Followers

Wednesday, May 27, 2009

Hong Kong Day 2 - Ziafat Restoran(Halal Food)

Ok kali ni aku nak sambung entri terakhir untuk Hari kedua Kembara di Bumi Hong Kong..

****************************************

Lepas da puas menyaksikan Symphony of Lights dan dah penat bergambar di Avenue Of Stars,maka perut kami terasa amat LAPAR sekali..mau tak lapar kerana seharian perut tidak menerima makanan yang berat-dalam erti kata lain-Hidangan makan yang sebenar..Kali last makan masa kat Ocean Park siang tadik-makan French Fries dan minum ayaq Coke sahaja.

0

Kowloon di waktu malam

1

Sesuatu yang menarik kerana bandar Kowloon ni penuh dengan cahaya warna warni yang menerangi kegelapan malam..masa ni dah dekat pukul 12 malam tetapi masih ramai penduduk setempat mahupun pelancong luar yang berkeliaran di kawasan ini..Kira hidup lah bandar ni senang cerita..

2

Jumpa Jackie Chan lagik..hehe

3

Kali ni misi kami tak lain dan tak bukan memang nak mencari restoran makanan Halal yang menyediakan Hidangan nasik..Kurang kurang kalau dapat Roti Naan ataupun kebap pun jadi lah..janji makanan sebab masa ni memang kami totally exhausted-and we really need something to lift us up back..(gambor atas:senyum jer kan korang kalau depan kamera walhalnya memang dah penat tak hengat.)

3a

so kita mau ke mana nih??dah hilang punca..huhu

3b

Semasa di Hong Kong Nikli lah orang yang paling banyak menelaah dan stadi peta-peta yang ada..minat semacam jaa..excited lebih kot..sesuai sangat jadi navigator kitorang..thank you so much to you!!aku??tengok map pun dah pening..haha..macam mana nak masuk Amazing Race Asia kalau cam nih..kalau berpartner ngan depa berdua nih boleh la kot..(gambar atas:dorang duk tengok hala mana nak tuju..)

4

ehhh malam malam pun pakai kot lagi kaa pakcik?

4a

Kitorang jalan-jalan sampai lah ke kawasan Park Lane(Shoopers Boulevard) -tempat shopping yang mempamerkan kesemua jenama barangan ada kat sini..nak yang murah kaa yang mahal kaa semua ada..siap duit je lah yek..tapi masa kitorang lalu sini semua dah tutup..dah dekat pukul 12 malam kan..so what to do..

5

melihat dari kejauhan ajer lah jawabnyer..

6

Time lalu kat kawasan ni kami ada terjumpa satu Masjid Kowloon..besar jugak binaannya tapi mengapa tak semeriah bangunan lain yang bercahaya..suram jer keadaannya..kalau berlampu lip lap lip lap pasti terserlah senibina islam di Bandar Kowloon ni..FYI, ni je lah satu satunya masjid yang kami jumpai sepanjang Trip Hong Kong..

7

Kami terus mencari dan mencari tempat makan yang available..Perhatikan gambar di atas..apakah budaya baik yang patut di contohi oleh kita??....ya betul tuh....!!depa kalau nak naik bus mesti duk pulun beratuq,tak kan nampak adegan nak menyelit nyelit tak sabar nak naik bas kat sini..semua faham dan understood..Good!!maka pesan saya kepada seluruh warga Malaysia-dan juga pembaca Blog-Contohilah tabiat ini dan budayakanlah di negara kita..anda mampu mengubahnya..Negara Kita Tanggungjawab Kita.Sekian Time kasih.

8

Akhirnya penantian kami berakhir..masa tengah jalan jalan ada la sorang mamat bangla(rasanya la..tak pasti..) hulurkan satu Brosur Restoran Ziafat-Indian Arabic Cuisine-tapi yang pasti ada logo halal tertera di situ..apa lagi malas nak pikir panjang kami mintak mamat tu bawak kami ke Restoran yang di nyatakan..masa ni rasa macam lega sesangat..:)

9

Mamat tuh pun duk bawak kitorang naik lif-Restoran tu kat Tingkat Dua..mmm agak tersorok tempat nih..mana yang tahu tahu lah..patut lah diorang duk tepi jalan mempromosikan Restoran ni..Strategi pemasaran yang bagus.

9a

Restoran Ziafat-antara Restoran halal di Hong Kong..

9b

Tak percaya??sila tengok sijil HALAL ni okeh..hehe

10

Gila gembira aku masa nih bila dah jumpa restoran yang menyediakan berbagai juadah dari nasik ke Roti dan juga soup of da day..masa ni dalam fikiran semua terbayang nak order yang best best..kahkah-yang lawaknya ni baru hari kedua maa..tak jumpa nasik pun dah semacam aku ni..Typical malay guy bak kata depa..:)

11

Yeah..finally we did it!!smileeee...:)

12

Yang best masa nak order ni tengok lah akak tuh mai nak amik order..ingat kan nak speaking bagai lah skali akak tu bersuara-''yer dik,mau makan apa..''..lorrrr rupanya made in Indonesia rupanya..akak tu dari Indonesia,ayahnya asal Kuala Lumpur katanya..wallahualam..terus la kitorang cakap melayu jer pastuh..senang nak berbual dan order makan..:)

12a

Instead of the price yang agak mencengkam,tapi pilihan makanan amat banyak di sediakan..apa yang kami order malam tuh??Jom kita tengok sama-sama:

13

Sup Ikan-mulanya order sup seafood(untuk starter la kononnya kan),skali diorang kata sup seafood da habis..langsung di gantikan dengan Sup Ikan nih..Sedap!!nak nak cicah ngan Roti Naan..(lapar semuanya sedap kann..:)-Harga?-30HKD

14

Nasi Beriyani Ayam

15

Nasi beriyani ni memang aku sental habis habisan..portion nya besar tapi aku mampu habiskan dengan skali hadap..haha..Nikli pun order nasik Briyani yang sama..tak sangka pulak dia portion nya sangat banyak..Korang tengok pun taw kan..

16

Satu pinggan Nasi Beriyani Ayam nih berharga 55 HKD..kalau nak taw dalam Ringgit Malaysia sila lah bahagi sendiri dengan 2.15 ok..:)..masa lapar cenggini tak peduli dah harga berapa kan janji kenyang..Rasa nya pun ok walaupun agak kering dan tidak berkuah..stail makanan Arab memang macam ni..tak berkuah macam masakan melayu kan..

17

Roti Naan Garlic-ni Kak Non yang punya..Roti naan ni wat Cicah ngan sup ikan tadi memang peehhh gila..sedap wa cakap lu..harga?15 HKD sekeping..huhu

18

Ayam Masak Merah-actually namanya bukan lah masak merah..ntah ada la spesifik namanya tapi aku tak ingat..macam masak merah jer kan..ayam ni masam masam sikit tapi sedap jugak..makan ngan nasik Putih dan Roti Naan Boleh ajer..Harga-45 HKD

19

Ni pun Kak Non punya..hehe..Steamed rice-sebenarnya yang Roti Naan tu kitorang kongsi kongsi makan..nasik putih ni kak non makan ngan ayam masak merah tu..macam biasa lah kak Non makan mesti tak habis punya..(harga nasik putih-20 HKD)

20

Sessi makan-makan bermula..kami baca Bismillah dulu okeh..sebab tanak kongsi makanan ngan Syaitan..rugi lah bayar mahal makanan nih..hehe..masa ni memang terasa nikmat yang amat..Terima Kasih Tuhan atas nikmat yang Engkau kurniakan ni!!:)

21

Dan seperti biasa Juara makan mesti lah depa kasi kat aku..portion yang besar tu tak sampai sepuluh minit aku telan sumer..ishh..aku pun musykil awat aku jadi lagu tuh..tak senonoh kan..bawak bawak la bersabar sikit sepatutnya..huhu:p

22

Nikli pulak masa ni dah bising bising nasik nya banyak sangat..tak dapat nak habiskan..Kak Non da dapat Roti Naan tu nasik putih dia tolak tepi..sayang nasik putih yang banyak itu..tapi aku nak telan pun dah kenyang sangat..kebetulan masa ni ada jugak penduduk setempat muslim yang makan kat sini.

23

Dalam duk kenyang sangat pun 'terpaksa' la aku habiskan nasik beriyani Nikli yang tak habis tuh..tak baik membazir kan..tapi betul yang ni memang tahap paksa dah ni sebab dah kenyang betul..Alhamdulillah ada rezeki dari Tuhan..Untuk air kami minum air mineral BONAQUA-kat HK glemer betul air mineral ni..it cost us 10 HKD per bottle-kami minum tiga botol..

24

Total kami bertiga makan masa nih 250 HKD..kalau dalam duit kita dalam RM120 macam tuh..kiranya sorang dalam RM40 skali hadap..takpa lah,bukan hari hari kami duk makan nasi briyani..banyak lagi tempat nak pergi..Ni baru hari kedua:)(gambar atas:gendang gendut tali kecapi kenyang perut senanglah hati..)(akan di paparkan lagi nanti restoran halal yang lain di HK..stay tuned yaa!!)

24a

''We Are Proud To Serve You Original Arabic Halal Food In Hong Kong''

25

Sebelum balik sempat lagi duk bergambar kat signboard kedai..actually kedai ni susah sket nak carik..aku nak terangkan pun tak reti..tunggu Nikli update Blog(kalau dia update la kan..hehe) Insya Allah dia akan kasi direction macam mana nak mai makan kat sini..Overall,aku rekemen la korang makan kat sini kalau hampa mai Hong Kong..kesedapan terjamin.

26

Hari pun dah larut malam..kami semua penat tapi puas sebab perut dah kenyang..Dari MTR Tsim Sha Tsui station kami terus beli tiket ke North Point Station untuk kembali merehatkan badan di South china Hotel..

27

South China Hotel

Sampai kat bilik masing masing mandi bersihkan badan,solat dan mengemas kan apa apa yang patut sebab esok kami akan Check out seawal pagi hari untuk menuju ke destinasi yang seterusnya..dalam pukul 2 pagi kot baru aku tertidur dalam senyuman:)Destinasi di Hari ke-3 akan di ceritakan dalam entri seterusnya..Stay Tune with AXIMUD-another interesting fact will come out later..Peace!!

(To Be Continued..)

Rumusan keseluruhan Untuk Hari Kedua di Hong Kong:

''Sememangnya Hari Kedua ini sungguh mencabar dan mengkagumkan!!Pengalaman menarik di Ocean Park,Symphony of Lights show,dan aktiviti santai di Avenue of Stars pasti akan kekal terpahat di hati sanubari kami..Yang penting Perut kembali terisi di malam hari dengan santapan yang lazat di Indian Arabic Cuisine Restaurant..Tidak sabar untuk bersedia menghadapi hari seterusnya..''

Tuesday, May 26, 2009

Hong Kong Day 2 - Symphony of LightS & Avenue of Stars

Sambungan untuk Hari Kedua di Hong Kong-Bila malam tiba..

Symphony Of Lights

Selesai beriadah di Ocean Park,kami menaiki CityBus No.629 dari Ocean Park ke Admiralty Station..Dan Dari Admiralty Station kami segera membeli Tiket MTR untuk ke stesen Tsim Sha Tsui,bersedia untuk agenda yang seterusnya..

1

Penat tapi tetap gembira..

2

Gimme Five lah!!

3

Jalan-jalan dalam MTR station ni sangat la panjangggg..jenuh nak berjalan tetapi yang pasti kebersihan tetap di jaga Rapi..ehhh SOGO pun ada kat sini..ntah ntah SOGO asal dari sini tak??haha..i dont know..

4

New World Centre Hong Kong

5

erkkk nak kemana kita yek?

6

Actually agenda kami malam ni nak menikmati 'Symphony Of Lights event'-show yang menggabungkan lampu lampu dan laser beam dari 40 jenis bangunan dai kedua-dua arah yang bertentangan di Pelabuhan Victoria.we choosed to enjoy da show by aboard a harbour cruise-supaya dapat tengok symphony of light ni dengan lebih jelas dan dekat.

6b1

Kitorang naik Harbour Cruise Bauhinia-Tiket??pi beli kat Harbour Cruise Bauhinia office at Upper Deck, North Point (East) Ferry Pier, North Point..Harga tiket ni 310HKD each..sekali sekala nak merasa macam ni apa salahnya kan..:)(this Cruise depart pada pukul 7.45..)nasib baik sempat..

6i

Show bermula jam 8 malam..masa duk dalam cruise teruja duk dengar muzik dan ada orang bercakap menerangkan setiap satu light light tuh..tapi haram tak paham sebab diorang cakap cina..actually ada hari bahasa english diorang pakai tapi masa hari kitorang datang ni bahasa cina jadi perantara..hantam sajalah labu..janji lampu lampu tuh memang menawan!!

"World's Largest Permanent Light and Sound Show" by Guinness World Records, has been further expanded to include more than 40 buildings on both sides of Victoria Harbour.

6j

Pic with ISO 1600

''The show creates an all-round vision of coloured lights, laser beams and searchlights performing a stunning, unforgettable spectacle synchronised to music and narration that celebrates the energy, spirit and diversity of Hong Kong..There are five main themes — Awakening, Energy, Heritage, Partnership and the finale, Celebration.''

12

Pic with ISO 800

6k

Memang terpukau gila-gila bila dapat tengok lampu-lampu yang synchronised dari pelbagai arah..One thing i love about Hong Kong-bila malam building nya sangat cantik dengan lampu berwarna warni..pendek kata tak kedekut lampu diorang nih..ntah banyak mana diorang spend untuk electricity kan..apa-apa pun,memang kami terhibur sangat!!

Avenue of Stars

Selesai menyaksikan acara Symphony of lights',kami tidak melepaskan peluang untuk mejejakkan kaki di Avenue of Stars-yang dibina seperti Hollywood walk of Fame-berlokasikan di Victoria Harbour waterfront di Tsim Sha Tsui-sebagai tanda memberi penghargaan kepada selebriti dalam industri perfileman Hong Kong.

7

we @ Avenue Of Stars

8

Ada seramai 103 selebriti dai Hong Kong yang memberi kan 'tanda' kehadiran mereka di sini-berupa tapak tangan dan menandatangani setiap tapak tangan mereka..ini merupakan satu usaha yang baik dari pihak mereka untuk memajukan industri perfileman Hong Kong di samping menjadikan tempat ini sebagai tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara...(hambik ko ayat terus jadik skema..haha)

9

Action!!Camera!!Light!!

9a

Ni antara selebriti selebriti yang Nikli sempat snap di tempat ni..antaranya Magie Cheung,Jacke Chan,Andy Lau,Michelle Yeoh,dan ramai lagi lah..yang tak kenal pun ramai..aku bukannya kenal sangat pelakon Hong Kong ni..kalau Hollywood tuh aku taw..:)

13a

Ramai gilak orang kat sini..semua duk lepak dan tengok keindahan bangunan Hong Kong di waktu malam..jitorang pun just bergedik santai jer..lepak lepak sembang sembang ambik angin buang angin-tak di lupakan juga kes masam masam muka tetap berlaku..hehe..takper,kata gado gado manja kan..:)

13

actor Bruce Lee Figue action

13aa

kami bersama lagenda Bruce Lee

14

Tapi part yang paling best kat sini ialah part mengambil gambar..pedulikan orang sekeliling kan..i Hong Kong maaa..tadak sapa pun kenal so bebas la kami nak melompat ker nak berguling guling ker nak tertiarap kaa..hehe..ramai yang duk tengok tapi dulik ar kan..janji kami hepi..:)

14a

aksi macam macam laaa korang!!

15

yang pasti aksi sakat menyakat mesti ada..tak lengkap hidup aku kalau tak sakat orang nih..nak nak sakat si keding tuh..pasrah ajer lah dia yek..(tengok background gambar-nice kan bangunan Hong Kong!!)

15a

Love all of This Piccas!!

15b

Kat sini siap ada patung orang tengah shooting lagik..nasib takda patung pelakon duk berlakon..haha..apa lagi-Light,Camera Action laaa!!

16

elok elok kami snap ada kapal duk lalu..macam taw taw jer kan..nice!!macam ada 4 orang daaa dalam gambar nih..(kapal merah tu macam pernah nampak la sebelum ni..tapi di mana yaaa..lupa daaaa..)

17

meh kita berlakon!!

17a

skrip takda ok..reka sendirik la..

18

nak amik gambar ngan patung Bruce Lee ni sikit punya payah sebab ramai yang duk Que tunggu giliran..last last kami dapat menguasai tempat ni untuk bergambar..thanks kat apek mana ntah yang tolong snap kan gambar nih..

18a

See..i told you..it was a great view from here!!even if you want to enjoy symphony Of Light this place also can be a good vantage point-for your viewer..Subhanallah..what a beautiful world!!

18a1

ramai yang tak melepaskan peluang untuk amik gambar..

18b

Reflection??not so much..

18b1

Untuk gambar gambar bangunan ni Thanks to Encik tripod sebab bantu kami ambik gambar yang best..kalau tak konpem shake punya lah..korang taw la kan nak amik gambar malam bukan senang..kena guna shutter slow dan pakai ISO yang betul..

18c

Kalerful sungguh!!i like!!

18d

18e

Yeah...i'm started to Love Hong Kong!!

19

Lepas da siap snap segala bagai,baru lah kitorang beredar dari Avenue Of Stars tuh..skarang kitorang nak jalan jalan kat Kowloon..Bandar yang penuh dengan cahaya berwarna warni jugak..rambang mata duk tengok lampu banyak sangat..

21

Masa ni perut dah lapar sesangat..mender yang last kitorang makan ialah French fries kat McD masa kat Ocean Park..just tahan minum air jer dari tadik..so di Kowloon ni memang bertujuan untuk cari makan (to be precised nak carik nasik..)..dan Alhamdulillah,kami ada jumpa satu kedai makanan arab-yang ada segala jenis nasik..Best!Best!!

Ok itu aku akan ceritakan untuk entry seterusnya ya..cukup dulu setakat nih..

(To Be Continued..)

Rumusan Untuk Hari Kedua(Symphony of Light & Avenue of Stars)

''Sangat teruja dengan persembahan 'Symphony of Lights'-tak pernah melihat persembahan lampu yang seumpamanya..pengalaman yang tidak dapat di lupakan!!..Di Avenue of Stars menjanjikan satu Vantage point yang baik untuk menyaksikan keindahan Bandaraya Hong Kong di Malam hari..''

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails