Pada suatu hari yang cerah,saya dan adik beradik yang lain telah pergi membeli belah di IKEA..sesudah membeli belah beberapa barangan kaca di IKEA,kami semua terasa amat lapar..dan dahaga..lantas kami semua sepakat untuk melepaskan hawa lapar dan dahaga itu di sebuah restoran yang berTAJUK:
Papa dan Angah pun terlibat sama untuk makan makan ni..lapar amat..tapi kami masih mampu tersenyum di depan kamera.
Dan abang Long dengan bersahaja memilih untuk makan Nasi Goreng Daging.satu perkongsian-abang long ni memang pantang mender mender berdaging..pantang jumpa konpem dia ngapp semua..hehe..tapi saya pasti dia tetap makan daging yang halal sahaja..yang Haram dia tolak ke tepi..kami muslim sejati.
Hmmmmm makan pun dah order air nya bagaimana??jus buah tembikai menjadi pilihan papa dan Abang Long,manakala jus epal hijau itu milik Kak Ngah..rasanya tidak lah seperti dalam gambar..lagi sedap jus buah kampung Baru..(teringat jus mangga yang pekat likat sedap ituu..!!)..ehhhh air adeq mana nya?
haaaa adeq tetiba order air coke..dah lama dia tak minum air coke..sebelum kawen hari tuh memang dia cuba mengelakkan diri dari minum minuman berkarbonat sebab nak kawal pemakanan..selepas kawen ni dia tetap jaga dan kawal,cuma tidak lah se strict dulu..lebih fleksible dan lebih beringat ingat..
Angah:ok pa ok pa..aku dah hangin ni..nak terbalikkan meja tapi meja ni berat sangat so tak jadi lah nak mengamuk..ngeeee...'
(masa ni adeq ngan Bang Long dah tidur kat situ jugak sebab tensen sesangat ngan mutu makanan kat sini)

Ya,sesungguhnya kami semua sudah serik untuk makan lagi di Restoran ini..Sebulat suara dari hati kami yang dalam.Jangan salah anggap,saya tidak pernah menghalang anda semua untuk makan dan minum di Restoran ini..Teruskan niat suci murni anda,mungkin ada makanan lain yang lagi sedap tetapi sila lah tanggung Risiko sendiri jika ada apa apa berlaku ok..kami tidak akan bertanggung jawab..:),Sekadar peringatan untuk kita kongsi bersama sama..
Selesai makan malam kami semua pun pulang dan tidur dalam keadaan HAMPA..huhu..
Sekian,Terima Kasih.