Followers

Monday, June 9, 2008

Berita Terkini EURO2008

Aku baru selesai menyaksikan satu perlawanan dalam Group B EURO2008 nih,pertandingan antara Germany VS Poland..dan seperti yang di jangka ramai(aku pun ramal germany menang 2-0),Germany menang 2-0 ke atas Poland,sekaligus menggembirakan ramai pihak yang menginginkan pasukan pilihan ini mara.

Meh aku bagi analisis sket pasal perlawanan antara Germany VS Poland sebentar tadi:

Perlawanan di mulakan,dan seawal minit kelima Germany telah mengasak gawang Poland,di mana Miroslav Klose telah membuat hantaran kepada Mario Gomez tetapi gagal di sempurnakan sepenuhnya-sepatutnya pada masa ni Germany da gol 1 tapi nasib takdak,nak wat camana kan..Actually walaupun Poland mempunyai rekod yang buruk bagi kejohanan antarabangsa namun itu tidak menghalang mereka dari mengatur serangan dan gerakan yang hebat unuk menetang Germany.Credit untuk mereka.

German pula memang mempamerkan aksi yang baik pada perlawanan separuh masa,di mana gawang Poland asyik di terjah dan di asak oleh jentera serangan Jerman.Dan asakan mereka nyata membuahkan hasil bila Lukas Podolski berjaya menembusi gawang Poland pada minit ke 20 melalu hantaran cantik dari Miroslav Klose.



*kalau korang tengok match mesti korang perasan naper a si lukas podolski ni macam sedih sangat jer bila dia wat gol,tak nampak cam nak celebrate...korang tau tak sebab apa?ini adalah kerana walaupun dia bertanding atas tiket warganegara Germany,namun dia adalah anak kelahiran Poland..so mungkin dia rasa agak terganggu dengan status tersebut,sapa tahu ka..mungkin..

Dalam minit ke 72 pun Lukas Podolski berjaya menambahkan satu lagi gol pada pihak lawan,sekaligus meletakkan Germany sebagai dominasi bagi perlawanan kali ini.Aku nak sentuh sikit pasal Mario Gomez yang tidak menyerlah dalam match tadi.sepatutnya he is a star,because dia da buat 6 gol dalam 9 kali kemunculannya dalam antabangsa punya match..tapi itulah football...(ingat tak apa terjadi pada ronaldinho -Brazil dalam worldcup 2006?)..so tak leh la nak salahkan sapa-sapa..skill da ada cuma bila nasib tak bersama tak jadi juga..

Actually kalau dilihat balik pada perlawanan tadi Germany should earn more goal,tapi ok lah kan,2 tu dah cukup,kalau dah menang buat apa nak tamak lagi kan?..hehe(ni ayat untuk kak non nih..hihi)..tapi Poland pun banyak membuat attempts on target lagik-cuma Penjaga gol Germany Jens Lehmann cekap menyelamatkan semua percubaan tersebut..syabas..!!

Oh ya,lupa nak bagitau pasal satu lagi perlawanan Group B iaitu antara Austria VS Croatia-dan keputusan memihak kepada Croatia,atas gol penalti Luka Modrić seawal perlawanan di mulakan.Untuk melihat siaran tertunda,sila tunggu di hadapan kaca tv pukul 10 malam ni di TV9.Sekian AXIM melaporkan berita terkini EURO2008 dari jendela ini.TQ.

*warrrggghhh da pukul 6 dan aku harus bersiap=siap untuk ke tempat kerja je la ni...kalau aku tidur gak mampus aku tak bangun,tak pasal-pasal kena bambu ngan BOSS gara-gara tengok bola..tak maw lah..aku mau jadik pekerja yang mithali gitu...hehe..agak mengantuk nanti curi ar masa tidur kat Opis..kehkehkeh

21 comments:

PUTUBAMBU said...

hmm... sana sini org bercerita pasal bola.. tidur bola..makan bola.. mandi bola..!! hehehe..

hi axim..!!

amacam? ngantuk tak kat opis harini?

mummysyafie said...

adoi..kiter fail la pasal bola ni

nasazfrog... said...

orang dah minat giler ngan bola musti nak citer habis2an about bola kan,, akak tak berapa ikut sgt la xim,, ape pun hope u enjoy okeh,,,,

Ziana said...

xim...
layan sampai habis?
ziana serender...half game jek.
thanks 4 d'info
:)

tuh laaa...takmo tamak!
hahahaha

uiks?? x tedo lps tuh?
trus pi keje??
ziana tgk half..then tedo..
masok ekje kol 8am...8am br bgn..
uwaaaaaaa...ape kes?
:P

izal said...

kau negara mana?? France bro..plsss....heheheh

She's The One said...

tau napa germany menang?
i dah kasi tu ballack tonic baekkkkk...:)

shahril aley said...

nak jadi pekerja mithali mcmn tu kalau curi tido masa keja....

nanti aku tepon cinapek tu report sama die :)

Masy said...

kesiannye dia.. mesti tatau nk describe rasa apa, klu epy rasa cam bsalah kat negara sendri ek?

sian sian *popok belakang dia*

axim said...

putu bambu--->hai kak,ngantuk la jugak tapi kerja tetap jalan,....mana bleh malas malas kan...hehe

Mummysyafie---->takper,fail pasal bola hal lain mesti terer kan kak kan...:D

nAsazfrog--->kalau dah minat....jom la join skali menonton,anda pasti terhibur....:D

axim said...

zIANA---->tu la,ni yang jadik mata panda nih...tak dapat nak tidur semalam dek penangan nyamuk durjana...hehe....camat bekerja beb..!!

IZal--->aku sokong ITALI la bro,ko ingat tak 2 tahun lepas france kalah di tangan itali masa world cup...haha..VIVA ITALIA..

She's Da One--->u kasi ballack tonik baeekkk?tonik apa tuh?nak jugak boleh?hikhik

axim said...

Aley--->
Cinapek tuh da nak kena transfer la aley:(..pasni camana la agaknyer kejer kat sini..aku kena wat sumer...

Masy--->tu la,mesti rasa bersalah amat podolski tuh membelasah negara sendirik...

shahril aley said...

tu la ko kutuk sakan die. kan die dah majuk minte transfer. sebelum die blah baik ko minte ampun pasai banyak ko ngata belakang. hahaha.....

lepas ni ko jadi boss la. nak minte keja bawah ko boleh? nnt dapat makan free ko blanje aku tetiap ari :)

bozzobattousai said...

ye la tu sgt sokong germany. mana ada player chealsea kesukaan awak tuh kat german. the rog pun dtg dari ivory coast. lain kali jadi la pengikut setia liverpool. ada 4 player dia main utk spain yg memang hebat dan akan semestinya merangkul gelaran juara euro 08. nak kenal ngan player2 tuh kenalah layari liverpoolfc.tv ataupun baca blog abg pun dah cukup. jagn marah.

izal said...

hahaha..aku mmg frust tul france kalah masa world cup dulu....

so ko sokong italy sbb dia menang world cup? chehhh

axim said...

Aley--->tu la pasal...nanti kau kena mintak maap dari ujung rambut ke ujung kaki la kat dia...*kena sujuddd.....ampunn...wakakaka..

axim said...

Bozzo battusai--->Liverpool untuk orang orang season jer bang..hehe...sowee la tak minat ngan liverpool,chelsea tetap no.1..tapi kalau antarabangsa ITALI menjadi pilihan...tengok la liga itali,lagi best dari tengok liga Inggeris..Semalam sokong Germany based on strength of the team,and memang well deserved diorang menang pagi tadi nyer match,kalau tak sebab careless gomez mesti germany menang 4 atau 5 -0 dah..hahaha....Kepada semua peminat Liverpool,sila bertandang ke blog abang ini yang menjanjikan Info info menarik pasal LIVERPOOL FC.Sekian.

axim said...

Izal--->mana ada aku sokong ITALI sebab dia menang,sokong Itali sejak Euro 2004 lagi tapi diorang kalah laa....kan final masa tuh Portugal Ngan England...masa tuh ITALI main defensive lagi,start worldcup2006 baru nampak diorang ubah style main,..Itali memang best.!!!haha

Lily.Lulu. said...

tido la axim ..
tido la ...
jangan bazirkan masa mu dengan menonton bola ..

hahahaha !!
:P

Inah said...

adehh..budak ni bola je kejenya :P

sila tdo..nyaman tau tdo :D

Beruang Madu said...

wahh... sampai ke situ Axim leh fikir pasal bola ni.. sampai boleh tahu kemungkinan apa dalam hati pemain tu... halamak kagum nya kagum nya

Ohhhh Sang Bintara Dewa tu dah nak kena transfer lah yer.. Axim naik jadi Bintara ker atau ada orang ganti dia??

Cayalah Axim... nampaknya blog ni dah makin popular... barulah tak sunyi kan??

axim said...

Lily--->memang aku suka menghabiskan masa dengan menonton bola....haha....so len kali join aku tengok skali k...

Inah--->tidur memang sedap..tapi kalau tidur diulit orang lagi sedap...*matilaa merepek sebab tatau nak komen apa...

Abang Bear--->boleh tak reka statement tuh...tapi memang fakta podolski tu kelahiran poland tapi bertanding atas warganegara Germany..

mmmm maybe nanti ada org mai ganti jadi bintara dewa tuh..

Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang dan memeriahkan blog ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails