Followers

Tuesday, September 25, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN TASIK INDAH SHAH ALAM

Hari ini sudah mula kembali bekerja.

Hujung minggu yang baru saja berlalu berakhir dengan tragedi kemalangan. Siapa yang sangka, hanya Allah yang mengetahui..Apa yang berlaku mudah-mudahan memberi pengajaran kepada semua..sudah tertulis takdirnya begitu..Moga-moga Allah akan terus melindungi kami sekeluarga dari bala bencana..


Petang semalam setelah abang Shuk selesai dengan urusannya, Kami bergerak ke Shah Alam. kenapa ya kena pergi shah alam? susah jugak aku nak terangkan sebenarnya. Tujuannya sebab wife abang shuk ada di Shah Alam, dan hari ni diorang akan pulang ke Temerloh. Kereta Abang Shuk dah masuk workshop di Mentakab..so nanti aku akan balik ke Penang, Abang Shuk dan wifenya serta mak akan pulang ke Temerloh.Abaikan jer kalau korang tak paham sebab ni just for my record.hehe..My point here is we going to Shah Alam.


Kami menuju ke Restoran Tasik Indah Shah Alam


Restoran Tasik Indah
Address: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5510-8388


Plannya memang nak makan-makan dulu di sini sebelum berpisah..Kitorang sampai dekat pukul 5pm, which is ngam-ngam dengan waktu operasi this restaurant.Buka pada jam 5pm..Ni kali kedua aku menjejakkan kaki di Restoran ni..First time dulu masa zaman belajar di Uitm Shah Alam..6 years ago..This Restaurant under Aman Syukur Sdn. Bhd..so jangan korang risau sebab ni Restoran milik orang melayu. Bukan restoran Seafood China punya.


Kami berempat sahaja yang ada kali ini..Kak Tie, aku, Abang Shuk dan mak..Mak sekarang macam ni lah. Alhamdulillah sihat sejahtera..Duk follow up appointment dia dengan doktor di Kuantan Medical Center..Bila anak anak ada di sisi nampak sihat dan bertenaga lah mak..sebab tu nak kena selalu balik jenguk mak di kampung..setelah arwah ayah dah tiada ni..


China Tea dan Kacang sementara menunggu makanan siap di masak


Topik perbincangan basically pasal hal ehwal keluarga..bincang pasal tragedi kemalangan semalam dan juga bincang pasal hal masa arwah ayah ada..seakan baru semalam ayah pergi meninggalkan kami..sekarang dah nak masuk bulan Oktober..5 bulan berlalu sekelip mata sahaja..Alhamdulillah Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan yang muncul dengan sabar dan tabah.


pemandangan taman tasik shah alam


waktu dah dekat jam 6pm..


Meal pembuka selera : SHARK FIN SOUP WITH CRAB MEAT..sedap soup ni..memang sesuai sangat jadi appertizer..


Makan shark fin soup dengan cili jeruk.yummeh!


semangkuk kecil nasi putih


Broccoli with mushroom and scallop


Ikan Jenahak stim limau yang mantap!!


Ketam Telur Masin. yang ni sedap..boleh celen Pak Ya!


Sotong Goreng tepung cicah sos hijau


Main Meal of the day : Lobster Masak Pedas..


Mari menjamu selera..Bismillah..


Lobster yang tewas


Kenyang sangat makan macam ni 4 orang..Macam terlebih order pun ya. tapi memang puas hati lah meratah ketam telur masin dan Lobster tu..Jenahak Stim Limau tu pun memang sedap..masa dah habis makan Tokey kedai bagi complementary Aiskrim Cokelat yang sedap!!thanks!!


Another episod makan makan with my family


Jom kita balik..Thanks abang Shuk for the treat..maklum lah baru gaji kan.hehe..apa apa pun moga abang di murahkan rezeki..lepas ni giliran saya pulak belanja makan ya..Pilih la mana restoran yang best best nanti kita bawak mak lagi.


Dari Restoran Tasik Indah kami menuju ke Crystal Height


Berjumpa dulu dengan Mak Mertua dan Kak Feeza..Adam Syahmi pun ada skali..singgah solat sebentar..sebelum aku memulakan perjalanan pulang ke Penang..Terima kasih kalian sudi jemput datang rumah..lama tak jumpa ngan Adam..makin galak dan lincah.


Adam bagi kiss goodbye kat Pok Jim


Dari Crystal Height ni kami berpisah..Mereka akan pulang ke Temerloh malam ni juga dan aku akan pulang ke Penang..Alhamdulillah hujung minggu ni dapat berjumpa mak lagi dan adik beradik yang lain..semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga..Ada masa aku story kisah melawat Taman rekreasi dan Zoo Kemaman. Janagn men men Kemaman pun ada Zoo ok..hehe

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah.

Monday, September 24, 2012

SESUNGGUHNYA MALANG ITU TIDAK BERBAU..

Betul seperti yang di kata.

Malang itu tidak berbau. Apa yang telah terjadi petang semalam adalah sangat menakutkan. Aku, Abang Shuk dan Mak on the way ke Kuala Lumpur..Hujung minggu lalu aku sempat menghabiskan masa di kampung halaman atas beberapa urusan tertentu..Kebetulan Abang Shuk ada hal di KL so petang semalam kami bertiga bergerak ke Kuala Lumpur.Aku dah beli tiket bas so kira nya burn je lah..janji boleh ke KL bersama-sama.

Dari Kemaman aku bawak dulu kereta abang Shuk..sampai area gambang aku agak mengantuk dan minta Abang Shuk bawak pulak..agak restless maklumlah perjalanan dari Penang Ke Kemaman agak jauh..Masa Abang Shuk bawak angin bertiup kencang..Dan Hujan turun adalah sangat lebat..Abang shuk dan Mak sedang bersembang dan aku cuba untuk melelapkan mata..Sekelip mata kereta terlanggar lopak air dan kereta terpusing dua tiga kali dan menghentam divider tepi jalan..dan pada masa itu hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing.. Hanya kepada Allah kami letakkan pengharapan.

 
Bahagian depan keretaa adalah sangat teruk..Radiator Pecah.dan kiri kanan bumper depan hancur. Cuma buat masa ini, harta benda dan wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan..Nyawa kami terselamat dan Alhamdulillah tiada kecederaan diilaporkan..Mujur tiada kereta lain yang menghentam..semasa kejadian ada 5 buah kereta depan dan belakang turut berhenti untuk melihat keadaan..Terima kasih pada yang prihatin.


Jarak antara tempat perlanggaran dengan divider jalan agak jauh jugak.Maknanya agak jauh jugak kereta terpusing..masa kereta terpusing memang kami tak dapat buat apa apa..totally lost control dan hanya sempat beristighfar kepada Allah..Mak terhentak dadanya dengan kerusi belakang dan bibir belah kanan ada sedikit Lebam..Masa kejadian aku tak pikirkan pasal diri sendiri..aku hanya berdoa dan berharap agar keadaan mak dalam baik dan sejahtera sahaja..Alhamdulillah kami bertiga selamat..syukur padamu ya Allah!


Power of Dream Logo yang tercampak jauh

Keadaan adalah terkawal selepas eksiden..masing masing tenang dan dapat mengawal emosi..abang shuk pun rileks jer..aku pun agak tenang menerima keadaan..cuma aku risau kan mak takut dia trauma..Masa ni ramai ulat ulat tow truck duk datang nak tarik kereta..so abang Shuk berurusan terus dengan Insurans dari Panel Honda..bukan apa takut kena tipu sebab banyak sangat dah kes penipuan sekarang berkenaan Insurans kemalangan ni.


Tengok keadaan kereta agak teruk juga kan.

Dekat satu jam juga kami menunggu di sini sementara my bro nak pastikan betul betul panel honda yang entertain kereta yang telah eksiden..Kesian civic itu..benda dah nak jadi nak buat camana..Adalah hikmahnya Allah nak tunjuk..apa saja yang kita miliki hatta nyawa kita sekalipun adalah milik Allah..setakat harta benda ni apalah sangat semua pinjaman dari Allah..tu semua hak dia so Dia nak tarik bila bila masa pun Dia berhak..Bukan atas kecuaian sendiri sebab masa ni memang bawak kereta dengan slow..Hujan mana lah rasa nak bawak laju..tapi benda dah nak jadi tak tunggu kita berhati hati ..Sudah suratannya begitu..Redha je lah.Perancangan Allah mengatasi segala perancangan yang ada.


Setelah dapat pengesahan dari Panel Honda, Kami naik kereta Shafik(wakil workshop panel honda di Mentakab) menuju ke Bandar Maran untuk buat report polis..lagipun aku dan mak nak buang air sangat sangat masa ni..sempat Call Kak Tie suruh dia ambik aku, abang dan Mak di Temerloh. Kereta kena tarik ke Mentakab..so kebetulan mak mertua abang aku ada di temerloh, terus ke sana jer lah..


Singgah di Klinik Kesihatan Bandar Maran untuk cek dada mak yang terhentak..risau jugak takut ada apa apa yang berlaku..So far so good..lagipun baru sangat ekiden tak mungkin kesannya serta merta.Biasanya kalau melibatkan dalaman dalam dua tiga hari baru kesannya akan timbul..Harap tiada apa yang serius..dari Klinik kesihatan kami ke balai polis dan buat report seterusnya ke Temerloh..Setelkan hal pasal workshop di Temerloh dan malam tadi semua bermalam di Temerloh sahaja.Kepenatan dan perlukan rehat..

Apa-apa pun, aku bersyukur pada Allah sebab tiada apa apa yang serius berlaku..Kereta boleh ditukar ganti tapi nyawa hanya sekali Allah bagi..yang paling penting Mak yang jadi keutamaan.semoga Mak tidak terus berada dalam keadaan Trauma..Aku faham orang tua traumanya lain macam..tak sam amacam kita yang masih muda ni..So far keadaan mak ok dan stabil.Alhamdulillah.

Kita adalah hamba. Allah adalah Tuan kita. Sebagai Tuan, Dia berhak untuk merencanakan dan menimpakan kita dengan setiap apa sekalipun, sama ada baik ataupun buruk. Siapa lah kita yang hanya lemah dan kerdil untuk mempertikai kan pekerjaan Allah? Sebagai Hamba, perlu Redha dengan setiap ketentuan dari-Nya..Allah tak akan timpakan ujian dan dugaan yang tak mampu untuk kita tanggung. Aku percaya setiap yabng berlaku ada hikmahnya..sebab aku tahu Allah tak pernah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia.ya Allah, permudahkan lah urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan!

*Hari ini aku terpaksa ambil Emergency Leave sebab perjalanan ke Penang jauh lagi..tadi pagi dalam pukul 9 pagi baru sampai Ampang..sekarang menunggu Abang Shuk habiskan urusan kerjanya di Menara Exxon Mobil.tak apalah, semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

REST IN PEACE CIKI, WELCOME ZORO TO OUR FAMILY!!

Kak Tie ada kucing. Nama Kucing kak Tie Ciki..Dah dekat 5 tahun Kak Tie bela..since 2008..The funny thing about this sebab sebelum ni aku tak pernah bayangkan Kak Tie akan bela kucing..Sebab aku tahu kak tie bukan gemarkan kucing sangat pun.but ciki mengubah segalanya..Ciki ialah penyebab Kak Tie jadi Cat Lover.


Long story Cut short.Bulan lepas masa raya Aidilfitri Kak Tie tinggalkan Ciki di Kedai Haiwan Peliharaan Ampang. Dah nak sampai jadi ajal Ciki gamaknya. Ciki Mati masa orang kedai nak keringkan bulu ciki lepas mandi dengan hair dryer..Jantung Ciki berdegup kencang dan terus meninggal di tempat kejadian.Rest in peace Ciki. I know i didnt know you so well, but i hope you will be fine in Cat's heaven. Kak Tie sangat sedih dengan apa yang berlaku. Teman yang sentiasa menemani dalam rumah dah tak ada.memang sangat sedih. tapi itu takdir Allah.


Now Kak Tie dah tak kesunyian lagi.

Memperkenalkan Zoro, our new family members..6 bulan..and he is super cute!!Persian cat..Ciki tak ada pengganti tapi sekurangnya Zoro boleh jadi penawar rindu kak tie setelah ketiadaan Ciki..welcome Zoro!!kami mengalu alukan khadiran anda dalam keluarga kami..yang penting Zoro akan jadi sebab Kak Tie gembira semula di dalam rumah.


Kak tie and her new baby..Ronorua Zoro


Tadi sampai di Ampang baru first time aku jumpa si Zoro..sangat aktif dan bertenaga..Kucing muda macam ni lah..suka explore.semua benda dia nak buat main.pantang nampak benda atau tali terjuntai pasti akan dia usik..suka pulak aku tengok kucing ni..comel!!


Aku tengah caj blackberry sibuk Zoro duk main wayar..and for the first time aku rasa macam tak geli ngan kucing..just let him main je lah ngan wayar tu.


You want to know something?i'm not a cat lover. biasanya dengan kucing aku akan jadi sangat geli dan tak suka sangat..nak sentuh pun aku tak gemar.tapi tengok si zoro ni rasa nak belai dan nak pegang..and i just realized it's not that bad pun..ok jer kalau dah pegang..cuma still rasa kekok..but this is new for me!aku boleh pegang kucing!!


Zoro dah penat bermain. Muka macam nak tidor..aku kena lebh berkasih sayang dengan Binatang lepas ni..sebab Rasulullah pun sayangkan Kucing..tapi takdelah aku sampai rasa nak bela..just lepas ni pandangan aku terhadap kucing akan berubah..tak lah geli sangat..boleh la kalau setakat nak belai dan peluk sekejap sekejap..

*Life is a series of natural and spontaneous changes. Don't resist them - that only creates sorrow. Let reality be reality. Let things flow naturally forward in whatever way they like

Sunday, September 16, 2012

AN EVENING TO REMEMBER..

Today is another public Holiday to all of us.

This weekend i spent my time in Kuala Lumpur, to attend Open House my best friend, and at the same time trying to squeeze time for another purposes. But 16 September is not just The Malaysian day. It's her Birthday. And here we are, at Midvalley Megamall for a simple birthday Celebration yet an evening to remember to both of us. Happy Birthday to You my dear..and hope you really enjoy this.:)


Delicious Restaurant
G(E)-011;;G-011 Lingkaran Syed Putra  Mid Valley City, 
Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-2287-5770


i love the ambient of the Restaurant.


Spaghetti Meatball Bolognaise for Her


Grilled Salmon with Potato and asparagus for me


Different from others, This is Pavlova and not a real cake..:)
Happy Birthday Happy Birthday to YOU !


Sekuntum Mawar Merah


Forever Friends, Especially for You


smile.:)


Nothing much but i think you got the point here.


brownies walnut..Yummeh!!


A Birthday is not perfect without cake..Blueberry Cheesecake from Secret Recipe


May your birthday bring a smile to your face, happiness to your heart and many blessings to your life.May the brightest wishes on your birthday shine every path of yours in good and bad times.May your birthday be as special as you are special to me.May you sail through all the obstacles and challenges to success.

I wish you a peaceful mind, joyous heart and a successful life.

Have a magical birthday with LOVE!

*As you look back on yesterday, may your memories be warm ones. As you celebrate today, may your heart be filled with happiness and joy. As you look ahead to tomorrow, may your deepest hopes and dreams come true for you!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails