Followers

Friday, August 29, 2008

Dad'S GettinG BetteR!!

Minggu lepas masa lawat ayah kat HKL-sempat bawak ayah pi jalan jalan kat area Chow Kit..area HKL dan Chow Kit tu memang da dekat sangat kan.Kitorang pi makan tengahari kat area situ..ayah kata dah lama dia tak keluar dari Hospital ni-dah jemu duk atas katil saja..Bila tanya doktor dia plak yang kata kena kuar pi jalan-jalan amik udara luar kasi tambah cergas..ayah pun apa lagi terus ajak kitorang kuar la..


Pi makan nasi hidangan ala kampung-ada ikan bakar dan segala ulam ulaman..Seronok pulak tengok ayah dah selera makan..banyak ayah makan-sampai kami plak yang naik risau sebab pesakit buah pinggang banyak pantang larangnya.Actually ayah pun pantang-tapi dia PANTANG JUMPA...tu yang payah..siap belacan tempoyak sumer dia belasah camano tuh?

Lepas da siap makan mak ajak pi beli buah buah..aku perasan buah buah kat sini ada jugak yang lagi murah dari masa kat MAHA tempoh hari...ishhhh...


sempat beli Oren-buah faveret ayah
Dan jugak buah naga-buah faveret Mak

Tengah jalan jalan tetiba ayah hilang tak taw pi mana...melilau kitorang carik

Rupanya ayah duk pi beli air kat gerai tepi jalan tuh...dahaga la tuh..tapi orang sakit buah pinggang tak leh consume jumlah air yang banyak kan?
Yang kelakarnya masa ni ayah tak perasan pun kitorang ada kat belakang dia..
Masa pi kat kereta pun dia still tak perasan..hahahaha...tapi at least bila dapat tengok dia dah boleh berjalan sendiri macam ni aku rasa seronok...walau dengan bantuan tongkat tapi that's really a good sign,isn't it?
Masa ni baru ayah perasan bila mak muncul kat sebelah dia...haha...gelak besar kitorang kat situ..Then terus gerak balik menuju ke HKL.

Sampai HKL lebih kurang pukul 3 petang..apa apa pun memang masa ni ayah nampak makin sihat walaupun still kena jalani rawatan Hemodialisis nya..Harap harap by this week dia dah boleh Discharge dari HKL dan sempat menyambut 1 ramadhan di kampung..Ameen.
a
*Happiness will never EVER come to those who fail to appreciate what they already have..

Thursday, August 28, 2008

OnE LasT BreatH



Please come now
I think I'm falling
I'm holding on to
All I think is safe
It seems I found
The road to nowhere
And I'm trying to escape


I yelled back when
I heard thunder
But I'm down to
One last breath
And with it let me say
Let me say


Hold me now
I'm six feet
From the edge
And I'm thinking
That maybe six feet
Ain't so far down

I'm looking down
Now that it's over
Reflecting on
All of my mistakes
I thought I found
The road to somewhere
Somewhere in His grace


I cried out
"Heaven save me"
But I'm down to
One last breath
And with it let me say
Let me say

Hold me now
I'm six feet
From the edge
And I'm thinking
That maybe six feet
Ain't so far down

Sad eyes follow me
But I still believe
There's something left for me
So please come
Stay with me


'Cause I still believe there's
Something left
For you and me
For you and me
For you and me

Hold me now
I'm six feet
From the edge
And I'm thinking

A

*an old song from CREED yet really nice to your ears...CREED is one another alternatives band thai i love so much..not much update though about this band lately..

All By MySeLF

Petang semalam kena stay back kat tempat kerja-banyak hal nak di selesaikan maklum lah baru masuk opis setelah cuti pada isnin dan selasa.dekat pukul 8 malam jugak baru aku blah dari opis..Keadaan kat Penang masa tuh hujan renyai renyai....hujan rahmat..Tapi aku tak balik umah terus..sempat menyinggah kat Sunway Carnival Mall,Seberang Jaya.

Saja nak jalan jalan cuci mata..Lapar perut pun ya tapi konpius nak makan kat mana..semua tempat bosan la nak makan...Then bila nampak KFC teringat plak ayam goreng yang dah lama aku tak jamah ni.Lepak singgah makan kat KFC ni kejap.


Nafsu kata order dinner plate-ada tiga ketul so banyak sket ko boleh melantak....tanpa sedar aku order Set Dinner Plate nih...kata dinner kan??

Bosan laaa makan sorang-sorang nih..actually makan la apa pun kalau dah sensorang tuh tetap akan jadi tak sedap jugak kan??kan??kan??setuju tak ngan pandangan saya ini??

Sudahnya aku tak habis makan yang seketul lagik...had perut sampai dua ketul jer,mau tak nyer tiga tiga ketul hot n spicy tuh sumer bahagian Dada yang banyak isi....tu yang muak duk pulun tuh...takpa lah,boleh tapau wat balik umah seketul laie yang tak habis.

Lepas makan bergegas ke GSC(Golden Screen Cinema) kat tingkat atas skali,tak nak melepaskan peluang nonton wayang di malam rabu kala tiket tengah murah.

Rm 6 hengget aku belanjakan untuk menonton Citer-YOU DONT MESS WITH ZOHAN..sebelum tengok citer ni aku tanya adeq best tak citer nih sebab dia da tengok...dia kata best giler...rugi kalau tak tengok..

Citer ni mengisahkan seorang agen perisikan yang dalam diam menyimpan niat untuk menjadi Hair stylist kat Amerika...macam macam laluan dan dugaan yang di lalui oleh Zohan namun akhirnya dia berjaya menggapai impiannya...
Memang best giler babi la citer nih!!!babi pun tak se best citer ni..Dari awal sampai habis citer memang korang akan gelak tak berhenti laa...memang LAWAK bangang okeh...sampai terkeluar air mata aku menahan kelakar dek penangan Adam Sandler dalam citer nih...memang superb bebb!!!!kahkahkah....sambil taip ni pun aku bleh tergelak gelak lagik duk membayangkan aksi Adam Sandler yang kelakar tahap dewa!!harharhar....Kalau korang stress kaa atau tengah tertekan sila la nonton citer ni konpem hilang segala masalah...betul aku tak tipu..

Aku nak kasi 9/10 tapi sebab lawak bangang tahap dewa dewi yang di hidangkan aku kasi 9.5/10...jatuh nya wajib tonton la weh..Khas untuk mereka yang anti stress...haha..Tok Bear,sila tonton citer ni yaaa!!

Pi tengok wayang ngan baju kerja n seluar kerja,tak kesott la janji sempoii kan...nasib tak pakai safety boot skali,kahkah..Sebelum tengok wayang sempat singgah kat Parkson beli 6 helai stokin..Stokin yang ada sumer dah hampeh...baik beli baru jer..
Berkenan pulak ngan toe socks tu yang beli pesen ni...menarik siottt...

Lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak sampai umah malam tadik, then mandi mandi dan terus berlayar ke alam mimpi....

a

*Pantas masa berlalu..sedar sedar dalam dua hari lagi Ramadhan bakal Menjelma...Ramadhan,kami semua menantimu!!

Wednesday, August 27, 2008

Last SaturdaY @ MAHA 2008

(Disclaimer:Ini cerita Sabtu lepas semasa berhujung minggu di Kuala Lumpur.Cerita Basi??tetap sebuah memori untuk di ingati kan...semoga terhibur dengan kisah ini.)

******************************************************

Pagi sabtu lepas Breakfeast ngan Ziana(rujuk entri ini to refresh ur memory) aku siap-siap dan terus gerak ke HKL...abah masih di HKL untuk rawatan lanjut berkenaan dengan Renal disease.Dalam pukul 3 petang sam dan angah(my so-called Bestfren) tiba di HKL sebab nak lawat abah,for da very first time..(nasib baik korang sampai jugak kalau tak putus sahabat la...:D)
Masa diorang sampai ni abah dah kena pegi wat Hemodialisis kat bilik rawatan..selama 4 jam..sempat la sam ngan angah jumpa abah kejap.Then Mak ajak diorang makan nasi dulu sebab lauk balance ada banyak..
Orang kata rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari...so mungkin berbekalkan pepatah itu pasangan ini tidak mampu untuk menolak pelawaan dari mak..:)
Lupa lak kome tak makan tengah hati lagi kan...selamat menjamu selera sahabat!!
Angah:''aku dah kelaparan sangat nih...alhamdulillah ada rezeki..''
Sementara tunggu abah wat Dialisis tu maka sembang sembang sat ngan diorang..banyak hal la yang di sembangkan sampai aku pun dah lupa hal apa yang di bentangkan masa tuh..Mak la yang banyak bersembang ngan diorang.
Then diorang pun mintak diri nak beransur...nak ke MAHA 2008 kata nya...so aku pun mesti la nak ikut jugak kan..sementara abah wat dialisis tu aku mintak izin la nak kuar sat...tak sat dah kalau dah kuar..konpem sampai ke malam jugak lah..

Kebetulan masa ni hujan lebat so aku ngan angah tunggu la bawah wad tuh sementara Sam pi amik kereta..maklum la payung takdak...dan kami sama sama menuju ke MAHA 2008,berlokasi di Serdang-berhampiran ngan UPM.



Sampai-sampai jer aku tengok ramai gila manusia yang ada...walaupun hujan tengah lebat tapi itu tidak menghalang orang ramai dari membanjiri kawasan MAHA 2008 ini.
Antara pokok pokok yang menjadi pameran dan jualan
Macam ni pun kira pameran kah?
Hujan rintik rintik wooo masa nih...ambik gambar pun ala kadar sahaja.

Angah beraksi ala ala gadis Cina di sebelah deretan Pokok Buluh.
Haaaa len kali sila beli pokok ni,konpem boleh petik terus lada yang dah merah dan masak tu.
Kawasan tapak MAHA ni sangat luas...hinggakan mereka menyediakan shutter bas,traim dan juga Traktor sebagai pengangkutan awam di dalam kawasan MAHA 2008.mudah la bagi orang awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Aku,Sam dan Angah turut tidak melepaskan peluang untuk menaiki Traim yang di sediakan.
Kena bayar sehengget jugak nak naik traim nih
Yang aku duk gigit tuh konon konon nya tiket sehengget tu lah.
Tempat pertama yang kami lawati-Pameran Ternakan
Kat kawasan ternakan ni korang boleh lihat macam macam jenis lembu yang ada..
di sertakan skali papan tanda nama bagi setiap Jenis jenis lembu yang ada...tapi bau kat sini aku tak leh tahan...eeee...bau lembu la....macam mana tuh?


Then perjalanan di teruskan dan kitorang sempat menyinggah ke Laman Nanas
Kat sini ada ladang nanas dan aku sempat tengok orang duk harvest nanas.
Baby nanas yang sungguh Kiut!!!
Ni mak bapak Nanas yang sah sah menipu kan!!haha
nanas atau pun nenas????which one is correct??

kalau buah nanas ni aku so so je lah..tak suka makan sebab gatal lidah kalau makan...mata dia tajam loorr...tapi kalau stew nanas yang anies buat aku suka makan...:)
Sam yang sibuk mencari lokasi seterusnya selepas ladang nanas ni
Naik traim lagi la...
masuk ke bahagian perikanan
dan tengok baby baby penyu berenang
Penyu=Dinosaur???
Then part yang aku paling suka ialah Spa Fish ni..Rawatan kaki menggunakan ikan.aku tak pasti la ikan apa yang diorang pakai..actually caj selama 15 minit ialah RM5 hengget per person..tapi masa kitorang sampai dah nak tutup so cina tu cakap masuk jer lah...takyah bayor...
ohhh nikmat nyer wat rawatan kaki free nih...sapa nak kasi kan...layan kan ajer lah..
Geli sehhhh mula mula aku letak kaki dan ikan ikan ni pi gigit dan makan kulit kulit kaki yang mati.
Aku perasan ikan ikan ni banyak berkumpul kat tumit...adakah kat tumit banayk kulit mati?Muka akau yang menahan kegelian..aku bleh tahan lagi,Angah dah terkekek kekek ketawa sebab tak leh tahan bila ikan tu menggigit..hahah....geli hati aku tengok..Sam plak kontrol macho la kononnya....cehhhh...
Tapi aku enjoy dengan ikan ikan nih....baru pertama kali aku wat..kat Pavillion ada kan Spa Fish ni...tapi tak pernah try...nanti nak wat lagi la...syookk plak..hehe

Sekitar kawasan perikanan

Dan sebelum mengakhiri lawatan di MAHA 2008 ni sempat la aku membeli 2 Kg buah pulasan untuk Mak ngan Abah...Abah tu bukan aku tak tahu gila benar la ngan buah buahan tempatan nih..cuma aku tak pasti la sejauh mana dia bleh makan buah buah ni memandangkan sakit yang di alaminya tu.Antara mender lain yang aku beli ialah pokok manggis dan juga sedikit makanan ringan.
Terima kasih Sam sebab mai ambik aku kat HKL dan hantar balik..appreciate dat so much..
Kesimpulannya aku rasa MAHA 2008 ni merupakan satu platform yang bagus bagi membuka minda anak anak muda tentang kepentingan pertanian dan perikanan dalam negara kita..Sumber rezeki yang halal dan lumayan-sudah pasti bisa jadi pilihan untuk generasi muda masa kini.. Jumpa lagi di MAHA 2010,dua tahun akan datang!!

*this event happen to be in 23rd of August.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails