Friday, June 27, 2008
AlwayS AND ForeveR
Spain To The Final!!!


*Skor ketiga Spain dari David silva
*Iker Casillas & Carlos Marchena meraikan kemenangan
*Spain`s Xavi Hernández tries to tackle Andrei Arshavin
*David Villa yang cedera di penghujung masa pertama terpaksa di keluarkan dan di ganti dengan czech Fabregas.
*Xavi Hernandez di raikan setelah menjaringkan gol pendahulu Spain.Tahniah buat pasukan Sepanyol dan semua yang menyokong Pasukan ini.
*nanti Final Germany akan menentang Spain-sekurangnya perlawanan Final ini pasti akan menjadi sangat sengit dengan dua pasukan yang memang hebat dari segi bakat dan pemain berpengalaman.Tak sabar aku nak tunggu Final nih...nak amik cuti la isnin depan..haha
WonDerfuL!!!!

Cerita di mulakan dengan Adam(afdlin shauki)chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangan’nya sendiri. (Aku suka sangat ngan ayat nih-'mengapa bertemu jika mahu berpisah??')
Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isteri’nya yang telah meninggal dunia.Kisah kedua ini yang paling tragis dan paling menyentuh perasaan,bila mana marya(lakonan Eja) kembali pada tempat pertemuan pertamanya dengan Sufi untuk menyambung kisah lama tetapi terlambat...sedih sangat bila anak sufi-Ashraff bagi balik pengikat rambut kenangan silam..(kalau tak paham sila tonton sendiri k..)(Sufi lakonan Toni Eusoff)
Dan kisah terakhir-Seorang penggiat teater .Imaan sedar yang pentas teater adalah tempat di’mana masa silamnya mampu di’selesaikan dan masa depan’nya mampu di’lihat.yang ni pun sangat twisted ending nya...brilliant idea bagi khabir Bhatia apabila watak khalil(lakonan Pieerre Andre sebenarnya adalah bayangan/halusinasi Imaan semata mata..)Ean muncul menyelamatkan Imaan-atas dasar Imaan membenarkan Ean muncul dalam hidupnya.
Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya.Sangat dramatik penghujung cerita ni,dan anda akan merasa sangat berpuas hati dengan garapan baru ini.
Kekuatan cerita ini terletak pada pelakon-pelakon itu sendiri-bukan calang calang pelakon...dan Sinematografi yang mantap serta penataan seni suara/lagu yang bertepatan dengan setiap situasi menjadikan buah tangan terbaru Khabir Bhatia ini menjauhi karya Piscisan,dan memang sebuah karya yang boleh di banggakan.Aku kasi 4/5..(suka hati la kan aku nak rate..haha)
Then after tengok SEPI nih aku sambung plak tengok citer WANTED.memang 18SG sangat cerita nih...banyak giler darah dan aksi ngeri,namun Action Pax nya memang hebat dan lakonan Angelina Jolie memang tak boleh di sangkal lagi karisma dan karakter yang di bawa.

WANTED mengisahkan kiasah pembunuhan...hmmm macam mana nak cakap aku pun tak reti..tapi citer nih memang superb...jangan bawak anak tengok citer nih kang tak tidur malam plak anak anak korang tuh..haha...Jangan lupa kunjungi pawagam berdekatan untuk tonton cerita nih..
Waaaah da pukul 2.15 pagi laaa..aku nak tengok Spain VS Russia plak,untuk perlawanan separuh akhir...mampukah Spain mengalahkan Russia?haha..aku rasa Russia mampu menundukkan Spain walaupun Spain mempunyai kelebihan yang lebih banyak berbanding Russia...Russia pasti akn brgntung harap ngan Arshavin,Pavluchenko dan Torbinsky dalam mencari gol kemenangan bagi melayakkan pasukan mereka ke Final...dah dah dah...aku nak tengok bola plak nih..jumpa di review yang akan datang k...babai..
*matilaaa aku tak tidur lagik nih...esok mata lebam laa pi kerja...nak amik cuti tak boleh sebab ada function esok...hikhik..sendiri cari pasal sendiri tanggung la kan..haha...moh tengok bola moh..
Thursday, June 26, 2008
Authentic IndoChine Cuisine
Tonight i'm gonna having dinner with my so-called bestfriend,Anne.She is best known by da name Anies,but from now on i'm gonna call her Anne (nama glemer katanya..).At first glance we've planned to spend our nite at da Ship (Restaurant at Batu Feringghi) ,but for da sake of the time constraint we decided to head on to QueensBay Mall.
I suggested to grab our bite at Golden Triangle Restaurant,but she insisted to having dinner at IndoChinese Restaurant.We dont argued as usual but still keep searching for this restaurant.It turned out that both of us did mean da same Restaurant,by its Ful name-The Golden Triangle IndoChinese Restaurant!!What a funny Coincidence there..hahaha...i just keep smiling every time i think about this incident..('',)
This Restaurant located on the 3rd Floor in Queensbay Mall,da same level with The Cinema.its not that hard to find it since it is used the big space on its area itself.


The Golden Triangle IndoChine Restaurant (current outlets in Auto-City-if i'm not mistaken..and the other one at here,Queensbay Mall) welcomes you with its spacious rustic interior yet elegantly refined finish with wooden canopy and hardwood floors. The decoration inside it makes you feel very calm and very cozy...enough reason to make you fell in love with it-at the first sight.I do..hahaha.

*i like this greenish plate set...very nice..



The Golden Triangle offers many wonderful delights to its diners.I think maybe only this restaurant really serving an enormous range of dishes- came from Thai,Vietnamese and Laotian.For a great Dining experience,it has so many outstanding menu that makes me think thousand times when the waiter come to pick up an order..
So here what we've ordered tonight,simply the best for your viewing..
*as usual,my favourite juice-Watermelon
*Anne did ordered Seafood Otak-otak served in Kelapa-taste-EXCELLENT!!
*Ayam pandan,not as good as i'm thought about.taste-BOLEH LAH.....
*Tom Koh Samoi Green Soup-kuah dicampur ngan air kelapa-taste-EXCELLENT!!
*We did ordered this Aphrodisiac Oyster-Raw Oyster to be precise-taste-RAW!!!
*How about her new hair cut?i think that's cute..hehe
There are too many things to tell about-because its almost a month we did'nt have any real conversation-i mean the face-to-face conversation like dis.Anne just couldnt stop talking,and obviously she talked a lot about her trip to Brunei and Sarawak.



Thanks Anne for da accompany,maybe we could come again to this place next month('',).banyak lagi menu yang kita tak try..Thanks again for the night ok..and thank you for all of da souvenirs from Sarawak and Brunei..('',)
*Oh ya,lupa nak bagitau yang Abang Bear,Dr.Shah ngan Dr.Chen pernah makan kat sini jugak suatu masa dulu....kalau nak info lanjut atau gambar yang lagi cantik cantik tentang restoran ni,sila klik link mereka-Dr.Chen,BeruangMadu,Dr.Shah.
Hero LAHM strike late to seal GERMANY Final Place
Tempat:St.Jacob Park,Basel
Suhu: 26 Degree Celcius
PENGUASAAN TURKEY
Babak 45 minit pertama menyaksikan penguasaan padang yang baik dari pasukan Turkey.Namun Germany juga masih mampu menghasilkan serangan merbahaya,tapi ball possesion nyata lebih memihak kepada pasukan Turkey.Kredit untuk Turkey.Ringkasan untuk Separuh masa pertama:
6'-Kazim kazim(Turkey) membuat cubaan tepat ke arah gol lawan namun terkena palang..(masa ni da rasa germany macam tergugat pun...hmmm)
17'-Micheal Balaack(Captain Grmainy) dapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi terlepas peluang tersebut..(isshhh sayang giler...)
22'-kesilapan pertahanan Germany menyebabkan Ugur Boral(Turkey) menjaringkan gol pendahulu hasil sepakan kazim kazim yang mengena palang sekali lagi dan di susuli dengan gol dari Ugur Boral.Kedudukan 1-1

26'-Hantaran cantik Lukas Podolski(cayaaaa lah!!) ke arah gol lawan memberi peluang kepada Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol penyamaan,4 minit selepas gol pendahulu Turkey.

33'-Lukas Podolski terlepas peluang yang sangat baik untuk menjaringkan gol,tetapi tersasar.
Tamat separuh masa pertama dan kedudukan masih terikat Turkey 1 dan Germany 1.
GERMANY KEMBALI BANGKIT
Separuh masa kedua pula dapat dilihat Germany mula mendapat rentak untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Turkey.Namun elemen tuah masih di ambil kira di mana tuah lebih menyebelahi pasukan Germany,lantas melayakkan Pasukan itu ke Pusingan akhir bagi Kejohanan EURO2008 ini.Ringkasan di masa kedua perlawanan:
54'-Thomas Hitzsperlger (Germany) membuat cubaan yang menarik ke gawang Turkey.
72'-Hitzsperlger membuat cubaan sekalilagi tetapi hanya tersasar beberapa inci jer dari gol(uuuhhhh sayang seribu kali sayang..)
79'-Miroslav Klose menjaringkan gol menerusi tandukan cantik,hasil hantaran menarik daro pemain pertahanan,Philip Lahm(aku suka tengok Lahm yang lincah ni main,memang lajuuuu giler...)

86'-Aku bajet Germany da menang dah lepas Klose jaringkan Gol tetapi tetiba Sabri(nama cam melayu plak kan,Turkey)menghantar bola cross depan pintu gol dan Semih senturk berjaya menjaringkan gol penyamaan...(arrrgghhh geram jer aku rasa...)

90'-Minit terakhir ni menyaksikan pemain pertahanan,Philip Lahm menjaringkan gol kemenangan kepada Germany..!!!

Sensasi sangat gol terakhir dari Philip Lahm yang menjaringkan gol kemenangan pada pasukan Germany..Syabas pada Germany!!!Dengan kemengan ini melayakkan Germany ke Final bagi kempen EURO2008 ini..
{Hebat kan 11 minit terakhir 3 gol di hasilkan dalam perlawanan ni..!!}
*Lukas Podolski dan Micheal Ballack
*Germany yang meraikan kejayaan mereka dapat mara ke FINALKesimpulannya aku sangat gembira Germany dapat mara ke pusingan akhir bagi EURO2008 ini.Namun kehebatan Turkey yang tidak menyerah kalah harus dipuji dan aku tabik springggg sangat ngan Turkey yang mempamerkan daya juang yang tinggi...Germany bermain dengan rentak yang biasa,namun masih mampu untuk mengekalkan Kejuaraan...apa apa pun,nantikan perlawanan antara Spain dan Russia awala pagi esok untuk menentukan pasukan mana yang akan ke Final dan bertembung dengan Germany di pusingan akhir..
*Abis game tadik sempat la tidur sejam...sambung tidur lagik...hehe...oh ya lupa nak bagitau semalam masa menonton berlaku gangguan siaran selama 10 minit jugak selama dua kali,Gol dari Klose dan Semih Senturk tak dapat di saksikan secara Live..hmmm mungkin ada masalah teknikal dari pemancar sana..
Wednesday, June 25, 2008
You've Made UP my DAY!!


Kad ini sungguh chantek..memang lawa sangat...i can't remember how long i haven't received any card like dis..mmm..thank you so much to you..macam tahu-tahu je kan aku suka kaler biru..hehe
Dalam kad tu tertulis "To AXIM yang gila bola(sampai hati ko cakap aku gila yek),sorry ITALI defeated..hope Germany will walk to the final..Have a great day to you..Hope to keep in touck ok.."-Lebih kurang macam tu lah apa yang tertera dalam kad yang kiut itu...

I thought i've already seen all,rupanya dengan kad tu disertakan skali ngan satu figure international Germany player-Lukas Podolski!!...('',)terkejut aku dapat gift macam nih..memang tak di sangka sangat dan rasa cam hepi giler...only god knows how happy i am to received dis pro-star figure..Thank you so much yek...so so much...you just made up my life today....appreciate dat so much..
Actually pasukan pilihan aku untuk kejohanan EURO2008 ini ialah itali,tapi itali dah tersingkir setelah kalah ngan spain (penalti) tempoh hari .Kumpulan yang akan ke separuh akhir ialah Germany,Turkey,Spain dan Russia.Dalam empat Group tuh aku sokong Germany...yeeaayyy,Germany gonna be a new champion for dis EURO2008 (hope soo..).Lagipun sejak 1996 ni lah baru kali pertama German dapat masuk semi final di kejohanan Antarabangsa ni.so mungkin dengan semangat itu dan berbekalkan pemain yang berpengalaman Germany mampu untuk menjadi juara.
Chomel tak dis Pro-star figure??chumil sesangat.....aku letak atas PC dalam bilik opis aku ni.Kat bawah aku buh gambar dis figure yang dah di close-up kan..
Sedikit review pasal Lukas Podolski ni..maybe ramai tak tahu siapa Lukas Podolski kan..so meh aku bercerita sket:
Lukas Podolski lahir pada 4 Jun 1985,(waahh tetiba ramai plak kan yang besday bulan jun..haha)..dia ni kelahiran Poland,dan merupakan anak kepada Waldemar Podolski seorang pemain football proffesional Poland.Masa umur dua tahun dia ikut kuarga pindah ke Germany,danjadi warganegara german since then.

Pada tahun 2006 dia da start main dalm bundesliga,ngan kelab Bayern Munich..sampai skang pun dia still main kat kelab Bayern Munich(jersey nombor 11).Kalau korang tengok EURO2004 masa tu lah kemunculan kali pertama Podolski di peringkat antarabangsa.Pemain termuda tu(ye la masa EURO04 dia baru 19 tahun.)


Maaf la naa sebab dah melalut ngan info pasal Lukas Podolski dan pasukan Germany ni..apa apa pun malam ni akan berlansung perlawanan separuh akhir antara Germany dan Turkey-semestinya kelebihan banyak berpihak pada Germany dari segi pemain yang berkaliber dan berkebolehan..Pasukan turkey juga punya semangat juang yang tinggi tapi bagi aku semangat saja tidak mencukupi jika tidak dilengkapi dengan pemain pemain handalan,dan ternyata Germany mempunyai kelebihan itu.
Dengan pemain seperti Micheal Ballack,Lukas Podolski,Miroslav Klose,Bastian Schweinsteiger,Philip Lahm(sekadar menyebut beberapa nama)aku yakin Germany mampu menumpaskan Turkey bagi perlawanan separuh akhir ini..(hahah..kan dah melalut lalut lagi pasai bola ni...hangpa sumer jangan boring naa..)
*Ok lah,da cukup la kita sembang pasal nih..terima kasih banyak banyak la pada yang bagi gift ni pada aku..(i know you gonna read this entri)...suka sangat sangat...tq so much..(ada ubi ada batas ada hari boleh ku balas..)..jangan lupa malam ni perlawanan Germany VS turkey bertempat di Basel st.Jacob Park pukul 2.45 pagi.Sama-sama kita tontoni kemenangan Germany...('',)


*wowww looks like somebody really enjoyed the Aphrodisiac Oyster tonight..('',)

