Followers

Thursday, January 21, 2010

JANGAN LUPA BAYAR..

Aku ada cerita sedih nak kongsi ngan korang..

Malam tadi,sampai di Rumah (aku balik lambat,pi melepak kat Queensbay mall kejap..jalan jalan cuci mata)..Try la bukak lampu.tapi haram tak menyala.ok lah.aku syak mesti mentol entrance depan tu terbakar.

Masuk dalam rumah,duk petik suis semua tak berfungsi.

What happen?

aku pi kat Meter utama kat luar rumah

atas meter Box tu ada sticker merah yang berbunyik:

HIGH RISK:BEKALAN DIPOTONG.

ooooooooooooooo..

Baru aku faham.

Letrik rumah aku kena potong sebab ada tunggakan RM49.30

Padan muka aku.

Lupa nak bayar..dua bulan tunggakan tuu..

Kejam sungguh TNB..huhu

Sudahnya terpaksa tumpang rumah member satu malam.

*Moral of da story:jangan lupa bayar bil!!walaupun bil korang 20 hengget sekalipun.TNB tetap akan memburumu..tadi aku dah setelkan bayaran Insya Allah balik rumah jap lagi Karen dah ada balik.

Wednesday, January 20, 2010

HOLIDAY @ BALI DAY 3 - ULUWATU : KECAK DANCE

Fuhhhhhhhhhhhhhhh..

Tarik nafas panjang-panjang...Hembussss...hmmmppphh...

Ok kali ni nak cerita pasal trip Bali lagi..yang tahun lepas punya.tak habis story lagi.Let's..

30 OKTOBER 2009

Lepas dah siap Lunch(sila rujuk entri ni untuk cerita lalu)kami balik semula ke Hard Rock Hotel sebab dah berjanji ngan Pak Aris,Supir kami pada jam 2.30 pm dia akan datang amik.as ususal,dia memang punctual dan perjalanan di teruskan untuk ke destinasi yang seterusnya..

1

Kami akan ke Uluwatu sebenarnya,tapi sempat lagi pompuan-pompuan ni duk mintak pak aris benti kat tempat jual kain,aku dah tak ingat nama tempat ni.Jalan Sumatera kot.ntah.tak ingat.tapi kat sini memang banyak gedung kain.

1A

Tak kata kat kaum wanita lah,aku pun duk pulun cari kain batik dan kain pelekat nak bagi kat sanak keluarga.macam kat Malaysia takder kan.tapi aku dah mati akal tak taw nak beli apa dari Bali ni untuk mereka.ok lah tu.member aku siap cari baju kebaya semua.Harga kat sini tak murah sangat.maybe kalau kat Bandung lagi murah.

2

Dari Gedung membeli kain tu kami meneruskan perjalanan.sempat lagi zie mina Pak Aris berhenti di Butik Blacberry sebab mendapat kiriman Blackberry aksesori dari kawannya.Kat Malaysia takder Butik Blackberr sebab pengguna belum capai 1 juta orang..apa agi,jom kita pakat pakat pakai Black Berry ramai ramai..(BB Storm sangat menarik!!macam nak beli jer..hehe)

3

Kenapa Pak Aris pakai Kopiah??jawapannya sebab hari ni hari jumaat.Lepas da siap solat Jumaat tadi baru dia pi amik kami.Musafir takpaa kan tak solat jumaat?heheeee..

4

Akhirnya kami sampai di ULUWATU ni.nak masuk kawasan Kuil Uluwatu ni pun kena bayar Rp 3000 seorang..kawasan rekreasi katanya..

5

snippet di Uluwatu

6

Nak masuk tempat suci diorang kena pakai kain ni,if lutut terdedah.kalau pakai seluar panjang then it's ok.Kira menutup orat la.nak pilih kain pun bukan main lama,hehe..nak pilih kaler laa nak pilih yang bersih laa..tapi basically sama jer semua.selalu duk tengok orang pi Bali duk sibuk pakai kain ni,aku pun tak nak melepaskan peluang.

7

macam macam kaler..Colours of life..

8

Dari pintu masuk jauh jugak nak menapak naik ke kawasan atas Kuil.Tapi pemandangan yang indah memang dapat di saksikan di kawasan ini.

9

The majestic cliff setting of Uluwatu Temple

10

kami di atas Gunung..haahaha

11

PEACE NO WAR!!

12

Kat Uluwatu ni memang rata rata orang yang datang sini nak amik gambar Sun set.tak terkecuali kami yang datang masa ni,pun nak tunggu Sunset kat sini..Subhanallah.Indah Sungguh Ciptaan Tuhan.

13

How bout this one?Nice isn't it?

14

15

Speechles.tak tawe nak kata apa dah.Indah sangat.

16

17

The temple is inhabited by large number of monkeys, who are extremely adept at snatching visitors' belonging, including bags, cameras and eyeglasses. Keep a very close grip on all your belongings and stow away your eyeglasses if at all possible-Speaking of which,memang kena jaga barang barang anda betul-betul.Spek mata Nikli kena tarik ngan Monyet masa dia tengah amik gambar..maka berjaga-jaga lah..

18

lagi gambar solo

19

Ombak yang kuat menimbulkan kesan Dramatik

20

21

Kalau datang ke sini,jangan Lupa saksikan KECAK DANCE(monkey dance..)..Bayaran masuk ialah Rp 50000 untuk seorang..tarian ni biasanya berlansung antara jam 6-7 malam..kira kami sampai ngam ngam ni.

22

Punya lah ramai umat manusia yang ada

23

sat lagi diorang sembah api ni

24

Memang masa ni matahari pun dah nak terbenam.sempat la merakamkan gambar matahari terbenam ni sebelum Tarian di mulakan..

25

and the show pun bermula..

26

Ntah hapa jadah da diorang duk sebut-CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK CAK.....itu lah yang di ulang seribu kali tapy in a rhtym la..memang takder main alat muzik just bunyian mulut sahaja..

27

pastu duk bersila pulak..

28

Kalau korang rajin membaca,baca lah dulu cerita yang di beri masa bayar entrance fee.cerita pasal sejarah dulu dulu Rama Sita Dewi apa kebenda ntah.kalau korang minat sejarah mesti suka la tengok Tarian ni sebab ada cerita di dalamnya..si Liyana la duk pulun baca,pastu terang kat kami.kalau tak mesti aku tak faham apa yang aku tengok.

29

dah macam pondan siam daaa..haha

30

uishhh garangnya muka..

31

32

33

Tengah buat Show tu makhluk yang ada duk tarik sorang mat salleh,apa lagi sakan la mat salleh tu duk menari bergelek sam.Sporting sungguh!!hehehe

34

Dan show berakhir bila api dah padam.satu tempat bau minyak tanah.huhu.masa ni hari dah gelap..sejam jugak la show ni.agak boring sebenarnya tapi sekali sekala apa salahnya kan.lagi pun bila lagi nak tengok benda macam ni.kat Malaysia takder pulak.

35

mengambil peluang untuk bergambar..

35A

Masa amik gambar paksik tu duk sibuk ber CAK CAK CAK..macam la tengah amik video..haha..hantam sajalah labu.

36

ni watak utama.lawa jugak minah indon ni.

37

Kemudian satu hal pulak nak turun dari Kuil.agak jauh jugak tapi setakat turun ok lah kan..bagi balik kain yang duk pakai then kami bersiap siap untuk ke Destinasi Seterusnya-menuju ke tempat makan malam di JIMBARAN BAY..best makan malam di situ.dengan Ombak yang besar dan kuat.Stay Tune with AXIMUD ya!!

(to be Continued..)

*maaf la yek.masa tak sempat nak update story kat Bali tahun lepas cepat cepat.sibuk kebelakangan ni.

Tuesday, January 19, 2010

COURSE @ PENANG GOLF RESORT DAY 2

Kursus bersambung lagik..

Dari pagi duk mengadap Laptop.duk buat paperwork ni(buat paper work sikit,duk godek Blog,Facebook tengok status orang,tengok gambar,bertenet jer yang lebih sebenarnya.haha).Almost finish,petang ni nak finalize,print then siap..Insya ALLAH.

1

Bila Lunch time tiba,maka bertenpiaran lah kami yang nan sepuluh ini ke tempat makan.semalam makan dalam hall,hari ni depa kasi makan depan padang golf.syok wooo berangin sepoi sepoi jaa..

2

mari kita makan..Bismillah..

3

Ayam rendang

4

air asam yang pedas

5

Ikan Selar Goreng

6

Tomyam Seafood yang manis

7

rancak semuanya..

8

Sayur Campur yang best

9

Kangkung Goreng Belacan

10

Telur Dadar

11

Buahan Pencuci Mulut

12

main golf ke bang tengahari macam ni??

Overall,makanan kat Penang Golf Resort ni memang boleh tahan..kalau lauk tu mesti melebih lebih sampai enam tujuh jenis lauk..Alhamdulillah murah rezeki..Hari ni kursus last.esok balik stesen.tapi ada Kursus jugak.Kursus ERP.asyik kursus jer.ntah bila nak buat kerja hakiki yang duk pending..ish ish ish..

*tadi pagi kol adek da nak ucap selamat hari lahir..dapat berita gembira-Dia dah PREGNANT 6 minggu!!Congratulations to u!dapat hadiah besday in advance nampak gayanya..dapat anak sedara lagi la aku nanti..Terima Kasih Tuhan atas Kurniaan mu yang melimpah ruah ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails