik butik yang ada. Kalau duit sentiasa tak habis tu lain lah cerita. Kena belanja ikut kemampuan juga. Kalau tak sesal di kemudian hari.


Pemandangan luar dari dalam Galerries La Fayette


Hujan masih di luar..


Bangunan ni cantik.. Opera House. Tapi sayang lah ada iklan besar besar tu.. terus tak nampak authentic dah building itu.


Kami menuju ke UNIQLO di bahagian bertentangan dengan Galleries La Fayette. Saja nak tengok kot kot ada yang berkenan. Thomas look around, Desmond tunggu di luar.. saya round sekejap dan keluar. Kami ambil gambar di luar dan kebetulan ada BIGBUS PARIS lalu. ni bas Hop on hop off di Paris. Kalau ambik tour satu hari dalam 29 EURO dan boleh visit 79 tempat. But tak sempat nya nak visit kalau sehari. Kami lagi lah. memang tak sempat.. so pergi a few place of interest saja.


Ok time to go.. Cuaca pun mendung semacam jer


Macam biasa lah. Kalau negara membangun sistem pengangkutan awamnya adalah bagus... jadi tak perlu kisah nak pergi mana naik train.. dan tak perlu lah drive dalam city.. Mudah guna public transportation saja. Cuma sediakan kaki yang cukup kuat dan bertenaga untuk berjalan sepanjang hari.


Perhentian seterusnya, tempat yang wajib singgah kalau datang ke Paris.. - ARC DE TRIOMPHE.. Berhenti di station CHAMP ELYSSEES CLEMENCAU


Arc De Triomphe ini terletak kat tengah tengah roundabout.. kalau nak pergidekat kena lalu underground tunnel.. Kami malas nak lalu underground tunnel tu sebab just nak ambil gambar dari jauh jer. Hujan masa ni jadi tak berapa selesa nak berjalan dalam keadaan cuaca tak menentu..Arc De Triomphe ni ialah arca kemenangan yang dibina oleh Napoleon Beonaparte pada tahun 1800,. Siap ada tulis nama perang yang mereka menangi ketika Napoleon memerintah. Bawah Arc De Triomphe ni pula ada kubur tentera tentera yang mati masa perang dunia pertama. Grave of the Unknown Soldiers.


Sebenarnya boleh naik atas tu. Tapi kami tak naik. Nanti lah next time saya datang Paris lagi kena naik dan tengok Suasana Paris dari atas tu.. Boleh tengok Jalan yang dinamakan Champ De Elyssees dari atas. Agaknya sebab cuaca sejuk jadi tak ramai pelancong masa ni. Boleh lah nak bergambar sesuka hati. kena hati hati ya nak ke tengah jalan tu.. sebab kereta adalah banyak.


Ni ialah sebatang jalan raya sepanjang 2 km yang mana kiri dan kanan nya ada kedai barangan mewah. Yang saya perasan butik LV nya bertingkat tingkat. Kami tak lalu dan jalan jalan pun sebab hujan. Cukup sekadar bergambar saja lah. Sibuk betul jalan raya ni..


Avenues Des Champ Elyssees


Dari Train Station Champ Elyssees Clemencau kami naik train menuju ke La Defense Station. Tempat di mana kami menuju ke Penginapan budget kami, Hotel Ibis di area Courbevoie. Masa di train station La Defense saya beli Pisang harga 2 Euro. Besar betul pisangnya.. boleh lah makan malam nanti alas perut.


Dalam kebasahan kami berjalan.. Hanya Thomas yang bawa payung.. nasib coat yang saya pakai ni memang kalis air,, dan ada hood.. Cuma tangan lah kesejukan.. sepatutnya pakai sarung tangan tapi kalau pakai sarung tangan tak dapat nak capture photo pulak.. so sanggup sejuk ni.. miss my NX300.. huhu.. Direction dari La Defense menuju ke Hotel quite confusing.. Kami tanya local dan selepas 15 minit berjalan, baru kami jumpa..


Thanks Thomas sebab tolong book kan hotel ni.. Rate 45 Euro satu malam.. Jadi sorang dalaam 15 Euro. Hotel Budget macam ni pun dah ok.. for one night only.. Boleh book di website ibis hotel. Area Hotel di La Defense, salah satu attractions place jugak di Paris.


Jom kita lihat macam mana rupa biliknya


Bilik yang kami booking ni ada dua katil double decker.. just nice untuk 3 orang.. saya ambil katil atas.. saiz bilik quite kecil but adequate lah for a night..


Yang nice sebab pemandangan hotel kami menghadap Seine River, sungai di Paris yang ada jambatan tempat orang bercinta gantung mangga dan kunci mangga pastu kunci tu campak dalam sungai lambang cinta yang tak akan terlerai kononnya. pastu balik dari travel bercerai berai camano tuh. Propa semuanya. haha.. so kami dah dapat bilik . Time to rest, mandi dan solat. sebelum malam nanti keluar semula untuk menjejakkan kaki buat kali pertamanya di EIFFEL TOWER..

*To be continued..

Tuesday, March 17, 2015

EUROPE TRIP DAY 1 - FROM FRANKFURT, GERMANY TO PARIS, FRANCE

3 Countries
9 Cities
2,912 km total mileage
19 - 28 February 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kali ini baru saya berkesempatan untuk bercerita sedikit tentang Catatan perjalanan saya ke Negara Eropah pada bulan February yang lalu. Macam biasa, kekangan masa dan kesibukan kerja sentiasa menjadi faktor utama untuk lambat update di ruangan ini. Trip kali ini seperti mimpi pun ada. Bermula dari Oktober 2014 ada seorang kawan saya bertanya dan ajak untuk turut serta trip ini, dan tanpa berfikir panjang saya terus setuju dan beli tiket ke Frankfurt Germany. Tak tahu kenapa waktu diajak tu saya terus kata ya dan terus buka ruangan tiket MAS dan beli. Mungkin kerana sudah lama memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke bumi Eropah. maka since Bulan Oktober tahun lepas (Kurang lebih 4 bulan) mula menghitung hari untuk Trip ini bermula. Mengambil cuti sempena Chinese New Year pada 18 dan 19 February, saya lajakkan terus cuti sampai 28 February 2015. Tiket yang saya beli RM3200 return. which is mahal sebenarnya. Kalau beli awal boleh dapat dalam RM2400 - RM2500 return. Sila beli tiket awal dan buat perancangan awal untuk harga tiket yang lebih ekonomi.


Bagpack Hijau tu hadiah hari lahir tahun 2009 oleh kawan rapat..still remember.:)

Pada hari Khamis 19 February saya terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. waktu itu keluarga saya kebetulan merancang untuk ke Kota Bharu dan melawat pusara arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang baru sahaja meninggal. Al-Fatihah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Takziah buat keluarga mereka. Sesungguhnya kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar kepada Negara, untuk agama kita khusunya.. Semoga Allah menjanjikan ganjaran yang amat besar untuk arwah. Saya tidak berkesempatan untuk melawat sama kerana mengejar flight pada jam 4.35pm. Terima kasih Mak dan Abang Shuk serta ahli keluarga lain yang turut sama menghantar saya ke Airport Kota Bharu. Semoga perjalanan ini baik-baik sahaja, insya Allah. 


Macam-macam hal lah perjalanan kami - tayar kereta pancit lah, ada 2-3 tempat orang accident langgar lembu, kami berhenti tepi jalan beli nenas dan berbagai bagai lagi kerenah.. Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat.. sampai KB terus ke Airport Sultan Ismail Petra. takut terlepas filght. Makan tengahari pun di Restoran depan airport. Sempat lah sambut hari lahir Mimi, kak Ina buat kek Chocolate moist. merasa lah jugak makan. sedap ya. thanks kak Ina. Kemudian yang hantar saya gi airport ialah Abang Shuk, Faiz dan Mak. Walaupun sekejap dapat luangkan masa dengan keluarga tapi at least i still have time to spent with them.


Tiba di KLIA saya sempat meluangkan masa di Folden Lounge Satellite MAS sementara menunggu flight lewat malam ke Frankfurt Germany pada jam 11.59pm. Makan, Mandi dan solat serta mula membaca rencana berkaitan negara Germany. Enak sekali melepak dan meluangkan masa di Lounge ini. Banyak bahan bacaan dan minuman serta makan free flow tak henti henti. Tinggal kita lah larat atau tidak nak makan semua benda yang ada di sini. i had pumpkin soup and vegetables for dinner. and a coffee too. also ada dim sum. and ada salmon jugak. actually banyak juga makan. hehe. Dah mender percuma layan kan aja. 


Here i am at Golden Lounge Satellite MAS


Mandi dan solat dulu..


Makan-makan dan bersembang dengan kawan baru


Di Lounge ini saya sempat bersembang dengan seorang warga negara Filipina yang bekerja di Malaysia. meninggalkan anak isteri nya di Manila, hanya setahun sekali berjumpa demi mencari sesuap rezeki.. Kemudian kami bertukar cerita pasal travel dan dia bercerita tentang kesusahan hidupnya.. berulang kali dia berkata 'you are lucky that you are rich.. can go travel here and there easily.'. saya hanya tersenyum. sebab i know myself. i'm not that rich macam yang dia kata. i'm just someone who willing to spent my money on travel. Orang lain lagi banyak duit dari saya. Tapi mungkin mereka tak minat travel. itu sahaja. i always believe travel will make myself richer in a way that only me and other travelers can understand..sebab by travel kita akan perolehi dan kutip banyak pengalaman berharga. and thats experience is something that money can't buy.


Dalam jam 10.30pm saya keluar dari Lounge dan berjumpa travel mate saya, Desmond di Starbucks berhampiran. He just had his birthday recently and happy with his Ipad Mini, Birthday Gift from his Parents. Happy belated Birthday Desmond! May God will always bless you. We talk about this trip while he struggling to open and install his new Ipad Mini.. very nice. Thinking of getting one too later. Maybe someday. But i think i better used that money to travel. We'll see how later. Then dalam jam 11pm kami terus ke Gate untuk pelepasan. Tak nak lah kena tinggal flight. and this is it. Frankfurt Germany here we come!!

Kami duduk asing-asing dalam flight. Sebab beli tiket pun asing-asing kan. He bought early and i just bought whatever left. so dalam flight my seat sebelah remaja Germany name Erik Beenders. Mulanya tak bersembang bila dekat dekat nak sampai baru bersembang and he is sangat friendly. dia nak jadi actor katanya. semoga berjaya lah dik! baru umur 19 tahun. Long way to go. Dalam flight ada 2 meal disediakan. Movie pun banyak ada. pilih lah nak tengok cerita apa. see, i dont need ipad ya. Dalam flight kan dah ada entertainmentnya sendiri. Penerbangan memakan masa selama 12 jam.. we shall reached Frankfurt Airport at 6 am. Puas makan, tidur dan layan movie. and for the record this is the longest flight i ever had. Flight paling lama pun sebelum ni ialah masa ke umrah, kota Mekah 8 jam. dan ke Gold Coast Airport Australia juga 8 jam. Jadi ni lah penerbangan paling lama setakat ini. Solat subuh dalam flight untuk menghormati waktu. 


 Makan, tido dan Movie


This is Erik Beenders

We reached Frankfurt Airport at 6am.

And the suhu outside is 1-2 degree celcius. yeap. This is winter season in European countries. memang dah bersedia dengan jaket tebal, sarung tangan dan apa-apa yang patut untuk menangani masalah kesejukan ni. Keluar dari flight ada bas yang ambil menuju ke tempat imigresen. Masa beratur di imigresen saat mencemaskan berlaku. Polis imigresen tu soal saya macam-macam soalan. Most probably because in my passport ada visa arab saudi. so of course i am muslim. siap ada janggut. Dia tanya saya stay mana di frankfurt. so saya jawab lah tak stay di frankfurt sebab nak ambil connecting flight ke Paris at 10.25 am. Dia soal lagi mana tiket flight ke Paris? then i answer ada with my friend. Sebab saya dan Desmond tak lah beratur sekali. Then dia tanya lagi if i travel together then why tak que up in the same lane. wow. macam-macam soalan. lucky i saw desmond outside the imigresen and i call him to come at the counter. Desmond gave the flight itinerary to Paris and he asked again what are we doing in Paris. we said for leisure and holiday. Dia mintak hotel booking confirmation pulak. sudah. mati lah kami. sebab booking confirmation is with Thomas, the Germany Guy yang dah waiting outside the imigration counter. we explain a lil bit and finally he just cop my pasport and let us go. dekat setengah jam jugak lah kena soal. so my friend, beware. kalau korang tak buat salah then jawab jer dengan tenang. jangan serabut serabut dan nak naik angin. Ni negara orang so just be cool and rileks. kalau tak buat salah kenapa nak takut kan?


Lepas dari Imigration counter we go collect our baggage first. and when we go outside, Thomas (Desmonds Friend) already wait for us outside. Nice to meet you Thomas Heilig! he is germany. so we straight away went to his car to put our belonging first. The plan is - just bring some cloth and stuff for one night at Paris. The initial Plan takder pun nak pergi Paris. Last minit i request to go to Paris, and both of them agreed. Dah datang Europe rasa rugi la pulak kalau tak ke Eiffel Tower Paris. By flight Airfrance ticket RM400 return (100 EUR0). Lucky both of them ok with that so we gonna had a night at Paris.


Penerbangan kami dari Frankfurt Airport ke Paris pada jam 10.25am. Waktu masih menunjukkan jam 7.30am. jadi kami punya waktu yang banyak sebelum bertolak. Kami (by kami maksudnya saya, Desmond dan Thomas) minum kopi dahulu di kedai kopi MONDO. Saya hanya minum. tak berani nak makan Roti dan sandwich kat sini. Membuang waktu sambil sessi ice breaking with Thomas. Tak pernah jumpa Thomas before this. Just heard about him from Desmond. So here we are, met at Frankfurt Airport and ready to go through this journey together. he even took more than a week leave for us. Thank you for that. Just ask a simple questions, considering we gonna have a lot of time driving in the car later. 


Ada Wifi kat Kafe MONDO ni so tak perlu lah rasanya saya nak beli simkad di Eropah. Cukup hanya pakai Wifi di Kafe macam ini sahaja. Rasanya zaman sekarang semua kafe dah ada wifi. sebilangan kecil saja lah yang tak ada. Lagipun di Airport wifi nya pun laju. Boleh lah nak checked in dan upload gambar di FB ataupun Instagram. Agak banyak juga lah waktu terbuang kat sini. Kalau drive dari Frankfurt dalam 5 jam 19 minit (572.2km). Nak jimat waktu so kami naik flight, Hanya 1 jam 30 minit perjalanan. Seminggu di Eropah bukan sempat nak pergi banyak tempat pun.. Benua Eropah ni besar ya. sila rujuk google Map kalau tak percaya.. Akhirnya impian tercapai nak jejak kaki ke bumi Eropah.


Lepak membuang waktu minum kopi.. kopi pertama saya di bumi Eropah


Sebelah kiri tu Thomas Heilig. And the other one is Desmond

Jam 9.15am, we decide to masuk ke dalam balai menunggu. And this is the time ada satu bad things happened to me. My samsung NX300 jatuh masa security check. sebab kena buka tali pinggang bagai. saya sangkut kamera kat bahu. so it fell off. jatuh lense dulu. terburai habis. Tapi saya ambil keputusan untuk lupakan dan lepaskan saja dari hati. malas nak jadikan issue walaupun sebenarnya bab-bab gambar ni is really my things. I used to be moody bila ada orang break my camera dulu. but not anymore. i guess i'm grown up now. Dah faham erti hidup. Setakat kamera jatuh dan takleh pakai doesn't mean end of the world. still boleh bernafas dan hidup lagi. Lagi pun Iphone 6 kan ada. so guna Iphone saja lah since that moment. That's the art of letting go. to be more peaceful and calm in life. still trying to master that art. :)


This flight operated by AirFrance

 
So kamera tu saya bungkus saja dalam beg sandang yang saya bawa. Tanak kecoh kan lagi keadaan. Just smile. Both of them said sorry to me for what happened to that camera. yeah. am ok. totally fine with that. i have to. So sementara menunggu Thomas read a newspaper. Desmond try to get some sleep. and i'm with my iphone 6 plus try to adjust the setting of the camera. Masa kami menunggu tak ramai lagi orang ada.. sembang-sembang juga dengan Thomas.. He speak English very well. Sometimes ada Germany yang tak reti cakap English juga. Boarding time jam 9.50am..


Dalam Flight ni ada dihidangkan Biskut dan air kopi. Ala-ala firefly lah ni. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Attendant flight cakap france dan english. Sepanjang perjalanan aku layan dengan MP3 dalam phone jer. tak sempat nak lelap dah sampai France..sesekali aku tengok itinerary perjalanan juga. where to go and what to do. tapi not bother about that much. sebab aku sangat tak suka perjalanan yang terikat oleh waktu. aku lebih suka santai dan rileks rileks. tak nak terkejar kejar attractions place and at the end of the day penat macam tu jer.



And finally.. i'm in PARIS, FRANCE.. Reached at CDG Airport (Charles De Gaulle) at 12pm 20 February 2015.. time sampai hujan lah pulak di luar.. Memang bertambah sejuk lah jawabnya.. Bienvenue maksudnya Welcome. Welcome to Paris Airport.. We are lucky Thomas ada. sebab dia yang bawa kami untuk keluar dan ke arah mana nak di tuju. so dah jimat masa dah tak perlu nak tercari cari arah mana nak pergi.. kami nak menuju ke arah train station. Kena naik Bas ke Terminal lain pula..

And this is the time my Europe Trip begin..

*To be continued..

Sunday, March 1, 2015

EUROPE TRIP IS OVER.. AND FINALLY I'M HOME!!


From Munich to Frankfurt yesterday 27 February 2015 at 5.51am by train. Reached Frankfurt airport at 9.30 am. Checked in for flight at 12pm. And 12 hours later reached Kuala Lumpur International Airport at 6.50am(local time) 28 February 2015.

Waiting for another flight today at 3.15pm from KLIA 2 to Kuala Terengganu. Arrived at Kuala Terengganu at 4.15pm. Depart from Kuala Terengganu to Paka at 8...
.20pm. And now just reached home sweet home!!!

It's 35 hours journey before finally reached home. Tired. Super tired. And to make its sounds crazier, am working tomorrow.

Good night.

Really need a rest by now. Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.

Thank you Allah!
 
*Ada kesempatan saya update blog pasal Europe Trip ni.. Sangat best dan sangat sekejap masa berlalu.. tak puas. memang kena repeat datang lagik.. at least dah ada pengalaman ni maka boleh lah merancang next time punya trip. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails