Followers

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

DOA AWAL TAHUN


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

'SALAM MAALHIJRAH 1433H BUAT SEMUA'

KISAH BALIK KAMPUNG,WALAU SEKEJAP PUN JADI LAH..

Malam tadi sampai ke kampung halaman quite lambat jugak.Aku banyak berhenti untuk rehat..tidor lah maksudnya tu..bertolak dari KL jam 6 petang,pukul 12 tengah malam baru sampai..mengantuk toksah cakap lah kan drive sensorang..maybe sebab tak cukup rehat dan badan pun penat..banyak kali orang belakang beri lampu tinggi sebab kereta terhoyong hayang.aku kira Malaikat yang selamatkan aku daripada eksiden ,tentunya dengan izin dari Allah..Yang penting akhirnya aku selamat sampai kampung dalam misi nak bertemu ibu dan bapa ku.


Dalam keadaan mengantuk masuk rumah terus segar bugar bila tengok mak kat dapur tengah duk goreng keropok lekor..keropok lekor buat sendiri pakai ikan tamban.dia tahu aku nak balik tu yang terus buat keropok lekor..Terharu sungguh rasa di jiwa.walaupun aku dah dewasa dan dah mampu berdiri atas kaki sendiri tapi aku tetap rasakan mak sentiasa anggap aku ni his little boy..dulu kini dan selamanya.


Mak,terima kasih atas kasih sayang yang mak curahkan.atas setiap keropok lekor yang terhasil,di situ terkandung seribu pengertian kasih sayang seorang ibu yang sentiasa sayang anaknya tanpa syarat.sedih aku lihat tubuh tua itu berjaga tengah malam demi nak memastikan aku dapat makan keropok lekor jugak setibanya sampai..saya akan sentiasa ingat budi baik yang mak curahkan.Saya sayang mak sampai mati..Terima kasih mak.terima kasih banyak banyak..


pagi tadi bangun tidur awal.dalam pukul 5.30 pagi mak dah kejutkan untuk bersiap solat subuh.sebab pagi ni nak kena hantar ayah ke Hospital Kemaman.biasanya ayah akan pergi sendiri..tapi nki lah tujuan aku balik,saja nak hantar dia buat rawatan ke Hospital Kemaman.Mak dan ayah kita ni faham faham sajalah,anak adalah sumber kekuatan..diorang takkan cakap tapi kkita sebagai anak kena faham sendiri lah.common sense what..dalam pukul 6.30 pagi kitorang gerak ke Hospital Kemaman.Faiz dan Ami aku angkut sekali.biar ramai ramai baru meriah..


Mak macam biasa lah,memang sentiasa jadi jururawat peribadi ayah..jujur aku katakan aku sering kagum dengan sikap mak yang sentiasa sabar melayan kerenah ayah..walau macam mana keadaannya sekalipun,mak tetap sabar..kami semua pun dah faham benar dengan sikap ayah..so no hard feeling pun..orang sakit kadang kadang angin nya lain macam.kena faham jer lah..


actually aku pun tak berapa reti what to do setiap kali duk teman ayah hantar hemodialisis ni.biasa nurse jer akan buat..kitorang just ambik alat nak cek tekanan darah then ambik reading catat dalam buku..yang lain lain biar mesin yang uruskan..sampai sekarang memang ayah wajib cuci darah 3 kali seminggu..sebab buah pinggang ayah kedua duanya dah rosak teruk.


Dulu masa mula mula tengok ayah berselirat dengan wayar dan tengok darah keluar masuk timbul rasa sedih dalam hati.macam tak sampai hati tengok ayah macam ni.as da time goes by,we already accept the fact that our dad is sick and he really ned a treatment like this.Allah Maha mengetahui tiap sesuatu yang Dia Kerjakan.so ada hikmah semuanya.jangan risau dan Khuatir sebab Allah tak pernah buat sesuatu perkara itu dengan sia sia.pasti ada jalan ceritanya yang tersendiri.after all,we all just a typical humanbeing yang dhaif lagi lemah.Allah jualah yang Maha berkuasa atas segala galanya..


Sementara tunggu ayah siap dialisis.(Hemodialisis mengambil masa 4 jam untuk siap) aku,mak,ami dan faiz ke pasar kemaman yang berdekatan untuk sarapan pagi.aku dan faiz makan nasi kerabu,ami makan nasi minyak dan mak pula makan nasi goreng yang kak la goreng pagi tadi,bawak bekal dari Rumah.aku suka sungguh sarapan pagi di Kemaman ni.meriah.macam macam nasik ada.nasi miniyak ada.nasi kerabu,nasi dagang,nasi ulam,nasi goreng,laksam,laksa dan macam macam lagi lah.satay pun dah ada pepagi buta..hehe.makan makan sambil sembang sembang..banyak perkara yang mak beritahu.biasanya semua berunsur nasihat..Nasihat yang paling aku suka masa tu ialah Mak kata,kalau kita dipuji orang jangan lah rasa bangga sebab orang yang puji kita tu tak nampak kejelikan yang ada pada diri kita.kalau diorang tahu sisi buruk kita,pasti diorang takkan puji kita..betul pun.Fitrah manusia memang macam tu..kalau kita buat seribu kebaikan dan kemudiannya cuma satu kejahatan,orang akan ingat yang satu tu dan bukan seribu kebaikan itu tadik..


Selesai makan pagi kitorang balik ke Hospital dan singgah di surau hospital.mak nak buat solat sunat dan semuanya.aku pulak tertidur sebab semlam macam tak cukup tidur..terjaga terus ambik ayah di tempat dialisis dan pulang ke rumah.sampai rumah mak masak untuk makan tengahari makan nasi dan budu serta ikan singgang.amat nikmat..then lepas siap makan aku dah siap siap nak balik ke Kuala Lumpur semula..sebab esok ada acara larian di Desa Park City.aku dah beritahu ayah dan mak awal awal lagi pasal ni.at least aku balik sekejap ni pun aku rasa dah bersyukur sangat.dapat tengok mak dan ayah tu dah seribu rahmat bagi aku..


Lupa nak bagitau masa di Pasar kemaman pagi tadi mak ada beli dua buah kitab..dia beri pada aku suh baca bila balik di Penang nanti..Kitab Bidayatul Hidayah dan Kitab Al-Hikam..dalamnya terkandung banyak nasihat dalam usaha untuk kita mencari keredhaan Allah,dan jalan untuk menuju ke syurga..Terima kasih yang tidak terhingga azim ucapkan..hingga kini pun mak tak putus putus beri pendidikan agama..kadang bila aku duduk di Penang sorang sorang tu memang terhanyut tanpa arah..mujur ada mender macam ni lah yang mengingatkan aku balik..dan selalu bila aku nak jadi lupa aku akan telefon mak supaya aku kembali ke landasan asal..Mak penuh dengan kata kata hikmah..dan takkan ada galang gantinya untuk hal yang satu itu..Semoga Allah akan memberkati kedua ibu danbapaku..Ameen.Doa untuk ibu bapa ku :

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
 
*Sampai KL jam 10 malam tadi..now dah nak kena berehat untuk larian esok..larian esok bertempat di Desa Park City.just 10 KM run..hopefully i can finish the run within the time qualification.Insya Allah.

Friday, November 25, 2011

COURSE CePIETSO @ EiMAS , UKM BANGI

Why i'm here in Bangi?for the whole week?

The reason is simple.sebab aku ada kursus.Kursus yang berkaitan dengan legal requirement.kalau tak ambik this course tak dapat surd kompeten nanti stesen aku kena saman buta jer.cehhh macam serius sangat bunyinya tapi aku berkata benar.Eimas yang anjurkan This Course. (EiMas stand for Institut Alam Sekitar Malaysia.)Lokasi Eimas ni betul betul dalam UKM tapi kena lalu di Gate ke 2 UKM..bukan the main gate.Alhamdulillah diorang provide  map untuk setiap peserta.


Untuk hari pertama (21 November aritu) this Course already held at UKM Puri Pujangga.Puri Pujangga ni macam Hotel UKM lah.ada tempat penginapannya lagi.tapi aku tak stay sini pun.baik stay di Hotel Equotorial kan.heheee.Hari pertama ni lebih kepada pengenalan dan teori.


Too much words pun bikin gua mengantuk dong!!


course macam ni biasalah,minum dan makan mesti heaven punya!!


Hari ketiga dan keempat ada sessi di makmal.kena buat Ujian dan hands on.kena buat analisis makmal sendiri.lama tak buat sendiri.kalau kat tempat kerja technician aku yang buat.aku buat masa mula mula kerja dulu jer.sekarang banyak kepada management of my section itself.tapi ok jer.this equipment agak familliar dah so takder masalah pun..cuma kena hati hati dan jaga jaga dengan bahan Kimia yang diguna pakai.bahaya tu..


Bila sebut pasal kursus as usual soal makan adalah a common thing.aku sampai tak larat nak makan dah..semua makanan sedap sedap pulak tu.dari sarapan pagi sampai lah minum petang semuanya agak heavy.tak heavy macam mana kan kalau pukul 4 petang ada laksa penang,ada pulut durian,ada mee hailam..padahal baru sudah makan nasik..tergugat jugak iman aku tapi kena control juga..jenis badan cepat naik ni tu yang payah.kalau tak jaga sikit mesti nampak terus tanda tanda naik berat..Apa apa pun bersyukur dengan segala rezeki dari Allah..


Malam tadi pulun lah duk study sebab hari ni ada Exam.Ingat senang ke nak lulus exam ni..masalahnya exam ni cuma stage pertama jer.bila balik stesen nanti nak kena buat report dan macam macam lagi perubahan kemudian after 6 bulan kena datang balik serah kan report dan di interview.banyak lah prosedurnya.tak semudah yang di sangka..


Time exam tadik.lama tak tanda hitam atas kertas exam macam ni!


Masa exam satu meja duduk dua orang.ingat kan boleh la nak berbincang tapi diorang lagi terer.set soalan masing masing adalah berlainan so memang tak dapat lah nak tiru.so pandai pandai lah jawab.yang best sebab semua soalan adalah soalan objektif jadi tahu ke tak tahu ker konpem boleh jawab.cuma betul or salah tu jer lah yang tak pasti.Hopefully i can pass this exam with flying colours!!


Hari ni hari Jumaat pulak.so tadi lepas exam pi solat jumaat dulu then aku bersiap untuk pulang ke kampung halaman.nak jenguk ayah dan mak di sana apa khabar.at least esok pagi boleh hantar ayah ke Hospital kemaman untuk buat hemodialisis treatment.wish me a safe journey ya!!ni baru nak bertolak balik ni..have a long weekend everyone!!

*“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (surah Yusuf :101)

Thursday, November 24, 2011

FOOD REVIEW : SATAY WILLY, MEDAN SELERA SG.RAMAL,KAJANG

Alang-alang berada di Bangi,aku teringin nak makan satay Kajang.

Ajak serorang member aku makan satay Kajang.bila sebut satay Kajang aku maksudkan satay kajang Haji Samuri.tu jer satay kajang yang aku tahu.member aku ni stay di Putrajaya,so biasa lah dengan area Kajang dan Bangi.terus dia suggestkan supaya aku ke Satay Willy di Sg.Ramal Kajang.lagi sedap dari satay samuri kata beliau.ok ni First time aku dengar tapi ok jugak boleh mencuba sesuatu yang baru.Tapi yang hampesnya member aku yang suggestkan tu tak boleh pulak nak bawak aku saat akhir.so tukar plan.Teringat arman ada ajak lepak dua malam lepas.so aku mesej dia,and dia kata on.
S

Arman datang ambik aku kat Hotel.ok lah.aku memang tak tahu lah jalan untuk ke sini.rupanya dekat jer..tak lah jauh mana.tepi highway jer Satay willy ni.Bukan satu kedai jer satay willy ni,tapi terletak dalam satu food court yang luas kawasannya.berdekatan dengan satay yus.alamat nya macam mana pun aku tak sure..tapi lokasinya di Ramal Junction punya medan selera.


Apa maksudnya willy tu aku pun tak taw.dah nama depa buh lagu tu.Orang beratur punya lahh panjang..nasib baik tempat duduk ada.Kat Food court ni bagus jugak sistemnya sebab pakai sistem nombor.so korang duduk lah kat meja mana korang suka then nanti akan ada orang datang tanya nak minum apa.untuk makan korang layan diri sendiri lah nak makan apa sebab banyak pilihan yang ada.our main objective ialah nak makan satay willy.so order lah satay ayam dan daging.tak sabar nak tahu apa rasanya.adakah seperti yang di war war kan sedap.


Tunggu punya tunggu akhirnya sampai lah jugak satay ni..lebih setengah jam jugak tunggu.maklum lah orang ramai..sementara tunggu tadi kami duk layan tauhu bakar dan aku pulak gatal order nasi goreng sotong.tak tahan lapar maaa..so bila satay sampai baru teruja nak layan satay pulak.


Bila dah rasa satay ni,now aku faham lah kenapa orang kata satay willy lagi sedap dari Satay haji samuri..dari segi teksturnya lebih kurang saiz,tapi satay willy lebih berempah dan lebih juicy!!bila gigit tuh terasa bahan perapan terpercik ke dalam mulut.lagi sedap dari satay station..cuma satu jer komen aku,satay ayamnya macam banyak sangat lemak/kulit kat bahagian tengah..satay dagingnya pun sedap dan lembut.Kesimpulannya : lepas ni takyah makan satay samuri dah kalau nak makan satay yang best.makan satay willy pulak sebab ianya lebih sedap 7 petala langit dari satay samuri.hehe.ikut korang punya selera lah kan.


ok ni macam terkeluar topik sikit tapi tetap aku nak review jugak.Tauhu Bakar kat gerai mana aku tak ingat dah si Arman order,pun sangat sedap!!kitorang makan sampai 3 pinggan okeh!!rangup dan serasi bersama lah semua dalam pinggan tu.terbaekkk!


Untuk tempahan kat sini ada nombor telefon nya.Overall satay willy ni memang recommended lah.cuma kawasan parking kat area medan selera ni agak hazab which is sempit dan payah nak parking.kalau naik motor sangat lah di sarankan.naik kereta boleh tapi mesti akan parking jauh.takpaa lah,berjalan bakar kalori balik pun bagus juga..


Thanks to Arman sebab sudi ambik aku kat Hotel,and one more thing sebab belanja makan satay.Murah rejeki datang Bangi ni ramai jer orang nak belanja.Tadi tengahari abang Ijan dah belanja,malam ni arman pulak.Thanks bebanyak ler korang..kalau korang datang Penang turn aku pulak belanja ok..Sejak dua menjak rajin join berlari ni jadi baik pulak dengan arman padahal dulu just kenal dalam blog sahaja.baguslah.Berkawan biar beribu berkasih biar satu..Next time bawak aku makan kat Down town Bangi pulak yek.hehe.tq so much bro!!

*aku ada exam esok ni.wish me luck!!assignments ada lagi sikit tak siap.duk sakan sangat tiap malam keluar mana nak siap.haha..memang kena stay up sampai lewat lah ni.Goodnite semua!!meh teman aku study dulu..

FOOD REVIEW : ICE ROOM RESTAURANT @ BANDAR BARU BANGI

Pagi ni ada kisah yang tak berapa best.

Tapi aku tak reti nak eksplen macam mana.so better aku cerita pasal waktu makan tengahari tadik.yang tak best simpan dalam hati jer.untuk korang meh aku cerita bab makan.hehe.masa dalam lab duk tengah buat testing teringat kat Kak Nor ngan Abang Ijan yang memang kerja di Putrajaya dan tinggal pun di Putrajaya.saja lah BBM kak Nor tanya kot kot dia free untuk jumpa waktu lunch.Turn out diorang ok dan kak nor suggest supaya pi makan kat Ice Room Bangi.


Ice Room punya Restaurant ni kali pertama aku jejak di Nilai,masa bawak Faiz yang belajar di USIM bulan Jun 2011 yang lalu.konsepnya sama jer.dah kata cawangan kan..kat Bandar Port Dickson pun ada satu kalau tak silap.banyak cawangannya.merata ada.Damansara ada,Ampang ada.pandai pandai lah korang gugel.Lokasi Restoran  :

Restoran Ice Room
45, Jalan Medan Pusat 2D,
43650 Bandar Baru Bangi ,
Selangor Darul Ehsan 


Aku sampai lambat sikit..dalam pukul 1.05 pm aku sampai.kak Nor ngan Abang Ijan dah ada kat situ.siap dah makan aiskrim separuh dah.maaf yer lambat sedikit..Alhamdulillah dapat bertemu lagi buat kesekian kalinya..Kedua duanya sihat sihat aja..lain kali kita berjumpa malam lah kak.boleh jumpa wawan dan abang sekali.Kak Nor ni blogger femes.boleh masuk blognya - mummysyafie.blogspot.com


Gambar aiskrim yang diorang makan tak sempat nak ambik gambar.ni aiskrim yang aku makan- TROPICAL MIX FRUIT harga RM9.90.seperti review yang pernah aku buat sebelum ni,Ice Room punya ais krim memang sedap!shaved aiskrim macam ni menambat hatiku!!cuma jangan order makanan lain yang berat berat.bukan speciality diorang.setakat aiskrim dan makanan yang ringan ringan ok.


Makan French Fries jugak.ehh ada lalat dalam sos!!


ni rasanya manis.Keladi salut tepung Goreng.sedap jugak!


Waktu lunch patutnya makan yang berat berat.tapi mengenangkan makanan waktu kursus sangat lah mewah so makan ringan ringan pun takper di sini.Order Kuih apa ntah ni..macam ada inti kaya kat dalam.sedap!!aku suka kuih ni.tapi 3 bijik dalam RM5.80 a bit mahal.tapi sedap so no further question lah.


Buat abang Ijan,Thanks sebab belanja makan aiskrim!nanti next time my turn pulak ya..Insya Allah.Kak Nor kata kalau nak belanja kena belanja satu family (4 orang)..tak kisah..Insya Allah.kalau saya turun ke Bangi lagi boleh kita pi pekena Satay Kajang pulak..after makan terus ke tempat kursus balik..Overall This restaurant is great untuk aiskrimnya.ada bermacam macam jenis.Boleh tengok review yang lagi satu di entri ini. 

 

*“Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Wednesday, November 23, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN YATI AYAM PERCIK, BANGI

Cerita makan-makan lagik.

Nak buat macam mana tuan punya blog ni memang suka menjamu selera dan mencuba makanan makanan,nak nak kalau outstation macam ni..Kursus berjalan lancar.walaupun ada a few things yang tak berkaitan ngan kerja aku tapi at least for knowledge wise ok sangat..so mari kita menjengah ke Restoran Yati Ayam Percik di Bandar Baru Bangi.Semangat nak buat review sebab baru balik makan.hehe.


Ini bukanlah kali pertama aku datang sini.kali Pertama dulu masa Bulan Puasa berbuka bersama Famoque,Sam dan isteri masing masing.Lokasinya?tengok alamat ni je lah : 

Bandar Baru Bangi
21 Jalan Medan Pusat 2D ,
Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi ,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89275636


Interior dalamannya standard restoran masa kini.zaman sekarang ni banyak restoran yang berkonsep macam ni.buat supaya spacious dan selesa konpem ramai orang tertarik untuk singgah.kalau bab harga mesti akan slightly mahal dari biasa,but that's our choice kan?klau nak murah pi makan kat gerai..kat sini maybe mahal sikit dari biasa sebab sewa kedai mahal.Yati Ayam Percik ada 3 cawangan rasanya,di Kota Bharu dan Kajang pun ada.


Order air lai chee kang panas


Menu yang di cadangkan ialah nasi Kerabu..nampak menarik!


Ok ini ulasan aku mengenai nasi kerabu yang dihidangkan.Dari segi rasanya bagi aku ok.sedap dah.boleh makan.cuma sebagai orang pantai timur aku pernah makan nasi kerabu yang lagi sedap daripada ni.Bila buat Restoran franchais like this,yang aku perasan kebanyakan makanan akan hilang rasa keaslian nya.dah tak authentic.aku tak kata nasik ni tak sedap.tapi macam dah kurang asli.tu jer komen aku.


Kuah perciknya pun boleh tahan jugak..


Daging bakar ni sedap!cicah pulak dengan sos tu.mantappp!


Mai mai jemput makan nasik kerabu..


oleh kerana tagline yang diberi ialah 'Pilihan Terkenal Dari Kota Bharu' maka maybe sebab itu lah aku expect more..tapi dont worry,this restaurant bukan ada nasi kerabu sahaja,banyak lagi seleksi seleksi yang ada dalam menu.pilih jer mana yang korang berkenan..Harga sepinggan nasi kerabu tu dalam 8-9 ringgit.aku tak berapa ingat.Overall boleh lah datang lagi lain kali untuk cuba menu lain pulak.

Insya Allah.

*Ahli tasawwuf Hasan Basri menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

FOOD REVIEW : RESTORAN NIM'S LITTLE ISLAND, KAJANG

Kisah malam tadi.

Sempat dinner dengan kak leez dan azuan.Plan last minit jugak.kak Leez memang kerja di area Bangi.Azuan kerja area Ampang.so lebih kurang lepas maghrib semalam kitorang jumpa untuk makan malam sama sama.Lama tak bersembang sembang dan bincang plan akan datang.tapi tak tahu nak makan kat mana,so aku serahkan pada Kak Leez untuk decide..Actually Bangi ni banyak sangat tempat makan yang macam menarik menarik sampai rambang mata nak pilih yang mana satu idaman kalbu..


Kitorang ke NIMS LITTLE ISLAND CAFE..semua tak pernah try lagi makan di restoran ni..Kak leez pilih tempat ni based on dia punya opismate recommendation.(Thanks aqilah raban!).Mulanya jalan nak masuk ke sini macam susah jugak,sebab lokasinya yang di celah celah kampung..serius aku tak reti nak bagi direction tapi kalau korang nak try ikut alamat kat bawah sekali tu.terletak di kampung sungai ramal kajang.tak pun nak senang lagi tanya jer orang.This restaurant walaupun di ceruk yang dalam ramai jer orang.so maknanya mesti sedap dan murah,or ada sesuatu yang menarik pasal this restaurant.Lets cekidaut.


teman untuk dinner malam tadi..Sedondon berbaju purple.sweet.Hensem dan cantik.sesuai sangat.hehe.


Tanpa membuang masa jom lah kita tengok apa yang kitorang order.this is SIAKAP TIGA RASA.kuahnya sedap!ikannya rangup.Boleh rate A.kena dengan tekak aku.


KERABU MANGGA ni pun ok lah.not bad.


UDANG GORENG TEPUNG.mulanya aku nak order sotong goreng tepung.tapi bila tanya cara diorang bust sotong goreng tu macam cekodok.yang ada tepung banyakk then kat dalam tepung ada lah sotong cinonet.terus tak jadi order.tak suka aku yang macam tu.


Dan aku rasa ni meal of the night.TOMYAM CAMPUR DALAM KELAPA.sedap kuahnya.rasa air kelapa dan tomyam yang blend sekali.recommended lah this lauk.aku pernah makan tomyam dalam kelapa di Restoran Tupai tupai tapi ni lagi sedap.


bercakap pasal air,masa tengok menu macam macam nama ada..ada soda gembira lah soda sedih lah soda ceria dan macam macam lagi lah.menarik juga bila baca dalam buku menu macam tu.pastu nampak ada nama cinoni.cinoni epal lah cinoni jambu..tanya waitress bertugas cinoni tu apa dia kata asamboi.oooooo nama lain ker baru kami taw.so kitorang sepakat order cinoni amra atau nama lainnya ialah kedondong asamboi.macam macam lah aih.hehe


siri bercakap dengan kucing yang habiskan kepala siakap tiga rasa sebentar tadik


Overall aku rasa This restaurant quite ok.Environmentnya yang syahdu dan dime ala ala romantik ni memang best..patut lah orang ramai jer..dan aku nampak kebanyakannya macam student jer yang datang.maklum lah lokasinya dekat dengan UKM dan jugak UNITEN..dari segi makanannya biasa jer lah.tak lah best giler giler sampai rasa nak datang lagi nanti.ok lah untuk sebuah kedai makan yang konsepnya dalam kampung.harganya pulak standard price.tak murah dan tak mahal.maybe ada a few menu yang murah.kena pandai pilih lah.wanna give a try?ni alamatnya:

NIMS LITTLE ISLAND CAFE
JALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL
43000,KAJANG SELANGOR

*Selamat mencuba.mula mula memang payah nak carik.ikut korang lah.kalau malas takyah datang.kalau rasa nak cuba datang.takder paksaan ok.duit korang kan yang bayar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails