Followers

Saturday, April 26, 2008

Bunga Yang Pergi

Hari ni tempat kerja saya bakal kehilangan seorang lagi pekerja yang berdedikasi.uniknya,hanya dialah satu-satunya wanita yang tabah bekerja di bahagian senggaraan selama enam tahun,walaupun sentiasa dikelilingi dengan kumbang-kumbang yang gatal.

Mulai minggu depan,beliau akan tinggal dalam lipatan kenangan.Ikuti emel terakhir yang di hantar oleh beliau kepada seluruh warga kerja hari ini:



assalammualaikum dan salam sejahtera…

Saya Yuni Rossila bt Mohd Radzali, sekuntum bunga sebening purnama dari bahagian senggaraan elektrik dengan ini ingin memaklumkan kepada tuan2/puan2/cik2 yg mengenali dirihamba pacal yg hina ini bahawa sesungguhnya hari ini (genap 25 April 2008 bersamaan 18 Rabiul Akhir 1429H berkenaan hari Jumaat dan bersangkutan hari penghulu segala hari)adalah hari terakhir saya bertitle sebagai pekerja senggaraan elektrik merangkap pekerja di stesen yg tercinta ini.

setelah berhempas pulas,bermuka tebal,akhirnya permohonan saya untuk bertukar telah diperkenankan.di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada seluruh warga kerja yg mengenali diri saya sekiranya selama kita bersamasaya ada tersilap kata,tersampuk bahasa,terkasar cerita,terguris jiwa tuan2/puan2/cik2 sekalian.

kepada tuan2 dan puan2 juga saya pohon untuk menyampaikan salam kemaafan saya kepada para suami @ isteri/isteri2 tuan2 dan puan2 di rumah yg mana pernah mengenali saya selama 6 tahun saya berada di stesen ini..(sayang tak dan nak rasmi toiletbaru di bangunan worksyop baru tu…bila nak siap tak taulaaa…)

dikesempatan ini juga saya ingin meminta sekiranya saya ada terhutang wang ringgit / harta benda kepada tuan2/puan2/cik2, silalah maklumkan kepada saya supaya dapat saya membayarnya sebelum tubuh terbujur kaku..(maklumlah,umur makin meningkat,dah tua2 ni kerap sangat lupa…)

kepada yg pernah saya terhutang budi,saya mengucapkan jutaan terima kasih dan doa saya semoga Allah memudahkan urusan kalian di dunia ini sebagaimana kalian pernah memudahkan perjalanan hidup saya di dunia ini…

yuromora.

Lepas ni maknanya dah takda lah penyeri di bahagian senggaraan..tinggal penghisap madu sahaja,bunga telah habis menyingkirkan diri.Selamat maju jaya saya ucapkan.Ada umur yang panjang kita jumpa lagi.jangan bimbang,kami akan sentiasa di sini.Maaf sebab publish muka dalam blog tanpa kebenaran..hehe.

*people's come and people's go..but the one in our heart will always stay.

3 comments:

ita.itu said...

hehe..lawak la email dia..kelako pun ada..

@xiM said...

ita.itu-->tu la,baca tadi pun terkekek kekek gelak..tapi dalam hati je la..haha

LeannY said...

ingat dia leave tnb..tuko aje...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails